You are on page 1of 66

MODUL

PEMANTAPAN TATABAHASA
BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH
PMM 218

JABATAN PENGAJIAN MELAYU


Cetakan Pertama 2017

© IPGKSM

Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang dalam apa-apa juga bentuk dan
juga cara baik secara elektronik, mekanik, rakaman, atau lain-lain, mana-mana bahagian
kandungan modul ini sebelum mendapat izin bertulis daripada IPG Kampus Sultan Mizan,
22200 Besut Terengganu

Disediakan oleh:

Jabatan Pengajian Melayu


IPG Kampus Sultan Mizan
22200 Besut
Terengganu
Tel: 09-6957012
Faks: 09-6957429
Email: ipgksm@edu.my
Laman Web: http://www.ipgmksm.edu.my

i
PERKARA MUKA SURAT

ii
HALAMAN HAK CIPTA i
KANDUNGAN ii
KATA ALU-ALUAN PENGARAH iii
KATA ALU-ALUAN PENGERUSI JAWATANKUASA CPD iv
JADUAL KURSUS v

1.0 KERANGKA KURSUS KESELURUHAN

1.1 Pengenalan 1
1.2 Hasil Pembelajaran 1
1.3 Kaedah Penilaian 1

2.0 TAJUK 1: SISTEM EJAAN RUMI 4


2.1 Bunyi Dan Huruf 6
2.2 Pola Keselarasan Vokal 8

3.0 TAJUK 2: MORFOLOGI 13


3.1 Pembentukan Kata 13
3.2 Penggolongan Kata 15

4.0 TAJUK 3: SINTAKSIS 25


4.1 Frasa 27
4.2 Klausa 36

5.0 TAJUK 4: SINTAKSIS 38


5.1 Ragam Dan Susunan Ayat 39

6.0 TAJUK 5: SINTAKSIS 45


6.1 Konsep Ayat Terbitan 48
6.2 Proses Penerbitan Ayat 49

RUJUKAN 59
PANEL PENGGUBAL 60
PANEL PEMURNI 61
KATA ALU-ALUAN
PENGARAH

iii
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN MIZAN

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya Modul Pembangunan


Profesionalisme Berterusan (Continuous Professional Development-CPD) bagi
guru-guru sekolah menengah dan rendah berjaya dikeluarkan.
Sekalung tahniah diucapkan kepada pensyarah-pensyarah Institut Pendidikan
Guru Kampus Sultan Mizan (IPGKSM) yang bertungkus-lumus sehingga berjaya
mengeluarkan modul ini. Saya yakin tanpa komitmen yang tinggi modul ini tidak
mungkin dapat disiapkan. Modul ini dihasilkan setelah analisis keperluan latihan
terhadap keperluan guru-guru dilaksanakan. Modul ini diharapkan dapat membantu
guru-guru meningkatkan kompetensi diri dan seterusnya mencapai piawai kualiti
guru di abad ke 21.
Saya mengharapkan agar modul ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh
warga pendidik dalam membangunkan profesionalisme guru-guru. Impaknya akan
membentuk kemenjadian pelajar selaras dengan matlamat akhir Transformasi
Sekolah 2025 (TS25).

Sekian, terima kasih

(Dr. HAJI MOHD AZIZ BIN MOHD DIN)


Pengarah
IPG Kampus Sultan Mizan,
Besut, Terengganu.

KATA ALU-ALUAN

iv
PENGERUSI JAWATANKUASA CPD
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN MIZAN

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah s.w.t


kerana dengan izin dan limpah kurnianya, modul ini dapat disiapkan dengan
sempurna.

Sesungguhnya penghasilan modul ini dimungkinkan dengan kerjasama


banyak pihak terutama sekali kerjasama dan sokongan berterusan dari Pengarah,
Ketua-Ketua Jabatan, pensyarah-pensyarah dan juga Ahli Jawatankuasa
Pembangunan Profesioanalisme Berterusan atau Continuous Professional
Development (CPD) IPG Kampus Sultan Mizan.

Semoga usaha kecil ini mampu menjadi pemangkin kepada kecemerlangan


pendidikan khususnya di IPG Kampus Sultan Mizan ini. Dan adalah juga menjadi
harapan saya agar usaha ini mendapat keberkatan dan dirahmati Allah s.w.t, insya
Allah.

Sekian, terima kasih.

(MOHD NOOR BIN IBRAHIM)


Pengerusi
Jawatankuasa CPD
IPG Kampus Sultan Mizan,
Besut, Terengganu.

JADUAL KURSUS PEMANTAPAN TATABAHASA


v
BAHASA MELAYU SEKOLAH MENENGAH

JAM/ 10.00 12.30


HARI 8.00-10.00 – 10.30 – 12.30 – 2.30 – 4.30
10.30 2.30

8.00-9.00 9.00-10.00
Slot 2 Slot 3
PERTAMA

Pendaf- Slot 1 Morfologi: Morfologi:


taran dan Sistem Pembentukan Kata Penggolongan
Ujian Pra Ejaan Rumi (ASD) Kata
(RAR) (RAR) (ANH)
R
E
H
Slot 4 A Slot 5
T Slot 6
Bengkel Morfologi Sintaksis:
KEDUA

(RAR) 1 Frasa dan Klausa Sintaksis:


(FAR) Ragam dan
R Susunan Ayat
(MSD)
E

H
10.30 – 11.30 –
11.30 12.30 A
Slot 7
Sintaksis: T
KETIGA

Ayat Terbitan Slot 8 Ujian


(MCM ) Bengkel Pasca
Sintaksis dan
(RAR) Rumusan 2
(RAR)

vi
PENGENALAN

Modul ini secara amnya merupakan satu panduan pembelajaran bagi kursus
Pemantapan Pengajaran Tatabahasa Bahasa Melayu Sekolah Menengah.
Kursus ini ditawarkan oleh Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru,
Kampus Sultan Mizan, 22200 Besut Terengganu

Modul ini bertujuan untuk membantu guru-guru bahasa Melayu Sekolah Menengah
memantapkan pengetahuan mereka mengenai tatabahasa bahasa Melayu.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir sesi kursus, para peserta dapat:


1. menganalisis sistem ejaan rumi bahasa Melayu;
2. menjelaskan konsep dan kandungan morfologi dan sintaksis;
3. mengaplikasikan konsep morfologi dan sintaksis dalam penulisan dokumen
rasmi;
4. mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran tatabahasa secara
kontekstual, e-pembelajaran, dan didik hibur,
5. membiasakan diri menggunakan tatabahasa yang tepat dalam pengajaran
dan pembelajaran (PdP).

KAEDAH PENILAIAN

1. Ujian pra dan ujian pasca


2. Penilaian berterusan
3. Persembahan

1
KERANGKA KURSUS SLOT 1

Topik Sistem Ejaan Rumi

Masa Slot 1: 2 jam (8.00 – 10.00 pg.)

A. Hasil Pembelajaran

Pada akhir sesi peserta dapat:

1. menjelaskan sejarah ringkas sistem ejaan rumi bahasa Melayu;

2. mengaplikasikan pola keselarasan vokal dan pola-pola yang terkecuali dalam


sistem ejaan rumi

3. mengaplikasikan panduan pengejaan kata pinjaman.

