You are on page 1of 4

LAMPIRAN 7

No. Ruj :
KERTAS CADANGAN
PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO (SECARA DALAM TALIAN) LAGU PATRIOTIK
PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENANTI

YBrs. En Bujang Bin Sayem,

PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO (SECARA DALAM TALIAN) LAGU PATRIOTIK


PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENANTI

2. PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM


Pertandingan Nyanyian Solo (Secara Dalam Talian) Lagu Patriotik ini adalah anjuran
Kelab Kesenian SMK Penanti. Pertandingan ini dianjurkan bagi memberi pendidikan
asas seni muzik kepada murid peringkat sekolah serta meningkatkan ilmu pengetahuan
tentang nilai patriotik yang diterapkan bersama nilai kesenian bangsa sebagai teras
pembentukan masyarakat berbudaya.

3. OBJEKTIF PROGRAM
3.1 Dapat melahirkan generasi yang seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang menjurus kepada jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) di
dalam aktiviti muzik yang sihat serta bermoral.
3.2 Menarik minat murid dan orang ramai amnya terhadap nilai estetika dalam muzik.
3.3 Menambah jumlah penggiat seni muzik di sekolah.
3.4 Menarik minat masyarakat untuk menghargai bakat seni muzik dari golongan murid
sekolah.
3.5 Memberi peluang murid untuk mengembangkan seni yang ada pada mereka.

4. KUMPULAN SASAR
Penyertaan pertandingan ini terbuka kepada semua murid dari tingkatan 1 hingga 5,
tahun 2022.

5. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


Tarikh : 29 Ogos 2022 hingga 11 September 2022
Medium : Secara Dalam Talian

6. FORMAT PERSEMBAHAN, PENYEDIAAN VIDEO RAKAMAN & SYARAT


AM PERTANDINGAN
6.1 Penyertaan peserta dengan penghantaran pautan video Youtube (unlisted)/ TikTok.
Peserta perlu mengisi maklumat yang diperlukan dalam pautan Google Form yang
akan diberikan. (https://forms.gle/pypqjG747rEij47F9)
6.2 Rakaman persembahan mestilah dirakam dari satu arah sahaja.
6.3 Penggunaan layar hijau (green screen) adalah TIDAK DIBENARKAN;
6.4 Penghantaran hasil karya video kreatif hendaklah sesuai untuk diterbitkan dan
dipaparkan dalam pelbagai bentuk media video. Format yang dibenarkan adalah
AVI, WMV, MOV, FLV DAN MP4 dengan menggunakan resolusi 1080HD;
6.5 Perserta perlu meletakkan nama penuh, kelas serta nama lagu di dalam video
persembahan.
6.6 Nyanyian diiringi oleh Minus One sahaja;

6.7 Lagu-Lagu hendaklah dinyanyikan dalam BAHASA MELAYU seperti yang


disenaraikan sahaja. (sila lihat lampiran)
6.8 Lagu-lagu yang DILARANG ialah lagu-lagu yang menyentuh mana-mana
sensitiviti kaum di Malaysia dan lagu yang DIHARAMKAN di Malaysia.

7. MASA PERSEMBAHAN
Masa persembahan yang diperuntukkan bagi setiap persembahan minima 3 minit dan
tidak melebihi 5 minit (tidak perlu montaj persembahan)

8. ETIKA PAKAIAN
Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian semasa rakaman.

9. PEMARKAHAN
Penilaian Pertandingan Nyanyian Solo adalah seperti berikut:

Item Markah
Kualiti suara / ton 30
Tempo 20
Kreativiti 10
Artikulasi/sebutan 10
Penghayatan 10
Gaya Persembahan 10
Kualiti Rakaman Audio Muzik & Vokal 10
Markah penuh 100

10. SISTEM PENJURIAN


10.1 Hakim/Juri akan dilantik oleh pihak pengurusan pertandingan.
10.2 Keputusan hakim/juri adalah MUKTAMAD.

11. ANUGERAH PENCAPAIAN


11.1 Penyertaan akan direkodkan untuk markah PAJSK.
11.2 Hadiah untuk pemenang.

 Kategori B (Tingkatan 1 dan 2)


Johan : Hadiah + Sijil
Naib Johan : Hadiah + Sijil
Ketiga : Hadiah + Sijil
Penyertaan : Sijil

 Kategori A (Tingkatan 3,4 dan 5)


Johan : Hadiah + Sijil
Naib Johan : Hadiah + Sijil
Ketiga : Hadiah + Sijil
Penyertaan : Sijil

12. TARIKH TUTUP PENYERTAAN


Pada 11 September 2022 (AHAD) sebelum jam 12.00 tengah malam.

13. JAWATANKUASA KERJA


Sebarang maklumat atau info lanjut boleh didapati dengan menghubungi Guru Penasihat
dan AJK Kelab Kesenian:

Nama Guru Penasihat : MASTURA BINTI AZMI


No. Whatsapp/ Telefon : 013-4608074

Nama AJK 1: NUR ADNIN HUSNA BINTI ZULKIFLI (5 IBNU BAJJAH)


Nama AJK 2: MUHAMAD FAEZ EMIR BIN FOUZE (4 IBNU ZUHR)

14. IMPLIKASI KEWANGAN


14.1 Sumber kewangan – BKK
14.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci
Bil Perkara Bil x harga Jumlah
seunit
1 Johan - Hamper 2 x RM50 RM 100

2 Naib Johan- Hamper 2 x RM30 RM 60

3 Ketiga- Hamper 2 x RM20 RM 40

4 Sijil Unit -
Kokurikulum
JUMLAH RM 200

14.3 Lampirkan kelulusan pindah peruntukan – Tiada

15. ULASAN JPN / PPD (sekiranya perlu) -Tiada

16. PENUTUP
Program ini diharapkan agar dapat mencapai objektif yang telah digariskan dan mendapat
kerjasama daripada semua pihak. Semoga usaha murni ini akan membuahkan hasil seperti
mana yang diharapkan oleh semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak
langsung.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

............................ ………………...
(MASTURA BINTI AZMI) (MOHD ZAKI BIN KHALID)
Guru Penasihat Kelab Kesenian Penolong Kanan Kokurikulum
Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti
Tarikh: Tarikh:
LAMPIRAN 7

[No. Ruj.]
KERTAS CADANGAN
PERTANDINGAN NYANYIAN SOLO (SECARA DALAM TALIAN) LAGU PATRIOTIK
PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENANTI

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

8. Meluluskan Kertas Cadangan Pertandingan Nyanyian Solo (Secara


Dalam Talian) Lagu Patriotik Peringkat Sekolah Menengah
Kebangsaan Penanti

atau

Tidak meluluskan Kertas CadanganPertandingan Nyanyian Solo


(Secara Dalam Talian) Lagu Patriotik Peringkat Sekolah Menengah
Kebangsaan Penanti

Ulasan:
.....................................................................................................
.....................................................................................................
.....................................................................................................

......................................
(BUJANG BIN SAYEM)
Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti
Tarikh :

You might also like