You are on page 1of 7

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN

22200 BESUT, TERENGGANU DARUL IMAN


__________________________________________________

KERTAS CADANGAN
MAJLIS ANUGERAH PENGARAH
DAN
ANUGERAH KECEMERLANGAN
KOMITMEN KAMI
PEPERIKSAAN NOVEMBER 2022 (PPISMP SEM 1, PISMP
SEM 1 & PISMP SEM 4)
PEPERIKSAAN JANUARI 2023 (PDPP SEM 1)
PEPERIKSAAN MEI 2023 (PPISMP SEM 2, PISMP SEM 2,
PISMP SEM 5 & PDPP SEM 2)
IPG KAMPUS SULTAN MIZAN

ANJURAN:
SEKTOR KECEMERLANGAN PELAJAR
i. JK KONVOKESYEN DAN ANUGERAH PENGARAH

ii. JK PELAKSANA KOMITMEN KAMI

TARIKH
8 OKTOBER 2023 (AHAD)

TEMPAT
DEWAN BENDAHARA
1.0 PENGENALAN
Majlis Anugerah Pengarah dan Anugerah Kecemerlangan Komitmen Kami akan
diadakan untuk siswa pendidik PDPP Ambilan Oktober 2022, PISMP Ambilan Jun
2021, PPISMP dan PISMP Ambilan Jun 2022 bagi memberi pengiktirafan kepada
semua siswa pendidik yang berjaya memperolehi keputusan Kelas Pertama dengan
Purata Mata Gred Terkumpul ( PMGT) ≥ 3.75 dalam Peperiksaan November 2022,
Peperiksaan Januari 2023, dan Peperiksaan Mei 2023 di bawah kelolaan Sektor
Kecemerlangan Pelajar iaitu JK Konvokesyen dan Anugerah Pengarah dan JK
Pelaksana Komitmen Kami.

2.0 MATLAMAT
Kertas cadangan ini dikemukakan kepada Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan
untuk mendapatkan kelulusan bagi mengadakan Majlis Anugerah Pengarah dan
Anugerah Kecemerlangan Komitmen Kami dan mendapatkan peruntukan bagi sijil
anugerah pengarah, cenderamata (20 plak anugerah kecemerlangan komitmen
kami), folder anugerah pengarah, plak anugerah khas pengarah, cenderahati pelajar
PDPP (plak), cenderahati anugerah khas pengarah (sejadah), banner dan backdrop
serta kos dobi jubah untuk digunakan semasa majlis.

3.0 RASIONAL
Majlis ini diadakan untuk memberi galakan kepada siswa pendidik agar pencapaian
mereka sentiasa cemerlang di dalam bidang akademik dan kurikulum selaras
dengan indikator yang terdapat pada ‘Komitmen Kami’. Pada kali ini, sijil
pengiktirafan diberi kepada semua siswa pendidik PISMP Ambilan Jun 2021,
PPISMP dan PISMP Ambilan Jun 2022 dan PDPP Ambilan Oktober 2022 yang
berjaya memperolehi keputusan Kelas Pertama dalam Peperiksaan November 2022
(PPISMP dan PISMP) , Peperiksaan Januari 2023 (PDPP) dan Peperiksaan Mei
2023 (PDPP, PPISMP dan PISMP).

4.0 OBJEKTIF
Sebagai tanda penghargaan kepada semua siswa pendidik yang cemerlang dalam
akademik dan telah bertungkus lumus memantapkan pencapaian mereka mengikut
elemen yang digariskan dalam ‘Komitmen Kami’.

5.0 PENGANJUR
 Sektor Kecemerlangan Pelajar iaitu :
i. JK Konvokesyen dan Anugerah Pengarah
ii. JK Pelaksana Komitmen Kami

6.0 BUTIRAN PROGRAM


Butiran program adalah seperti berikut :
6.1 Hari : 8 Oktober 2023 (Ahad)
6.2 Masa : 9.00 pagi
6.3 Tempat : Dewan Bendahara, IPGKSM

7.0 SASARAN
Semua siswa pendidik PISMP Ambilan Jun 2021, PPISMP dan PISMP Ambilan Jun
2022 dan PDPP Ambilan Oktober 2022 dengan CGPA ≥ 3.75.

8.0 TENTATIF PROGRAM

8.30 pagi : Pendaftaran / Siswa pendidik mengambil tempat


8.40 pagi : Pensyarah mengambil tempat
8.50 pagi : Perarakan Masuk Yang Berbahagia Dr. Mohamad Isa bin Azis
Timbalan Rektor, Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) IPGM, Ybhg
Tuan Pengarah IPGKSM diiringi oleh Tuan Timbalan
Pengarah, Tetamu-tetamu jemputan, Ketua-ketua Jabatan,
Ketua-Ketua Sektor dan Ketua-ketua Unit.

9.00 pagi : Ucapan alu-aluan pengerusi majlis


: Lagu Negaraku
: Bacaan doa

: Bacaan Ayat Suci Al-Quran

9.15 pagi : Ucapan Alu-aluan


Yang. Bhg. Dr. Hj. Ahamad bin Rahim
Pengarah IPG KSM

9.30 pagi : Ucapan Perasmian


Yang Berbahagia Dr. Mohamad Isa bin Azis
Timbalan Rektor
Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP), IPGM

PENYAMPAIAN ANUGERAH PENGARAH: SIRI 1

Semua pelajar yang mendapat PMGT >_3.75 mengikut


jabatan dan terbaik mengikut opsyen
i. Muzik Gamelan mengiringi penerima anugerah
ii. Tayangan slaid gambar penerima

