You are on page 1of 8

KERTAS KONSEP KARNIVAL

KETERAMPILAN BAHASA BITARA


#108

CABARAN WARTAWAN MUDA

(SECARA DALAM TALIAN)

Anjuran:
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pendidikan Malaysia

CABARAN WARTAWAN MUDA 1


CABARAN WARTAWAN MUDA

1.0 PENGENALAN

Kewartawanan ialah penyelidikan dan laporan sesuatu perkara, isu dan


peristiwa kepada orang ramai. Lazimnya, kewartawanan berkaitan dengan hal
penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah. Individu yang melakukan
tugas ini dipanggil wartawan. Wartawan merupakan satu kerjaya dalam
industri media massa merangkumi surat khabar, majalah, televisyen, radio dan
Internet. Seorang wartawan bertugas untuk mengumpul dan menyebarkan
maklumat tentang berita terkini, orang ternama, trend dan isu-isu yang relevan.
Kerja wartawan juga termasuk mengarang, menyunting, menyiar serta
membacakan berita yang disampaikan kepada penonton atau pembaca.
Lantaran itu, cabaran wartawan muda ini dijalankan untuk memberi platform
kepada generasi muda untuk mengasah kemahiran dan mengetengahkan
bakat kewartawanan mereka.

2.0 OBJEKTIF CABARAN

2.1. Meningkatkan kemahiran lisan bahasa Melayu dalam kalangan murid.


2.2. Memberi pendedahan kepada murid untuk menggunakan bahasa Melayu
dengan berkesan.
2.3. Memberi pengalaman dan meningkatkan keyakinan murid untuk  berhadapan
dengan audiens.
2.4. Mengaplikasikan teknik penyampaian maklumat  dalam meningkatkan
kemahiran berbahasa.
2.5. Melatih dan mendedahkan murid untuk berkomunikasi mengikut aspek-aspek
dunia kewartawanan sebenar.
2.6. Menyokong ciri-ciri murid yang mempunyai pelbagai kemahiran dalam
pembelajaran abad 21.
2.7. Mewujudkan satu platform bagi murid untuk menonjolkan diri mereka dalam
bidang media dan kewartawanan.
2.8. Meluaskan pengetahuan murid tentang isu-isu semasa.

3.0 KATEGORI CABARAN

Cabaran ini terbuka kepada murid warganegara Malaysia sama ada


murid-murid tahap dua di sekolah rendah dan murid-murid tingkatan satu
hingga lima di Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Bantuan

CABARAN WARTAWAN MUDA 2


Kerajaan, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan serta Sekolah Swasta yang berdaftar dengan Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).

Pertandingan ini terbahagi kepada dua (2) kategori;

Sekolah Rendah : Murid Tahun 4 - 6


Sekolah Menengah : Murid Tingkatan 1 - 5

4.0 FORMAT CABARAN


4.1. Cabaran Wartawan Muda hanya melibatkan seorang peserta sahaja.
4.2. Peserta akan menghasilkan sebuah video berdurasi maksimum 3 minit
yang melapor dan mengupas sesuatu isu atau berita berdasarkan tema
bebas.

5.0 SYARAT-SYARAT CABARAN

5.1.Peserta yang mengikuti cabaran ini perlu melengkapkan tugasan merakam


video penyampaian masing-masing.
5.2.Peserta perlu mematuhi tempoh masa cabaran menghasilkan durasi video
yang tidak melebihi 3 minit.
5.3.Format bahan penyertaan cabaran ini yang perlu disediakan oleh setiap
peserta adalah seperti berikut:
5.3.1.Video hendaklah dirakamkan secara melintang (landscape).
5.3.2.Resolusi video adalah bebas, namun kualiti audio dan video
mestilah terang dan jelas.
5.3.3.Murid perlu muncul dalam video pada mana-mana peringkat
rakaman (contoh: permulaan atau pertengahan atau akhir).
5.4.Sebarang kritikan terhadap isu sensitif yang berkaitan dengan agama,
bangsa, kebudayaan dan politik atau menyentuh keperibadian seseorang
adalah dilarang sama sekali.
5.5.Peserta diwajibkan menggunakan pakaian yang sopan, bertatasusila serta
bersesuaian dengan tema.
5.6.Video yang dihasilkan mestilah asli, penggunaan bahan rakaman yang
disunting dari sumber sekunder mestilah dinyatakan sumbernya dengan
jelas.
5.7.Pihak penganjur sama sekali tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
pelanggaran hak cipta atau kecurian harta intelek yang dilakukan oleh
peserta.
5.8.Video yang dihasilkan perlu mempunyai nilai pengajaran.
5.9.Penggunaan muzik atau unsur latar yang tidak mengganggu penyampaian
adalah dibenarkan.

CABARAN WARTAWAN MUDA 3


5.10.Suntingan rakaman audio dan video dibenarkan berdasarkan kreativiti
masing-masing.
5.11.Penggunaan rakaman suara latar (voice over) adalah dibenarkan, tetapi tidak
boleh melebihi tempoh 1 minit daripada keseluruhan video.
5.12.Pihak penganjur akan membuat penjurian selepas tarikh tutup.

6.0 PEMILIHAN TEMA

Pemilihan tema adalah bebas selagi mematuhi syarat-syarat pertandingan.

