You are on page 1of 18

2021

PERTANDINGAN
VIDEO PENDEK
SEKOLAH RENDAH
DAN MENENGAH
WIRA ANTI RASUAH (WAR)
SPRM-KPM
PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN 2021

Di bawah Inisiatif 2.4.6 & 2.4.11 Pelan Anti Rasuah


Kebangsaan 2019-2023, Kementerian Pendidikan
Malaysia
21 JUN SEHINGGA 1 SEPTEMBER 2021
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH WIRA ANTI
RASUAH (WAR) SPRM-KPM PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN 2021

1. MATLAMAT
1.1. Pertandingan Video Pendek Sekolah Rendah dan Menengah Wira
Anti Rasuah (WAR) SPRM-KPM Peringkat Kebangsaan Tahun 2021
bertujuan mencungkil bakat dan kreativiti murid-murid di samping
menerapkan nilai- nilai integriti yang tinggi dan menanamkan sifat
membenci serta menghindari rasuah menggunakan platform hasil
karya video pendek, supaya dapat dihayati dan memberikan kesan
dalam kehidupan murid- murid.
1.2. Pertandingan yang diadakan ini adalah selaras dengan tuntutan
inisiatif- inisiatif 2.4.6 dan 2.4.11 Pelan Antirasuah Nasional (NACP)
2019-2023 iaitu memperkukuhkan pendidikan di peringkat sekolah
rendah dan menengah yang berteraskan kepada pembentukan
sahsiah, jati diri dan kepimpinan yang utuh.
1.3. Pertandingan ini diadakan dengan kerjasama erat daripada pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selaku rakan strategik
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam usaha
untuk menanamkan sifat integriti yang tinggi serta sifat membenci
rasuah dalam diri murid-murid sekolah rendah dan menengah dalam
menyediakan mereka menghadapi cabaran dunia luar.

2. RASIONAL

2.1 Memberi pendedahan kepada murid-murid sekolah rendah dan


menengah mengenai penghasilan produksi video pendek dalam
masa yang sama menghayati penerapan nilai pengurusan insan.

3. OBJEKTIF

3.1 Membentuk dan membudayakan nilai antirasuah dan integriti di


kalangan murid-murid di peringkat sekolah rendah dan menengah
agar lebih bertanggungjawab demi membangunkan negara yang
berintegriti dan bebas dari salah laku rasuah, justeru menjadi role 1
model kepada masyarakat awam.
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH WIRA ANTI
RASUAH (WAR) SPRM-KPM PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN 2021

3.2 Mengukuhkan keyakinan masyarakat (guru, murid dan ibu bapa)


terhadap kebebasan, ketelusan dan profesionalisme SPRM dalam
mencegah salah laku rasuah dan juga meraih keyakinan/menyokong
usaha SPRM.
3.3 Melahirkan murid-murid sekolah rendah dan menengah yang
berpersonaliti tinggi dengan menerapkan nilai-nilai integriti dan
pemikiran yang bencikan rasuah.
3.4 Mencetus keterujaan dalam kalangan murid-murid sekolah rendah
dan menengah terhadap usahasama dengan SPRM dari aspek
pencegahan rasuah di Malaysia.
3.5 Menyampaikan mesej usaha pencegahan rasuah kepada orang
awam khususnya murid melalui murid sendiri (from one student to
another).
3.6 Melihat perspektif murid-murid sekolah rendah dan menengah tentang
isu rasuah serta menyelami respon terhadap isu rasuah di Malaysia
secara beretika.

4. MOD PROGRAM

4.1. Pertandingan Peringkat Negeri dan Peringkat Kebangsaan.


4.2. Pertandingan dijalankan dalam DUA KATEGORI:
4.2.1 Kategori Sekolah Rendah
4.2.2 Kategori Sekolah Menengah

4.3. Pemenang Johan dan Naib Johan pertandingan Peringkat Negeri


akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
4.4. Pertandingan adalah melalui penghantaran video secara dalam talian.
4.5. Platform bagi penghantaran penyertaan video di peringkat negeri
ditentukan dan diselaraskan oleh Pegawai Penyelaras Peringkat
Negeri masing-masing.
4.6. Penghantaran hasil karya pemenang peringkat negeri ke peringkat
kebangsaan oleh Pegawai Penyelaras Negeri adalah melalui 2
Pegawai Penyelaras SPRM seperti berikut :
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH WIRA ANTI
RASUAH (WAR) SPRM-KPM PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN 2021

