You are on page 1of 10

KERTAS KERJA KONSEP

“MySihat Care e-Challenge 2.0


BADAN UNIFORM KEBANGSAAN
2023”

Anjuran:

eX
(Malaysian Trainers & Coaches of Talent
Excellence Organisation)
PPM-018-14-23102020

Rakan Strategik: GERKO MATCH EVENT


MANAGEMENT
Dengan Kerjasama:
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KERTAS KERJA KONSEP


“MySihat Care e-Challenge 2.0”
BADAN BERUNIFORM KEBANGSAAN
TAHUN 2023

1.0 LATAR BELAKANG PROGRAM

Kegiatan Kokurikulum bermaksud apa-apa kegiatan yang dirancang daripada pengajaran dan
pembelajaran di luar bilik darjah yang memberikan peluang kepada murid-murid untuk mengukuh,
menambah serta mengamalkan kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari di dalam bilik darjah.
Gerak kerja kokurikulum ini hendaklah dilaksanakan secara terancang oleh guru-guru pemimpin di
sekolah.

Malaysian Trainers and Coaches of Talent Excellence Organisation (MATCHEX) ingin mengambil
inisiatif menganjurkan Pertandingan “MySihat Care e-Challenge 2.0” secara dalam talian
Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2023. Program ini ditawarkan khusus kepada muridmurid
sekolah rendah dan menengah yang berpengetahuan serta minat dalam bantuan
kecemasan/bantu mula.

Pertandingan ini mengandungi 5 acara seperti berikut iaitu:

1. Video Kreatif Pengurusan Bantu Mula “CPR” 2. Infografik@Poster Animasi “Mental


Sihat Hidup Bahagia” 3. Video Kreatif Penyediaan Menu Pagi Sihat (Khas untuk murid
PPKI sahaja) 4. Poster Doodle Art “Malaysia Sihat & Cergas” 5. Kuiz Online “Saya Duta
Sihat”

2.0 TUJUAN

Merangsang peserta yang menyertai pertandingan ini untuk lebih bersedia dalam ilmu pengurusan
kecemasan yang betul dan terkini. Membudayakan pemikiran kreatif dan inovatif di kalangan
peserta dalam aspek pendidikan kesihatan diri, keluarga serta komuniti sekelilingnya.

3.0 OBJEKTIF

Membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) khususnya dalam menyediakan pelbagai


platform pertandingan bagi:

1. Menguji kemahiran setiap pasukan badan beruniform di sekolah dalam aspek pengurusan
kecemasan.

2. Memantapkan pengurusan kecemasan yang betul dan berkesan dalam menghadapi situasi
sebenar.

Mewujudkan medium pentaksiran baharu bersesuaian dengan situasi pandemik semasa tanpa
menjejaskan penilaian terhadap Teknik, kemahiran dan aplikasi terhadap ilmu yang telah
dipelajari.

1
4.0 TARIKH PENDAFTARAN DAN PERTANDINGAN

Tempoh pendaftaran dan pertandingan ini akan dijalankan pada tarikh seperti berikut:

Pertandingan:- Mula: 8 Mei 2023 Tamat: 31 Mei 2023

KUIZ ONLINE : 13 Mei 2023 (Sabtu) 10.00 pagi – 11.00 pagi (minggu ke 2)

5.0 SYARAT PENYERTAAN

5.1. Terbuka kepada semua pelajar dan murid sekolah di Malaysia iaitu Kolej Tingkatan 6,
Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan
Cina/Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Sekolah Berasrama Penuh,
Sekolah Menengah Agama, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina/Tamil, sekolah-sekolah bantuan kerajaan, sekolah-sekolah swasta dan juga
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara serta berbilang kaum.

5.2. Terbuka kepada semua ahli Badan Beruniform seperti Kadet Remaja Sekolah
(KRS/TKRS), Kadet Pertahanan Awam, Kadet Bomba, Kadet Polis, Kadet JPJ,
PBSM, Pengakap, Pandu Puteri, Puteri Islam, St. John Ambulans, Persatuan seni
mempertahankan diri dan lain-lain.

