You are on page 1of 10

KERTAS KONSEP DENDANGAN SYAIR PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

KERTAS KONSEP
DENDANGAN SYAIR
PERINGKAT NEGERI
TAHUN 2023

(EDISI SECARA DALAM TALIAN)


Anjuran:
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Kelolaan:
Pejabat Pendidikan Daerah Song
Pejabat Pendidikan Daerah Daro

dengan Kerjasama:
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
KERTAS KONSEP DENDANGAN SYAIR PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

1.0 PENGENALAN

1.1 Syair tergolong dalam puisi tradisional yang merupakan peninggalan


masyarakat lama yang terus hidup dan berperanan dalam masyarakat
semasa. Fungsi syair adalah untuk menyampaikan cerita dan pengajaran
serta digunakan juga dalam kegiatan-kegiatan yang berunsur keagamaan.

1.2 Dendangan syair membawa makna membaca sesuatu hasil sastera yang
berbentuk puisi dengan lagu atau gerak tubuh sebagai alat bantu. Gerak
yang dimaksudkan ialah gerak alat bantu yang puitis yang seirama dengan
isi bacaan.

1.3 Bagi pelaksanaan tahun 2023, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)


menjalinkan kerjasama dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) bertemakan Wira Anti Rasuah (WAR).

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang deklamasi puisi.

2.2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk


mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera sekali
gus membina keterampilan dan jati diri bangsa.

2.3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap terhadap bahasa dan sastera
Melayu, khususnya puisi.

3.0 PELAKSANAAN

3.1 Pertandingan peringkat negeri akan dikendalikan oleh Jabatan Pendidikan


Negeri (JPN) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). Hanya
pemenang (johan) peringkat negeri akan bertanding ke peringkat
kebangsaan.
3.2 Pertandingan peringkat kebangsaan akan dikelolakan oleh JPN bersama-
sama PPD Pengelola yang telah dilantik.

4.0 KATEGORI

4.1 Pertandingan ini terbahagi kepada empat (4) kategori secara individu
seperti berikut:
4.1.1 Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6
4.1.2 Sekolah Menengah Rendah : Murid Tingkatan 1 - 3
4.1.3 Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4 - 5
4.1.4 Kolej/Kelas Tingkatan 6 : Murid Tingkatan 6

1
KERTAS KONSEP DENDANGAN SYAIR PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

5.0 SYARAT-SYARAT

5.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid warganegara Malaysia di sekolah


bantuan kerajaan yang berdaftar dengan KPM sahaja.

5.2 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah
dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa.

5.3 Pakaian peserta hendaklah sopan dan sesuai. Penggunaan kostum dan
tatarias dibenarkan tetapi sekadar hiasan sahaja dan tidak diberi sebarang
markah. Pakaian seragam sekolah dibenarkan.

5.4 Setiap peserta diberikan masa seperti berikut:

5.4.1 Murid Tahun 4 - 6 : 3 hingga 8 minit sahaja


5.4.2 Murid Tingkatan 1 - 3 : 3 hingga 8 minit sahaja
5.4.3 Murid Tingkatan 4 - 5 : 3 hingga 10 minit sahaja
5.4.4 Murid Tingkatan 6 : 3 hingga 10 minit sahaja

5.5 Tema tidak boleh dijadikan sebagai tajuk syair dan penyampaian syair perlu
menepati tema yang ditetapkan.

5.6 Peserta akan mendendangkan syair berdasarkan pilihan irama seperti


berikut:

5.6.1 Irama Selendang Delima


5.6.2 Irama Tuk Kenali
5.6.3 Irama Perantau
5.6.4 Irama Narasi / Sarawak
5.6.5 Irama Mayang
5.6.6 Irama Batu Belah
5.6.7 Irama Hiasan
5.6.8 Irama Perindu
5.6.9 Irama Dodoi
5.6.10 Irama Dandan Setia

5.7 Peserta hendaklah mendendangkan antara enam (6) hingga sembilan (9)
rangkap syair dan wajib menghafal kesemua rangkap tersebut.

5.8 Peserta hendaklah menyatakan tajuk, pencipta dan irama syair sebelum
melagukan syair mereka.

2
KERTAS KONSEP DENDANGAN SYAIR PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

5.9 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan borang


penyertaan yang disediakan dan dihantar kepada PPD Pengelola mengikut
tarikh yang ditetapkan.

6.0 SUMBER BAHAN

6.1 Peserta boleh mencipta atau mengambil syair sedia ada dengan
menyatakan nama penulisnya dan mendendangkan syair yang bertepatan
dengan tema yang ditetapkan oleh JPN (peringkat negeri) atau KPM
(peringkat kebangsaan).

