You are on page 1of 12

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

KERTAS KERJA
________________________________________________________________

KEM PENSIJILAN KEJURULATIHAN DAN


PENGHAKIMAN PANCARAGAM
_________________________________________________________

TARIKH :
18 - 20 Disember 2015

TEMPAT :
Kem Pusako Hasan Basri, Kampung Jelutong, Batu Kikir,
Negeri Sembilan

Anjuran :
FAKULTI MUZIK DAN SENI PERSEMBAHAN

Dengan Kerjasama:
UNIVERSITY COMMUNITY TRANSFORMATIONAL CENTRE (UCTC) UPSI
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan dan kebenaran daripada

University Community Transformational Centre (UCTC) UPSI dengan tujuan

menjalankan program Graduate Employbility (GE): KEM PENSIJILAN

KEJURULATIHAN DAN PENGHAKIMAN PANCARAGAM kepada pelajar tahun

akhir program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik, Fakulti Muzik dan Seni

Persembahan, UPSI.

2.0 PENGENALAN

Seorang jurulatih pancaragam yang amat diperlukan adalah merupakan seorang yang

mempunyai kemahiran, kepakaran dan pengalaman dalam aspek kejurulatihan dan penghakiman.

Kualiti seseorang jurulatih pancaragam adalah disebabkan setiap daripadanya mempunyai

perancangan yang rapi dan tersusun dalam system latihan serta mampu menilai kualiti

persembahan sesebuah pancaragam.

Kem Pensijilan Kejurulatihan dan Penghakiman Pancaragam ini dianjurkan bertujuan

untuk memantapkan lagi peranan yang dimainkan oleh bakal graduan FMSP dalam

melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang yang telah dilantik, diberi kepercayaan dan

mandat menjadi seorang jurulatih. Kem ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelajar untuk

menimba ilmu pengetahuan dalam pengurusan latihan pancaragam yang efektif malah

meningkatkan kemahiran membuat penilaian terhadap elemen-elemen muzik dalam pertandingan

pacaragam. Penyertaan mahasiswa/i dalam kem ini memberi impak yang besar terhadap
kebolehpasaran mereka sebagai bakal jurulatih pancaragam di sekolah-sekolah atau pun di

institusi pendidikan tinggi. Selain itu, pengiktitarafan yang diberi terhadap kepakaran mereka

dalam bidang penjurian pertandingan pencaragam membolehkan mereka dilantik untuk

menghakimi pertandingan-pertandingan pancaragam samada di peringkat negeri atau

kebangsaan.

3.0 OBJEKTIF

i. Untuk memantapkan kemahiran bakal graduan FMSP UPSI dalam

pengurusan latihan pancaragam yang berkesan

ii. Untuk memantapkan kemahiran bakal graduan FMSP UPSI dalam sistem

penghakiman pancaragam yang berkualiti.

iii. Untuk memberi peluang kepada bakal graduan berkongsi pengalaman dan

maklumat terkini tentang bidang kejurulatihan pancaragam khususnya

berkaitan dengan methodologi, pedagogi, perkembangan semasa dan

sistem latihan terkini dalam bidang pancaragam.


4.0 JUSTIFIKASI

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan, pengetahuan dan

kemahiran yang luas kepada bakal graduan tentang aspek kejurulatihan dan sistem

penjurian pancaragam yang sangat diperlukan dalam perkembangan bidang pancaragam

dalam negara. Dalam pengurusan sebuah pasukan pancaragam yang cemerlang di

peringkat kebangsaan dan antarabangsa, banyak elemen yang perlu dikuasai oleh bakal

jurulatih antaranya ialah sistem pemilihan ahli, latihan pancaragam, kejurulatihan,

kepimpinan, kewangan, pemilihan dan gubahan lagu, dan lain-lain. Elemen-elemen ini

perlulah diberi perhatian dan diuruskan dengan sebaiknya oleh semua jurulatih

pancaragam di Malaysia agar setiap objektif penubuhan sesebuah pancaragam itu dapat

dicapai dengan jayanya.

Jurulatih sesebuah pancaragam merupakan individu yang bertanggungjawab

untuk mencorak dan membina teknik-teknik latihan pancaragam yang berkualiti untuk

ahli-ahli pasukan pancaragamnya. Tanpa teknik latihan yang berkualiti, masa untuk setiap

sesi latihan akan dibazirkan dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah dan seterusnya

merencatkan objektif untuk setiap sesi latihan itu. Tidak dinafikan pada setiap sesi latihan

akan terdapat masalah-masalah yang akan timbul. Masalah-masalah ini haruslah

ditangani dengan bijak dan bersistematik oleh setiap jurulatih pancaragam agar ia tidak

memberi kesan yang negatif kepada sesebuah pasukan pancaragam. Oleh yang demikian,

kem ini memberi peluang kepada bakal graduan untk berinteraksi dan berbincang tentang

bagaimana mengatasi permasalahan yang timbul dalam aspek kejurulatihan pancaragam.

Pendedahan terhadap penjurian dan penghakiman pencaragam dari aspek teknikal,

mekanikal dan muzikal juga akan menambah kebolehpasaran bakal graduan untuk
dilantik sebagai juri atau hakim dalam sesebuah pertandingan di peringkat negeri atau

kebangsaan.

6.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT PROGRAM

Tarikh : 18 – 20 Disember 2015

Hari : Jumaat- Ahad

Tempat Program : Kem Pusako Hasan Basri, Kampung Jelutong, Batu Kikir,
Negeri Sembilan

7.0 KUMPULAN SASARAN

Ahli terlibat terdiri daripada senarai nama di lampiran. Mereka adalah terdiri daripada 22

orang pelajar tahun akhir program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Muzik.