5.3. Syarat umur penyertaan adalah bermula dari 9 hingga 19 tahun. (Darjah 3 hingga
Tingkatan 6)

5.4. Semua hasil karya dan video bagi pertandingan ini akan kekal menjadi hak milik
bersama pihak penganjur dan peserta. Penganjur berhak mengguna, memuat naik
atau menerbitkan semula hasil karya dan video tersebut bagi tujuan Pendidikan dan
Promosi semasa atau selepas pertandingan.

5.5. Segala penghasilan karya dan video perlu bebas daripada sebarang hak cipta
terpelihara pihak-pihak lain serta perisian cetak rompak.

5.6. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang bentuk tuntutan terhadap
karya mana-mana pihak yang berkaitan.

5.7. Bahasa Melayu, Inggeris atau lain-lain Bahasa juga boleh digunakan dalam
menghasilkan karya atau video.

5.8. Bebas memilih mana-mana acara samada berpasukan atau acara individu.

5.9. Sila rujuk terma dan syarat pertandingan mengikut acara yang sepenuhnya di:
www.matchexcellence.org/mysihatchallenge2023
5.10. Sebarang penyertaan dalam mana-mana acara pertandingan ini adalah secara
sukarela dan tiada unsur paksaan.

6.0 ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN, SYARAT PERTANDINGAN SERTA HADIAH

2
6.1. Video Kretif Pengurusan Bantu Mula “CPR”

SYARAT PERTANDINGAN
- Mesti terdiri daripada 3 orang peserta dan seorang guru pembimbing untuk satu
penyertaan
- Setiap sekolah dibenarkan menghantar lebih dari satu pasukan.
- Menghasilkan sebuah video kreatif dengan situasi yang memerlukan CPR dan
hendaklah menunjukkan Teknik Bantu Mula/CPR yang berkesan dan betul.
- Peserta hendaklah menggunakan patung/dummy sewaktu membuat tekanan dada.
- Video boleh disunting dan durasi maksimum video adalah 3 minit sahaja.
- Video boleh mengandungi dialog-dialog tetapi perlu menggunakan Bahasa Malaysia
atau Inggeris sahaja. Jika dialog dalam bahasa-bahasa lain, maka sarikata (BM/BI)
perlu dimasukkan.
- Dialog-dialog di dalam video perlulah sopan serta tidak mengandungi dialog yang
ganas, kasar dan lucah.
- Pemakaian peserta adalah bersesuaian dengan unit uniform masing-masing -
Lagu/muzik latar yang bersesuaian boleh dimasukkan ke dalam video.
- Logo Matchex perlu dimasukkan di awal dan akhir video tersebut.
- Untuk rujukan contoh video CPR sila ke Youtube: Matchex InStudio

PANDUAN PEMARKAHAN

Ketepatan Tema – 20%


Ketulenan Idea – 20%
Ketepatan Teknik – 20%
Kerjasama ahli pasukan – 10%
Kreativiti dan Kualiti – 30%

HADIAH
- Johan: RM150.00 + Sijil Pencapaian fizikal
- Naib Johan: RM120.00 + Sijil Pencapaian fizikal
- Ketiga: RM90.00 + Sijil Pencapaian fizikal
- Keempat: RM60.00 + Sijil Pencapaian fizikal
- Kelima: RM30.00 + Sijil Pencapaian fizikal

Semua penyertaan bagi acara ini akan mendapat sijil penyertaan Fizikal dan markah
PAJSK Peringkat Kebangsaan. (Sila rujuk terma dan syarat lengkap di:
www.matchexcellence.org/mysihatchallenge2023

