You are on page 1of 18

ENGINEERING ONLINE CHALLENGE (EOC)

NEGERI SELANGOR
TAHUN 2023

Anjuran:
Unit Pembangunan Bakat Murid,
Sektor Pembangunan Murid
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SELANGOR
SENARAI PERTANDINGAN

BIL. PERTANDINGAN KATEGORI

1. National Robotic Championship Sekolah Rendah & Menengah

2. Teknologi Pelancaran Roket Sekolah Rendah & Menengah


PANDUAN AM PERTANDINGAN

1.0 PENDAHULUAN
Engineering Online Challenge (EOC) peringkat negeri Selangor merupakan satu
aktiviti tahunan anjuran Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan
Ngeri Selangor dengan kerjasama semua Pejabat Pendidikan Daerah Negeri
Selangor. Pertandingan tahun 2023 merupakan edisi ke-7.
Sebagai salah satu inisiatif untuk memupuk minat dalam membangunkan potensi
dan memperkasakan daya saing murid dalam subjek berkaitan STEM, UPBM,
JPN Selangor menganjurkan Engineering Online Challenge peringkat negeri
sebagai platform kepada murid sekolah rendah dan menengah untuk
mengetengahkan bakat, kreativiti dan potensi mereka melalui pertandingan yang
diadakan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
Pendidikan STEM adalah penting kerana ianya meliputi setiap aspek kehidupan
seharian dan dunia di sekeliling kita dan amat penting sebagai persediaan kita
untuk menghadapi cabaran dan kehidupan yang berbeza di masa hadapan.
Dalam hal ini, minat terhadap bidang STEM dalam kalangan murid perlu
diberikan perhatian khusus bagi menyokong kepada aktiviti PdP di sekolah.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Mencungkil dan memupuk bakat murid-murid di dalam bidang
penyelidikan dan pembangunan inovasi STEM bersepadu.
2.2 Meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran
kecekapan global dalam menghasilkan projek inovasi STEM bersepadu.
2.3 Memberi peluang untuk murid mengemukakan idea kreatif dan kritis serta
menjalankan penyelidikan dan pembangunan projek inovasi STEM
bersepadu.
2.4 Mengasah kemahiran murid dalam membuat penyelidikan saintifik
mengikut kaedah dan prosedur yang betul mahupun produk inovasi STEM
bersepadu.
2.5 Meningkatkan dan mengembangkan minat murid dalam bidang STEM
bersepadu.
2.6 Meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalam proses
penyelidikan dan pembangunan inovasi STEM bersepadu.
2.7 Meningkatkan amalan Pembelajaran Berasaskan Projek ke arah proses
penyelidikan dan pembangunan inovasi STEM bersepadu.
3.0 PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT AM PENYERTAAN
3.1 Pertandingan dijalankan secara dalam talian dan terbuka kepada murid
sekolah bantuan kerajaan persekutuan dan negeri.
3.2 Hasil projek yang diplagiat akan dibatalkan penyertaan dengan
sertamerta.
3.3 Bahan projek yang dihantar tidak akan dikembalikan kepada peserta. JPN
Selangor berhak menyiarkan rakaman video atau menggunakan bahan
pertandingan di mana-mana platform bagi tujuan hebahan atau
pendidikan. Setiap peserta perlu mengisi BORANG PERSETUJUAN DAN
PELEPASAN.
3.4 Pertukaran peserta selepas pendaftaran adalah tidak dibenarkan.
3.5 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan terbaik
sahaja bagi setiap acara. Urusetia akan memilih pendaftaran terkini
sahaja.
3.6 JPN Selangor berhak membatalkan penyertaan lewat dan melanggar
syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam kertas konsep.
3.7 Keputusan penjurian adalah muktamad.
3.8 Guru pembimbing perlu membuat pendaftaran beserta pautan setiap
bahan dalam Google Form yang diberikan. Pendaftaran tanpa bahan
yang lengkap dikira sebagai tiada penyertaan.
3.9 Pautan bahan yang dihantar hendaklah disetkan kepada “anyone on the
internet with the link can view”.
3.10 Urusetia tidak akan bertanggungjawab bagi pautan yang dihantar tidak
dapat dibuka.
3.11 Pautan setiap bahan hendaklah dihantar secara berasingan (share file
link) dan bukan dihantar pautan folder (share folder link).
3.12 Setiap penyertaan tidak boleh memaparkan identiti sekolah pada semua
bahan pertandingan yang dihantar.
3.13 Tarikh tutup penyertaan ENGINEERING ONLINE CHALLENGE NEGERI
SELANGOR untuk National Robotic Competition (15 Mei 2023 jam 11.59
mlm) dan Teknologi Pelancaran Roket (4 Jun 2023 jam 11.59 malam)
5.0 HADIAH PERINGKAT AKHIR
Pemenang akan mendapat pengiktirafan seperti berikut:
Johan : Plak + sijil pencapaian (Fizikal) + sijil penyertaan (E-cert)
Naib Johan : Plak + sijil pencapaian (Fizikal) + sijil penyertaan
Ketiga : Plak + sijil pencapaian (Fizikal) + sijil penyertaan
Keempat : Sijil pencapaian (Fizikal) + sijil penyertaan
Kelima : Sijil pencapaian (Fizikal) + sijil penyertaan

