You are on page 1of 6

PANDUAN PENCALONAN ANUGERAH IKON: GURU TEKNOLOGI PENDIDIKAN DIGITAL

SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2023

1. PENGENALAN

Hari Guru Peringkat Kebangsaan disambut setiap tahun pada 16 Mei bagi memartabatkan
profesion keguruan. Oleh itu, pelbagai anugerah telah disediakan bagi meraikan sumbangan
guru di seluruh negara di samping dua (2) anugerah utama kepada Tokoh Guru dan Tokoh
Kepimpinan Kebangsaan.

Objektif anugerah Hari Guru Peringkat Kebangsaan adalah bertujuan untuk :


1.1 Memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada peranan serta sumbangan guru dalam
mendidik anak bangsa.
1.2 Memberi semangat dan motivasi kepada guru untuk terus komited dalam profesion
keguruan.
1.3 Menghargai pengorbanan guru dalam membentuk kemenjadian murid.

2. SYARAT UMUM PENCALONAN

2.1. Terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang masih
berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pencalonan daripada PPP
yang telah bersara bagi kategori Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan dan Tokoh
Guru Kebangsaan.
2.2. Telah disahkan dalam jawatan.
2.3. Markah prestasi 3 tahun terkini tidak kurang dari 85 peratus.
2.4. Bebas daripada sebarang pertuduhan / tindakan tatatertib dan dakwaan mahkamah.
2.5. PPP yang pernah memenangi anugerah Hari Guru peringkat kebangsaan hanya layak
untuk dicalonkan semula selepas tiga (3) tahun.

1
3. MAKLUMAT ANUGERAH

3.1. DEFINISI
Ikon Guru Teknologi Pendidikan Digital (GTPD) ialah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
(PPP) yang berkemahiran tinggi, berimpak tinggi dan terlibat secara aktif untuk
membudayakan penggunaan teknologi pendidikan terutamanya teknologi digital dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta menjadi suri teladan kepada guru-guru di
Malaysia.

3.2. Objektif Anugerah Ikon Guru Teknologi Pendidikan Digital adalah seperti berikut:
a) Menggalakkan guru membudayakan pengintegrasian teknologi digital dalam
pelaksanaan PdP.
b) Menggalakkan penggunaan pelantar Pembelajaran KPM: DELIMa secara berkesan
c) Meningkatkan kemahiran digital dalam kalangan guru, murid dan warga sekolah.
d) Meningkatkan inovasi dan kreativiti PPP dalam pembangunan dan pembudayaan
teknologi Pendidikan.
e) Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada PPP dalam pembangunan dan
pembudayaan teknologi Pendidikan.
f) Menjadi suri teladan keypads PPP untuk melaksanakan PdP yang berkesan,
menarik dan berimpak.