4. mengamalkan pengejaan keselarasan vokal dan pengejaan kata pinjaman dengan


tepat dalam urusan seharian.

B. Kandungan Slot

1. Sejarah ringkas sistem ejaan rumi;

2. Pola keselarasan vokal dan pola yang terkecuali;

3. Panduan pengejaan kata pinjaman.

Aktiviti/Masa Isi Kandungan Catatan


(Media Pengajaran,
Strategi)
Aktiviti 1 Pemudah cara  Sumbang saran
mengemukakan 2 beberapa  Kuliah
kata jati dan kata  Perbincangan
(5 minit) pinjaman dalam bahasa  Bahan rangsangan
Melayu untuk dieja oleh (contoh: kereta)
3
TAJUK 1 : SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

SUBTAJUK 1: SEJARAH RINGKAS SISTEM EJAAN RUMI

1812 William Marsden- A Grammar of the Malayan Language


1901 W.G.Shellabear- The Evolution of the Malay Spelling
1905 R.J. Wilkinson – Ejaan Sekolah
1947 Pendeta Za’ba – Petua-petua Ejaan Rumi
1952, 1954 Jawatankuasa Ejaan-Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu-
1956 (dikenali juga dengan nama Ejaan ASAS 50)

1972 Ejaan Bersama Bahasa Malaysia – Bahasa Indonesia – Ejaan


Baharu ejaan yang digunakan hingga sekarang
1975 Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan
Pustaka
1981 Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka
(Semakan 1988)

4
Grafik Menyusun Maklumat Mengikut Urutan/Kronologi

5
SUBTAJUK 2: BUNYI DAN HURUF

Tahukah anda berapakah jumlah huruf vokal dan konsonan dalam bahasa Melayu?

5 21
Bunyi dan Huruf
Konsonan
Vokal

Lima konsonan gabungan (digraf)

ny
ng

digraf kh

gh sy

6
Tiga bentuk diftong

ai
ou

diftong

oi

Nota lengkap mengenai tajuk huruf vokal, konsonan, diftong dan digraf di atas boleh
diperoleh melalui google drive drroslijpm2017@gmail.com. Kata kunci: drroslijpm17.

Aktiviti :

Berdasarkan kefahaman anda, senaraikan 2 perkataan bagi setiap digraf dan diftong yang
tersenarai pada grafik di atas.

7
SUBTAJUK 2: POLA KESELARASAN VOKAL

Apakah yang anda faham tentang pola keselarasan vokal?

Keselarasan vokal bermaksud keselarasan atau kesesuaian dua huruf vokal yang
membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada
suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup. Peraturan ini
menetapkan beberapa peraturan, iaitu keselarasan antara dua huruf vokal pada kata
dasar; kata dasar berakhirkan suku kata tertutup dan bagi kata yang mengandungi
lebih daripada dua suku kata, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal,
hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja.

Pola keselarasan vokal

18

Perubahan pola ejaan lama (sebelum 16 Ogos 1972) kepada pola ejaan baharu
ditunjukkan pada rajah di bawah.

Pola Lama Contoh Pola Baharu Contoh

Perkataan Perkataan

a - e aleh a - i alih
a - o batok a - u batuk
e–e lebeh e- i lebih
e- o tempoh e-u tempuh
i-e pileh i -i pilih
i-o tidor i–u tidur
u-e usek u–i usik
u-o untong u-u untung

8
SUBTAJUK 4: KEKECUALIAN KESELARASAN POLA BAGI KATA PINJAMAN:
Terdapat beberapa kekecualian terhadap peraturan keselarasan vokal di atas, iaitu
bagi kata pinjaman daripada bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris. Yang berikut
ditunjukkan beberapa contoh kata yang dikecualikan daripada pola keselarasan
vokal yang dinyatakan sebelum ini. Bagi perkataan yang berupa istilah atau kata
pinjaman daripada bahasa Inggeris, terdapat beberapa peraturan yang perlu
dipatuhi.

Penyesuaian Huruf-huruf
Konsonan Tertentu

13

Pengguguran Satu daripada Gabungan Huruf


Konsonan yang Sama

9
9

Nota lengkap mengenai tajuk Pengguguran Satu daripada Gabungan Huruf Konsonan
yang Sama di atas boleh diperoleh melalui google drive drroslijpm2017@gmail.com.
Kata kunci: drroslijpm17.

9
13

Penyesuaian Huruf bagi


Gabungan Dua Huruf Vokal

Nota lengkap mengenai tajuk Penyesuaian Huruf bagi Gabungan Dua Huruf Vokal
di atas boleh diperoleh melalui google drive drroslijpm2017@gmail.com. Kata kunci:
drroslijpm17.

pengekalan gugus konsonan


10
dalam bahasa Inggeris dengan
beberapa penyesuaian

Nota lengkap mengenai tajuk Pengekalan Gugus Konsonan dalam bahasa Inggeris
dengan Beberapa Penyesuaian di atas boleh diperoleh melalui google drive
drroslijpm2017@gmail.com. Kata kunci: drroslijpm17.

10
Huruf ‘g’ yang diucapkan sebagai [ j ] menurut sebutan bahasa Inggeris, ditulis sebagai ‘g’
dan disebut sebagai [ g ] dalam bahasa Melayu.

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

generation generasi

technology teknologi

tragedy tragedi

psychology psikologi

agenda agenda

agent agen, ejen (wakil)

Kata yang asalnya berakhir dengan –sion, -sional, -tion, -tional menjadi -si, -sen, -syen,
dan -sional.

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

tradition, action tradisi, aksi

lotion, immigration losen, imigresyen

section, television seksyen, televisyen

professional profesional

national, traditional nasional, tradisional

Pengejaan kata yang berakhir dengan –ism.

Bahasa Bahasa Melayu


Inggeris

nasionalism nasionalisme

comunism komunisme

socialisme sosialisme

mechanism mekanisme

11
Pengejaan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris yang telah mantap.

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

class, glass kelas, gelas

grant, stamp geran, setem

pencil, plan pensel, pelan

bureu, ballon biro, belon

action aksi

dial, file dail, fail

size, pie saiz, pai

Nota lengkap mengenai tajuk di atas boleh diperoleh melalui google drive
drroslijpm2017@gmail.com. Kata kunci: drroslijpm17.

LATIHAN:

Dalam kumpulan, berdasarkan pencarian bahan rencana bahasa Melayu melalui


internet, senaraikan perkataan pinjaman daripada bahasa Inggeris ke bahasa Malaysia
yang tidak mengikut hukum keselarasan vokal.

12
KERANGKA KURSUS SLOT 2

Topik MORFOLOGI: PEMBENTUKAN KATA

1. Proses Pembentukan Kata


 Bentuk kata tunggal
 Bentuk kata terbitan
 Bentuk kata majmuk
 Bentuk kata ganda

Masa Slot 2: 2 jam (10.30 – 12.30 tgh)

Hasil Pembelajaran

Pada akhir sesi ini, peserta dapat:

1. menjelaskan konsep pembentukan kata

2. mengaplikasikan konsep pembentukan kata dalam penulisan dokumen


rasmi

3. mengamalkan pengajaran dan pembelajaran morfologi secara


kontekstual, e-pembelajaran, dan didik hibur.