7.0 PEGAWAI

NAMA

1. Prof. Madya Zaharul Lailiddin Hj. Saidon Certified Drum Corp

Europe (DCE) Judge

2. Dr. Mohd. Nizam Hj. Nasrifan Certified Drum Corp

Europe (DCE) Judge

3. Dr. Mahayuddin Abdul Rahim Certified Drum Corp

Europe (DCE) Judge

4. En. Zamrus Hashim Jurulatih Pancaragam dan

Wind Orchestra Kebangsaan


5. En. Azharuddin Abdul Shukor Freelance Marching Band

Coach and Judge

6. En. Wan Shahril Anuar Jurulatih Pancaragam dan

Wind Orchestra Kebangsaan

8.0 TENTATIF BENGKEL KEJURULATIHAN PANCARAGAM

(Rujuk Lampiran)

*Tentatif program adalah tertakluk kepada perubahan


9.0 IMPLIKASI KEWANGAN

Bil Perkara Harga & Kuantiti Jumlah Kos


a. Pakej Penginapan dan RM100.00 x 22 orang x 2 RM4400
Makan Minum Peserta hari
(3 hari 2 malam)
Jumaat ( 18.12.2015 )-
Minum petang, makan malam
dan kudapan.
Sabtu ( 19.12.2015 ) -
Sarapan, minum pagi makan
tengahari, minum petang,
makan malam dan kudapan.
Ahad ( 20.12.2015 ) -
Sarapan dan makan
tengahari.
Pakej Penginapan dan RM120.00 x 8 x 2 hari RM1920
Makan Minum Jurulatih
(3 hari 2 malam)
Jumaat ( 18.12.2015 )-
Minum petang, makan malam
dan kudapan.
Sabtu ( 19.12.2015 ) -
Sarapan, minum pagi makan
tengahari, minum petang,
makan malam dan kudapan.
Ahad ( 20.12.2015 ) -
Sarapan dan makan
tengahari.
c. Pakej Ruang RM500.00 RM 500.00
-Dewan Terbuka
-Surau
-PA System
d. Fail Bengkel
Alat Tulis / Kertas RM 150.00
Sijil
Name Tag
e.
- Honorarium Jurulatih
RM500 x 6 RM 3000.00

JUMLAH BESAR RM9970.00


10.0 PENUTUP

Pihak UCTC UPSI dengan segala hormatnya dipohon untuk meneliti, mempertimbangkan dan

meluluskan permohonan peruntukan kewangan sebanyak RM9970.00 untuk menjalankan

menjalankan program Graduate Employbility (GE): KEM PENSIJILAN KEJURULATIHAN

DAN PENGHAKIMAN PANCARAGAM kepada pelajar tahun akhir program Ijazah Sarjana

Muda Pendidikan Muzik, Fakulti Muzik dan Seni Persembahan, UPSI. Kami berharap agar

program ini dapat dijalankan dengan lancar dan mencapai objektif yang disasarkan. Segala

perhatian dan pertimbangan yang diberikan amatlah dialu-alukan dan diucapkan jutaan terima

kasih.
Dr. Mahayuddin Bin Abdul Rahim,
Disediakan oleh : Pengarah Program
Kem Pensijilan Kejurulatihan Dan
Penghakiman Pancaragam ,
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.

Tandatangan :....................................

Tarikh :....................................

Dr. Mohd Nizam Bin Nasrifan,


Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan
Disemak oleh : Alumni,
Fakulti Muzik dan Seni Persembahan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim, Perak.

Tandatangan : ....................................

Tarikh : ....................................
Diluluskan Oleh :

Tandatangan : ....................................

Tarikh : ....................................
LAMPIRAN
SENARAI PELAJAR YANG TERLIBAT

NO. MATRIK NAMA

1 D20121058695 SITI FATIMAH BINTI BAHARUDDIN

2 D20131062960 FATIN HANANI BINTI SALIKAN

3 D20131064078 RICKY BIN FRANCIS

4 D20131064079 MUHAMMAD NUR ALIFF FIRDAUS BIN JAAFAR

5 D20131064080 MOHAMMAD IZANI BIN ABDUL GHANI

6 D20131064082 NUR FATINAH BINTI AHMAD

7 D20131064083 ROZAINIE DANIS

8 D20131064084 ABIGAIL ANAK CHEMALINE

9 D20131064086 KENG ANN NIE

10 D20131064087 DIDYMUS GIMI

11 D20131064088 MUHAMMAD IKHMAL SHAZMI BIN AHMAD TERMIZI

12 D20131064089 IZWAN HARITH BIN MOHD KAMARUL ARIFIN

13 D20131064090 MOHD KAMARU HAKIMI BIN RAZALI

14 D20131064091 BERNERDEK SUNI

15 D20131064092 MUHD IDZMAN HAFIZUDDIN BIN MUHD ZAKI

16 D20131064094 TAN CAI SIN

17 D20131064095 KHAIRUL ASRAF BIN MOHD NOR

18 D20131064096 BILLHARLEY RACHA ANAK NGALI


19 D20131064097 MIRAIHANI BINTI MUHININ

20 D20131064098 MUHAMMAD FADHIL BIN SAMSUDDIN

21 D20131064099 SHAHRUL MUNIR BIN RUBANI

22 D20131064101 FERA MESOL

You might also like