You are on page 1of 7

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN

JOHOR STEM ONLINE CHALLENGE 2022

STEM TALENT SHOW


SEKOLAH MENENGAH

Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid


Jabatan Pendidikan Negeri Johor

Kertas Konsep Pertandingan Johor STEM Online Challenge 2022 I 29


STEM TALENT SHOW COMPETITION
SEKOLAH MENENGAH

1.0 PENGENALAN

Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan


Negeri Johor (JPNJ) telah merancang pelaksanaan Johor STEM Online Challenge
Tahun 2022 yang merupakan edisi ke-3.

Usaha melaksanakan pertandingan kokurikulum akademik STEM bertujuan


merealisasikan salah satu elemen utama (Keberhasilan Murid) dalam Inisiatif
Pengukuhan Pendidikan STEM bersepadu, iaitu melahirkan murid yang berkebolehan
mereka cipta, berfikiran secara logik, menggunakan teknologi, menyelesaikan
masalah dan mencipta idea atau sesuatu yang baharu melalui pembelajaran
bersepadu merangkumi STEM yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar.

Pertandingan-pertandingan dalam Johor STEM Online Challenge 2022 ini


berfokuskan perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif dalam kalangan peserta.
Dalam pertandingan-pertandingan ini, murid diberi peluang untuk menyerlahkan bakat
dan potensi mereka dalam menghasilkan projek STEM dan dihantar secara dalam
talian untuk dinilai di peringkat negeri sebelum dipertandingkan di peringkat
kebangsaan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan dan megoptimumkan minat serta bakat murid dalam bidang
Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik

2.2 Memperkukuh dan menyokong pengajaran dan pembelajaran bagi mata


pelajaran STEM dengan penglibatan murid secara aktif dan terbimbing

2.3 Menyediakan ruang dan platform kepada murid-murid yang berbilang kaum
untuk bersaing secara sihat menerusi pertandingan yang dijalankan secara
dalam talian

2.4 Meningkatkan peratus penglibatan murid dalam pembudayaan aktiviti dalam


bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di peringkat
sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

Kertas Konsep Pertandingan Johor STEM Online Challenge 2022 I 8


3.0 SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid sekolah menengah


(Tingkatan 1 – Tingkatan 3 sahaja) yang belajar di sekolah menengah
bantuan kerajaan persekutuan dan negeri. Gabungan antara murid
Tingkatan 1,2 atau 3 dari sekolah yang sama dibenarkan.
3.2 Semua murid yang menyertai mestilah warganegara Malaysia.

3.3 Tiada had penyertaan bagi setiap sekolah.

3.4 Setiap penyertaan terdiri daripada tiga (3) orang murid dan seorang (1)
guru pembimbing.

3.5 Peserta mestilah daripada sekolah yang sama.

3.6 Borang pendaftaran tidak disediakan oleh penganjur. Peserta hanya perlu
menghantar hasil karya masing-masing melalui borang penyertaan secara
dalam talian mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

3.7 Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan borang penyertaan.


Penyertaan yang tidak lengkap tidak akan diterima oleh pihak penganjur

Hasil karya murid hendaklah dihantar melalui pautan google forms


penyertaan yang tertera pada poster hebahan.

3.8 Hanya guru pembimbing di sekolah sahaja yang dibenarkan untuk


menguruskan setiap penyertaan hasil karya murid.

3.9 Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan
berkaitan dengan karya atau produksi terhadap peserta oleh mana-mana
pihak yang berkaitan.

3.10 Bahan projek atau hasil karya yang dihantar tidak akan dikembalikan
kepada peserta. Pihak JPNJ dan KPM berhak menyiarkan rakaman video
atau menggunakan bahan pertandingan di mana-mana platform bagi
tujuan hebahan atau pendidikan.

3.11 Hasil projek yang diplagiat akan dibatalkan penyertaan dengan serta merta.

3.12 JPNJ berhak membatalkan penyertaan lewat dan melanggar syarat-syarat


yang telah ditetapkan dalam kertas konsep.

3.13 Keputusan penjurian adalah muktamad

3.14 Sijil penyertaan digital bertaraf peringkat negeri disediakan kepada


setiap peserta pertandingan yang menepati syarat-syarat pertandingan.

Nama yang tertera pada sijil adalah berdasarkan butiran yang diisi pada
borang penyertaan yang dibuat secara dalam talian.

Kertas Konsep Pertandingan Johor STEM Online Challenge 2022 I 9


4.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN

4.1 Peserta perlu menghasilkan video persembahan berdurasi


minimum 5 minit dan tidak lebih daripada 8 minit. Peserta akan
memilih tema persembahan, membuat persembahan dan
menerangkan proses saintifik dalam persembahan tersbut.
Contoh:

Tema : Murid memilih tema sains bahan.


Persembahan : Murid menunjukkan jika tin minuman berkabonat
digoncang dan bila dibuka air akan terpancut
keluar. Tetapi tin sama yang digoncang dan
apabila tin dijentik atau diketuk permukaannya
untuk beberapa seketika, kemudian dibuka air tidak
terpancut.
Proses Saintifik : Murid menerangkan secara saintifik kenapa air
tidak terpancut jika tin tersebut diketuk/dijentik
permukaannya.

