You are on page 1of 8

BRILLIANT TEAMWORK, Syafiq b. Supenah Muhammad Fitri b. Mohamed Salleh, Farhah bt. Mohamed Salleh, Anisyah bt.

Ibrahim _______________________________________________________________________ _ Kepada; Tuan Pengetua / Guru Besar. 18 Disember 2011

Tawaran Mengadakan Seminar Jom Belajar Sambil Main Internet Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan, kami BRILLIANT TEAMWORK amat berbesar hati sekiranya pihak tuan menerima tawaran kami untuk mengadakan seminar tersebut di atas. 3. Bersama-sama surat tawaran ini, kami sertakan kertas cadangan yang disediakan oleh pihak kami buat rujukan pihak tuan mengenai seminar yang kami tawarkan. 4. Sekiranya timbul sebarang kemusykilan dan pertanyaan atau pihak tuan telah pun sedia menerima tawaran ini, sila hubungi setiausaha kami Cik Farhah di talian 0132507907 untuk perbincangan selanjutnya. 5. Keprihatinan dan sokongan pihak tuan terhadap tawaran ini sangat-sangat dihargai. Sekian, terima kasih. Yang benar,

.. FARHAH BT. MOHAMED SALLEH ( Setiausaha, BRILLIANT TEAMWORK )

KERTAS CADANGAN
SEMINAR JOM BELAJAR SAMBIL MAIN INTERNET
(PERINGKAT SEKOLAH) ANJURAN: BRILLIANT TEAMWORK MEMPERKENALKAN SCORE A PROGRAMME SATU SISTEM PEMBELAJARAN BERTERASKAN KOMPUTER DAN INTERNET UNTUK PELAJAR UPSR, PMR & SPM

DIPASARKAN SEJAK TAHUN 1999 OLEH SYARIKAT KENSHIDO INTERNATIONAL SDN.BHD.

PENGENALAN BRILLIANT TEAMWORK BRILLIANT TEAMWORK adalah satu kumpulan gerakan pelajar yang bertujuan untuk memperkenalkan SCORE A PROGRAMME, iaitu satu sistem pembelajaran berkonsepkan e-tuisyen yang berteraskan komputer dan internet, khusus untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM. Kumpulan ini digerakkan oleh beberapa individu penting iaitu : 1. Shafiq bin Supenah (graduan Universiti Teknologi Petronas, Tronoh) 2. Muhammad Fitri bin Mohamed Salleh (pelajar Universiti Teknologi Petronas, Tronoh) 3. Farhah bt. Mohamed Salleh (graduan Universiti Islam Antarabangsa, Gombak) 4. Anisyah bt. Ibrahim (graduan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai) Kumpulan kami mendapat galakan yang tinggi daripada syarikat yang menghasilkan sistem canggih ini iaitu Kenshido International Sdn.Bhd. yang kini beroperasi di Wisma Kenshido, No 1-1, 1-2, 1-3, Jalan PJU 5/6, Dataran Sunway PJU 5, 47810, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Melihat kepada keperluan harian sekarang, segalagalanya dipermudahkan dengan teknologi internet, suatu teknologi yang kita tidak dapat nafikan ledakan kepentingannya. Begitu juga dengan trend pendidikan. Ia selaras dengan agenda dasar pendidikan kebangsaan iaitu pada tahun 2010 semua sekolah akan menjadi sekolah bestari yang mengimplementasikan kepenggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Menyahut seruan itu, BRILLIANT TEAMWORK rasa bertanggungjawab untuk memperkenalkan SCORE A PROGRAMME ini ke seluruh sekolah rendah dan menengah di Malaysia. Usaha kami ini lebih meyakinkan apabila melihat trend pelajar pada hari ini yang lebih cenderung kepada komputer dan internet berbanding buku. Menerusi seminar Jom Belajar Sambil Main Internet, 3