6.2. Infografik@Poster Animasi “Mental Sihat Hidup Bahagia”

3
SYARAT PERTANDINGAN
- Mestilah terdiri 2 orang peserta dan seorang guru pembimbing untuk satu penyertaan -
Setiap sekolah boleh menghantar lebih dari satu pasukan.
- Menghasilkan satu Infografik animasi berkaitan tahap kesihatan mental rakyat Malaysia
masa kini, kesan gangguan mental terhadap kehidupan seseorang/masyarakat dan
cadangan cara untuk mengatasinya.
- Bebas membuat infografik di dalam sebarang perisian tetapi perlu dihantar dalam
bentuk video.
- Durasi maksimum Infografik animasi ini adalah 2 minit sahaja.
- Penerangan/mesej perlu menggunakan Bahasa Malaysia atau Inggeris sahaja.
- Penerangan/mesej perlulah ringkas, padat dan tepat dengan mengikut tajuk.
- Logo Matchex perlu dimasukkan di awal dan akhir video tersebut.
- Lagu/muzik latar yang bersesuaian boleh dimasukkan ke dalam Infografik animasi yang
dihasilkan.
- Untuk rujukan dan contoh: www.matchexcellence.org/mysihatchallenge2023

PANDUAN PEMARKAHAN

Ketepatan Fakta – 20%


Ketulenan Idea – 20%
Kreativiti – 30%
Audio visual – 15%
Impak/Faktor Wow – 15%

HADIAH
- Johan: RM120.00 + Sijil Pencapaian Fizikal
- Naib Johan: RM90.00 + Sijil Pencapaian Fizikal
- Ketiga: RM70.00 + Sijil Pencapaian Fizikal
- Keempat: RM50.00 + Sijil Pencapaian Fizikal
- Kelima: RM30.00 + Sijil Pencapaian Fizikal

Semua penyertaan bagi acara ini akan mendapat sijil penyertaan Fizikal dan markah
PAJSK Peringkat Kebangsaan. (Sila rujuk terma dan syarat lengkap di:
www.matchexcellence.org/mysihatchallenge2023

6.3. Video Kreatif Penyediaan Menu Pagi Sihat

4
SYARAT PERTANDINGAN - KHAS UNTUK MURID PPKI SAHAJA
- Mestilah terdiri daripada 3 orang peserta dan seorang guru pembimbing untuk satu
penyertaan
- Setiap sekolah boleh menghantar lebih dari satu pasukan.
- Menghasilkan video kreatif cadangan penyediaan menu sarapan pagi yang sihat.
- Video hendaklah menyatakan dengan jelas menu yang hendak disediakan, kebaikan
menu, bahan yang digunakan dan menunjukkan cara-cara penyediaan menu tersebut.
- Video boleh disunting dan durasi maksimum video adalah 3 minit sahaja.
- Video boleh mengandungi dialog-dialog tetapi perlu menggunakan Bahasa Malaysia
atau Inggeris sahaja. Jika dialog dalam bahasa-bahasa lain maka sarikata (BM/BI) perlu
dimasukkan di dalam video.
- Dialog-dialog di dalam video perlulah sopan dan tidak mengandungi dialog yang ganas,
kasar dan lucah.
- Pemakaian peserta adalah bersesuaian dengan unit uniform masing-masing
- Lagu/muzik latar yang bersesuaian boleh dimasukkan ke dalam video yang dihasilkan.
- Logo Matchex perlu diletak di awal dan akhir video tersebut.

PANDUAN PEMARKAHAN

Ketepatan Tema – 30%


Ketulenan Idea – 20%
Kerjasama ahli pasukan – 10%
Kreativiti dan Kualiti – 20%
Impak/Faktor Wow – 20%

HADIAH KEMENANGAN
- Johan: RM150.00 + Sijil Pencapaian Fizikal
- Naib Johan: RM120.00 + Sijil Pencapaian Fizikal
- Ketiga: RM90.00 + Sijil Pencapaian Fizikal
- Keempat: RM60.00 + Sijil Pencapaian Fizikal
- Kelima: RM30.00 + Sijil Pencapaian Fizikal

Semua penyertaan bagi acara ini akan mendapat sijil penyertaan Fizikal dan markah
PAJSK Peringkat Kebangsaan. (Sila rujuk terma dan syarat lengkap di:
www.matchexcellence.org/mysihatchallenge2023

6.4. Poster Doodle Art “Malaysia Sihat & Cergas”

SYARAT PERTANDINGAN
- Acara Individu dan seorang guru pembimbing untuk 3 orang peserta.

