You are on page 1of 12

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR
BAHASA MELAYU PUSTEM
PERINGKAT NEGERI SABAH
TAHUN 2021 (EDISI DALAM TALIAN)

Anjuran:
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Kelolaan :
Kolej Tingkatan Tawau
Pejabat Pendidikan Daerah Tawau
PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR

1.0 PENGENALAN

Syair tergolong dalam puisi tradisional yang merupakan peninggalan masyarakat lama
yang terus hidup dan berperanan dalam masyarakat semasa. Fungsi syair adalah untuk
menyampaikan cerita dan pengajaran serta digunakan juga dalam kegiatan-kegiatan yang
berunsur keagamaan. Dendangan syair membawa makna membaca sesuatu hasil
sastera yang berbentuk puisi dengan lagu atau gerak tubuh sebagai alat bantu. Gerak
yang dimaksudkan ialah gerak alat bantu yang puitis yang seirama dengan isi bacaan.

2.0 OBJEKTIF PERTANDINGAN

2.1 Mencungkil bakat baharu dalam bidang mencipta dan dendangan syair.
2.2 Memberikan ruang dan pendedahan kepada golongan remaja untuk
mengetengahkan bakat mereka dalam bidang pengucapan sastera sekali
gus membina keterampilan dan jati diri bangsa.
2.3 Memupuk minat dan kecintaan terhadap terhadap bahasa dan sastera
Melayu, khususnya syair.

3.0 KATEGORI PERTANDINGAN


Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar / murid tingkatan 6 di bawah Jabatan
Pendidikan Negeri Sabah secara individu seperti berikut:

Kolej/Kelas Tingkatan 6 : Murid Tingkatan 6

4.0 TEMA PERTANDINGAN : Keluarga Malaysia

5.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

5.1 Penyertaan terbuka kepada semua pelajar tingkatan 6 / kolej di seluruh


negeri Sabah yang berdaftar dengan JPN

5.2 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu melalui PPD dan
mendapat kebenaran daripada ibu bapa.
5.3 Setiap PPD hanya boleh menghantar dua orang peserta dendangan syair.

5.4 Permohonan untuk menyertai pertandingan ini perlu menggunakan borang


penyertaan yang disediakan oleh urus setia dan dihantar mengikut tarikh
yang ditetapkan.

6.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1 Jawatankuasa pertandingan peringkat negeri hendaklah menetapkan


tarikh dan seterusnya memaklumkan mengenai keputusan pertandingan
kepada urus setia
6.2 Peserta yang menyertai pertandingan peringkat negeri akan diberikan sijil
penyertaan oleh pihak JPN.

6.3 Tarikh tutup penyertaan pada : 18 November 2021

7.0 KAEDAH PERTANDINGAN

Pertandingan akan diadakan secara dalam talian. Peserta perlu menghantar rakaman video
kepada pihak penganjur mengikut kaedah yang telah ditetapkan.

8.0 PEMILIHAN SYAIR

8.1 Penganjur pertandingan akan menyediakan tema syair. Berdasarkan tema


tersebut peserta dikehendaki mencipta syair yang panjangnya tidak lebih
tujuh(7) rangkap.
8.2 Syair yang akan didendangkan pada peringkat negeri hendaklah
berdasarkan tema syair yang telah ditetapkan oleh penganjur.
8.3 Penyampaian syair selain daripada tema yang telah ditetapkan akan
menyebabkan penyertaan peserta terbatal.
8.4 Peserta akan mendendangkan syair yang sama berdasarkan tema yang
ditetapkan semasa pertandingan di peringkat daerah dan negeri.
8.5 Berikut merupakan irama syair yang dibenarkan:
● Irama Selendang Delima
● Irama Tuk Kenali
● Irama Perantau
● Irama Narasi
● Irama Mayang
● Irama Batu Belah
● Irama Hiasan
● Irama Perindu
● Irama Dodoi
● Irama Dandan Setia