matlamat BRILLIANT TEAMWORK ialah menyemai rasa obses untuk belajar di kalangan pelajar, seterusnya melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran malah celik IT. Hasilnya, ia akan meletakkan pelajar-pelajar di Malaysia ini dalam arus kemodenan yang setanding dengan negara-negara luar. PENGENALAN SCORE A PROGRAMME Mengapa BRILLIANT TEAMWORK memilih SCORE A PROGRAMME sebagai produk pendidikan (e-tuisyen) yang mahu diperkenalkan kepada pihak sekolah? Apa keunikannya berbanding produk pendidikan (e-tuisyen) yang lain? Bagi sudut pandangan BRILLIANT TEAMWORK, SCORE A PROGRAMME merupakan produk yang sangat luar biasa berdasarkan hujah yang akan disebut pada seterusnya. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, SCORE A PROGRAMME ialah satu sistem pembelajaran berkonsepkan e-tuisyen yang berteraskan komputer dan internet, khusus untuk pelajar UPSR, PMR dan SPM, 100% mengikut sukatan Kementerian Pelajaran Malaysia. Untuk pengetahuan pihak sekolah, ia telah lama dipasarkan di Malaysia iaitu sejak tahun 1999. Dengan harga langganan serendah rm4.70 sebulan untuk 1 subjek, ia mampu dimiliki oleh semua golongan pelajar. Kerana harga yang sangat berpatutan itu. sehingga kini, pengguna SCORE A PROGRAMME telah mencecah lebih 200 ribu orang di seluruh Malaysia. Disebabkan kemudahan internet kini sudah meluas ke pelusuk tempat, SCORE A PROGRAMME bukan sahaja digunakan oleh pelajar di bandar, malah pelajar di luar bandar. Hasilnya, SCORE A PROGRAMME telah membantu ramai pelajar mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan mereka. Keberkesanannya terbukti apabila menerima banyak penghargaan daripada sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Antaranya ialah : 1) SK Bukit Besi, Dungun, Terengganu 2) SK Seberang Jaya, Pulau Pinang 3) SK Pengkalan Udara, Kuantan 4) SJK Chung Hwa Sungai Lalang 5) SJK Chung Hwa (main), Bintulu 6) SMK Insant Jesus Convent, Johor 7) SMK Saujana Impian, Kajang 8) SMK Dato Harun, Kuala Selangor 9) SMK Tobobon, Sabah 10) Kolej Tunku Kurshiah Paling membanggakan ialah penghargaan daripada sekolah cemerlang di Malaysia iaitu Sek.Men.Sains Hulu Selangor yang telah mendapat 90% Straight A dalam PMR selama 6 tahun berturut-turut. Kehebatan SCORE A PROGRAMME terserlah apabila mendapat banyak 4

pengiktirafan daripada beberapa orang menteri. Antaranya ialah pengiktirafan daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, Y.A.B. Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Mohd. Yassin pada 15/4/2010 dan baru-baru ini, pada 16/7/2011, pengiktirafan daripada Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. Kehebatan SCORE A PROGRAMME bukan terserlah dalam negara sahaja bahkan juga di luar negara. Ini terbukti apabila ia telah meraih beberapa kejayaan besar di peringkat antarabangsa. Antaranya ialah memenangi anugerah silver di International Technology Exhibition (ITEX) pada tahun 2008 dan anugerah emas di LearnX Asia Pacific 2011 (E-Learning and Training Awards). Anugerah emas yang dirangkul ini jelas membuktikan bahawa SCORE A PROGRAMME adalah produk yang sangat bermutu dan berkualiti apatah lagi telah mengalahkan produk Microsoft yang dihasilkan oleh seorang anak muda yang sangat berjaya iaitu Bill Gate. Kejayaan tersebut telah meletakkan SCORE A PROGRAMME sebaris dan setanding dengan produk dan syarikat gergasi antarabangsa. Disebabkan kehebatan SCORE A PROGRAMME yang tidak dapat dinafikan itu, kami difahamkan bahawa dalam masa terdekat ini, syarikat Kenshido International Sdn.Bhd akan meluaskan pasaran SCORE A PROGRAMME ke luar negara dan kini R&D untuk tujuan tersebut sedang dilakukan. Diharapkan, keberadaan SCORE A PROGRAMME di Malaysia ini direbut terlebih dahulu sebelum menjadi rebutan orang luar.

PENGENALAN SEMINAR JOM BELAJAR SAMBIL MAIN INTERNET BRILLIANT TEAMWORK menamakan seminar Jom Belajar Sambil Main Internet bersesuaian dengan konsep pembelajaran SCORE A PROGRAMME yang dicipta berteraskan internet dan bercorakkan game. Pelajar yang belajar menggunakannya akan merasakan seolah-olah mereka sedang bermain game. Seminar ini ditawarkan kepada sekolah-sekolah yang memberi peluang kepada kami untuk mengadakan seminar tersebut. Seminar yang akan diatur sekiranya mencapai persetujuan antara dua pihak ini bertujuan: 1. Memperkenalkan sistem pembelajaran online (e-tuisyen) SCORE A PROGRAMME yang sedang meluas penggunaannya di Malaysia kini.

