You are on page 1of 6

SK RANTAU PETRONAS

24300 KERTEH KEMAMAN TERENGGANU

KERTAS KERJA
PROGRAM PEMBANGUNAN PERMAINAN
BADMINTON

(KLINIK KEJURULATIHAN DAN KEPENGADILAN BADMINTON)


KERTAS KERJA

PROGRAM PEMBANGUNAN PERMAINAN BADMINTON

(Klinik Pengadilan dan Kejurulatihan Badminton)

SK RANTAU PETRONAS

SEKOLAH KLUSTER KECEMERLANGAN

1.0 PENGENALAN

Permainan Badminton merupakan permainan yang memerlukan pelbagi kemahiran dan


teknik bermain yang baik. Latihan yang intensif serta daya tahan kardiovaskular yang tinggi
amat diperlukan untuk permainan ini terutamanya apabila menyertai pertandingan. Selaras
dengan Dasar 1 Murid 1 Sukan, dengan pelancaran aktiviti ini, maka ia dapat
menyemarakkan semangat murid-murid untuk menyertai mengambil bahagian dalam
program yang dijalankan ini melalui sessi yang dijalankan oleh jurulatih yang bertauliah.
Bagi melahirkan murid cemerlang dalam Badminton, maka kemahiran guru selaku jurulatih
adalah menjadi keutamaan dan wajib dipertingkatkan. Kemahiran guru dalam kejurulatihan
dan kepengadilan adalah amat penting bagi memastikan murid didedahkan dengan teknik
permainan yang berkesan. Ia juga mampu membantu guru mencari bakat di kalangan murid
sedari Tahun 1.

2.0 MATLAMAT

Di harapkan Program ini dapat memantapkan kemahiran murid SK Rantau Petronas.


Matlamat ini juga selaras dengan pencapaian murid dalam sukan badminton yang tidak
memberangsangkan semenjak 2017. Justeru diharapkan program I Can Badminton
Challenge ini akan melahirkan murid cemerlang dalam sukan badminton.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi pendedahan kepada murid tentang peraturan permainan badminton.


3.2 Mengupayakan murid dalam kemahiran kejurulatihan dan kepengadilan sukan badminton
3.3 Melahirkan murid yang cemerlang dalam pencapaian 1M1S khususnya sukan badminton
3.4 Mencemerlangkan sekolah dengan sukan badminton
3.5 Berkongsi kemahiran dengan 4 sekolah berhampiran

4.0 SASARAN

4.1 Program I Can Badminton Challenge :

Program ini melibatkan 30 murid ( 10 murid Tahap 1 dan 20 murid Tahap 2)

5.0 KETETAPAN PROGRAM

Tarikh : 20.9. 2020


Hari : Ahad
Masa : 2.00 p.m – 6.00 p.m
Tempat : Kelab Golf Rantau Petronas, Kerteh Kemaman

6.0 ANGGARAN KOS

Perkara Perincian Kos Aktiviti Jumlah

Sewa Gelanggang RM 10.00 x 2 gelanggang x 4 jam x RM 160.00 RM 960 .00


1hari

Banner RM 100.00 x 1 buah RM 50.00

Bayaran Jurulatih 1 orang x RM 100 x 3 jam x 1 RM 300.00


hari
Sijil RM 2.00 x 30 orang RM 120.00

Makanan murid 30 X RM 7.00 RM 210.00


Bulu Tangkis RM 60.00 x 2 tabung RM 120.00
7.0 SUMBER KEWANGAN

Sumbangan pelbagai pihak dan penajaan syarikat

8.0 INPUT

Adalah diharapkan daripada Klinik ini, sebilangan murid dapat mengupayakan


diri sendiri dengan kemahiran badminton. Semoga segala kemahiran ini dapat disalurkan
kepada murid lain dengan berkesan dan seterusnya mempertingkatkan lagi tahap dan mutu
permainan murid sehingga mencipta kecemerlangan sekolah.

9.0 TENTATIF PROGRAM

TARIKH HARI MASA


20 September 2020 Ahad 2.00 p.m hingga 6.00 p.m

MASA ATURCARA PROGRAM


1.45 p.m hingga 2.00 p.m Pendaftaran peserta
2.00 p.m hingga 3.00 p.m Pengenalan permainan badminton
Latihan asas dalam badminton:
-cara memegang raket yang betul
3.00 p.m hingga 4.00 p.m -forehand servis
-backhand servis

4.00 p.m hingga 4.30 p.m REHAT


Latihan asas dalam badminton:
-forehand netting
4.30 p.m hingga 5.30 p.m -backhand netting
- lopping

5.30 p.m hingga 6.00 p.m Majlis penutup & bersurai

10.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : En Mohd Rozi bin Hamid


Naib Pengerusi : En Adhamshari bin Aman-Penolong Kanan Kokurikulum
Penyelaras : Pn Sh Nadilah bt Syed Ismail (Penyelaras Projek)
Setiausaha : En.Wan Mohd Firdaus bin Wan Abdullah
11.0 JAWATANKUASA KERJA

Pengerusi : En Mohd Rozi bin Hamid – Guru Besar SK Rantau Petronas


Naib Pengerusi : En Adham shari bin Aman-Penolong Kanan Kokurikulum
Penyelaras Sukan & : En. En Wan Mohd Firdaus bin Wan Abdullah (Penyelaras Sukan dan
Permainan)
Setiausaha : En Wan Mohd Shariff bin Wan Harun

Ahli Jawatankuasa :
1. Pegawai Teknikal Dan Alatan: 2. Pendaftaran Peserta :
En. Aminuddin bin Zakaria Cik Nurul Afiqah bt Yaser
En . Sallehuddin bin Bebakar
3. Buku Program/ Dokumentasi : 4. Makan/Minum Guru & Murid :
Pn Asmira bt Muda Pn. Fatimah bt Muda
Pn Faizah bt Zakaria

5. JK Cenderamata Dan Sijil 6. JK Kecemasan dan bantu mula:


Cik Romiza bt Hassan Pn Wan Nor Azniyati bt Wan Zainal

7. Foto/ Rakaman: 8. Pengacara Majlis


Pn Ruzaini bt Abd Karim En Mohmad Soffian bin Ab Rahman

12.0 STRATEGI PERLAKSANAAN

12.1 Mendapatkan maklumat dan dokumen daripada permohonan jurulatih/fasilitator.


12.2 Menjalankan Mesyuarat Jawatankuasa Program.
12.3 Menjalankan perbincangan di antara Jawatankuasa Kerja Program.
12.4 Membuat penetapan tarikh dan masa.
12.4 Mengemukakan Permohonan Program untuk dibentangkan di peringkat Kementerian
Pelajaran untuk kelulusan program.

13.0 PENILAIAN PROGRAM

13.1 Pemantauan yang dijalankan oleh Setiausaha Sukan sekolah.


13.2 Pemantauan yang dijalankan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
13.3 Pemantauan oleh Guru Besar.

14.0 KESIMPULAN
Pihak pengurusan dan AJK berharap program ini akan memberi pendedahan tentang teori dan
teknik bermain badminton yang betul kepada para peserta.

Disediakan Oleh : Disahkan Oleh :

............................................. -------------------------------------
Wan Mohd Firdaus bin Wan Abdullah
Setiausaha Sukan dan Permainan
SK Rantau Petronas

Disemak Oleh:

.................................................

You might also like