9.1 PERATURAN PERTANDINGAN

9.2 Peraturan Am
a) Peserta pada peringkat negeri hendaklah mencipta dan
mendendangkan syair berdasarkan tema syair yang telah
ditetapkan oleh pihak penganjur. Teks hendaklah dihantar
bersama-sama rakaman yang telah dibuat.
b) Peserta tidak boleh mendendangkan syair dengan iringan alat
muzik.
c) Durasi persembahan syair tidak melebihi lima belas (15) minit.
Persembahan yang melebihi masa yang ditetapkan akan dipotong
lima (5) markah daripada markah keseluruhan.
d) Aspek kreativiti video juga akan dikira di dalam pemarkahan tetapi
tidak dibenarkan mengedit dari segi pengadun alih suara
(dubbing), segerak suara (miming) atau mengadakan kesan bunyi
(sound
effect).
e) Perlakuan yang kurang sopan semasa penyampaian adalah
dilarang.
f) Setiap peserta perlu memberi jaminan bahawa apa-apa bahan
penerbitan semasa menghasilkan video tidak melanggar mana-
mana hak cipta yang ada dan tidak melanggar mana-mana
undang- undang atau yang mengaibkan. Sekiranya berlaku
kemungkiran jaminan ini, penganjur tidak akan
bertanggungjawab dan segala
kerugian ditanggung oleh peserta.
g) Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
masalah yang melibatkan penghantaran video dan masalah video
tidak berfungsi.
h) Video yang dihasilkan hendaklah belum pernah disiarkan atau
digunakan untuk menyertai mana-mana pertandingan.
i) Peserta tidak dibenarkan merujuk teks.
j) Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang
bersesuaian dengan tema syair.
k) Peserta yang melanggar mana-mana peraturan di atas akan
dibatalkan penyertaannya serta-merta.

9.3 Peraturan Semasa Rakaman

a) Peserta dikehendaki menyampaikan persembahan di hadapan kamera


(komputer, telefon pintar atau peranti lain) dengan jelas merangkumi aspek
visual dan audio. Format video hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 70% dan
hendaklah dirakam secara melintang dalam format AVI atau MP4 dengan
resolusi 1080P/720P serta dimuat naik melalui Facebook Page Sekolah atau
akaun Youtube masing-masing berserta nama peserta, nama sekolah, judulsyair,
irama syair dan tanda pagar (hastag).

i. #DendanganSyairKPMJPNSABAH2021

b) Peserta perlu menghantar link url video dendangan syair, teks syair lengkap
dan borang penyertaan menggunakan QR Code di bawah. Teks syair dan
borang penyertaan perlu dihantar dalam bentuk PDF secara berasingan.
sebelum atau pada 18 November 2021.
c) Wajah peserta hendaklah jelas (tidak terlindung). Elakkan zum dekat
(zoom in) dan zum jauh (zoom out) semasa sedang merakam video.

d) Peserta dikehendaki memastikan audio rakaman kedengaran jelas


dan tidak terganggu oleh bunyi persekitaran seperti bunyi kipas,
bunyi kenderaan dan sebagainya.

e) Pencahayaan latar video mestilah baik dan tidak gelap.

f) Peserta hendaklah menghafal teks syair. Penggunaan telepandu


(teleprompter) adalah tidak dibenarkan.

10.0 PENGHAKIMAN

10.1 Tiga (3) orang hakim akan menghakimi pertandingan peringkat daerah dan
negeri
10.2 Hakim pertandingan peringkat negeri boleh terdiri daripada guru bahasa
Melayu, guru Sastera dan pegawai pendidikan JPN, Munsyi Dewan
(Bahasa), penggiat sastera atau pegawai KPM.
10.3 Markah yang diberikan untuk aspek yang dinyatakan di atas adalah
muktamad dan tiada kelemahan dalam dendangan syair. Markah akan
dipotong sebanyak lima (5) markah jika terdapat kelemahan seperti yang
dinyatakan di bawah:
i. Peserta yang membaca teks tidak layak untuk diumumkan sebagai
pemenang pada semua peringkat pertandingan walaupun mampu
mendendangkan syair dengan baik.
ii. Mengubah teks syair daripada teks asal yang telah dihantar.
iii. Tersasul atau tersilap menyebut perkataan dalam rangkap syair.
iv. Tertinggal perkataan tertentu dalam rangkap syair.
v. Mengulang bait yang sama dalam rangkap syair.
vi. Mengulang rangkap syair yang sama
vii Membuat perlakuan negatif semasa dalam rakaman. Antara perlakuan
negatif termasuklah:
- Ketawa dan tidak serius semasa mendendangkan syair.
- Berkata-kata (selain teks syair) semasa mendendangkan syair.
- Pergerakan yang keterlaluan.
- Membelakangi hakim semasa mendendangkan syair.
10.4 Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan
dilayan.
11.0 ASPEK PEMARKAHAN