6.0 PANEL TEKNIKAL NEGERI


Panel Teknikal Negeri bertanggungjawab membuat penilaian dan keputusan
berhubung keperluan teknikal dan keraguan yang timbul semasa pertandingan.
Keanggotaan Panel Teknikal Negeri adalah seperti yang berikut:
1. Ketua Penolong Pengarah, Unit Pembangunan Bakat Murid, JPN Selangor;
2. Penolong Pengarah UPBM JPN Selangor;
3. Penolong Pegawai PPD SPBM, PPD Negeri Selangor;
4. Penyelaras Teknikal Karnival STEM Negeri; dan
5. Pegawai Teknikal Pertandingan Negeri.

8.0 HAL-HAL YANG TIDAK DINYATAKAN


Semua hal yang tidak dinyatakan dalam kertas konsep ini atau sebarang
pengecualian mengenai pematuhan syarat-syarat pertandingan atau semua
perkara di luar jangka atau mengenai tafsiran akan diputuskan oleh JPN
Selangor. Keputusan hakim/juri adalah muktamad.

Kertas konsep ini sah untuk tahun 2023 sehingga makluman atau semakan
lanjut daripada pihak JPN Selangor dan boleh digunakan di semua peringkat
pertandingan yang dianjurkan oleh JPN Selangor. Pertandingan ini tertakluk
kepada peraturan yang terkandung dalam kertas konsep ini sahaja.

Sebarang pindaan berkaitan kertas konsep dan pertandingan adalah


tertakluk kepada UPBM, JPN Selangor.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN
NATIONAL ROBOTIC CHAMPIONSHIP
KERTAS KONSEP PERTANDINGAN
PERTANDINGAN ROKET AIR

1.0 PENGENALAN
Pertandingan Roket Air ini merupakan satu aktiviti STEM yang
memperkenalkan teknologi pelancaran roket air. Pertandingan ini bertujuan
mencungkil bakat, kreativiti dan memberi pendedahan kepada murid-murid
sekolah menengah mengenai ilmu sains angkasa, teori-teori dalam kejuruteraan
fizikal dan memupuk minat murid dalam mata pelajaran sains dan teknologi.

1.1 Pertandingan ini terbahagi kepada SATU kategori iaitu :

1.1.1 Kategori Payung Terjun (Sekolah Rendah )


1.1.2 Kategori Payung Terjun Berinovasi ( Sekolah Menengah)

1.2 Sasaran pertandingan ini ialah murid sekolah rendah dan menengah.

2.0 OBJEKTIF
Matlamat pertandingan ini adalah untuk :

2.1 Memberi peluang kepada murid untuk meneroka pembelajaran di luar bilik
darjah dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).
2.2 Memupuk minat murid dalam mata pelajaran Sains berunsurkan STEM
2.3 Meningkatkan penguasaan kemahiran STEM murid yang merangkumi
kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis,
kemahiran menyelesaikan masalah secara berkumpulan.

2.4 Menanam minat kepada murid sekolah menengah untuk menyambung


pelajaran dalam bidang berkaitan STEM.

2.5 Meningkatkan peratus penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum


berunsurkan Inovasi Sains, Kejuruteraan dan Matematik.
3.0 KELAYAKAN / SYARAT PENYERTAAN

3.1 Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua murid sekolah rendah
(Tahap 2) yang belajar di sekolah bantuan kerajaan persekutuan dan
murid sekolah menengah (T1-T4) yang belajar di sekolah bantuan
kerajaan persekutuan.