5. KUMPULAN SASARAN PENYERTAAN

5.1 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah


(Tahun 1 hingga Tahun 6) dan sekolah menengah (Tingkatan
Peralihan hingga Tingkatan 6) sekolah kerajaan / bantuan
kerajaan.
5.2 Setiap PPD hanya boleh menghantar satu (1) penyertaan sahaja
bagi setiap kategori.
5.3 Jumlah peserta setiap kumpulan adalah tidak melebihi 15 orang
termasuk pelakon dan krew produksi:
5.3.1 Anggota pasukan boleh terdiri daripada lelaki/perempuan
sahaja atau campuran; dan
5.3.2 Pasukan digalakkan mempunyai sekurangnya lebih dari 1
kaum; dan
5.3.3 Seorang daripada guru pembimbing dibenarkan untuk
terlibat sebagai pelakon.
5.4 Setiap penyertaan hendaklah mempunyai dua orang guru
3
pembimbing dan mendapat pengesahan daripada sekolah atau
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH WIRA ANTI
RASUAH (WAR) SPRM-KPM PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN 2021

Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing (Lampiran 2).


5.5 Peserta di bawah umur 18 tahun perlu mengemukakan Borang
Kebenaran Ibu Bapa / Penjaga (Lampiran 3).
5.6 Sekolah yang menyertai perlu merujuk PPD masing-masing untuk
penyertaan.

6. FORMAT RAKAMAN

6.1 Peserta boleh menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris;


6.2 Penghasilan video pendek perlu dirakam di premis keberadaan
murid masing-masing dengan mematuhi Garis Panduan
Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum dan Garis Panduan
Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah dalam Norma Baharu
2.0, Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan oleh
Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara ;
6.3 Setiap rakaman video pendek disunting dan dimurnikan secara
kreatif;
6.4 Rakaman hendaklah dilakukan dalam format MP4 dengan minima
720 High Pixel dan maksima 1080 High Pixel;
6.5 Di akhir rakaman video hendaklah dipaparkan slogan
#RasuahDiHinaMaruahDibina bagi menyemarakkan antirasuah
dan integriti di kalangan murid, guru dan masyarakat;
6.6 Hasil karya video pendek hendaklah dimuat naik melalui pautan
pendaftaran yang akan diberikan oleh Pegawai Penyelaras mengikut
Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing;
6.7 Setiap hasil karya video pendek perlu disertakan kapsyen berikut di
permulaan video;
Tajuk Video :
Nama Sekolah/JPN :
6.8 Maklumat yang sama perlu diisi ke dalam Borang/Pautan yang
ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri bersama-sama dengan
satu salinan sinopsis yang disediakan dengan menggunakan Font 4
Arial, saiz tulisan 12 dan single spacing (Lampiran 5);
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH WIRA ANTI
RASUAH (WAR) SPRM-KPM PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN 2021

6.9 Durasi video adalah 3:00:00 hingga 5:00:00 minit termasuk


maklumat di permulaan video;
6.10 Markah akan ditolak sekiranya persembahan kurang atau melebihi
had masa yang telah ditetapkan.

7. TEMA DAN KONSEP

7.1 Tema bagi Pertandingan Video Pendek Sekolah Rendah dan


Menengah Wira Anti Rasuah (WAR) SPRM - KPM Peringkat Negeri/
Kebangsaan 2021 adalah

“ANTIRASUAH DAN INTEGRITI”

7.2 Genre terbuka seperti sketsa, animasi, drama, komedi dan


dokumentari.
7.3 Isi kandungan video mestilah:
7.3.1 Menepati tema yang telah ditetapkan;
7.3.2 Menyampaikan mesej pengajaran kepada penonton;
7.3.3 Menonjolkan nilai-nilai murni, kesedaran sivik, jati diri dan
semangat patriotik yang boleh dicontohi;
7.3.4 Menyalurkan idea dalam bentuk positif dan kreatif tanpa
mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti
perkauman, keagamaan, unsur lucah, kekejaman, politik dan
pemimpin.

8. TERMA DAN SYARAT

8.1 Setiap penyertaan rakaman video pendek mestilah merupakan hasil


karya asal/asli.
8.2 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang
dikemukakan tidak asli/ diciplak.
8.3 Semua penyertaan tidak boleh dimuat naik ke mana-mana portal 5
sebelum mendapat kebenaran penganjur, sekiranya didapati
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH WIRA ANTI
RASUAH (WAR) SPRM-KPM PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN 2021

berlaku, penyertaan akan dibatalkan.