5
- Pasukan sekolah boleh menghantar peserta seramai yang mungkin.
- Setiap peserta perlu menghasilkan satu poster doodle art yang kreatif dengan tema
“Malaysia Sihat & Cergas”.
- Ayat tema “Malaysia Sihat & Cergas” dan logo Matchex perlu diletakkan ditengah-
tengah poster
- Bebas menggunakan sebarang bahan warna
- Grafik dan adaptasi menggunakan peralatan komputer adalah TIDAK
DIBENARKAN. Hanya lukisan tangan asli “freehand” yang dibenarkan.
- Lukisan poster dan idea mestilah asli dan ciptaan sendiri serta belum diterbitkan
oleh mana-mana pihak. Jika didapati menciplak karya mana-mana pihak, maka
penyertaan akan terbatal secara automatik.
- Lukisan poster hendaklah dibuat diatas kertas berukuran A4 atau A3.
- Poster karya hendaklah dihantar dengan cara memuatnaik melalui link google form
yang diberikan dalam format jpeg atau PDF (kurang dari 10MB)
- Peserta yang terpilih sebagai pemenang dikehendaki menghantar hasil karya asli
kepada pihak penganjur melalui pos dan kos penghantaran akan ditanggung oleh
pihak penganjur.

PANDUAN PEMARKAHAN

Ketepatan Tema – 40%


Ketulenan Idea – 20%
Kreativiti – 20%
Kualiti – 20%

HADIAH KEMENANGAN
- Johan: RM100.00 + Sijil Pencapaian fizikal
- Naib Johan: RM80.00 + Sijil Pencapaian fizikal
- Ketiga: RM50.00 + Sijil Pencapaian fizikal
- Keempat: RM30.00 + Sijil Pencapaian fizikal
- Kelima: RM20.00 + Sijil Pencapaian fizikal

Semua penyertaan bagi acara ini akan mendapat sijil penyertaan Fizikal dan markah
PAJSK Peringkat Kebangsaan. (Sila rujuk terma dan syarat lengkap di:
www.matchexcellence.org/mysihatchallenge2023

6.5. Kuiz Online “Saya Duta Sihat”

6
SYARAT PERTANDINGAN
- Acara Individu dan seorang guru pembimbing untuk 5 orang peserta.
- Pasukan sekolah boleh menghantar peserta seramai yang mungkin. - Kuiz akan
dijalankan pada 13 Mei 2023 / Sabtu, Jam 10.00 – 11.00 PAGI - Peserta akan
menjawab melalui google form.
- Link URL untuk kuiz ini akan diberikan melalui email sewaktu pengesahan pendaftaran.
- Link menjawab akan dibuka pada jam 9.55 minit pagi.
- Isi nombor kod yang diberi.
- Masa yang diberi untuk menjawab adalah 1 jam dan akan tamat jam 11.00 pagi.
- Link menjawab akan ditutup jam 11.30 pagi
- Peserta boleh menjawab seberapa banyak soalan dalam masa tersebut.
- Penilaian markah hanya diberi bagi jawapan yang betul dan yang dihantar
sebelum/pada jam 11.00 pagi.
- Bagi mendapatkan sijll penyertaan, sila hantar jawapan sebelum jam 11.30 pagi
walaupun masa menjawab telah tamat.
- Soalan-soalan yang diberikan adalah berbentuk objektif.
- Mana-mana peserta yang tidak menghantar jawapan sebelum jam 11.30 pagi adalah
diluar tanggungjawab pihak penganjur dan tidak akan mendapat sijil penyertaan.
Peserta dinasihatkan bersedia 15 minit lebih awal untuk persediaan menjawab soalan.
- Jawapan kuiz yang dikemukakan akan disemak oleh Jawatankuasa Penilaian
Pertandingan Kuiz
- Keputusan pihak penganjur adalah MUKTAMAD.