B. Kandungan Slot

1. Konsep pembentukan kata


2. Kandungan pembentukan kata

13
C. Aktiviti

Aktiviti/Masa Isi Kandungan Catatan


(Media Pengajaran,
Strategi)

 kata tunggal - Sumbang saran


 Jenis kata tunggal - Perbincangan
Aktiviti 1 - TMK
 Bentuk kata - Latihan
(50 minit) terbitan (proses
pengimbuhan)
 Jenis kata terbitan

 Bentuk kata - Sumbang saran


majmuk - Perbincangan
Aktiviti 2 - TMK
 Jenis kata majmuk
- Latihan
(50 minit)  Bentuk kata ganda
 Jenis penggandaan
 Aktiviti kumpulan
 Rumusan
pembentukan kata
Aktiviti 3

Rumusan/Refleksi

(20 minit)

14
TAJUK 1 : PENGGOLONGAN KATA
1. Kata Nama
Kata nama adalah segala perkataan yang menduduki kedudukan nama dalam struktur-
struktur tertentu ayat-ayat bahasa Malaysia. Kata nama boleh dibahagikan kepada tiga jenis
iaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama.

Kata Nama Khas

Kata Nama Am Kata Ganti Nama

1.1. Kata Nama Khas

Kata Nama Khas

Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk nama sesuatu benda yang khusus dan
ejaannya berpangkalkan huruf besar. Kata nama khas terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu
kata nama khas hidup dan kata khas tak hidup.
Pembahagian kata nama khas boleh diterangkan melalui rajah berikut :

Kata nama khas

hidup tak hidup

manusia bukan manusia

15
Hakim

Manusia Julia

Tun Abdul Razak

Kata nama khas hidup

Si Comel

Bukan
Manusia Tompok

Sang Kancil

Mahkamah Tinggi

Kata nama khas Gunung Kinabalu


tak hidup
Proton Persona

Bank Negara

1.2. Kata Nama Am

Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda atau perkara yang umum sifatnya. Kata
nama am dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata nama am konkrit dan kata nama
am abstrak.

konkrit

Kata nama am

abstrak

16
Kata nama am konkrit
kata nama yang membawa konsep kebendaan

Kambing sungai ketua jambatan kereta

Kata nama am abstrak


kata nama yang membawa konsep mujarad atau bukan kebendaan.

Idaman roh kedamaian perpaduan mimpi

1.3. Kata Ganti Nama

Kata ganti nama dibahagikan kepada dua subgolongan kecil, iaitu kata ganti nama
tunjuk dan kata ganti nama diri. Kata ganti nama tunjuk terbahagi kepada dua, iaitu
kata ganti nama tunjuk umum dan kata ganti nama tunjuk tempat. Kata ganti nama
diri pula boleh dipecahkan lagi kepada kata ganti nama diri tanya dan kata ganti
nama diri orang.

Penggolongan kecil kata ganti nama diperincikan seperti yang berikut :

Kata ganti nama

Kata ganti nama tunjuk


berfungsi mengarah kepada sesuatu perkara, benda(umum) atau tempat.

umum tempat

ini itu sini situ sana

17
Kata ganti nama diri
pengganti sesuatu benda, perkara, atau manusia.

Kata ganti nama diri tanya Kata ganti nama diri orang

Siapa apa mana pertama kedua ketiga

saya kamu ia
aku awak dia
beta engkau beliau
patik anda mereka
-nya

2. KATA KERJA

Kata kerja ialah kata yang menyatakan perbuatan atau perlakuan tentang sesuatu atau
terhadap sesuatu. Perkataan-perkataan golongan kata kerja bahasa Melayu terbahagi
kepada 4 jenis, iaitu :

 Kata kerja transitif aktif (KKT Aktif)


 Kata kerja transitif pasif (KKT Pasit)
 Kata kerja tak transitif berpelengkap (KKT berpelengkap)
 Kata kerja tak transitif tidak berpelengkap (KKT tidak berpelengkap)

Kata kerja

KKT aktif KKT pasif KKT berpelengkap KKT tidak berpelengkap

18
2.1. Kata kerja transitif aktif

Kata kerja transitif aktif adalah kata kerja yang berhubung langsung dengan unsur
objek atau penyambut (frasa yang bergaris) dalam predikat frasa kerja.Kata kerja ini
dinamakan katakerja transitif aktif. Contoh:

 Dia membaca buku cerita itu.

 Mereka membersihkan bilik darjah

2.2. Kata kerja transitif pasif

Perubahan ayat aktif kepada ayat pasif. Contoh:

 Buku cerita itu dibaca oleh dia.

 Bilik darjah dibersihkan oleh mereka.

2.3. Kata kerja tak transitif

Kata kerja tak transitif tidak menggunakan sebarang objek atau penyambut
selepas kata kerjatersebut. Kata kerja ini terbahagi kepada dua, iaitu:

1. Kata kerja tak transitif berpelengkap


Kata kerja ini memerlukan pelengkap yang berupa sama ada kata nama, kata
adjektif atau katasendi nama bagi melengkapkan frasa tersebut. Contoh : 
 Mereka akan melawat ke Johor.
 Dia memarahi Abu.
 Orang menangani masalah dengan sabar.

2. Kata kerja tak transitif tidak berpelengkap

Kata kerja ini boleh diri sendiri sebagai predikat atau sebagai unsur inti dalam
frasa kerja. Kata kerjaini boleh juga diikuti oleh unsur keterangan yang berfungsi
untuk memberi maklumat tambahan. Contoh:
 Dia ingin melanjutkan pelajarannya.

 Budak itu menangis.

19
a. KATA ADJEKTIF

Kata adjektif ialah kata yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau
katanama. Kata adjektif boleh berdiri sendiri sebagai frasa adjektif untuk memenuhi
tugas predikatsesuatu ayat.Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat,
sungguh dan sangat.Kata adjektif  boleh dibahagikan kepada sembilan
subgolongan.

Kata Adjektif

 sifatan : baik, jahat, cerdik, pandai, berani, takut,


lembut

 warna : merah, hitam, kuning, biru, hijau

 ukuran : panjang, pendek, tebal, nipis, tinggi, dalam,


tohor

 bentuk : bulat, bundar, leper, lonjong

 pancaindera : Rasa : manis, masam, tawar, pahit


Pandang : cantik, kacak, molek
Dengar : merdu, mersik, nyaring, bising
Bau : harum, wangi, busuk
Sentuh : halus, licin, lembut, keras

 waktu : cepat, spontan, lewat, awal, lambat

 cara : laju, deras, lambat, perlahan

 perasaan : rindu, geram, benci, sayang, cinta

 jarak : jauh, dekat, hampir, nyaris

20
4.0 KATA TUGAS

Kata tugas hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas
sintaksistertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan,
pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri dan tugas-tugas lain.

Empat belas jenis kata tugas ini boleh dikelompokkan ke dalam tiga kelompok,
iaitu :

 Kata penyambung ayat


 Kata praklausa
 Kata prafrasa

Kata Tugas

kata penyambung kata prakluasa kata prafrasa


ayat

dan, atau, lalu, tetapi, serta, malahan, sambil, kemudian, kerana, sekiranya,kalau,
hingga,sementara,ketika,walaupun, agar, semoga, andai kata, setelah, jikalau,
sungguhpun, supaya,semasa,sewaktu.