8.4 Pastikan semua muzik yang digunakan berstatus bebas royalti.
Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang
tuntutan dari pihak ketiga akibat pelanggaran hasil hak cipta.
8.5 Pihak penganjur berhak menggunakan hasil karya yang dihantar
untuk tujuan promosi dan pendidikan seperti DidikTV, poster,
cetakan, risalah, buku, laman web, video, audio dan lain-lain.
8.6 Pastikan semua gambar individu/imej yang akan digunakan perlu
mendapat persetujuan bertulis dengan melengkapkan Borang
Persetujuan Menggunakan Gambar/Imej Individu (Lampiran 4).
8.7 Sebarang logo atau promosi daripada pihak tajaan adalah tidak
dibenarkan dipaparkan di dalam video.
8.8 Peserta hendaklah menyediakan sinopsis atau ringkasan isi
kandungan video. Format sinopsis/ ringkasan menggunakan Font
Arial, saiz tulisan 12 dan single spacing (Lampiran 5).
8.9 Prop yang perlu dan bersesuaian dengan skrip sahaja dibenarkan.
Penggunaan prop yang berbahaya (seperti benda-benda tajam atau
senjata dalam bentuk asal) sama ada digunakan atau sebagai
hiasan sewaktu rakaman adalah TIDAK DIBENARKAN, sebaliknya
hendaklan menggunakan replika (yang selamat) sahaja.
8.10 Penggunaan bahan letupan, gas, ledakan dan api TIDAK
DIBENARKAN. Penggunaan alatan multimedia seperti tayangan
projector, projector LCD serta pancaran laser adalah dibenarkan.
8.11 Kumpulan peserta pertandingan video pendek ini TIDAK
DIBENARKAN memaparkan unsur-unsur mengghairahkan /berbaur
lucah/ bahasa kasar/kejian/makian/perumpamaan yang negatif sama
ada melalui perlakuan, dialog atau kostum yang dipakai. Unsur-
unsur yang bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat
tempatan, serta bercanggah dengan agama dan keperibadian
bangsa Malaysia juga dilarang.
8.12 Kumpulan peserta pertandingan video pendek juga DILARANG
mempamerkan aksi-aksi kekejaman terhadap manusia/haiwan serta 6
perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang dan
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH WIRA ANTI
RASUAH (WAR) SPRM-KPM PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN 2021

dasar kerajaan.
8.13 Sebarang pelanggaran syarat-syarat di atas akan membatalkan
penyertaan.
8.14 Penyertaan adalah PERCUMA.
8.15 Kos menghasilkan karya bagi pertandingan ini adalah ditanggung
sepenuhnya oleh pihak sekolah/peserta.

9. MASA PERSEMBAHAN

9.1 Masa diperuntukkan untuk setiap kumpulan ialah 3:00:00 hingga


5:00:00 minit sahaja. Tempoh ini termasuk kapsyen/ maklumat di
permulaan video.

10. PAKAIAN / AKSESORI / PROPS

10.1 Pakaian dan aksesori peserta-peserta hendaklah bersesuaian dan


sopan.
10.2 Props yang digunakan hendaklah bersesuaian dan tidak berbahaya
mengikut terma dan syarat yang dinyatakan.

11. TUNTUTAN HAK CIPTA

11.1 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Bahagian Sukan,


Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia
memiliki hak cipta sepenuhnya terhadap hasil karya yang dihasilkan.

12. PENGHAKIMAN

12.1 Lantikan panel hakim di bawah Pegawai Penyelaras Jabatan


Pendidikan Negeri dengan mendapatkan pandangan dan nasihat dari
Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian untuk pertandingan
Peringkat Negeri. 7
12.2 Lantikan panel hakim di Peringkat Kebangsaan dikendalikan oleh
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH WIRA ANTI
RASUAH (WAR) SPRM-KPM PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN 2021

SPRM melalui Bahagian Pendidikan Masyarakat dengan kerjasama


BSKK.
12.3 Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.

13. PEMARKAHAN

PEMARKAHAN

ISI KANDUNGAN

 Ketepatan Tema 10 markah

 Keaslian Karya 10 markah

 Nilai dan Pengajaran 10 markah

KREATIVITI

 Pengarahan 15 markah

 Lakonan 10 markah

 Teknik gaya persembahan 10 markah


yang kreatif

 Menggunakan pelbagai
10 markah
teknologi untuk
menghasilkan inovasi video
pendek

KUALITI

 Sinematografi/Teknik 15 markah
Edit Video

 Audio 10 markah 8
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH WIRA ANTI
RASUAH (WAR) SPRM-KPM PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN 2021