2. Memberi perkongsian yang lebih mendalam tentang modul dan ciri-ciri unik yang terdapat dalam SCORE A PROGRAMME tetapi tidak ada pada sistem pembelajaran online yang lain. 3. Menampakkan keistimewaan SCORE A PROGRAMME berdasarkan sukatan pelajaran yang 100% mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia. 4. Menjelaskan perbezaan SCORE A PROGRAMME dengan sistem pembelajaran online yang lain. 5. Mendedahkan keberkesanan SCORE A PROGRAMME bagi pelajar yang telah menggunakannya. 6. Mengkhabarkan kekuatan SCORE A PROGRAMME berdasarkan pengiktirafan yang telah diterima, anugerah yang telah diraih dan sokongan yang telah diberi oleh media. Bagi menjayakan seminar ini, BRILLIANT TEAMWORK memohon kerjasama daripada pihak sekolah untuk menetapkan 1 tarikh dan masa yang fleksibel bagi kedua-kedua pihak. Masa yang diperlukan untuk menyempurnakan seminar ini hanya 2-3 jam sahaja, sama ada pagi atau petang. Pihak sekolah amat disarankan memilih tarikh pada awal tahun persekolahan. Seminar ini sesuai untuk semua jenis individu terutamanya guru, ibu bapa dan pelajar. Pihak sekolah berhak membuat penentuan untuk mengumpulkan guru-guru atau ibu-bapa atau pelajar-pelajar sebagai peserta dalam seminar ini. Pihak sekolah dialu-alukan untuk menjemput ahli-ahli daripada organisasi seperti PIBG, persatuan pelajar dan seumpamanya. Pada tarikh yang telah dipersetujui, BRILLIANT TEAMWORK hanya memainkan peranan sebagai penceramah sahaja. Untuk itu, kami memerlukan satu bilik atau dewan yang lengkap dengan alat kelengkapan. Projektor, papan putih, komputer dan mikrofon sudah memadai. Walaubagaimanapun, jika ada alat-alat tambahan yang membantu proses penyampaian oleh penceramah menjadi lebih berkesan, ia sangat dialu-alukan. Penyampaian oleh penceramah adalah berbentuk teori sahaja, tiada berbentuk praktikal (kemudahan makmal komputer dan internet untuk peserta tidak diperlukan). Sekiranya pihak sekolah tidak mempunyai kelengkapan yang kami perlukan, diharapkan pihak sekolah dapat mencari alternatif lain sebagai contoh mengadakan kerjasama dengan sekolah lain yang ada menyediakan kelengkapan tersebut. Diharapkan kerjasama yang erat ini dapat menghasilkan satu sesi seminar yang cemerlang, berkesan dan berfaedah. Antara faedah yang bakal diterima oleh para peserta ialah: 1. Guru-guru akan mengenali lebih mendalam tentang satu sistem pembelajaran (e-tuisyen) yang lebih interaktif dan bersesuaian dengan trend remaja masa kini, yang boleh membantu guru-guru menarik rasa minat pelajar, fokus dan kesungguhan terhadap pelajaran. Kesannya, prestasi pelajaran pelajar mereka akan meningkat. 6

2. Ibu-bapa akan mendapat penyelesaian kepada masalah mereka memantau pelajaran anak-anak dalam kesibukan bekerja. Pemantauan berteraskan online dan SMS boleh dimanfaatkan di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Kesannya. prestasi pelajaran anak-anak mendapat perhatian rapi dari masa ke masa. 3. Pelajar-pelajar akan mendapat pendedahan tentang satu sistem pembelajaran (e-tuisyen) yang lebih lengkap, mudah, seronok, menarik, interaktif dan moden (menggantikan buku) bagi mengatasi rasa malas, bosan, beban dan tertekan terhadap pelajaran. Kesannya, pelajar akan merasakan pelajaran bukan lagi satu tekanan tapi satu permainan ilmiah yang menyeronokkan. JADUAL DAN MODUL SEMINAR Seminar ini memerlukan masa selama 2-3 jam sahaja sama ada pada waktu pagi atau petang mengikut keselesaan dan persetujuan keduadua pihak. Modul yang akan dibentangkan adalah seperti berikut: 1. pengenalan SCORE A PROGRAMME - latar belakang syarikat yang mengeluarkan produk ini - laman sesawang rasmi yang menyediakan online demo bagi membolehkan para peserta mencuba SCORE A PROGRAMME di rumah secara percuma - liputan silibus yang terdapat dalam SCORE A PROGRAMME 2. modul utama yang terdapat dalam SCORE A PROGRAMME - eSchema - eTopic - eAssessment - eTrial Exam - ePast Year Exam 3. ciri-ciri unik yang terdapat dalam SCORE A PROGRAMME - eDictionary - eNotes - Pemeriksaan serta-merta - Countdown Timer - eReport Card - SMS Report Card - Score A i-Teacher : Intelligent Avatar : Animation : On Demand Presentation : Comprehensive Contents : Forums Guide 7

: Interactive Diagram 4. testimoni SCORE A PROGRAMME - penghargaan daripada sekolah - penghargaan daripada pelajar UPSR - penghargaan daripada pelajar SPM - penghargaan daripada ibu-bapa 5. pengiktirafan SCORE A PROGRAMME - daripada media massa - daripada media cetak - daripada menteri-menteri - daripada organisasi 6. kos SCORE A PROGRAMME - pakej eUser - pakej ePartner - pakej eEnterpreneur 7. kesimpulan SCORE A PROGRAMME - bukan pengganti guru, tetapi sebagai pelengkap pembelajaran di sekolah

You might also like