You are on page 1of 7

KERTAS KONSEP

FESTIVAL SENI GANGGAYU 2019


PERINGKAT NEGERI JOHOR
KATEGORI :

PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH MENENGAH


TARIAN CERACAP INAI KREASI

ANJURAN
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR

KELOLAAN :

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH KLUANG

‘Inspirasi Tari Kreasi’


1. MATLAMAT

 Memberi pendidikan asas seni tari kreasi kepada pelajar peringkat


sekolah menengah serta meningkatkan ilmu pengetahuan tentang
nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat
berbudaya.

 Pertandingan ini adalah misi pencarian bakat penari dan Guru


Koreografer dalam negeri Johor sebagai wakil ke Semarak Tari
Peringkat Kebangsaan 2019.

2. OBJEKTIF

a. Menggalak serta menarik minat murid mengenali dan mempelajari


asas-asas seni tari.

b. Mendedahkan murid kepada kaedah pembelajaran unsur seni tari


kreasi ke arah melahirkan generasi baharu pencinta seni budaya agar
ia tidak luput ditelan zaman.

c. Menggalakkan murid bergerak aktif dalam bidang tarian sebagai usaha


menyemarakkan seni budaya melalui tarian.

2.4 Ke arah mewujudkan sebuah kumpulan tarian dalam kalangan murid


sekolah menengah.

2.5 Sebagai alternatif mengisi masa lapang yang berfaedah kepada murid.

2.6 Sebagai pelengkap kemenjadian murid dalam kokurikulum dan


memenuhi kriteria dalam PAJSK.
3. PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan ini dinamakan :


FESTIVAL SENI GANGGAYU 2019 PERINGKAT NEGERI JOHOR
KATEGORI : PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH MENENGAH
(TARIAN CERACAP INAI KREASI)

3.2 Pertandingan ini adalah untuk menampilkan bakat, kebolehan dan


kreativiti murid dalam seni tari kreasi hasil karya Guru Koreografer
melalui persembahan dan penarinya yang dipentaskan.

3.3 Pertandingan ini dijalankan di peringkat daerah dan peringkat negeri


Johor.

4. PERYERTAAN

4.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah menengah


Tingkatan 1 hingga 6 sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan dalam
Negeri Johor.

4.2 Pertandingan ini adalah berbentuk kumpulan yang dianggotai


minimum 8 orang dan maksimum 12 orang.

4.3 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki atau perempuan sahaja
atau campuran lelaki dan perempuan.

4.4 Pasukan yang mempunyai pelbagai kaum adalah digalakkan.

4.5 Murid mestilah daripada sekolah yang sama untuk peringkat daerah
manakala dibenarkan campuran (sekolah) untuk peringkat negeri.

4.6 Setiap kumpulan perlu mengisi Borang Penyertaan dan Borang


Sinopsis Karya dan dihantar sebelum atau pada 30 JUN 2019
kepada pihak urus setia penganjur dalam bentuk softcopy melalui
aplikasi Telegram / e-mail untuk tindakan awal penganjur. Salinan
hardcopy (dengan pengesahan) diserahkan kepada urus setia
pendaftaran pada hari pertandingan.

4.7 Pencalonan Penari Terbaik (di dalam Borang Penyertaan) adalah


seramai 2 orang, terdiri daripada 1 lelaki dan 1 perempuan ATAU 2
lelaki ATAU 2 perempuan.

4.8 Giliran persembahan adalah berdasarkan undian oleh Penolong PPD


Kokurikulum, Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing.
5. KONSEP TARIAN

5.1 Tarian yang ditetapkan adalah TARIAN CERACAP INAI KREASI.

5.2 Setiap kumpulan wajib mempersembahkan SATU persembahan


berdurasi 4 hingga 5 minit sahaja. Markah akan ditolak sekiranya
persembahan kurang atau melebihi had masa yang telah ditetapkan.
(kurang atau lebih 1 minit: 5 markah ditolak bagi setiap minit).