6.2 Teks syair hendaklah dihantar bersama-sama borang penyertaan.

6.3 Peserta perlu menyatakan tajuk dan penulis syair semasa persembahan.

7.0 ASPEK PEMARKAHAN

7.1 Butiran penilaian dalam persembahan dendangan syair adalah seperti


yang berikut:
7.1.1 Irama 30 markah
7.1.2 Vokal 20 markah
7.1.3 Artikulasi 10 markah
7.1.4 Kelancaran 10 markah
7.1.5 Penghayatan 10 markah
7.1.6 Kelembutan/kemanisan 5 markah
7.1.7 Mimik Muka/Bahasa Tubuh 5 markah
7.1.8 Ketertiban 5 markah
7.1.9 Keterampilan 5 markah
Jumlah 100 markah

8.0 PENGHAKIMAN

8.1 Peringkat kebangsaan dinilai oleh tiga (3) orang hakim termasuk ketua
hakim.

8.2 Setiap hakim akan menilai pertandingan secara keseluruhan.

8.3 Keputusan rasmi dibuat secara sistem juri.

8.4 Hakim mesti mematuhi peraturan pertandingan yang terdapat dalam kertas
konsep JPN.

8.5 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

3
KERTAS KONSEP DENDANGAN SYAIR PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

9.0 HADIAH

Peserta akan mendapat sijil penyertaan manakala pemenang akan mendapat


hadiah dan sijil pencapaian. Senarai anugerah yang diberikan adalah seperti
berikut:

9.1 Johan
9.2 Naib Johan
9.3 Tempat Ketiga
9.4 Tempat Keempat
9.5 Tempat Kelima

10.0 TINDAKAN

Pihak JPN berhak membatalkan penyertaan yang melanggar syarat-syarat yang


telah ditetapkan dalam kertas konsep.

11.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak JPN berhak menyiarkan rakaman video pertandingan dalam sebarang


pelantar bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

12.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

12.1 Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

12.2 Kertas konsep ini sah untuk tahun 2023 sehingga makluman atau semakan
lanjut daripada pihak JPN dan boleh digunakan di semua peringkat untuk
pertandingan yang dianjurkan oleh JPN.

12.3 Pertandingan ini tertakluk pada peraturan di atas sahaja. Penggunaan atau
penyesuaian oleh mana-mana entiti di luar kementerian memerlukan
kebenaran terlebih dahulu. Hak cipta terpelihara KPM.

4
KERTAS KONSEP DENDANGAN SYAIR PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

BORANG PENYERTAAN KARNIVAL BAHASA MELAYU


(PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR)
PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

A. MAKLUMAT PESERTA
Gambar
Nama peserta : peserta
No. kad pengenalan :
Tarikh lahir : Umur:
Jantina : Bangsa:
No. telefon bimbit :
E-mel :

Alamat surat-menyurat :

Nama dan alamat sekolah :

Tahap/Tingkatan :
Tajuk :
Pautan teks :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama guru pembimbing :


No. telefon bimbit :
E-mel :

C. PENGESAHAN GURU BESAR/PENGETUA

Dengan ini disahkan bahawa maklumat di atas adalah benar.

Tandatangan Guru
:
Besar/Pengetua

Cap sekolah :

No. telefon :

6
KERTAS KONSEP DENDANGAN SYAIR PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

BORANG PEMARKAHAN KARNIVAL BAHASA MELAYU


(PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR)
PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

Giliran peserta: ………………

Aspek Penilaian Markah Markah Catatan


Maksimum diperoleh hakim
Irama 30
Vokal 20
Suara Artikulasi 10
(70%) Kelancaran 10
Penghayatan 10
Gaya dan Kelembutan/kemanisan 5
Teknik Mimik Muka/Bahasa 5
(30%) Tubuh
Ketertiban 5
Keterampilan 5

Jumlah 100

Ulasan hakim:

Pengesahan oleh hakim

………………………………………
( )

7
KERTAS KONSEP DENDANGAN SYAIR PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

BORANG RUMUSAN HAKIM

Giliran
Markah Peserta Kedudukan Catatan
Peserta

10

11

12

13

14

15

16

Pengesahan oleh hakim

………………………………………
( )

8
KERTAS KONSEP DENDANGAN SYAIR PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

BORANG RUMUSAN HAKIM

Kedudukan peserta
Giliran
Agregat/ Keputusan
peserta Hakim 1 Hakim 2 Hakim 3
Purata panel hakim
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16

Pengesahan oleh ketua hakim

………………………………………
( )

9
KERTAS KONSEP DENDANGAN SYAIR PERINGKAT NEGERI TAHUN 2023

BORANG KEPUTUSAN PERTANDINGAN

KEPUTUSAN GILIRAN PESERTA

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KEEMPAT

KELIMA

PENGESAHAN

HAKIM NAMA TANDATANGAN

HAKIM 1

HAKIM 2

HAKIM 3

Pengesahan oleh ketua hakim

………………………………………
( )

10

You might also like