3.3. KONSEP ANUGERAH IKON GURU TEKNOLOGI PENDIDIKAN DIGITAL


a) Anugerah yang dipertandingkan adalah Anugerah Ikon Guru Teknologi Pendidikan
Digital (GTPD). Anugerah ini diberikan kepada PPP di sekolah, yang
membudayakan penggunaan teknologi digital untuk meningkatkan produktiviti,
kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkaitan
dengan bidang tugasnya.
b) PPP tersebut telah mendapat pengiktirafan/pensijilan oleh badan yang diiktiraf
seperti Microsoft, Google, Apple dan lain-lain.
c) PPP tersebut mestilah telah memberi sumbangan yang besar dan cemerlang di
pelbagai peringkat (antarabangsa, kebangsaan, negeri, dsb.) dan pada masa yang
sama beliau juga telah memberi sumbangan besar kepada negara terutamanya
kepada kemenjadian murid, sekolah, masyarakat, atau organisasi serta
institusi tempat mereka berkhidmat. Anugerah ini hanya akan diberikan kepada
PPP yang benar-benar layak dan terbaik untuk menerima Anugerah tersebut.
2
3.4. SYARAT-SYARAT KHUSUS PENYERTAAN
a) Pencalonan ini terbuka kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)
yang masih berkhidmat dan mengajar di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) serta telah dilantik sekurang-kurangnya lima (5) tahun perkhidmatan.
b) Calon mestilah seorang aktif dalam mengguna dan menyebarluas penggunaan
DELIMa KPM.
c) Calon hendaklah seseorang yang boleh dijadikan sumber rujukan (pakar rujuk)
dalam bidang Teknologi Pendidikan serta pengaplikasiannya dalam pelaksanaan
pengurusan PdP serta pengurusan yang berkaitan dengan bidang tugasnya,
d) Sumbangan dan kejayaan calon mengambil kira sekurang-kurangnya tiga tahun
perkhidmatan dalam PdP berkaitan teknologi pendidikan. Kepakaran calon juga
meliputi bidang teknologi pendidikan yang memberi manfaat kepada semua dan
memberi nilai tambah kepada KPM.
e) Penilaian calon penerima akan memfokuskan kepada pencapaian, impak dan
penglibatan PPP di pelbagai peringkat (antarabangsa, kebangsaan, negeri, dsb.)
f) Calon juga akan dinilai dari aspek kemenjadian murid di pelbagai peringkat.
g) Calon mestilah seorang yang dihormati dan mempunyai personaliti terbilang iaitu
dari segi kelakuan, beradab dan bebas dari tindakan tatatertib mahupun isu-isu
negatif terhadap peribadinya;
h) Calon hendaklah seorang yang boleh mempengaruhi orang lain dalam sumbangan
bakti, kecemerlangan kerjaya serta menjadi suri teladan (role model) kepada semua
dan mampu memberi impak kepada potensi diri dan kemenjadian guru dan murid;
i) Panel Hakim peringkat kebangsaan yang dilantik akan membuat penilaian pertama
berdasarkan dokumen yang diserahkan kepada urus setia.
j) Penilaian kedua akan dibuat secara turun padang/temuduga oleh Panel Hakim
peringkat kebangsaan bagi menilai calon yang disenarai pendek.
k) Calon dikehendaki membuat pembentangan di hadapan Panel Hakim, sekiranya
perlu.

3
4. TATACARA PENCALONAN

4.1. Setiap pencalonan hendaklah menggunakan borang yang disediakan.


4.2. Setiap pencalonan perlu melengkapkan bahan pembentangan berdasarkan
maklumat anugerah (Perkara 3) dalam panduan ini dan dihantar dalam format PDF.
4.3. Elemen tambahan seperti animasi, grafik dan ilustrasi adalah dibenarkan.
4.4. Semua dokumen yang dihantar akan menjadi hak milik KPM.
4.5. Semua pencalonan hendaklah dihantar melalui Setiausaha Hari Guru di bahagian /
JPN masing-masing.
4.6. Pemilihan pemenang adalah melalui jawatankuasa khas anugerah yang dilantik oleh
KPM. Keputusan adalah muktamad.

4
5. SURAT MENYURAT DAN PERTANYAAN

Segala urusan surat-menyurat dan pertanyaan mengenai anugerah ini hendaklah


dialamatkan kepada:

PERKARA BAHAGIAN

Urus Setia Induk Hari Guru Kebangsaan


Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Pertanyaan umum Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3-4, Blok E2
Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
(u.p. Unit Perhubungan dan Sekretariat/Program Khas
Sektor Perancangan dan Pengoperasian Pendidikan)

No. Tel.: 03-88830600


E-mel : hariguru@moe.gov.my

Anugerah Ikon: Guru Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan


Teknologi Pendidikan Persiaran Bukit Kiara, Bukit Damansara
Digital 50604 W.P. Kuala Lumpur
(u.p. Unit Sokongan Makro Teknologi Pendidikan
Sektor Pengintegrasian Teknologi Pendidikan)

Cik Syarifah Noor Aslah binti Syed Omar


No. Tel: 03 20818177
E-mel: syarifah@moe.gov.my

5
6

You might also like