You are on page 1of 4

Sumbangan Hamka Kepada Tamadun Islam

Hamka (1908-1981), merupakan seorang ahli IalsaIah Islam yang terkenal di Indonesia.
Nama sebenar beliau ialah Doktor Haji Abd. Malik Bin Sheikh Abdul Karim Bin Sheikh
Muhammad Amiullah. Beliau dilahirkan pada 16 Febuari 1908 bersamaan dengan 13
Muharram 1362 Hijrah di Desa Tanah Sirah, Sungai Batang Maninjau, Minangkabau,
Sumatera Barat, Indonesia. Hamka merupakan seorang ulama Islam yang terkenal dan
membawa pembaharuan Islam di Minangkabau .

Hamka merupakan seorang tokoh reIormasi Islam yang terkenal dalam bidang
IalsaIah dan tasawuI. Kewujudan manusia Hamka juga amat penting sebagai
penyambung kepada hubungan sesama umat di Alam Melayu. Melalui perantaraan
Bahasa Melayu Hamka akan terus dikenang sebagai seorang yang berjuang dengan
menjadi bahasa, budaya dan agama Islam sebagai unsur penyatuan bagi bangsa serumpun.
Pada tahun 1925, Hamka memulakan kerjayanya sebagai pengarang di Padang
Panjang.Pada tahun 1935, Hamka telah mendirikan kolej Kuliah Al-Muballighin di mana
ramai tokoh terkenal dilahirkan. Selain menjadi guru agama di Tebing Tinggi dan Padang
Panjang, beliau juga menjadi pensyarah di Universiti Islam Jakarta dan Universiti
Muhammadiyah, Reaktor Perguruan Tinggi Jakarta dan Pengawai Tinggi Agama
Indonesia.

Hamka aktiI berdakwah sejak beliau berumur 17 tahun. Beliau banyak berjasa
dalam penyebaran Islam dalam bahasa Indonesia kerana keahliannya dalam
kesusasteraan begitu hebat sehingga beliau mendapat gelaran 'Hamzah Al-Fansuri zaman
baharu. Hamka adalah seorang penulis yang baik. Hamka juga mengarang buku dan
akhbar untuk memberi semangat kepada para pejuang , dalam IalsaIah beliau menyatakan
bahawa seorang pejuang perlu berani dalam membuat sesuatu perkara dan keputusan di
samping mencapai kemenangan yang di perolehi. Sebagai seorang pemikir dan penulis
yang proliIik, sepanjang hayatnya, Hamka telah menulis sebanyak 118 buah buku. Ini
tidak termasuk tulisan-tulisannya yang diterbitkan di dalam akhbar dan majalah. Beliau
menulis majalah 'Seruan Islam di Tanjung Para Langkat. Sewaktu zaman penjajahan
Belanda, Hamka merupakan ketua editor majalah Indonesia seperti 'Pedoman
Masyarakat, 'Panji Masyarakat dan 'Gema Islam. Beliau menerbitkan majalah
'Pedoman masyarakat dan 'Panji Masyarakat untuk menyedarkan rakyat betapa
pentingnya kemajuan zaman. Selain itu, beliau juga menerbitkan majalah 'Panji Islam
dan 'Gema Islam iaitu majalah yang membincangkan tentang hal-hal agama. Hamka
juga telah mula mengarang dalam akhbar 'Pembela Islam di Bandung pada tahun 1930.

Selain itu, Hamka juga seorang yang bergiat dalam bidang politik. Hamka
merupakan seorang aktivis masyarakat yang tidak pernah mengenal penat lelah dalam
usahanya membangunkan masyarakat. Hamka sudah terlibat dengan perjuangan
menentang Belanda sejak berusia 16 tahun apabila pidatonya yang berkobar-kobar sering
mengisi pentas gerakan anti penjajah di daerah kelahirannya. Hamka juga merupakan
seorang aktivis gerakan Islam dengan terlibat dalam gerakan Muhammadiyah sejak tahun
1930. Hamka merupakan antara penggerak utama gerakan tersebut di Sumatera Barat dan
Sumatera Tengah. Beliau melibatkan diri dengan pertubuhan Muhammadiyah dan
menyertai cawangannya dan dilantik menjadi anggota pimpinan pusat Muhammadiyah.
Hamka juga merupakan ketua Majlis Ulama Indonesia, iaitu salah satu daripada
pertubuhan agama Islam yang terbesar di Indonesia selain Nahdlatul Ulama dan
Muhammadiyah.