7.0 PEMARKAHAN

7.1.Pembahagian Markah
7.1.1. Kupasan Isu (20 markah)
7.1.2. Bahasa dan Pertuturan (40 markah)
7.1.3. Penyampaian dan Persembahan (20 markah)
7.1.4. Kreativiti Multimedia (10 markah)
7.1.5. Nilai (10 markah)

7.2.PERINCIAN PEMARKAHAN

7.2.1. Kupasan Isu (20 markah)


7.2.1.1. Pemilihan isu yang bertepatan dengan tema.
7.2.1.2. Kupasan yang dihasilkan adalah asli dan autentik
(tertakluk kepada hak cipta dan harta intelek)
7.2.1.3. Kupasan isu yang disampaikan haruslah lengkap dan
mempunyai kesinambungan bagi menghasilkan wacana
yang menarik.

7.3.Bahasa dan Pertuturan (40 markah)

7.3.1. Pengucapan yang lancar menggunakan struktur ayat


yang betul dari segi tatabahasa yang sesuai.
7.3.2. Pengucapan yang lancar menggunakan struktur ayat
yang betul dari segi tatabahasa yang sesuai.
7.3.3. Pemilihan kosa kata yang tepat, jelas dan sesuai.
7.3.4. Intonasi dan nada suara yang kuat, jelas dan sesuai.
7.3.5. Penggunaan kata, frasa, bahasa kiasan, peribahasa,
perumpamaan dan pantun mengikut situasi yang sesuai.
7.3.6. Pengolahan bahasa yang baik dan indah serta gramatis.

CABARAN WARTAWAN MUDA 4


7.4.Penyampaian dan Persembahan (20 markah)

7.4.1. Memperlihatkan penyampaian dan persembahan yang


meyakinkan, menarik dan kreatif.
7.4.2. Memperlihatkan penyampaian persembahan yang
berjaya memaparkan tema dan nilai-nilai murni dengan
jelas.
7.4.3. Memperlihatkan penggunaan bahasa badan yang mapan
dan meyakinkan.
7.4.4. Memperlihatkan persembahan yang seimbang dari segi
fokus terhadap penggunaan multimedia dan ulasan lisan.

7.5. Kreativiti Multimedia (10 markah)

7.5.1. Penggunaan sebarang bentuk multimedia yang relevan dan


bertepatan dengan idea yang diulas.
7.5.2. Kualiti multimedia yang amat baik dan jelas.
7.5.3. Keseimbangan penggunaan multimedia yang bertindak
sebagai penambah nilai dan tidak mengganggu
penyampaian persembahan.

7.6. Nilai (10 markah)

7.6.1. Penerapan nilai dan pengajaran yang baik melalui isu dan
berita yang disampaikan.
7.6.2. Isu dan berita yang dihasilkan bebas daripada sebarang
unsur hasutan dan fitnah.

8.0 PENILAIAN CABARAN

8.1 Setiap juri yang dilantik sebagai penilai mesti mematuhi peraturan
kertas konsep Cabaran Wartawan Muda KPM.
8.2 Setiap penyertaan akan disaring di peringkat negeri oleh panel yang
dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri.
8.3 Penyertaan yang telah disaring akan dimajukan kepada pengelola
peringkat kebangsaan untuk penjurian peringkat kebangsaan yang akan
dinilai oleh panel yang dilantik oleh BSKK.

9.0 HAK MILIK VIDEO


Pihak KPM berhak menyiarkan rakaman video Cabaran Wartawan Muda di
mana-mana platform bagi tujuan hebahan atau pendidikan.

CABARAN WARTAWAN MUDA 5


10.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN
Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat cabaran atau semua perkara
di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh pihak
Jawatankuasa Urus setia Cabaran Wartawan Muda adalah muktamad.

CABARAN WARTAWAN MUDA 6


BORANG PEMARKAHAN
CABARAN WARTAWAN MUDA TAHUN 2022

Sekolah/Negeri: ………………………………………………………………….

Tajuk Rakaman: …………………………………………………………………

Perkara Kritera Penskoran Markah Catatan

Kupasan Isu ● Pemilihan isu Cemerlang (15 - 20)


(20 markah) bertepatan tema, Baik (7 -14)
kupasan isu yang asli, Lemah (1 - 6)
segar dan
berkesinambungan

Bahasa dan ● Pengucapan lancar. Cemerlang (29 - 40)


Pertuturan ● Struktur tatabahasa yang Baik (13 - 28)
(40 markah) betul, sebutan jelas dan Lemah (1 - 12)
lancar.
● Pengolahan bahasa
yang baik, indah dan
gramatis. Laras bahasa
yang sesuai

● Penyampaian Cemerlang (15 - 20)


Penyampaian
meyakinkan / Menarik / Baik (7 - 14)
dan
Kreatif Lemah (1 - 6)
Persembahan
● Bahasa badan mapan
(20 markah)
dan meyakinkan
● Persembahan seimbang
antara ulasan lisan dan
multimedia.

Kreativiti ● Multimedia relevan, Cemerlang (8- 10)


Multimedia bertepatan dengan idea Baik (4-7)
(10 markah) ● Kualiti multimedia baik. Lemah (1-3)

CABARAN WARTAWAN MUDA 7


● Penggunaan multimedia
yang seimbang.

Nilai ● nilai dan pengajaran Cemerlang (8- 10)


(10 markah) yang baik Baik (4-7)
● bebas dari unsur Lemah (1-3)
hasutan dan fitnah.
● mengambil kira faktor
sensitiviti maklumat.

JUMLAH 100

CABARAN WARTAWAN MUDA 8

You might also like