Kata praklausa Contoh

kata seru aduh, cis, wah, aduhai, amboi

kata tanya siapa, apa, bila, mana, berapa

kata perintah jangan, usah, sila, tolong

kata pembenar ya, benar, betul

kata pangkal ayat maka, hatta, alkisah

21
Kata prafrasa

telah, sudah, pernah, sedang, masih, akan,


belum, mahu, hendak, harus, mesti, boleh,
dapat,terlalu, paling, agak, sekali, amat, sangat,
sungguh, kah, tah, lah, juga, pun, sahaja, bukan,
tidak,ialah, adalah.

Aktiviti 1 :

Membuat analisis tentang proses pembentukan kata dan jenis-jenis golongan kata yang
terdapat pada setiap perkataan dalam teks pilihan sendiri.

Aktiviti 2 :

Winstedt (1927) merupakan salah seorang tokoh yang mengkaji golongan kata bahasa
Melayu. Berikan EMPAT golongan kata bahasa Melayu yang disenaraikan oleh Winstedt
dan contoh untuk setiap satu golongan.

22
KERANGKA KURSUS SLOT 4

Topik Bengkel Morfologi

Masa Slot 4: 2 jam (8.00 – 10.00 pg.)

A. Hasil Pembelajaran

Pada akhir sesi peserta dapat:

1. menjelaskan konsep pembentukan dan penggolongan kata

2. mengaplikasikan konsep pembentukan dan penggolongan kata dalam


penulisan dokumen rasmi

3. mengamalkan pengajaran dan pembelajaran morfologi secara


kontekstual/e-pembelajaran/didik hibur.

B. Kandungan Slot

1. Konsep dan kandungan morfologi

2. Tatabahasa dalam penulisan dokumen rasmi dan

3. Strategi pengajaran dan pembelajaran tatabahasa

23
Aktiviti/Masa Isi Kandungan Catatan
(Media Pengajaran,
Strategi)
Set induksi Fasilitator  Lirik lagu
memperdengarkan lagu  Rakaman video
(10 minit)
dan meminta peserta
melafazkan semula
beberapa perkataan
daripada lirik lagu

Aktiviti 1 Fasilitator membimbing  Sumbang saran


peserta mengenal pasti  Perbincangan
(15 minit)
perkataan dan  Bahan rangsangan
penggolongan kata yang
terdapat dalam lirik lagu
Aktiviti 2 Fasilitator
membahagikan peserta  Elemen pendidikan
(15 minit)
kursus kepada tiga abad 21
kumpulan untuk
mengaplikasikan peta i-
Think berdasarkan
kategori penggolongan
kata.

Aktiviti 3 Peserta kursus


melaksanakan aktiviti  Aktiviti ‘gallery walk’
(20 minit)
‘gallery walk’ dengan
menayangkan hasil peta
i-Think kumpulan
masing-masing.

Aktiviti 4 Pemudah cara  Aktiviti kumpulan


membahagikan peserta
(30 minit)
kursus kepada tiga
kumpulan untuk
mengaplikasikan strategi
kontekstual, e-
pembelajaran, dan didik
hibur dengan
memanfaatkan input
berkaitan morfologi

Aktiviti 5 Setiap kumpulan  Pembentangan


(20 minit) membentangkan hasil kumpulan
kerja kumpulan dan
berbincang tentang
kekuatan dan kelemahan
hasil kerja tersebut
24

Rumusan/Refleksi Pemudah cara


menjelaskan
KERANGKA KURSUS SLOT 5

Topik SINTAKSIS: FRASA dan KLAUSA

1. Frasa

2. Klausa

Masa Slot 5: 2 jam (10.30 – 12.30 tengah hari)

Hasil Pembelajaran

Pada akhir sesi ini, peserta dapat:

1. menjelaskan konsep frasa dan klausa.

2. mengaplikasikan konsep-konsep di atas dalam penulisan dokumen


rasmi.

3. mengamalkan penggunaan tatabahasa yang betul secara


kontekstual, e-pembelajaran, dan didik hibur.

B. Kandungan Slot

1. Konsep dan kandungan frasa

2. Konsep dan kandungan klausa

Aktiviti/Masa Isi Kandungan Catatan


(Media Pengajaran,
Strategi)

 Binaan ayat - Sumbang saran


25
 Frasa - Perbincangan
Aktiviti 1 - TMK
 Definisi frasa dan - Latihan
(60 minit) struktur frasa
26
TAJUK 1 : FRASA

Subtajuk 1: Frasa

BINAAN AYAT: Ayat terbina daripada dua bahagian utama iaitu subjek (hal atau judul) dan
predikat (cerita).

27
Subjek Predikat
1. Encik Basri pemandu bas dua tingkat itu.
2. Pelajar-pelajar PISMP Bahasa menganjurkan program jelajah bahasa.
Melayu
3. Sungai yang paling panjang itu sedang dimajukan.

Ayat Dasar: Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan
semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pola
seperti yang berikut:

Pola Jenis Pola Subjek Predikat


1. FN + FN Encik Saad ejen insurans.
2. FN + FK Dia menjerit ketakutan.
3. FN + FA Budak itu sangat nakal.
4. FN + FS Pejabat saya di Kuala Besut.

Ayat dasar seperti di atas dapat menerbitkan ayat-ayat yang lain yang lebih
kompleks sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau panjang, ayat aktif
atau ayat pasif dan sebagainya .

FRASA:
Frasa ialah unit yang terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya
dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua
perkataan atau lebih. Binaan frasa tidak mengandungi subjek dan predikat (Nik Safiah et al.
2015). Abdullah (2008) menyatakan setiap frasa mempunyai inti. Inti itulah yang
sebenarnya membina struktur frasa dan sekiranya frasa itu terdiri daripada satu perkataan,
maka perkataan yang menjadi frasa. Kemudian inti itu dapat diberi penerangan menjadi
lebih luas. Manakala Asmah (2015) mendefinisikan frasa sebagai unit yang dalam skala
tatatingkat nahu menduduki peringkat di atas kata dan di bawah klausa. Frasa terdiri
daripada sekurang-kurangnya dua kata yang letaknya berturutan tetapi tidak mempunyai
subjek dan predikat.

28
Binaan Frasa
Struktur Frasa

Satu Perkataan Banyak Perkataan

Contoh frasa Contoh frasa yang diperluas

kertas sehelai kertas


sehelai kertas edaran
sehelai kertas edaran mesyuarat

Contoh:
Tiga ekor burung hitam itu
Analisis:
burung (kn inti)
burung hitam (kn inti + adj)
tiga ekor burung hitam itu (kn bil + kn penj + kn inti + k adj + kgn tunj)

Struktur frasa nama:


Frasa tiga ekor burung hitam itu

Golongan kt bil kn am kn kadj kgn tunj

Fungsi penerang penerang inti penerang penerang

Petunjuk:
kn = kata nama
kn inti = kata nama inti
kn bil = kata nama bilangan
kn penj = kata nama penjodoh bilangan
kn pen = kata nama penerang
kgn tunj = kata ganti nama tunjuk

29
Jenis-jenis Frasa
Frasa

Frasa Nama Frasa Kerja Frasa Adjektif Frasa Sendi

Nama am Semua jenis kata kerja


Nama khas Kata bantu
Ganti nama
Gelaran
Kata ganti nama
penunjuk
Kata tanya
Kata arah
Kata bilangan
Penjodoh bilangan

Frasa dalam Pola Ayat Dasar: Pola atau corak ayat perlu diketahui kerana dengan cara
yang demikian, ayat akan dapat dibina dengan lebih teratur. Ayat dasar bahasa Melayu ada
empat pola, yang disingkatkan dalam bentuk yang berikut: FN + FN; FN + FK; FN + FA; dan FN + FS.