Di samping itu, Hamka juga berjuang demi tanah airnya dengan mengetuai Front
Pertahanan Nasional untuk menyekat kemaraan Belanda di Indonesia. Beliau
menubuhkan Persatuan Hindia Timur di Makkah dan mengajar cara mengerjakan haji
yang betul kepada jemaah haji Indonesia. Hamka menggunakan akhbar dan majalah
sepenuhnya untuk mengajak umat Islam mengkaji semula tentang sebahagian keIahaman
dan ajaran yang bertentangan dengan sumber tamadun Islam yang utama iaitu 'Al-Quran
dan 'As- Sunnah. Beliau juga telah menerbitkan majalah 'Khitabah al-Ummah.

FalsaIah Hamka menyatakan bahawa sesebuah negara perlu menjaga negaranya
dengan baik dan melahirkan pemuda-pemudi yang berani menentang musuh . Dalam
tulisannya tentang proses yang membawa kepada tersebarnya Islam ke Alam Melayu
Hamka telah memberikan perspektiI yang agak berbeza dengan pandangan yang sering
dikemukakan oleh sarjana dan orientalis Barat. Hamka dengan tegas menjelaskan bahawa
penerimaan orang Melayu terhadap agama Islam adalah berkait erat dengan keluhuran
agama tersebut. Pandangan beliau ini adalah bagi menyanggah pendapat yang diberikan
oleh sarjana dan orientalis Barat sebelum ini yang seolah-olah sudah diterima secara
mutlak bahawa penyebaran agama Islam ke rantau ini berlaku secara kebetulan, kerana
Iaktor persaingan pengaruh dan sebagainya.

Hamka turut memberikan sumbangan dalam bidang ilmu dan pemikiran. Beliau
merupakan tokoh ulama yang melakukan pembaharuan besar kepada umat islam di
Nusantara. Selain itu, beliau juga merupakan penyambung idea yang dibawa oleh Sayyid
Jamaluddin Al-AIghani dan Syeikh Muhammad Abduh di Nusantara. Karya beliau
terutama 'TaIsir Al-Azhar meninggalkan kesan yang mendalam dalam bidang ilmu dan
pemikiran umat Islam di alam Melayu. Hamka menghasilkan kitab ini semasa beliau di
dalam penjara.

Hamka pernah menerima beberapa anugerah pada peringkat nasional dan
antarabangsa seperti anugerah kehormatan Doktor Kehormat (Doctor Honoris Causa),
Universiti al-Azhar pada 1958 dan Doktor Kehormat (Doctor Honoris Causa), Universiti
Kebangsaan Malaysia pada 1974. Beliau juga mendapat gelaran sebagai Datuk Indono
dan Pengeran Wiroguno dari pemerintah Indonesia.

Hamka telah pulang ke rahmatullah pada 24 Julai 1981, namun jasa dan
pengaruhnya masih terasa sehingga kini dalam memartabatkan agama Islam. Beliau
bukan sahaja diterima sebagai seorang tokoh ulama dan sasterawan di negara
kelahirannya, malah jasanya di seluruh alam Nusantara, termasuk Malaysia, Brunei dan
Singapura, turut dihargai.




#&&KAN

Ahmad Kamil Haji Abdullah dan Muhammad Nazri Ahmad, 0ng0nal Tokoh P02ikir
Isla2 HAA & Sayyid Qutb, Kuala Lumpur: Kor Agama Angkatan Tentera, 2003.

H. Rusydi HAMKA, 'Kenangan Pribadi Tentang Ayahku, dalam d. Sidin Ah2ad
Ishak, P02ikiran dan P0rfuangan HAA, Bangi: Angkatan Belia Islam Malaysia,
2001.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hamka

M. Yunan YusuI, Corak P02ikiran ala2 Tafsir al-A:har, Jakarta: Penerbit Pustaka
Panjimas, 1990.

Syed Naguib Al-Attas, Preliminary Statement, on th0 G0n0ral Th0ory of Isla2i:ation of
th0 alay-Indon0sia Archip0lago, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1969.

You might also like