You are on page 1of 12

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERGONG

LEBUHRAYA SULTANAH BAHIYAH


05350 ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN

KERTAS KERJA :
KEJOHANAN
RAGBI SENTUH PEREMPUAN PERINGKAT KEBANGSAAN
PIALA PUSINGAN

Dengan Kerjasama:
Majlis Sukan-Sukan Malaysia

TARIKH: 14 Oktober 2017


TEMPAT: Padang Ragbi Sekolah Menengah Kebangsaan
Mergong

ANJURAN:

JAWATANKUASA SUKAN DAN REKREASI,


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERGONG.
1.0 PENGENALAN

Ragbi perempuan merupakan satu aktiviti riadah yang sihat dan ianya adalah
satu aktiviti yang sesuai untuk mengisi masa lapang pelajar terutamanya pelajar
di Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong (SMKM) Justeru, Kelab Ragbi SMK
Mergong dengan kerjasama Jawatankuasa Sukan dan Rekreasi ingin
menganjurkan kejohanan ragbi sentuh perempuan antara sekolah. Dengan
menganjurkan kejohanan ini maka pelajar boleh mengharumkan nama sekolah di
peringkat negeri. Kejohanan ini merupakan acara yang wajib dianjurkan oleh
Kelab Rugbi Sentuh dan Jawatankuasa Sukan dan Rekreasi untuk mengekalkan
hubungan silaturrahim pelajar sekolah SMK Mergong dengan pelajar sekolah
lain.

2.0 RASIONAL

Penganjuran kejohanan ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan corak


permainan pasukan ragbi SKM Mergong bagi perempuan. Aktiviti ini dapat
memupuk minat pada pelajar untuk bermain permainan ragbi seterusnya
mewakili sekolah pada masa akan datang dan mengharumkan nama SMK
Mergong dalam bidang sukan.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi ruang dan peluang kepada pelajar dalam menunjukkan bakat
dalam permainan ragbi dengan pengalaman yang lebih luas.
3.2 Mengeratkan lagi hubungan sillaturrahim antara sekolah.
3.3 Memelihara dan memberi kesedaran kepada pelajar supaya bersenam
dan bersukan di padang untuk mendapat tubuh badan yang sihat.
3.4 Menguji komitmen setiap pelajar dalam melaksanakan tugasan
berkumpulan dengan sempurna.

4.0 MATLAMAT
Memastikan setiap pemain mempunyai matlamat dalam kehidupan. Mengetahui
tahap prestasi pasukan ragbi perempuan SMK Mergong. Selain itu dapat
membaiki kelemahan yang terdapat dalam strategi permainan ragbi perempuan
untuk maju kehadapan.

5.0 TARIKH / TEMPOH


Tempoh kejohanan ini akan berlangsung pada 14 Oktober 2017.

6.0 TEMPAT
Padang Ragbi Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong.

7.0 KUMPULAN SASARAN


Ahli Kelab Ragbi perempuan di sekolah masing-masing.

8.0 PEMBENTUKAN J/K PENGELOLA


JAWATANKUASA PENGELOLA
Guru Penasihat : Encik Kanadevi A/L Kanapathy
Guru Pengiring : Encik Ikmal bin Mohamad
Pengerusi : Puteri Afdzal binti Ahmad
Setiausaha : Nur Imanina binti Shaari
Bendahari : Wan Nadiah binti Sazali

AJK Peralatan : i. Aziatul Safira binti Ollah


ii. Noor Azura Bt Ahmad

AJK Hadiah : i. Rajeemalarr A/P Muirthy


ii. Nuraisyafyqa binti Nortamizi
AJK Tugas-tugas Khas : i. Nur Syafinaz binti Abdullah
ii. Nur Dalila Asra Bt Hamzah
iii. Ainur Rushaida Binti Roslan

AJK Persiapan Tempat : i. Norhafizah binti Ahmad Kamal


ii. Anis Nursyahirah binti Addyhanis

AJK Makanan : i. Nabilah Binti Abdul Rahman

AJK Dokumentasi : i. Nurul Nadzirah Abdul Karim


ii. Nurul Fauzan Bt. Mat Noh

AJK Pertandingan : i. Lidya Mundu


ii. Nur Imanina binti Shaari
iii. Wan Nadiah binti Sazali
iv. Aziatul Safira binti Ollah
v. Rajeemalarr A/P Muirthy

9.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA


9.1 Pengerusi
Mempengerusikan mesyuarat.
Merancang dan mengkoordinasi aktiviti Kelab Rugbi Sentuh.
Mengawasi perjalanan undian untuk pemilihan jawatankuasa.
Menjalankan tugas yang diarah oleh guru penasihat.