Markah akan diperuntukkan mengikut rubrik pemarkahan yang telah ditetapkan:

i. Irama : 35 markah
ii. Suara : 30 markah
iii. Teks : 20 markah
iv. Gaya Persembahan : 15 markah

12.0 TINDAKAN

Pihak penganjur dan JPN berhak membatalkan penyertaan yang melanggar


syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep.

13.0 HAK MILIK VIDEO

Pihak JPN berhak menyiarkan rakaman video pertandingan di mana-mana


platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

14.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Pengelola pertandingan yang mana keputusan adalah
muktamad.

15.1 PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :

15.2 PN. RIANAH BINTI JIDEIWIN


PT Mencipta dan Mendendangkan Syair
Tel: 016 8043655

15.3 PN. HANIZAH BINTI ZAKARIA


AJK Pertandingan (KT Enam Tawau)
Tel: 019 7526219

7
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR 2021

A. MAKLUMAT PESERTA
Nama Peserta : Sila lampirkan gambar ukuran saiz kad pengenalan

No. Kad Pengenalan : Sila lampirkan salinan kad pengenalan

Tarikh Lahir : Umur:


Jantina : Bangsa:
No. Telefon Bimbit :
E-mel :

Alamat Surat-menyurat :

Nama dan Alamat Sekolah :

Tahun/Tingkatan :
Tajuk Syair :
Link URL :

B. MAKLUMAT GURU PEMBIMBING

Nama Guru Pembimbing :


No. Telefon Bimbit :
E-mel :

C. PENGESAHAN PENGETUA/GURU BESAR

Dengan ini disahkan bahawa murid di atas adalah murid sekolah kami:

Tandatangan Pengetua/
:
Guru Besar

Cap Sekolah :
No. Tel. :
No. Faks. :

8
BORANG PEMARKAHAN SEKOLAH RENDAH DAN
MENENGAH PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR
TAHUN 2021

GILIRAN PESERTA :

ASPEK MARKAH MARKAH CATATAN


PENILAIAN DIPEROLEH HAKIM
Irama 35
(Patah Lagu/Nada/Tempo)
Suara 30
(Vokal/Intonasi)
Teks 20
(Kelancaran dan Kejelasan Sebutan)
Gaya dan Kreativiti Persembahan 15
Penalti
i. Tempoh Penyampaian Melebihi Masa 10
15 minit (5 markah)

ii. Kelemahan Penyampaian (5 markah)


JUMLAH MARKAH

ULASAN HAKIM:

............................................ ..........................................
NAMA HAKIM TANDATANGAN HAKIM
BORANG RUMUSAN HAKIM
(Diisi oleh semua hakim)

PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR


TAHUN 2021

Giliran
Markah Peserta Kedudukan
Peserta Catatan

Tandatangan:...................................... Nama Hakim :.........................................


BORANG RUMUSAN HAKIM
(Diisi oleh Ketua Hakim)

PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR


TAHUN 2021

KEDUDUKAN PESERTA
Giliran
Agregat/ Keputusan
Peserta Hakim 1 Hakim 2 Hakim 3
Purata Panel Hakim
1

10

11

12

13

14

15

Tandatangan

Tandatangan :..................................... Nama Ketua Hakim :................................


BORANG KEPUTUSAN PERTANDINGAN
(Diisi oleh Ketua Hakim)

PERTANDINGAN DENDANGAN SYAIR


TAHUN 2021

KEPUTUSAN GILIRAN PESERTA / NAMA PESERTA / NEGERI

JOHAN

NAIB JOHAN

KETIGA

KEEMPAT

KELIMA

PENGESAHAN

HAKIM NAMA TANDATANGAN

HAKIM 1

HAKIM 2

HAKIM 3

Disahkan oleh,

........................................................................
( )
Nama Ketua Hakim

You might also like