Pola Contoh
Subjek + Predikat Subjek / Predikat

1. Frasa Nama + Frasa Nama Sekolah saya Sekolah Kebangsaan Bait.

2. Frasa Nama + Frasa Kerja Guru-Guru Besar sedang bermesyuarat.

3. Frasa Nama + Frasa Adjektif Pembantu makmal itu rajin orangnya.

4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Keluarga kami dari Kota Bharu.

Rumusannya, semua subjek ayat terdiri daripada Frasa Nama (FN), manakala
predikat ayat pula boleh terdiri daripada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif
(FA), dan Frasa Sendi Nama (FS). Binaan ayat yang betul mestilah berdasarkan gabungan
subjek (FN) dan predikat (FN, FK, FA, atau FS).

30
Frasa dalam Pola Ayat Dasar: Pola atau corak ayat perlu diketahui kerana dengan cara yang

demikian, ayat akan dapat dibina dengan lebih teratur. Ayat dasar bahasa Melayu ada empat pola,

yang disingkatkan dalam bentuk yang berikut: FN + FN; FN + FK; FN + FA; dan FN + FS.

Pola Contoh

Subjek + Predikat Subjek + Predikat

1. Frasa Nama + Frasa Nama Sekolah saya Sekolah Seri Puteri.

2. Frasa Nama + Frasa Kerja Ketua Panitia sedang bermesyuarat.

3. Frasa Nama + Frasa Adjektif Pembantu makmal itu rajin orangnya.

4. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama Kami dari Kuala Kubu Baru.

Daripada rajah di atas, dapat dirumuskan bahawa semua subjek ayat ialah Frasa
Nama (FN), manakala predikat ayat pula terdiri daripada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja
(FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi Nama (FS). Binaan ayat yang betul mestilah
berdasarkan gabungan subjek (FN) dan predikat (FN, FK, FA, atau FS).

Pembentukan Frasa Nama (FN): Binaan frasa nama terbentuk daripada satu atau
sederetan perkataan, sama ada terdiri daripada (i) satu perkataan yang merupakan inti bagi
seluruh frasa nama itu, dan perkataan lain sebagai penerang; (ii) dua unsur inti di dalamnya. Inti
ialah unsur penumpuan makna yang mewakili seluruh frasa itu dari segi makna, dan penerang
merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.

Frasa Nama Predikat

Inti Penerang

1. Guru Bahasa Melayu itu sungguh kreatif.


2. Kakak
budak lelaki itu sudah berpunya.

31
Frasa Nama Predikat

Inti Inti

1. Ibu bapa dipersilakan hadir.


2. Hutan
rimba perlu dijaga.

Pembentukan Frasa Kerja (FK): Frasa kerja dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu (i)
frasa kerja yang tidak mengandungi objek, yang kata kerjanya tidak perlu disambut oleh
sesuatu frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Frasa kerja demikian
mengandungi kata kerja tak transitif; (ii) frasa kerja yang mengandungi objek, yang kata
kerjanya harus disambut oleh frasa nama sebagai objek untuk melengkapkannya. Objek
juga diikuti oleh bahagian keterangan.

Frasa Sendi Nama

Subjek Kata Kata Nama Frasa Nama Keterangan


Sendi Arah
Nama

1. Saya dari - Johor Bahru. -


2. Adik
ke - sekolah. -
3. Ayah
4. Pemburu di belakang rumah. -
5. Nenek
dari dalam hutan. -
6. Pemandu itu
ke dalam belukar mencari herba.

ke belakang keretanya mengambil sesuatu.

32
1. Adik tidur.
2. Hujan
turun - dengan lebatnya.
3. Ayah
4. Pemburu membaca manuskrip.
5. Ibu
menembak rusa.
6. Jurulatih
menghidangkan makanan.

menyuruh murid berlari pantas.

Pembentukan Frasa Adjektif (FA): Frasa adjektif terdiri daripada satu perkataan adjektif
sahaja atau deretan perkataan yang mengandungi kata adjektif dengan kata bantu dan
penguat, sama ada di hadapan atau di belakangnya.

Subjek Frasa Adjektif

Kata Bantu Penguat Kata Penguat


Adjektif

1. Adik sudah - pandai. -


2. Hujan
masih - lebat. -
3. Ayah
4. Pemburu - amat gembira. -
5. Nenek
- sangat cekap. -
6. Hari
masih - cantik amat.

masih - gelap benar.

Pembentukan Frasa Sendi Nama (FS): Frasa sendi nama terbentuk daripada salah satu
binaan yang berikut:

i. Kata sendi nama + frasa nama


ii. Kata sendi nama + kata nama arah + frasa nama
iii. Kata sendi nama + (kata nama arah) + frasa nama + (frasa keterangan)

33
Latihan

1. Dengan menggunakan borang pengurusan grafik atau peta pemikiran i-Think,


anda dikehendaki melayari laman web untuk menjelaskan

i. inti frasa
ii. fungsi frasa.

2. Lengkapkan binaan frasa nama.

Subjek Frasa Nama Predikat Pola

3. Lengkapkan binaan frasa kerja.

Subjek Frasa Kerja Kata kerja

34
4. Lengkapkan binaan frasa adjektif.

Subjek (FN) Predikat Fungsi Frasa Adjektif

5. Lengkapkan binaan frasa sendi nama.


Subjek Predikat

35
TAJUK 2: KLAUSA

KLAUSA: Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan
predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu
klausa bebas dan klausa tak bebas. Klausa bebas ialah klausa yang berdiri sendiri dan
bersifat sebagai ayat lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa
yang tidak dapat berdiri sendiri disebut sebagai klausa tak bebas.

Klausa

Bebas / utama Klausa tak bebas

Boleh berdiri sendiri Tidak dapat berdiri sendiri

Contoh 1.
Klausa bebas / klausa utama Klausa tak bebas

Awak pandai kerana awak rajin belajar.

Kami akan hadir sekiranya hari tidak hujan

Mereka akan datang walaupun tidak diundang

Cikgu memberitahu sesuatu bahawa kami akan menghantar tugasan


pada hari esok.

Contoh 2.
i. Awak pandai kerana awak rajin belajar.
ii. Kami akan hadir sekirannya hari tidak hujan.
iii. Mereka akan datang walaupun tanpa diundang.

klausa bebas/klausa utama klausa tak bebas

iv. Beritahu cikgu bahawa kami akan menghantar tugasan esok

36
klausa tak bebas klausa bebas/klausa utama

Latihan

1. a. Huraikan perbezaan antara frasa dengan klausa.


b. Nyatakan definisi klausa bebas dan berikan tiga contoh yang berkaitan.
c. Nyatakan definisi klausa tak bebas dan berikan tiga contoh yang
berkaitan.