9.2 Naib Pengerusi


Menjalankan tugas pengerusi sewaktu ketiadaannya.
Membantu pengerusi jika perlu.
Menjalankan tugas lain yang telah ditetapkan.

9.3 Setiausaha
Mencatat minit mesyuarat dan kehadiran ahli jawatankuasa.
Menguruskan semua hal surat-menyurat.
Mengemas kini fail dan rekod kelab.
Mengurus dan mengawal keahlian kelab.
Menyediakan laporan tahunan kelab.

9.4 Penolong Setiausaha


Membantu tugas-tugas setiausaha.

9.5 Bendahari
Mengemas kini urusan kewangan kelab.
Memungut yuran kelab.
Menguruskan pembelian dan pembayaran berdasarkan bil.
Menyediakan bajet persatuan.
Menyediakan penyata dan laporan kewangan kelab.

9.6 Ahli Jawatankuasa Kecil


Jawatankuasa Peralatan
Menyediakan alatan dan membantu jawatan kuasa pertandingan.
Memeriksa alatan dan memastikan mengikut spesifikasi.
Menyediakan segala keperluan berkaitan teknikal bagi melicinkan perlaksanaan
program.
Mengemas kini alatan dan mengawal pergerakan alatan.
Bertanggungjawab terhadap peralatan yang digunakan semasa sesuatu aktiviti
atau projek dilaksanakan.

Jawatankuasa Tugas-tugas Khas


Menyediakan dan mengedarkan poster, banner dan borang penyertaan pasukan.
Membuat hebahan dan pengiklanan berkenaan dengan pertandingan.
Membantu jawatankuasa yang lain sekiranya perlu.

Jawatankuasa Persiapan tempat.


Menyediakan tempat pertandingan padang dan gelanggang.
Menempah tempat pertandingan.
Memastikan tempat pertandingan dalam keadaan bersih sebelum dan selepas
pertandingan dijalankan.

Jawatankuasa Makanan
Memastikan menu makanan disediakan.
Menyediakan air mineral kepada para pengadil, pihak penganjur dan peserta.

Jawatankuasa Dokumentasi
Mengambil gambar-gambar penting dan serahkannya kepada setiausaha
kejohanan untuk didokumentasikan.
Menyediakan laporan apabila kejohanan selesai.

Jawatankuasa Pertandingan
Memastikan perlawanan berlangsung mengikut jadual.
Memastikan perlawanan berlangsung tanpa sebarang masalah.
Membuat satu jadual tugasan pengadil di setiap perlawanan
Memastikan para pengadil mencukupi dan bersedia di setiap perlawanan
Menerima borang pendaftaran yang lengkap diisi.
Menyemak senarai nama dan kad matrik pemain semasa pendaftaran.
Mengasingkan borang mengikut kategori dan kumpulan masing-masing.

10.0 AHLI MENGIKUTI KEJOHANAN


Rujuk lampiran 1.

11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Rujuk lampiran 2.

12.0 SUMBER KEWANGAN


Kelab Ragbi Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong

13.0 PENGANGKUTAN
Bas sekolah masing-masing.
14.0 PERATURAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Peraturan Kelab Rugbi Sentuh Antarabangsa dan
kehendak pihak pengelola kejohanan.
Semua keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa Teknikal danPertandingan adalah
muktamad.
Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh jawatankuasaTeknikal dan
pertandingan.

14.1 PENDAFTARAN PESERTA


Bilangan penyertaan pemain bagi setiap pasukan adalah 10orang pemain.
Setiap pemain perlu didaftar mengikut nombor jersi bagi mengelakkan sebarang
kekeliruan semasa pendaftaran.
Semua pelajar yang terlibat hendaklah membawa Kad Matrik,dan ia hendaklah
diserahkan kepada jawatankuasa pengelola pertandingan sebelum pertandingan
dimulakan .
Pihak jawatankuasa pengelola pertandingan berhak membatalkanmana-mana pasukan
yang melanggar atau tidak mematuhi syarat-syarat di atas.