5.3 Persembahan tarian tersebut wajib disertai oleh murid peserta yang
sama dan berada di antara Tingkatan 1 – 6 seperti yang telah
didaftarkan dalam borang penyertaan. Penyertaan akan ditolak
sekiranya didapati ada kummpulan yang tidak mengikut syarat ini.

5.4 Semua bentuk persembahan berunsur spiritual dan menyentuh


sensitiviti kaum dan agama, dan berbentuk akrobatik dan semua unsur
yang merbahaya adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

6. LAGU / MUZIK IRINGAN

6.1 Lagu atau muzik iringan semasa persembahan boleh terdiri daripada
lagu sedia ada atau ciptaan baharu tetapi mestilah mengekalkan
rentak asal dan ianya bersesuaian dengan konsep kreasi.

6.2 Lagu atau muzik iringan hendaklah dalam bentuk cakera padat (CD)
DAN salinan lembut (softcopy) di dalam pemacu pena (pendrive). CD
mesti diserahkan kepada pihak urus setia pendaftaran ketika sesi
pendaftaran pada hari pertandingan dan ‘softcopy’ diserahkan kepada
urus setia audio.

6.3 Muzik instrumental atau muzik yang mengandungi suara adalah


dibenarkan.

7. PAKAIAN / AKSESORI

7.1 Pakaian dan aksesori penari-penari hendaklah menepati konsep


pertandingan dan tarian berkenaan juga mestilah bersesuaian dan
sopan.
8. PEMARKAHAN / PENJURIAN

ITEM MARKAH
KOREOGRAFI : Kreativiti Gerak Tari, Komposisi,
40
Pecahan Pola Lantai
SINOGRAFI : Busana, Tatarias, Props 25
KOORDINASI : Koordinasi Tari & Muzik,
25
Ketepatan Tempo, Harmoni Pergerakan
KESERAGAMAN, KESANTUNAN 10
JUMLAH 100

9. PENGHAKIMAN
9.1 Hakim-hakim akan dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
9.2 Keputusan hakim adalah muktamad.

10. HADIAH & ANUGERAH

JOHAN : TROFI + SIJIL


NAIB JOHAN : TROFI + SIJIL
KETIGA : TROFI + SIJIL
KOREOGRAFI TERBAIK : TROFI + SIJIL
BUSANA & TATARIAS TERBAIK : TROFI + SIJIL
PENARI TERBAIK (10 ORANG) : SIJIL

11. TEMPAT DAN TARIKH PERTANDINGAN

Tarikh : 3 JULAI 2019


Hari : RABU
Tempat : KLUANG, JOHOR
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang

12. PERUNTUKAN DAN PERBELANJAAN

12.1 Yuran Penyertaan : RM100.00 bagi setiap kumpulan dan dibayar


kepada sekolah pengelola (Bendahari)

12.2 Segala kos kumpulan seperti kejurulatihan, busana & tatarias, props,
pengangkutan, makan & minum adalah di bawah pembiayaan
kumpulan sendiri.
BORANG PENYERTAAN
FESTIVAL SENI GANGGAYU
PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH – SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT NEGERI JOHOR 2019
3 JULAI 2019 | RABU
__________________________________________________________________
TARIAN CERACAP INAI KREASI

DAERAH

NAMA GURU PENGURUS


NAMA GURU
KOREOGRAFER
NAMA KUMPULAN

NAMA KARYA

MAKLUMAT PENARI
CALON 2 ORANG
BIL NAMA TINGKATAN
PENARI TERBAIK ( / )

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
*Pencalonan penari terbaik : 1L&1P/2L/2P

DISAHKAN OLEH :
BORANG SINOPSIS KARYA
FESTIVAL SENI GANGGAYU
PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH – SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT NEGERI JOHOR 2019
3 JULAI 2019 | RABU
___________________________________________________________________

TARIAN CERACAP INAI KREASI

DAERAH

NAMA GURU PENGURUS


NAMA GURU
KOREOGRAFER
NAMA KUMPULAN

NAMA KARYA

SINOPSIS KARYA

DISAHKAN OLEH :

You might also like