3.2 Semua murid yang menyertai mestilah warganegara Malaysia.

3.3 Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada


2 orang peserta dengan seorang guru pembimbing.

3.4 Penyertaan adalah secara berpasukan dari sekolah yang sama.

3.5 Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar satu pasukan sahaja.

4.0 KATEGORI PERTANDINGAN


4.1 Pertandingan ini terbahagi kepada SATU kategori seperti
berikut:

4.1.1 Kategori Payung Terjun (Sekolah Rendah )


4.1.2 Kategori Payung Terjun Berinovasi ( Sekolah Menengah)
4.2 Johan keseluruhan ditentukan berdasarkan jumlah markah yang
diperolehi daripada kategori seperti berikut:

i. Kategori Payung Terjun (SR) 100 % ( rujuk lampiran jadual


markah)
ii. Kategori Payung Terjun Berinovasi ( SM) 100 % ( rujuk
lampiran jadual markah)

4.3 Kaedah dilaksanakan

i. Penghasilan video :
Aspek 1 : Pembinaan Roket Payung Terjun/Berinovasi
Aspek 2 : Penerangan Roket Payung Terjun/Berinovasi

4.4 Masa
i. Video berdurasi maksimum 3 - 5 minit.
5.0 PROSEDUR

5.1 Kategori Payung Terjun ( Parachute)/ Payung Terjun Berinovasi


5.1.1 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan video semasa proses
pembinaan roket payung terjun dan penerangan roket payung terjun.
5.1.2 Rakaman video tersebut meliputi semua aktiviti yang dijalankan dan
mengikut kreativiti pasukan masing-masing

5.1.3 Penilaian adalah berdasarkan persembahan video yang meliputi


proses pembinaan dan penerangan

6.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN


6.1 Bahan dan Peralatan
6.1.1 Botol plastik minuman berkarbonat 1.5 liter merupakan
bahan utama pembinaan sebuah model roket air.

6.1.2 Peralatan pembuatan hendaklah disediakan oleh pasukan


masing-masing.

6.2 Pembinaan
6.2.1 Spesifikasi Model Roket Payung Terjun mengikut kreativiti
pasukan masing-masing dan hanya menggunakan bahan
plastic, kertas sahaja atau bahan yang tidak berbahaya.

6.2.2 Setiap model roket air harus dibina oleh peserta itu sendiri.

6.2.3 Setiap komponen utama model roket air perlu dibina dengan
menggunakan botol plastik minuman berkarbonat 1.5 liter.

6.2.4 Semua syarat dan peraturan pertandingan adalah tertakluk


kepada perubahan semasa tanpa notis awal.

6.2.7 Keputusan panel hakim adalah muktamad bagi semua


kategori pertandingan.
6.3 Persembahan Video.
6.3.1 Penglibatan mestilah melibatkan video berdurasi 3 hingga 5
minit termasuk kredit video.

6.3.2 Peserta boleh menggunakan Bahasa Malaysia atau Bahasa


Inggeris sahaja.

6.3.3 Peserta mestilah menggunakan bahan-bahan dan peralatan


merakam sendiri sama ada menggunakan telefon pintar atau
perakam video untuk menghasilkan video di mana elemen lakonan
atau unsur-unsur lain berdasarkan kreativiti masing-masing adalah
dibenarkan.

6.3.4 Tidak dibenarkan menyentuh sensitiviti kaum, agama serta


politik dalam pembikinan video berkenaan.

6.3.5 Format video yang ditetapkan adalah AVI, WMV, MOV, FLV
dan MP4 dengan resolusi minima video 720p dengan aspek ratio
16:9 ( Landscape)

6.4 Penglibatan
6.4.1 Hanya 2 (DUA) orang peserta yang terlibat dalam
pembinaan dan penerangan roket payung terjun.
6.4.2 Tidak dibenarkan untuk menukar peserta selepas pendaftaran
penyertaan dihantar.