HADIAH KEMENANGAN
- Johan: RM80.00 + Sijil Pencapaian fizikal
- Naib Johan: RM60.00 + Sijil Pencapaian fizikal
- Ketiga: RM50.00 + Sijil Pencapaian fizikal
- Keempat: RM30.00 + Sijil Pencapaian fizikal
- Kelima: RM20.00 + Sijil Pencapaian fizikal

Semua penyertaan bagi acara ini akan mendapat sijil penyertaan Fizikal dan markah
PAJSK Peringkat Kebangsaan. (Sila rujuk terma dan syarat lengkap di:
www.matchexcellence.org/mysihatchallenge2023

TALIAN BANTUAN

1. 013-9620780 – Pn. Yati 2. 017-7429760 – Cik Siti 3. 011-21224947 – Cik


A’liza 4. 017-3456564 – WhatsApp/Telegram 5. 012-2794611 -
WhatsApp/Telegram

6.6. Penyertaan Teramai

- Jumlah penyertaan teramai bagi sesebuah pasukan sekolah untuk pertandingan kali ini
adalah dikira jumlah keseluruhan penyertaan. Pasukan sekolah yang menghantar
penyertaan teramai kali ini akan mendapat hadiah seperti berikut:

7
-
o Sekolah Menengah – 1 unit Patung CPR Little Anne bernilai RM1,500.00. o
Sekolah Rendah – 1 unit Patung CPR Little Anne bernilai RM1,500.00.

7.0. SIJIL PENYERTAAN, PENCAPAIAN DAN WANG HADIAH KEMENANGAN

- Sijil-sijil Penyertaan, Pencapaian dan Penghargaan adalah dalam bentuk Fizikal


dan sijil-sijil tersebut akan dipos terus ke sekolah. – (rujuk terma dan syarat di
www.matchexcellence.org/mysihatchallenge2023

- Segala hadiah kemenangan yang berupa wang tunai akan dibuat dalam bentuk cek
di atas nama guru pembimbing bagi acara berpasukan, manakala di atas nama
pelajar/murid dalam acara individu. Cek tersebut akan dipos ke sekolah pemenang dalam
tempoh 21 hari selepas pengumuman keputusan. Markah PAJSK peringkat Kebangsaan
bagi setiap pemenang dan penyertaan bagi semua acara akan diberikan tertakluk kepada
kelulusan dari pihak BSKK KPM.

8.0. SUMBANGAN KOS PENYERTAAN

Bil Jenis Pertandingan Kos Penyertaan


(RM)
1. Video Kreatif Pengurusan Bantu Mula “CPR” 8.00/seorang
2. Infografik@Poster Animasi “Mental Sihat Hidup 8.00/seorang
Bahagia”
3. Video Kreatif Penyediaan Menu Pagi Sihat (Khas 8.00/seorang
untuk murid PPKI sahaja)
4. Poster Doodle Art “Malaysia Sihat & Cergas” 8.00/seorang
5. Kuiz Online “Saya Duta Sihat” 5.00/seorang

Sumbangan kos penyertaan ini adalah untuk menampung kos cetakan sijil-sijil fizikal (penyertaan,
pencapaian dan penghargaan), caj pos, kos penjurian hakim dan kos pengurusan sistem.

9.0. CARA PENDAFTARAN

Untuk Pendaftaran dan maklumat lanjut serta syarat lengkap (sila imbas QR code)

8
10.0. PENUTUP

“MySihat Care e-Challenge 2.0 Badan Beruniform Kebangsaan 2023” secara dalam talian
adalah merupakan satu anjakan paradigma dalam mencungkil kreativiti murid-murid era IR 4.0
agar lebih kehadapan dalam pemikiran serta bakat yang terpendam. Program ini akan melibatkan
pelbagai badan uniform di sekolah-sekolah yang akan bekerjasama di antara guru dan murid.
Pertandingan ini bakal mewujudkan peluang penyertaan yang majmuk, integrasi merentas
sempadan bandar dan luar bandar antara peserta di samping membantu meningkatkan daya
kreativiti dan inovasi dalam setiap diri peserta.

You might also like