You are on page 1of 8

KERTAS KONSEP

KARNIVAL BAHASA MELAYU

PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK


TAHUN 2021
(EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Kelolaan
Pejabat Pendidikan Daerah
Sarawak
PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK

1.0 PENGENALAN

Sajak ialah puisi moden yang berbentuk karangan berangkap, berbentuk


bebas dan tidak terikat pada jumlah baris, perkataan sebaris, suku kata
sebaris, rangkap, rima dan sebagainya. Deklamasi sajak membawa makna
membaca sesuatu hasil sastera yang berbentuk puisi dengan lagu atau gerak
tubuh sebagai alat bantu. Gerak yang dimaksudkan ialah gerak alat bantu
yang puitis, yang seirama dengan isi bacaan.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

2.1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang deklamasi puisi.


2.2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk
mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera,
sekali gus membina keterampilan dan jati diri bangsa.
2.3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap terhadap bahasa dan sastera
Melayu, khususnya puisi.

3.0 KATEGORI PERTANDINGAN

Pertandingan ini terbuka kepada murid sekolah rendah dan menengah di


bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pertandingan ini terbahagi
kepada empat (4) kategori;

Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6

Sekolah Menengah Rendah : Murid Tingkatan 1 - 3

Sekolah Menengah Atas : Murid Tingkatan 4 - 5

Kolej/Kelas Tingkatan 6 : Murid Tingkatan 6

4.0 TEMA

- Terima Kasih Adiwira Negara -

2
5.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

5.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid sekolah rendah dan


sekolah menengah warganegara Malaysia samaada di Sekolah
Rendah/ Menengah Kebangsaan, Sekolah Rendah/ Menengah
Bantuan Kerajaan, Sekolah Rendah/ Menengah Agama Negeri
dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

5.2 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui pihak sekolah
dan mendapat kebenaran daripada ibu bapa.
5.3 Setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) akan boleh menghantar tiga
peserta deklamasi sajak ke peringkat negeri.
5.4 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan
borang penyertaan yang disediakan oleh pihak penganjur dan dihantar
mengikut tarikh yang ditetapkan.

6.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1 Johan peringkat daerah akan mewakili daerah ke pertandingan peringkat


negeri.
6.2 Jawatankuasa pertandingan peringkat daerah hendaklah menetapkan
tarikh dan seterusnya memaklumkan mengenai keputusan pertandingan
kepada urus setia di peringkat negeri.
6.3 Peserta yang menyertai pertandingan peringkat daerah akan diberikan
sijil penyertaan oleh pihak PPD.

7.0 KAEDAH PERTANDINGAN

Pertandingan akan diadakan secara dalam talian. Peserta perlu memuat


naik rakaman video persembahan sajak masing-masing berserta nama, nama
sekolah dan tajuk sajak seperti yang sudah ditetapkan mengikut PPD masing-
masing.

8.0 PEMILIHAN SAJAK

8.1 Berdasarkan tema, peserta dikehendaki mencipta sajak yang


panjangnya tidak lebih tiga puluh (30) baris sahaja.

3
8.2 Sajak yang akan disampaikan pada peringkat negeri dan kebangsaan
hendaklah berdasarkan senarai tema sajak yang telah disediakan.
Penyampaian sajak selain daripada tema yang disenaraikan akan
menyebabkan penyertaan peserta terbatal.
8.3 Pada pertandingan peringkat negeri, peserta boleh menyampaikan satu
sajak berdasarkan tema yang telah diberi.
8.4 Pada pertandingan peringkat kebangsaan, pihak penganjur
membenarkan peserta menggunakan tema sajak yang sama kepada
peserta yang menjadi johan peringkat negeri.

9.0 PERATURAN PERTANDINGAN

9.1 Peraturan Am
a) Peserta pada peringkat daerah hendaklah mencipta dan
mendeklamasikan sajak berdasarkan tema sajak yang telah
disenaraikan oleh pihak penganjur. Teks hendaklah dihantar
bersama-sama rakaman yang telah dibuat.
b) Peserta tidak dibenarkan menggunakan muzik latar.
c) Durasi persembahan sajak tidakmelebihi lima belas (15) minit.
Persembahanyangmelebihi masa yang ditetapkanakandipotong lima
(5)markah daripadamarkahkeseluruhan.
d) Aspek kreativiti video juga akan dikira di dalam pemarkahan tetapi tidak
dibenarkan mengedit dari segi pengadun alih suara (dubbing),
segerak suara (miming) atau mengadakan kesan bunyi (sound
effect).
e) Perlakuan yang kurang sopan semasa di atas pentas adalah dilarang.

f) Peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas akan dibatalkan


penyertaannya serta-merta.
g) Setiap peserta perlu memberi jaminan bahawa apa-apa bahan
penerbitan semasa menghasilkan video tidak melanggar mana-mana
hak cipta yang ada dan tidak melanggar mana-mana undang-undang
atau yang mengaibkan. Sekiranya berlaku kemungkiran jaminan ini,
penganjur tidak akan bertanggungjawab dan segala kerugian ditanggung
oleh peserta.
h) Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang masalah
yang melibatkan penghantaran video dan masalah video tidak berfungsi.

4
i) Video yang dihasilkan hendaklah belum pernah disiarkan atau
digunakan untuk menyertai mana-mana pertandingan.
j) Peserta tidak dibenarkan merujuk teks.
k) Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang bersesuaian
dengan tema sajak.