Jumlah 100 markah

14. GARIS MASA PERTANDINGAN

Tarikh Pendaftaran/Pertandingan : 21 Jun 2021 – 1 September


2021
Tarikh Akhir Penyertaan : 1 September 2021
Tempat : Secara Dalam Talian
Tetamu Kehormat Perasmian : Pengarah, Bahagian Pendidikan
Masyarakat, SPRM.
Pengarah, Bahagian Sukan,
Kokurikulum dan Kesenian, KPM
Tarikh Pengumuman Pemenang : 8 Oktober 2021

15. HADIAH / SIJIL PERINGKAT NEGERI

BIL PERKARA CATATAN


1 Johan Hadiah berupa wang tunai RM200.00, plak dan sijil
2 Naib Johan Hadiah berupa wang tunai RM150.00, plak dan sijil
3 Tempat ke-3 Hadiah berupa wang tunai RM100.00, plak dan sijil
4 Tempat ke-4 Sijil
5 Tempat ke-5 Sijil
6 Penyertaan Sijil penyertaan

16. HADIAH / SIJIL PERINGKAT KEBANGSAAN

BIL PERKARA CATATAN


1 Johan Hadiah berupa wang tunai RM1,500.00, plak, hamper dan sijil

2 Naib Johan Hadiah berupa wang tunai RM1,000.00, plak, hamper dan sijil

3 Tempat ke-3 Hadiah berupa wang tunai RM500.00, plak, hamper dan sijil

4 Tempat ke-4 Hadiah berupa wang tunai RM250.00, plak, hamper dan 9sijil
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH WIRA ANTI
RASUAH (WAR) SPRM-KPM PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN 2021
Hadiah
5 Tempat ke-5
berupa wang tunai RM250.00, plak, hamper dan sijil
6. Penyertaan Sijil penyertaan

17. PROSUDER PENYERTAAN

17.1 Semua pendaftaran mesti dibuat melalui dalam talian.


17.2 Semua butiran dalam pendaftaran dalam talian mesti diisi dengan
lengkap dan betul.
17.3 Video yang terpilih bagi mewakili Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
masing-masing perlu dimuat naik ke Google Forms pendaftaran yang
disediakan oleh JPN Sarawak.
17.4 Fail video perlu dinamakan dengan caption
NamaPPD_NamaSekolah_TajukKarya sebelum dimuat naik ke
pautan pendaftaran (boleh ditulis guna singkatan).
17.5 Borang penyertaan hendaklah diisi dengan lengkap dan disahkan
oleh sekolah (Lampiran 2).
17.6 Senarai borang yang perlu dilengkapkan dan dimuat naik ke Google
Forms pendaftaran:
Lampiran 2- Borang Penyertaan Pertandingan
Lampiran 3- Borang Kebenaran Ibu Bapa/ Penjaga
Lampiran 4- Borang Kebenaran Menggunakan Gambar/ Imej
Individu
Lampiran 5- Borang Sinopsis Video Pendek

18. AM

18.1 esijil.sprm.gov.my
Tapak memuat turun sijil penyertaan dan sijil penghargaan bagi guru
pembimbing secara digital. e-Sijil ini boleh dimuat turun pada 15
November 2021.
18.2 Facebook “SRPM Community”,
Platform bagi hebahan pemenang peringkat negeri dan peringkat
kebangsaan, selain surat makluman kepada Jabatan Pendidikan
10
Negeri.
18.3 Maklumat pertandingan turut dihebahkan melalui Facebook pages
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH WIRA ANTI
RASUAH (WAR) SPRM-KPM PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN 2021

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan Facebook pages Unit Koku


JPN Sarawak.

19. PERTANYAAN

19.1. Sebarang pertanyaan bagi pertandingan peringkat negeri boleh


menghubungi;

NOOR ZAIMAH BINTI BAKAR


Penolong Pengarah (Kesenian)
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
082-473654/ 013-8211621

atau

MAINI@ANIE WILLIAM
Penguasa Kanan
Unit Pendidikan Masyarakat SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Sarawak
082-467701(120)/ 013-8594642

20. BAHAN RUJUKAN

Antara sumber rujukan untuk menghasilkan penyertaan adalah seperti


berikut:
20.1 Portal SPRM di pautan www.sprm.gov.my
20.2 Facebook "SPRM Community"
20.3 Facebook “MACC.fm”
20.4 Laman sesawang integriti.my
20.5 YouTube channel CommEDTV (MACC)
20.6 YouTube channel MACC Tube 11
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH WIRA ANTI
RASUAH (WAR) SPRM-KPM PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN 2021

LAMPIRAN 2
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
WIRA ANTI RASUAH (WAR)
SPRM-KPM PERINGKAT NEGERI/KEBANGSAAN 2021

BORANG PENYERTAAN

TAJUK VIDEO PENDEK :

KATEGORI : * SEKOLAH RENDAH / SEKOLAH MENENGAH

* Potong mana yang berkenaan.