37
KERANGKA KURSUS SLOT 6

Topik Sintaksis

1. Ragam ayat

2. Susunan ayat

Masa Slot 6: (2.30 – 4.30 ptg.)

A. Hasil Pembelajaran

Pada akhir sesi ini, peserta dapat:

1. Menjelaskan konsep ragam ayat dan susunan ayat.

2. Mengaplikasikan beberapa contoh ragam ayat dan susunan ayat bahasa Melayu

3. Menghayati aspek kemahiran dan pengetahuan tentang ragam ayat dan susunan
ayat yang dipelajari serta menterjemahkan dalam aspek pembelajaran di sekolah.

B. Kandungan Slot

1. Penjenisan ayat 2. Susunan ayat 3. Ragam ayat

C. Aktiviti

Aktiviti/Masa Isi Kandungan Catatan

Aktiviti 1 Penerangan Konsep:  Sumbang saran

(45 minit) -Ayat tunggal  Kuliah

-Ayat majmuk  Perbincangan

 TMK

Aktiviti 2 Perluasan kepada tajuk:  Perbincangan

(45 minit) -Susunan ayat  Permainan kecil

-Ragam ayat  TMK

Aktiviti 3 Bengkel/Pembentangan  Kertas sebak


kumpulan
(30 minit)  TMK

Rumusan/Refleksi

38
39
SINTAKSIS: RAGAM DAN SUSUNAN AYAT 

Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan
mengandungi makna yang lengkap, yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan
kesenyapan, serta mengandungi intonasi yangAYAT
sempurna.

AYAT TUNGGAL
Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu
konstituen subjek dan satu konstituen predikat. Pecahan binaan subjek dalam ayat tunggal
terdiri daripada frasa nama yang terbentuk daripada salah satu unsur seperti berikut:

Subjek Ayat Tunggal


(Frasa nama)

Kata nama Kata ganti nama Kata kerja berfungsi Kata adjektif
sebagai kata nama berfungsi sebagai
kata nama

40
Binaan predikat ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur FN, FK, FA, dan FS.

Predikat Ayat Tunggal

Frasa nama Frasa kerja Frasa adjektif Frasa sendi


nama

AYAT MAJMUK

Gabungan
Ayat Pancangan
Majmuk
Campuran

Ayat majmuk ialah ayat terbitan yang mengandungi dua ayat tunggal atau lebih.
Pemajmukan ayat tunggal terjadi menerusi penggunaan kata hubung seperti dan, kata fakta
MAJMUK GABUNGAN
’bahawa’, kata relatif ’yang’, selain penggunaan tanda koma, dan tambahan keterangan.

SEJAJAR BERTENTANGAN
Dan Tetapi
Serta Sebaliknya
Tambahan pula Pada hal
Sambil Melainkan
Lalu Padahal
Lagi
 

41
AYAT MAJMUK PANCANGAN

AYAT RELATIF AYAT KETERANGAN


Menggun AYAT KOMPLEMEN Contoh kata hubung
akan kata Menggunakan kerana, oleh, sebab,
hubung kata hubung lantaran, hingga
‘yang’. ‘bahawa’ dan sehingga, jika, kalau,
‘untuk’. sekiranya, andainya,
setelah, tatkala,
sementara, ketika,
sambil, agar, supaya,
kalau-kalau, untuk,
bagi, demi, dengan,
sungguhpun,
walaupun, meskipun,
sekalipun, seperti,
bagai, macam, bak,
umpama.

Ayat Majmuk Campuran

Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu
ayat yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan
pelbagai jenis ayat majmuk. Oleh hal demikian, penggunaan kata hubung, kata relatif, dan
kata komplemen adalah bentuk yang biasa ditemukan dalam ayat majmuk campuran.
Perhatikan contoh ayat di bawah:

1. Ahmad sedang membaca buku tetapi kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama
tidur.
Ayat ini terdiri daripada ayat majmuk gabungan yang disambungkan dengan kata
hubung tetapi. Ayat pertama ialah Ahmad sedang membaca buku sementara ayat yang
kedua ialah kawan-kawannya yang sudah letih lesu telah lama tidur. Ayat yang kedua ini
merupakan ayat majmuk juga kerana terdapat ayat relatif, iaitu yang sudah letih lesu,
dipancangkan ke dalamnya.

2. Mereka mendaftarkan kanak-kanak yang lahir dalam tahun 2002, yang telah menerima
suntikan tersebut.

42
RAGAM AYAT

Ragam ayat tunggal bahasa Melayu terdiri daripada ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif ialah
ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau
unsur yang diterangkan. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak
transitif. Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif iaitu yang diikuti
oleh frasa nama atau klausa komplemen sebagai objek atau unsur penyambutnya.

Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang tak transitif, iaitu
yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut. Ayat aktif tak transitif dibahagikan kepada
dua jenis, iaitu ayat aktif tak transitif dengan keterangan yang boleh digugurkan dan ayat
aktif tak transitif yang keterangan yang tidak boleh digugurkan.

Transitif

Aktif Dengan keterangan

Tak Transitif Tanpa keterangan


RAGAM
AYAT

Imbuhan kata kerja pasif

Pasif Kata ganti nama pertama dan kedua

‘kena’

AYAT PASIF: Ayat pasif pula ialah ayat yang asalnya daripada ayat aktif transitif, iaitu yang
mengandungi kata kerja tetapi mengutamakan objek asal sebagai judul atau unsur yang
diterangkan. Ayat pasif digolongkan kepada tiga jenis, iaitu:
i. Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif;
ii. Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua; dan
iii. Ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.
Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif
Subjek Kata Kerja Oleh + Frasa Nama Keterangan
Pasif
1.Buku itu sudah diambil oleh Abu pagi tadi.
2.Kucing terlanggar oleh basikal di kakinya.
3.Sampah sarap dipungut oleh pekerja setiap hari.

43
Ayat Pasif dengan Kata Ganti Nama Diri Pertama dan Kedua
Subjek Frasa Kerja Pasif dengan Ganti Nama Keterangan
Diri Pertama atau Kedua
1. Tugasan itu sudah aku siapkan awal-awal lagi.
2. Hutang itu akan kami jelaskan segera.
3. Masakan itu belum engkau makan lagi.
4. Perkara tersebut harus awak putuskan segera.

Ayat Pasif dengan Perkataan “Kena” yang Hadir Sebelum Kata Kerja
Subjek Kena Kata Kerja Dasar Oleh + Frasa Nama
1.Penagih itu kena tangkap oleh polis.
2.Penyeludup itu kena tahan oleh pihak kastam.
3.Budak itu kena kejar oleh orang jahat.
4.Harimau itu kena tembak oleh pemburu.

Bagi menunjukkan kefahaman anda berkaitan tajuk yang sudah


dibincangkan, bina lima ayat Aktif Transitif dan lima ayat Aktif Tak Transitif.
Nyatakan unsur-unsur yang boleh membezakan ayat-ayat yang telah kamu bina.