4.2 Tema :

Persembahan yang dihasilkan mestilah berdasarkan satu (1) tema sahaja.


Pemilihan tema adalah seperti yang berikut;

SEKOLAH MENENGAH

Penyenggaraan dan kesinambungan hidup

Penerokaan unsur
dalam alam
Tenaga dan
kelestarian hidup

Kertas Konsep Pertandingan Johor STEM Online Challenge 2022 I 10


5.0 FORMAT PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan STEM Talent Show akan dijalankan secara dalam talian. Semua
penyertaan perlu :

5.1.1 dimuatnaik ke google drive peserta sebelum dihantar kepada


penganjur dan

5.1.2 menghantar pautan google drive yang mengandungi video


persembahan melalui google form penyertaan yang disediakan
SEBELUM ATAU PADA JAM 11.59 MALAM 30 OGOS 2022
( SELASA )

5.2 Peserta tidak dibenarkan memamparkan identiti sekolah pada semua bahan
pertandingan yang dihantar untuk dinilai.

5.3 Pertukaran dan penambahbaikan video persembahan tidak dibenarkan selepas


tarikh tutup penyertaan.

5.4 Format rakaman video pembentangan :

5.4.1 Durasi persembahan mestilah minimum lima (5) minit dan tidak
melebihi 8 minit.
5.4.2 Video berbentuk persembahan slaid berserta voice over adalah
tidak dibenarkan;
5.4.3 Peserta dibenarkan menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa
Inggeris;
5.4.4 Format yang dibenarkan bagi rakaman video adalah WMV/ MP4/MOV.
Resolusi video yang ditetapkan adalah Full HD – 1080p. Pautan video
sahaja yang perlu dihantar kepada penganjur; dan
5.4.5 Rakaman video perlu dilaksanakan dalam bentuk landskap

5.5 Para peserta tidak dibenarkan menyentuh isu-isu sensitif seperti


keagamaan, perkauman dan politik dalam persembahan.

5.6 Peserta tidak digalakkan menggunakan bahan yang berbahaya, mudah


terbakar, meletup atau beracun. Langkah keselamatan hendaklah dititik
beratkan semasa penggunaan bahan-bahan tersebut. Jika terdapat
keperluan, penggunaan bahan yang berbahaya adalah wajib di bawah
pengawasan ibu bapa/guru pembimbing.

Kertas Konsep Pertandingan Johor STEM Online Challenge 2022 I 11


6.0 PROSES PENILAIAN

6.1 Penghantaran projek atau hasil karya disahkan / disemak oleh pihak urus setia
untuk memastikan bahawa penyertaan memenuhi syarat penyertaan dan syarat
pertandingan.

6.2 Video persembahan yang diterima akan dinilai oleh panel hakim secara dalam
talian.

6.3 Tiga hasil karya terbaik akan mewakili negeri Johor ke peringkat
kebangsaan.

7.0 KRITERIA PENILAIAN

KOMPONEN KRITERIA MARKAH


Tema Menepati tema yang dipilih 5
Pengenalan 10
Ujikaji/pembentangan 10
Persembahan
Kefahaman konsep/pemikiran 15
saintifik/fakta saintifik
Keaslian 10
Susun atur/kelancaran penyampaian 10
Durasi 10
Penyampaian
Kreativiti dan inovasi dalam 10
penyampaian/props
Bahasa/pertuturan/ekspresi/gaya 10
Impak 10
JUMLAH 100

8.0 HADIAH PERINGKAT NEGERI

Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:

Johan : Trofi dan sijil pencapaian


Naib Johan : Trofi dan sijil pencapaian
Ketiga : Trofi dan sijil pencapaian
Keempat : Trofi dan sijil pencapaian
Kelima : Trofi dan sijil pencapaian

Kelayakan bagi sijil penyertaan :

Peringkat negeri : Markah melebihi 40 peratus


Peringkat daerah : Markah kurang daripada 40 peratus

Kertas Konsep Pertandingan Johor STEM Online Challenge 2022 I 12


BORANG PENILAIAN STEM TALENT SHOW

NO PESERTA/PASUKAN:

TEMA PERSEMBAHAN:

TAJUK PERSEMBAHAN:

KOMPONEN KRITERIA MARKAH MARKAH


MAKSIMUM

TEMA Menepati tema yang dipilih 5

PERSEMBAHAN Pengenalan 10

Ujikaji/pembentangan/ 10

Kefahaman konsep/ 15
Pemikiran saintifik/fakta
saintifik

Keaslian 10

PENYAMPAIAN Susun atur/kelancaran 10


penyampaian

Durasi 10

Kreativiti dan inovasi dalam 10


penyampaian/props

Bahasa/pertuturan/ekspresi/ 10
gaya

Impak 10

JUMLAH 100

RUMUSAN:

TANDATANGAN : NAMA JURI :

Kertas Konsep Pertandingan Johor STEM Online Challenge 2022 I 13

You might also like