L Lelaki
GURU PEMBIMBING : P Perempuan
BIL. NAMA NO. KAD PENGENALAN JANTINA
L
1.
P
L
2.
P

L Lelaki M Melayu C Cina


P Perempuan I India L Lain-lain

AHLI KUMPULAN :

NO. KAD
BIL. NAMA JANTINA BANGSA
PENGENALAN
L M C
1.
P I L
L M C
2.
P I L
L M C
3.
P I L
L M C
4.
P I L
L M C
5.
P I L
L M C
6.
P I L
L M C 12
7.
P I L
8. L M C
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH WIRA ANTI
RASUAH (WAR) SPRM-KPM PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN 2021
P I L
L M C
9.
P I L
L M C
10.
P I L
L M C
11.
P I L
L M C
12.
P I L
L M C
13.
P I L
L M C
14.
P I L
L M C
15.
P I L

Sila tandakan ( / )

Kod Sekolah : Pejabat Pendidikan Daerah :

Alamat Sekolah :

No. Telefon sekolah :

E-mel Sekolah :

Dengan ini, saya/ kami mengesahkan bahawa penyertaan ini adalah hasil karya asal saya/ kami. Saya/
Kami bersetuju dengan semua syarat-syarat pertandingan ini.

.....................................................
(Tandatangan Guru Pembimbing) Tarikh : .......................

Nama :

No. Tel. Bimbit :

Emel :

Pengesahan Pengetua/Guru Besar :

Tandatangan Pengetua/Guru Besar : ..........................................

Cop Pengetua/Guru Besar :


Cop 13
Rasmi
Sekolah
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH WIRA ANTI
RASUAH (WAR) SPRM-KPM PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN 2021

Tarikh : ..................................

LAMPIRAN 3

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEKOLAH RENDAH DAN


MENENGAH WIRA ANTI RASUAH (WAR)
SPRM-KPM PERINGKAT NEGERI/ KEBANGSAAN 2021

BORANG KEBENARAN IBU BAPA

Saya __________________________________________ ( ibu/bapa/ penjaga*) No. Kad

Pengenalan ______________________________membenarkan anak / anak jagaan saya

___________________________________________________ No. Kad. Pengenalan

________________________________menyertai Pertandingan Video Pendek Sekolah

Rendah Dan Menengah Wira Anti Rasuah (WAR) SPRM-KPM Peringkat

Negeri/Kebangsaan 2021.

Sekian, terima kasih.

Tandatangan : ...........................................

(Ibu Bapa/ Penjaga)

Tarikh : ..............

Diisi oleh setiap peserta (murid yang mengambil bahagian)

*Potong mana yang tidak berkenaan.

14
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH WIRA ANTI
RASUAH (WAR) SPRM-KPM PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN 2021

LAMPIRAN 4

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEKOLAH RENDAH DAN


MENENGAH WIRA ANTI RASUAH (WAR)
SPRM-KPM PERINGKAT NEGERI/KEBANGSAAN 2021

BORANG PERSETUJUAN MENGGUNAKAN GAMBAR/ IMEJ INDIVIDU

Saya ____________________________________________________________ No. Kad

Pengenalan _____________________________________ bersetuju bahawa gambar/ imej

saya digunakan untuk penerbitan klip video bagi Pertandingan Video Pendek Sekolah Rendah

Dan Menengah Wira Anti Rasuah (WAR) SPRM-KPM Peringkat Negeri/Kebangsaan 2021.

Sekian, terima kasih.

Tandatangan :

Tarikh :

15
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH WIRA ANTI
RASUAH (WAR) SPRM-KPM PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN 2021

LAMPIRAN 5

PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEKOLAH RENDAH DAN


MENENGAH WIRA ANTI RASUAH (WAR)
SPRM-KPM PERINGKAT NEGERI/KEBANGSAAN 2021
SEKOLAH RENDAH / SEKOLAH MENENGAH

SINOPSIS VIDEO

TAJUK VIDEO :

SKOP :

DURASI VIDEO :

SINOPSIS/ RINGKASAN KANDUNGAN VIDEO

Format sinopsis/ ringkasan adalah menggunakan jenis Font Arial, saiz tulisan 12 dan
single spacing

Sutradara : ____________________________________________ 16
PERTANDINGAN VIDEO PENDEK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH WIRA ANTI
RASUAH (WAR) SPRM-KPM PERINGKAT NEGERI DAN KEBANGSAAN 2021

Sekolah : ________________________________________________

17

You might also like