AYAT SONGSANG

 Ayat-ayat pasif yang dibentuk oleh kata ganti nama boleh didepankan predikatnya untuk
menjadi ayat songsang. Lihat jadual di bawah:

Ayat Aktif Ayat Pasif


Subjek Predikat Subjek Predikat
mengarang puisi
Saya Puiis ini saya karang semalam
malam ini
mengukus kek itu awak masak untuk
Awak Kek itu
untuk cikgu cikgu
menanam pokok- Pokok-pokok bunga
Kami kami tanam
pokok bunga itu itu

44
Ayat boleh disongsangkan seperti berikut:

 Saya karang puisi ini


semalam

 Awak masak kek itu


untuk cikgu

 Kami tanam pokok-


pokok bunga itu.

Ayat-ayat berkenaan di atas bukan ayat transitif aktif.


Kata ganti nama diri saya, awak, dan kami bukan subjek ayat berkenaan.
Subjek ayat berkenaan ialah puisi, kek dan pokok-pokok bunga.
Ayat-ayat ini ialah ayat pasif songsang.

AKTIVITI

Senaraikan beberapa contoh kesalahan penggunaan bahasa berkaitan tajuk yang dibincang
dalam situasi harian yang dikenal pasti. Jadikan satu aktiviti kumpulan untuk dibentang
dalam kumpulan masing-masing.

45
KERANGKA KURSUS SLOT 7

Topik Ayat Terbitan


1. Konsep Ayat Terbitan
2. Proses Penerbitan Ayat

Masa Slot 7: 2 jam (8.00 – 10.00 pg.)

A. Hasil Pembelajaran

Pada akhir sesi ini, peserta dapat:

1. Menjelaskan konsep ayat terbitan berdasarkan Teori Transformasi Generatif (TG)

2. Mengaplikasikan konsep ayat terbitan dalam pengajaran dan pembelajaran

3. Membiasakan diri menggunakan ayat terbitan dalam perbualan dan penulisan

B. Kandungan Slot

1. Konsep Ayat Terbitan

2. Proses Penerbitan Ayat

2.1 Konsep Pengguguran

2.2 Proses Penyusunan Semula

2.3 Proses Peluasan

46
C. Aktiviti

Aktiviti/Masa Isi Kandungan Catatan


(Media Pengajaran,
Strategi)
Penerangan Konsep Tajuk:  Sumbangsaran
 Kuliah
Aktiviti 1 Ayat Terbitan dan Konsep  Perbincangan
Transformasi-Generatif  Bahan
(30 minit) rangsangan
(contoh:
rumah)
Konsep TG
 Komputer
 Kertas sebak

Proses Penerbitan Ayat  Kuliah


 Perbincangan
Aktiviti 2 A. Proses Pengguguran  Bahan
rangsangan
i. gugur FN sebagai subjek  Pembentangan
(70 minit)
- Komputer
ii. gugur frasa predikat

iii. gugur FN yang mendahului frasa

relatif

B. Proses Penyusunan Semula

i. FN sebagai subjek

ii. FN sebagai objek

iii. melalui ayat songsang

C. Proses Peluasan

i. Peluasan FN sebagai Subjek

ii. Peluasan Frasa predikat

iii. peluasan dengan kata hubung

iv. peluasan melalui proses

komplementasi

1. Merumus Ujian

47
Aktiviti 3
(20 minit) Perbincangan
Rumusan/ Refleksi

AYAT TERBITAN

Apakah yang anda faham tentang Teori Transformasi Generatif (TG)?

Sebagai asas, kita harus memahami asas TG. Dalam TG terdapat dua peringkat struktur
ayat, iaitu struktur dalaman dan struktur permukaan. Rumus struktur frasa menerbitkan
struktur dalaman, manakala rumus transformasi menerbitkan struktur permukaan. Kedua-
dua peringkat ini menerbitkan unsur kecekapan berbahasa. Keadaan ini dapat dijelaskan
dalam rajah di sebelah.

Teori Transformasi Generatif

Struktur Dalaman Struktur Permukaan

Rumus Struktur Frasa Rumus Transformasi

Unsur Kecekapan Berbahasa

Rajah 1: Konsep teori Transformasi Generatif

48
Aktiviti

1. Jelaskan rumus struktur frasa dan rumus transformasi.

2. Bincangkan konsep unsur kecekapan berbahasa.

Konsep Ayat Terbitan

Apakah yang dikatakan ayat terbitan?

Penerbitan sesuatu ayat ialah hasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis, iaitu
melibatkan pelaksanaan rumus transformasi, yang berfungsi mengubah aturan atau
struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa.

Jelaskan proses ayat terbitan sebagaimana yang anda tahu.

Terdapat tiga proses penerbitan ayat, iaitu pengguguran, peluasan dan penyusunan
semula. Ketiga-tiga proses ini digambarkan melalui rajah di bawah.

49
gugur FN sebagai subjek

pengguguran subjek yang


Pengguguran serupa dalam ayat
majmuk

gugur FN yang
mendahului frasa relatif

penyusunan semula frasa


nama sebagai subjek

penyusunan semula frasa


Penyusunan Semula
Proses Penerbitan nama sebagai objek
Ayat

sebagai subjek
penyusunan semula
melalui ayat songsang

peluasan frasa nama


sebagai subjek

frasa nama predikat

Peluasan peluasan dengan kata


hubung

peluasan melalui proses

komplementasi

Rajah 2: Proses Penerbitan Ayat

Nota lengkap tentang tajuk Proses Penerbitan Ayat boleh diperoleh melalui Google
Drive drroslijpm2017@gmail.com. Kata kunci: drroslijpm17.

50
Apakah yang anda faham tentang proses pengguguran?

Proses pengguguran ialah proses transformasi yang berlaku pada struktur ayat yang
mengakibatkan pengguguran unsur-unsur tertentu dalam binaan ayat.

Proses Pengguguran

Pengguguran
Pengguguran FN Pengguguran FN Kata Nama yang
Pengguguran Frasa
sebagai subjek yang mendahului berfungsi
Predikat
frasa relatif sebagai inti
dalam FN

Nota lengkap tentang tajuk Proses pengguguran Ayat boleh diperoleh melalui Google
Drive drroslijpm2017@gmail.com. Kata kunci: drroslijpm17.

Aktiviti

Binalah rajah pohon berdasarkan ayat-ayat di bawah.

1. Anda boleh masuk sekarang.

2. Kamu makan dahulu.

3. Anak saya jelita. Anak saya pandai. Anak saya bermekap.

4. Guru-guru berjalan kaki. Murid-murid berjalan kaki.

51
5. Aminah berlari. Ramasami berlari.

6. Peniaga harus sentiasa sabar. Pengusaha harus sentiasa sabar.

Huraikan proses penyusunan semula yang anda faham.

Dalam proses penyusunan semula, bentuk perkataan dalam ayat asal diubah
susunannya dan diterbitkan semula dalam satu struktur ayat gramatis yang baharu.
Proses penyusunan semula ayat-ayat biasanya akan mengakibatkan berlakunya
perubahan atau pengguguran kata-kata tertentu, dan penggantian atau penambahan
kata-kata lain pada ayat yang diterbitkan, dan tidak membawa perubahan makna.

