You are on page 1of 4

LIGHTS OF ARTS AND CULTURE FESTIVAL (LAF18)

INTER-UNIVERSITY BATTLE OF THEATRES

SYARAT DAN PERATURAN PENYERTAAN

1.0 MAKLUMAT FESTIVAL

TARIKH : 16 & 17 APRIL 2018

HARI : ISNIN & SELASA

MASA : 8 MALAM

TEMPAT : AUDITORIUM UTAMA, UIAM

TEMA UMUM : UNITY AND INTEGRATION

TEMA SPESIFIK : CULTURAL ASSIMILATION

BAHASA : BAHASA MALAYSIA & BAHASA INGGERIS

DURASI : 25 MINIT

2.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


2.1 PENYERTAAN
2.1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua pelajar dari semua kampus
cawangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan universiti-
universiti di Malaysia.

2.1.2 Jumlah maksima anggota bagi setiap produksi teater hendaklah tidak
melebihi 30 orang.

2.2 SKRIP DAN BAHAN CERITA


2.2.1 Syarat Bahasa: Semua pementasan hendaklah dipersembahkan
menggunakan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Penggunaan
dialek dan loghat daerah yang tidak keterlaluan adalah dibenarkan.

2.2.2 Setiap kumpulan dikehendaki mengikut tema pementasan yang telah


ditetapkan.
2.3 DISIPLIN PEMENTASAN
2.3.1 Semua pementasan mestilah bebas daripada unsur-unsur yang bersifat
negatif, provokasi, cacian dan maki hamun atau penggunaan bahasa
kasar dan carut yang boleh menjejaskan imej mahasiswa, nama baik
universiti atau boleh menggugat ketenteraman awam, keselamatan
negara, nilai keagamaan, moral, etika dan budaya bangsa.

2.3.2 Pihak penganjur hanya menyediakan pentas, lampu dan tirai yang sedia
ada sahaja. Kegunaan peralatan tambahan adalah tanggungjawab
produksi.

2.3.3 Setiap kumpulan dilarang daripada melakukan unsur-unsur yang


berbahaya semasa pementasan. Ini termasuk senjata atau alat-alat
tajam, senjata api, bahan letupan, api yang menyala, cecair mudah
terbakar atau asid, haiwan liar dan berbisa dan sebagainya.

2.3.4 Setiap kumpulan dilarang daripada mempamerkan dalam bentuk asal


atau imej unsur-unsur seksual yang mengghairahkan, unsur-unsur
keganasan yang berlebihan atau unsur-unsur seram yang berlebihan.
Ini termasuklah juga unsur-unsur tingkah laku dan perlakuan makan
minum yang bertentangan dengan nilai-nilai agama, moral dan etika
masyarakat Malaysia.

2.4 PRASARANA
2.4.1 Setakat ini, adalah dirancangkan supaya semua pementasan akan
dipersembahkan di Auditorium Utama, Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia. Kumpulan yang ingin mempersembahkan teknik kesan yang
lebih canggih hendaklah menyediakan peralatan sendiri.
2.5 TEMPOH PERSEMBAHAN
2.5.1 Tempoh persembahan untuk setiap kumpulan hendaklah tidak
melebihi 25 minit, termasuk tempoh persediaan.

2.6 PANEL PENILAI/HAKIM


2.6.1 Semua persembahan teater akan dinilai oleh sebuah Panel Penilai yang
dilantik oleh Pihak Urusetia. Mereka terdiri daripada kalangan
penggiat profesional dalam bidang pementasan dan/atau pengajian
teater.

2.6.2 Panel Penilai hanya bertanggungjawab menilai pementasan sahaja dan


tidak akan dibenarkan melibatkan diri dalam mana-mana pementasan
teater yang bertanding.

2.6.3 Segala keputusan Panel Penilai tentang pertandingan ini adalah


muktamad. Urusetia tidak akan membentuk sebarang Tribunal Rayuan.

3.0 HADIAH DAN ANUGERAH


3.1 Untuk memeriahkan festival ini, semua persembahan adalah dipertandingkan
untuk dipertimbangkan bagi menerima anugerah-anugerah berikut:
 Hadiah Tempat Pertama – RM 500
 Hadiah Tempat Kedua – RM 350
 Hadiah Tempat Ketiga – RM 200
 Hadiah Tempat Keempat & Kelima – RM 100 & Hamper
 Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik
 Anugerah Pelakon Wanita Terbaik
 Anugerah Pengarah Terbaik
 Anugerah Skrip Terbaik
4.0 UMUM
4.1 Semua peserta, pemerhati dan penyokong bagi setiap kumpulan peserta adalah
bertanggungjawab menjaga disiplin dan keselamatan diri semasa festival ini
berlangsung bagi menjaga nama baik individu, kumpulan dan pihak penganjur.

4.2 Sebagai penganjur, amnya tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa


kehilangan, kemalangan atau kecederaan mahu pun kematian terhadap peserta-
peserta atau barang-barang milik peserta atau kumpulan semasa festival ini.

4.3 Yuran komitmen tidak akan dipulangkan semula sekiranya kumpulan menarik diri
daripada pertandingan.

4.4 Mana-mana bahagian dari peraturan ini boleh dipinda oleh pihak penganjur.

You might also like