14.2 PENGESAHAN PESERTA-PESERTA


Terbuka kepada semua ahli jawatankuasa pengelola Sekolah Menengah Kebangsaan
Mergong.

14.3 PENARIKAN DIRI SEMASA PERTANDINGAN DIJALANKAN


Setiap pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari sebarang perlawanan. Jika ianya
berlaku, pasukan berkenaan adalah dianggap menarik diri dari keseluruhan
pertandingan dan tidak dibenarkan menyertai pertandingan seterusnya.

UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN
14.4 PAKAIAN
Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian seragam iaitu baju jersi dan seluar sukan.
Setiap pasukan perlu menyediakan 2 set jersi yang berlainan warna dan mempunyai
nombor di bahagian depan dan belakang yang sesuai untuk pertandingan rugbi sentuh.
Pemain digalakkan memakai alat bantuan yang kenyal dan lembut terdiri dari bahan
yang bersih dan boleh dibasuh.
Pemain digalkkan memakai Mitts dan body amour yang ada spesifikasi IRB.
Pasukan yang tidak memakai pakaian seragam tidak dibenarkan menyertai
pertandingan ini.

14.5 PAKAIAN YANG DILARANG


Pemain tidak dibenarkan memakai alatan yang tajam dan merbahaya.

14.6 PERALATAN PESERTA


Bagi peralatan setiap pasukan perlu menyediakan 2 biji bola rugbi sentuh.

14.7 PENGADIL
Pengadil akan disediakan oleh pihak jawatankuasa pertandingan. Setiap pasukan perlu
menyediakan 2 orang penjaga garisan di kalangan pemain.

14.8 SISTEM PERTANDINGAN


Separa liga

14.9 BANTAHAN
Sebarang bantahan hendaklah dibuat 30 minit selepas perlawananberkenaan tamat
dengan wang cagaran sebanyak RM300.00 secara bertulis.
Wang cagaran akan dipulangkan semula sekiranya bantahan berjaya.
Panel bantahan akan di diwakili oleh jawatankuasa penganjur dan tiga orang wakil
berkecuali yang akan ditentukan sendiri oleh pihak penganjur.

15.0 PENUTUP
Diharapkan permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada
pihak tuan. Persetujuan, kerjasama, keprihatinan dan sokongan daripada pihak
tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Disediakan oleh,

…………………………………….
(NUR IMANINA BINTI SHAARI)
Setiausaha Kelab Ragbi ,
Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong.

Disemak oleh,

……………………………………………
(ENCIK KANADEVI A/L KANAPATHY)
Guru Penasihat,
Kelab Ragbi,
Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong.

Disokong oleh,

……………………………………………
(ENCIK ZULKIPLY BIN MOHD NOR)

Penolong Kanan Kokurikulum,


Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong.

Diluluskan oleh,

……………………………………......

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong.
LAMPIRAN 1

NAMA PEMAIN RAGBI SENTUH KEBANGSAAN PIALA PUSINGAN


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERGONG

Guru Pengiring: Encik Ikmal bin Mohamad

Bil Nama No K/P


1. Puteri Afdzal binti Ahmad 011220025476
2. Norhafizah binti Ahmad Kamal 030706385036
3. Wan Nadiah binti Sazali 960508025566
4. Aziatul Safira binti Ollah 960205125906
5. Nur Syafinaz binti Abdullah 970629025780
6. Nuraisyafyqa binti Nortamizi 970112085430
7. Nur Imanina binti Shaari 970724025818
8. Anis Nursyahirah binti Addyhanis 970721146198

9. Nurul Nadzirah Abdul Karim 951013017260

10. Lidya Mundu 940309135692


LAMPIRAN 2

ANGGARAN PERBELANJAAN RAGBI SENTUH PEREMPUAN U 16


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MERGONG,
ALOR SETAR, KEDAH.

PERKARA HARGA /UNIT JUMLAH CATATAN

Minuman / RM10.00 X 11 orang X 1 Hari RM 110.00 Tanggungan


Makanan Sendiri

Yuran RM 250.00 x 1 pasukan – RM 250.00 Tanggungan


Pertandingan Sendiri

Pengangkutan Tanggungan
sekolah

Jumlah RM 360.00

Notis
1) Berikut merupakan anggaran pembelanjaan bagi satu pasukan
DO NOT SMILE
OR DIE!!!

DO I CARE
DIE
YOU!
!!

You might also like