Proses Penyusunan Semula

penyusunan penyusunan
semula frasa penyusunan
semula frasa
nama sebagai semula melalui
nama sebagai
objek ayat songsang
subjek

Nota lengkap tentang tajuk Proses Penyusunan Ayat boleh diperoleh melalui Google
Drive drroslijpm2017@gmail.com. Kata kunci: drroslijpm17.

52
Aktiviti

Binalah rajah pohon berdasarkan ayat-ayat di bawah.

1. Ayam mematuk betis adik.

2. Alisha memandu kereta mewah.

3. Ayah mengirimi abang surat.

4. Rumah besar itu sudah roboh.

5. Setiap malam, ayah ke masjid.

Apakah yang dimaksudkan dengan peluasan ayat dalam proses penerbitan ayat?

Peluasan ialah menambahkan unsur-unsur dalam ayat baharu.

AktivitA

PELUASAN

peluasan Frasa
peluasan melalui
Nama sebagai Frasa Nama peluasan dengan
proses
predikat Kata Hubung omplementasi
subjek

Nota lengkap tentang tajuk Proses Peluasan Ayat boleh diperoleh melalui Google
Drive drroslijpm2017@gmail.com. Kata kunci: drroslijpm17.

53
Aktiviti

Binalah rajah pohon berdasarkan ayat-ayat di bawah.

1. Budak itu adik saya. Budak itu suka membaca.

2. Kereta itu milik kakak. Kereta itu berwarna putih.

3. Kami membeli rumah itu. Rumah itu besar.

4. Hari hujan. Perlawanan bola sepak diteruskan.

5. Juruacara itu menyampaikan (sesuatu). Ucapan terima kasih pihak tuan rumah.

6. Adik memberitahu saya (sesuatu). Ayah sakit.

54
KERANGKA KURSUS SLOT 8

Topik Bengkel Sintaksis

Masa Slot 8: 10.30 pg. – 11.30 pg. (1 jam)

A. Hasil pembelajaran

Pada akhir sesi kursus, para peserta dapat:

1. menjelaskan konsep frasa dan klausa, ragam dan susunan ayat, bentuk
ayat, dan ayat terbitan

2. mengaplikasikan konsep-konsep di atas dalam penulisan dokumen


rasmi

3. mengamalkan pengajaran dan pembelajaran sintaksis secara


kontekstual, e-pembelajaran, dan didik hibur

B. Kandungan Kursus

1. Konsep dan kandungan frasa dan klausa, ragam dan susunan ayat, dan
ayat terbitan

2. Sintaksis dalam dua jenis penulisan dokumen rasmi

3. Strategi pengajaran dan pembelajaran sintaksis

C. Kaedah

Slot 8: 10.30 pg. – 11.30 pg.

Set Induksi: Pemudah cara memperdengarkan lagu dan meminta peserta


melafazkan semula sebaris lirik dalam ayat yang gramatis.

Langkah 1: Pemudah cara membahagikan peserta kursus kepada tiga


kumpulan untuk mengaplikasikan strategi kontekstual, e-
pembelajaran, dan didik hibur dengan memanfaatkan input
berkaitan sintaksis.

55
Langkah 2: Pemudah cara memantau dan membimbing peserta ketika
melaksanakan aktiviti kumpulan

Langkah 4: Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja kumpulan dan


berbincang tentang kekuatan dan kelemahan hasil kerja
tersebut:

Rumusan: Pemudah cara menjelaskan kepentingan memahami aspek


sintaksis bahasa Melayu.

56
RUJUKAN:

Abdul Hamid Mahmood.(1997). Guru dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Media
Printext (M) Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi Untuk Sekolah Menengah. Kuala


Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan. (1996). (Edisi Kedua). Isu-isu pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Asmah Omar. (2015). Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Awang Sariyan. (1990). Tertib Dalam Mengarang. Pelita Bahasa. 2:5

Hashim Musa. (1993). Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu – Satu Huraian
dari Sudut Tatabahasa Generatif. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Marion @ Mohd Yusof Ngadiman. (1998). Persepsi pelajar terhadap pengajaran kemahiran
menulis karangan berasaskan pendekatan proses sekolah menengah. Tesis Sarjana
Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Abdul Hamid Mahmood. (2015).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa & Muhammed Salehudin Aman.
(2016). Tatabahasa Dewan Jilid 1 – Morfologi Bentuk Kata Edisi Sekolah
Menengah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaharani Daud. (2008). Aspek Nahu Praktis Bahasa Melayu. Bangi. Penerbit UKM

57
PANEL PENGGUBAL

Bil. Nama Penggubal Kelayakan Akademik


1 Dr. Rosli b Ab. Rahman Ijazah Sarjana Muda (Kepujian), Pengajian Melayu
dan Sejarah
Pensyarah Kanan,
Ijazah Sarjana Pengajian Melayu
Jabatan Pengajian Melayu
Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Bahasa Melayu
IPG Kampus Sultan Mizan

2 Hj Fuadi bin Abd Razak


Ijazah Sarjana Muda Sastera Melayu(UKM)
Pensyarah Kanan,
Ijazah Sarjana Bahasa Melayu (UUM)
Jabatan Pengajian Melayu

IPG Kampus Sultan Mizan

3 En Anua bin Haris Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PBMP) (UPM)

Pensyarah Ijazah Sarjana Kesusasteraan Melayu (UPM)

Jabatan Pengajian Melayu

IPG Kampus Sultan Mizan

4 En Muhammad bin Che M. Ed (BM Pragmatik) UPSI


Majid
B. Ed (Hons) (Bahasa Melayu) UPSI
Pensyarah

Jabatan Pengajian Melayu

IPG Kampus Sultan Mizan

5 Hj Ahmmad Sallehuddin Sarjana Muda Sastera (Kepujian) –USM


bin Saman
Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu -UPSI
Pensyarah

Jabatan Pengajian Melayu

IPG Kampus Sultan Mizan

6 Hj Mohd Sharifuddin bin Sarjana Muda Peng. Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Salleh Pertama (Kepujian) –UPM

Pensyarah Sarjana Pengukuran dan Penilaian Pendidikan -UKM

Jabatan Pengajian Melayu

IPG Kampus Sultan Mizan

58
PANEL PEMURNI

Bil. Nama Penggubal Kelayakan Akademik


1 Dr. Rosli b Ab. Rahman Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Bahasa Melayu
(Universiti Malaya), 2010
Pensyarah Kanan,
Ijazah Sarjana Pengajian Melayu (Universiti Malaya),
Jabatan Pengajian Melayu 2004
IPG Kampus Sultan Mizan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian), Pengajian Melayu
dan Sejarah (Universiti Putra Malaysia), 1990

2 Dr Haslina bt Hanafi
PhD (USM), 2013 (Psikometrik dan Pengukuran
Pensyarah Kanan, Pendidikan)
Jabatan Pengajian Melayu
Sarjana (USM), 2005(Psikometrik dan Pengukuran
IPG Kampus Sultan Mizan Pendidikan)

Sarjana Muda (UTM ), 1992(Pengurusan)

3 Dr Abdullah bin Mohamad


PhD Falsafah & Tamadun Islam
Pensyarah Kanan,
Sarjana Usuluddin
Jabatan Pengajian Melayu

IPG Kampus Sultan Mizan B. A (Hons) Bahasa Arab & Tamadun Islam

Dip. Pengajian Islam (Syariah)

Dip. Pendidikan

59

You might also like