: Selingan 1 : Koir
: Lagu - i. Ilmu Penyuluh Jiwa
ii. Komitmen Kami

10.00 pagi : PENYAMPAIAN ANUGERAH PENGARAH : SIRI 2

Anugerah Kecemerlangan Komitmen Kami:

1. Anugerah Khas Komitmen Kami- Terbaik Akademik (PMGT tertinggi )


2. Anugerah Khas Komitmen Kami- Kecemerlangan Kepimpinan
3. Anugerah Khas Komitmen Kami- Kecemerlangan Disiplin dan Sahsiah
4. Anugerah Khas Komitmen Kami- Kecemerlangan Agama dan Moral
5. Anugerah Khas Komitmen Kami- Kecemerlangan Bahasa Antarabangsa
6. Anugerah Khas Komitmen Kami- Kecemerlangan Kokurikulum
7. Anugerah Khas Komitmen Kami- Kecemerlangan Artificial Intelligence
8. Anugerah Khas Komitmen Kami- Kecemerlangan Khidmat Komuniti
9. Anugerah Khas Komitmen Kami- Kecemerlangan Penyelidikan & Inovasi
10. Anugerah Khas Komitmen Kami- Kecemerlangan Aktiviti Pengantarabangsaan

i. Muzik Gamelan mengiringi penerima anugerah


ii. Tayangan slaid gambar penerima dan plak

10.30 pagi : Selingan 1: Nyanyian Solo


: Lagu - Lagu Motivasi (2 lagu)

10.45 pagi : ANUGERAH KHAS KOMITMEN KAMI

Anugerah kepada alumni cemerlang

Anugerah kepada:
“Anugerah Kepimpinan Mithali Komitmen Kami”

i. Tayangan Slaid – nama, gambar dan pencapaian


ii. Muzik Gamelan

Penutup : Nyanyian:
Lagu IPGM
Lagu Selamat Sultan
9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL. PERKARA HARGA (RM)

10.0 1.
SENARAI Wang Folder Anugerah Pengarah
JAWATANKUASA RM1250.00
Amanah (RM2.50 × 500 keping)

2. Wang Sijil Anugerah Pengarah


RM750.00
Amanah (RM1.50 x 500 keping)

3. Wang Hadiah
RM2000.00
Amanah (RM100 x 20 plak)

4. Wang Plak Anugerah Khas Pengarah


RM900.00
Amanah (RM300.00 x 3 buah)

5. Wang Hadiah (sejadah)


RM300.00
Amanah (RM100.00 x 3 bidang)

6. Wang Hadiah pelajar PDPP


RM1000.00
Amanah (RM100.00 x 10 orang)

7. Wang Kos dobi jubah pelajar


(RM25.00 x 200 jubah) RM5000.00
Amanah

8. Wang Backdrop 19 kaki x 5 kaki


Amanah RM285.00

9. Wang Banner 12 kaki x 5 kaki


RM182.00
Amanah

JUMLAH RM11,667.00

10.1 JAWATANKUASA INDUK:

PENGERUSI :
Dr. Hj. Ahamad bin Rahim
Pengarah

TIMBALAN PENGERUSI :
Ts. Dr. Pajuzi bin Awang
Timbalan Pengarah

PENYELARAS BERSAMA:
1. Puan Hjh. Roshidah binti Mat
Ketua Sektor Kecemerlangan Pelajar

2. Encik Mohd Rasidi Al Munir bin Aziz


Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian

3. Dr. Hj. Salime bin Ab. Rahman


Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik
4. Encik Encik Ahmad Amir Khan Shah bin Ahmad @ Mohamed
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar

SETIAUSAHA :
Pn. Nur Anis binti Apandi
Pegawai Pengurusan Unit Peperiksaan dan Penilaian

BENDAHARI :
Puan Sarifah binti Ismail
Penolong Akauntan

11.0 PENUTUP

Dengan terlaksananya program ini, harapan kami agar semua siswa pendidik Institut
Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan akan mempunyai semangat daya saing dan motivasi
yang tinggi dalam mencapai impian menjadi guru unggul. Semoga program ini juga menjadi
perintis siswa pendidik menggerakkan pula program seumpamanya buat murid-murid sama
ada di bidang akademik mahupun ko-kurikulum di sekolah kelak. Kerjasama dan sokongan
yang diberikan oleh semua pihak amatlah kami alu-alukan bagi menjayakan Majlis Anugerah
Pengarah dan Anugerah Kecemerlangan Komitmen Kami, IPG Kampus Sultan Mizan.
Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperolehi dari penganjuran ini akan dapat
diaplikasikan oleh siswa pendidik apabila di sekolah kelak.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

PN. NUR ANIS BINTI APANDI EN. MOHD RASIDI AL MUNIR BIN AZIZ
SETIAUSAHA PENYELARAS BERSAMA
ANUGERAH PENGARAH 2023 ANUGERAH PENGARAH 2023
IPG Kampus Sultan Mizan IPG Kampus Sultan Mizan
22200 Besut, Terengganu 22200 Besut, Terengganu

Disokong oleh,

PN. HJH. ROSHIDAH BINTI MAT


KETUA SEKTOR KECEMERLANGAN PELAJAR
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Sultan Mizan.
22200 Besut, Terengganu

KELULUSAN PENGARAH

Dengan ini saya


*SETUJU / TIDAK BERSETUJU
dengan Kertas Cadangan penganjuran program
“Majlis Anugerah Pengarah dan Anugerah Kecemerlangan Komitmen Kami”
diadakan.

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________

Yang benar,

..................................................
(DR. HJ. AHAMAD BIN RAHIM)
Pengarah,
Institut Pendidikan Guru,
Kampus Sultan Mizan,
22200 Besut, Terengganu Darul Iman.

You might also like