9.2 Peraturan Semasa Rakaman

a) Peserta dikehendaki menyampaikan persembahan di hadapan kamera


(komputer, telefon pintar atau peranti lain) dengan jelas merangkumi aspek
visual dan audio. Format video hendaklah dibuat syot penuh (full shot) dan
hendaklah dirakam secara melintang dalam format AVI atau MP4 dengan
resolusi 1080P/720P serta dihantar dalam bentuk pautan kepada negeri
penganjur.

b) Wajah peserta hendaklah jelas (tidak terlindung). Elakkan zum dekat (zoom
in) dan zum jauh (zoom out) semasa sedang merakam video.

c) Peserta dikehendaki memastikan audio rakaman kedengaran jelas dan tidak


terganggu oleh bunyi persekitaran seperti bunyi kipas, bunyi kenderaan dan
sebagainya.
d) Pencahayaan latar video mestilah baik dan tidak gelap.
e) Peserta hendaklah menghafal teks sajak. Penggunaan telepandu
(teleprompter) adalah tidak dibenarkan.

10.0 PENGHAKIMAN

10.1 Tiga (3) orang hakim akan menghakimi pertandingan peringkat negeri
termasuk ketua hakim.
10.2 Hakim pertandingan mesti terdiri dalam kalangan guru Bahasa Melayu atau
guru Sastera.

10.3 Markah yang diberikan untuk aspek yang dinyatakan di atas adalah
muktamad tiada kelemahan dalam deklamasi sajak. Markah akan dipotong
jika terdapat kelemahan seperti yang dinyatakan di bawah:
i. Peserta yang membaca teks tidak layak untuk diumumkan sebagai
pemenang pada semua peringkat pertandingan walaupun mampu
mendeklamasikan sajak dengan baik.
ii. Mengubah teks sajak daripada teks asal yang telah dihantar.

5
iii. Tersasul atau tersilap menyebut perkataan dalam rangkap sajak.

iv. Tertinggal perkataan tertentu dalam rangkap sajak.

v. Mengulang bait yang sama dalam rangkap sajak.

vi. Mengulang rangkap sajak yang sama

vii Membuat perlakuan negatif semasa dalam rakaman. Antara perlakuan


negatif termasuklah:
- Ketawa dan tidak serius semasa mendeklamasikan sajak.
- Berkata-kata (selain teks sajak) semasa mendeklamasikan sajak.
- Pergerakan yang keterlaluan.
- Membelakangi hakim dan khalayak semasa mendeklamasikan
sajak.

10.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak


akan dilayan.

11.0 ASPEK PEMARKAHAN

Markah akan diperuntukkan mengikut rubrik pemarkahan yang telah


ditetapkan:

i. Suara : 30 markah

ii. Gaya dan Teknik : 70 markah

12.0 TINDAKAN

Pihak penganjur dan JPN berhak membatalkan sebarang penyertaan yang


melanggar syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep ini.

13.0 HAK MILIK VIDEO


Pihak JPN dan KPM berhak menyiarkan rakaman video pertandingan di
mana-mana platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

6
14.0 TARIKH DAN TEMPAT

TARIKH : 21 Jun hingga 12 Julai 2021


(Tarikh Pendaftaran ditetapkan oleh PPD Pengelola)
TEMPAT : Secara dalam talian
Kategori Sekolah Rendah : PPD Julau

PPD Kategori Sekolah Menengah Rendah : PPD Julau


:
PENGELOLA Kategori Sekolah Menengah Atas : PPD Julau
Kategori Kolej/ KelasTingkatan 6 : PPD Padawan

15.0 HADIAH/ SIJIL

BIL. PERKARA CATATAN


1. Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
2. Naib Johan Hadiah dan Sijil Pencapaian
3. Tempat ke-3 Hadiah dan Sijil Pencapaian
4. Tempat ke-4 Hadiah dan Sijil Pencapaian
5. Tempat ke-5 Hadiah dan Sijil Pencapaian
6. Tempat ke-6 hingga ke-10 Hadiah dan Sijil Pencapaian
7. Tempat ke-11 dan seterusnya Sijil Penyertaan

16.0 AM
16.1 Konsep pertandingan peringkat negeri ini adalah selaras dengan
konsep pertandingan peringkat kebangsaan tahun 2021.
16.2 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak.
16.3 Maklumat pertandingan turut dihebahkan melalui Facebook page
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Facebook page Unit Koku
JPN Sarawak

Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)


Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

7
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK 2021

A. MAKLUMAT PESERTA

Nama Peserta : Sila lampirkan gambar ukuran saiz kad pengenalan

No. MyKad/ Kad Pengenalan : Sila lampirkan salinan MyKad/ Kad pengenalan

Tarikh Lahir : Umur:

Jantina : Bangsa:

No. Telefon Bimbit :

E-mel :

Alamat Surat-menyurat :

Nama dan Alamat Sekolah :

Tahun/ Tingkatan :

Tajuk Sajak :

Link URL :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama Guru Pembimbing :

No. Telefon Bimbit :

E-mel :

C. PENGESAHAN GURU BESAR/ PENGETUA

Dengan ini disahkan bahawa murid di atas adalah murid sekolah kami:

Tandatangan Guru Besar/


:
Pengetua

Cap Sekolah :

No. Tel. :

No. Faks. :

You might also like