6.5 Identiti
6.5.1 Penghasilan video tidak memaparkan identiti sekolah (logo)
dan daerah sama ada secara lisan atau secara visual.
7.0 KAEDAH PENGHAKIMAN
7.1 SEKOLAH RENDAH

KOD KUMPULAN
MARKAH
KRITERIA MARKAH
PENUH
Pengenalan i. Nama peserta dan tajuk video dinyatakan. /5

Kreativiti dan Teknik i. Teknik penggayaan dan penghasilan /5


Persebahan Video video yang menarik dan komprehensif.
ii. Keaslian (ketulenan video yang
dihasilkan tidak termasuk pendahuluan /5
dan penutup persembahan video)
iii. Kualiti gambar dan video (gambar dan
video yang jelas dan menarik)
iv. Audio dan muzik yang jelas dan sesuai /5

/5

Rekabentuk i. Penjelasan tentang rekabentuk /10


ii. Kekemasan /5
Penerangan Menjelaskan konsep sains yang berkaitan dengan
aplikasi konsep penghasilan dan kebolehfungsian roket seperti: / 35
sains i. Bentuk
ii. Tekanan
iii. Momentum
iv. Hukum newton yang berkaitan
iii. Prinsip Archemedis
Pelancaran i. Roket payung terjun berfungsi dengan baik /5
Pesembahan i. Kerjasama dalam kumpulan
ii. Memaparkan bahan dan alat yang digunakan
iii. Demonstrasi dan penerangan yang berkesan
iv. Menerangkan tentang proses pembinaan dan / 20
pengujian projek
JUMLAH / 100
ULASAN HAKIM

Tandatangan Hakim

Nama Hakim

Disahkan oleh

Tarikh
7.2 SEKOLAH MENENGAH

KOD KUMPULAN
MARKAH
KRITERIA MARKAH
PENUH
Pengenalan ii. Nama peserta dan tajuk video dinyatakan. /5

Kreativiti dan Teknik v. Teknik penggayaan dan penghasilan /5


Persebahan Video video yang menarik dan komprehensif.
vi. Keaslian (ketulenan video yang
dihasilkan tidak termasuk pendahuluan /5
dan penutup persembahan video)
vii. Kualiti gambar dan video (gambar dan
video yang jelas dan menarik)
viii. Audio dan muzik yang jelas dan sesuai /5

/5

Rekabentuk dan iv. Penjelasan tentang rekabentuk dan fungsi /25


inovasi inovasi /5
v. Kekemasan
Penerangan Menjelaskan konsep sains yang berkaitan dengan
aplikasi konsep penghasilan dan kebolehfungsian roket seperti: / 20
sains v. Bentuk
vi. Tekanan
vii. Momentum
viii. Hukum newton yang berkaitan
vi. Prinsip Archemedis
Pelancaran i. Roket payung terjun berfungsi dengan baik /5
Pesembahan v. Kerjasama dalam kumpulan
vi. Memaparkan bahan dan alat yang digunakan
vii. Demonstrasi dan penerangan yang berkesan
viii. Menerangkan tentang proses pembinaan dan / 20
pengujian projek
JUMLAH / 100
ULASAN HAKIM

Tandatangan Hakim

Nama Hakim

Disahkan oleh

Tarikh
Borang BSKK 05

BORANG PERSETUJUAN DAN PELEPASAN

Saya (nama ibu/bapa/penjaga) .................................................................................................


kepada (nama anak) .................................................................................................................
No. Kad Pengenalan/Surat Beranak .................................................................. dari sekolah
............................................................................................ Negeri ..........................................
untuk menyertai aktiviti .............................................................................................................
...................................................................................................................................................
2. Saya faham bahawa segala langkah keselamatan telah dan akan diambil oleh pihak penganjur.
Walaupun demikian, saya mengaku bahawa anak saya perlu mematuhi peraturan-peraturan dan arahan
sepanjang program dijalankan.

3. Saya juga dengan ini memberi kebenaran kepada pihak penganjur untuk merakam imej dan/atau
suara dan menggunakan karya seni dan/atau karya bertulis anak/jagaan saya, pada rakaman video, pada
filem, pada gambar, dalam media digital dan dalam apa jua bentuk medium elektronik atau cetak dan
untuk mengedit atau merekod mengikut budi bicara mereka.

Nombor telefon saya untuk dihubungi ialah (HP) : ..............................................


(R) : ............................................... (P) : ..............................................
Sekian, terima kasih.
Yang benar;

.................................................................
(Nama : ) Tarikh: ......................

(No. KP : ..................................................)

Pengesahan Pengetua/Guru Besar

.................................................................
(Nama: )
Cop Jawatan: Tarikh: ........................
No. KP: Cop Sekolah :

*(Satu (1) salinan dihantar kepada penganjur melalui pautan yang akan diberikan dan satu (1)
salinan simpanan sekolah ).

You might also like