You are on page 1of 25

MOBILE LEARNING

DISEDIAKAN OLEH: KUMPULAN 8

KEMAHIRAN
TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL
AHLI-AHLI:
1. LAU WEE XIN
2. YEK YUN YUN
3. TAMIL ARASI A/P SUBRAYAN
4. RAYMOND DEVAN ANAK JAMES
PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG

• Sistem pendidikan telah mengalami satu lagi evolusi dalam teknologi


pendidikan apabila pembelajaran mudah alih atau Mobile Learning (M-
Learning) diperkenalkan bagi meningkatkan tahap pengajaran dan
pembelajaran. Di Malaysia, M-Learning boleh dikatakan masih baru dari
aspek pelaksanaannya.

• Teknologi mudah alih dalam pembelajaran atau “Mobile Learning” merupakan


satu konsep baru dalam proses pembelajaran.
PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG
• Kaedah penggunaan m-Learning telah lama digunapakai dan telah dipraktikkan oleh
negara-negara yang membangun seperti Eropah.

• Namun begitu, tahap penggunaan m-Learning di Malaysia dilihat masih pada tahap
sederhana. Maka, kajian-kajian yang melibatkan m-Learning diperbanyakkan dalam
melihat sejauh mana penggunaan m-Learning dan isu-isu yang berkaitan dengannya
terhadap institusi-institusi pendidikan di Malaysia. Ini bagi memastikan pelajar-pelajar
atau produk pendidikan yang dihasilkan oleh negara kita seiring dengan negara
membangun diluar sana.

• Justeru, kemunculan kaedah pembelajaran secara mudah alih ini mampu membawa
DEFINISI M-PEMBELAJARAN

• M-pembelajaran boleh didefinisikan sebagai penyampaian bahan pembelajaran elektronik


pada alat berasaskan komputer mudah alih agar dapat diakses dari mana saja dan pada
setiap masa.

• M-pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai penggunaan sebarang peranti mudah alih yang
direka bentuk untuk membolehkanmaklumat diakses daripada mana-mana lokasi dan
pada setiap masa.

• Mobile Learning merupakan suatu konsep baru yang dilaksanakan dalam proses
pembelajaran. Ia menekankan kepada lokasi fizikal proses pembelajaran itu berlaku
(Kukulska-Hulme & Traxler, 2005).
CIRI-CIRI DAN JENIS M-LEARNING

• Pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui penggunaan teknologi


digital. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan menggunakan
media yang mempunyai grafik visual, perkataan, animasi, video ataupun audio.

• Teknologi mudah alih dalam pembelajaran atau “Mobile Learning” merupakan


satu konsep baru dalam proses pembelajaran

• Pembelajaran mudah alih boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama seperti
formal, tidak formal dan juga “directed” atau “self-directed” (Brink , 2011)
CIRI-CIRI DAN JENIS M-LEARNING

• Terdapat pelbagai peranti mudah alih yang boleh digunakan dalam


pelaksanaan pembelajaran menggunakan teknologi mudah alih. Setiap
peranti mempunyai fungsi teknologi tanpa wayar dan mempunyai keupayaan
yang berbeza antara satu sama lain.

• Antara alat peranti mudah alih yang digunakan dalam pelaksanaan


pembelajaran teknologi mudah alih adalah seperti telefon bimbit, Notebook,
Netbook , tablet dan telefon pintar.
KAEDAH PEMBELAJARAN YANG
MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MUDAH ALIH

• Teknologi Mudah Alih atau “Mobile Learning” ( M -Learning ) merupakan satu


konsep baru dalam proses pembelajaran yang menekankan keupayaan untuk
memudahkan proses pembelajaran tanpa terikat kepada situasi atau
persekitaran proses pembelajaran berlaku. Ia boleh dilakukan di mana-mana
sahaja dengan menggunakan komputer riba atau netbook, PC tablet telefon
pintar dan smartwatch. Beberapa kajian yang dijalankan telah membuktikan
penerimaan dan kecenderungan yang tinggi yang ditunjukkan oleh pelajar-
pelajar berdasarkan keputusan kajian.
KAEDAH PEMBELAJARAN YANG
MENGGUNAKAN TEKNOLOGI MUDAH ALIH
• Perkembangan peranti mudah alih seperti telefon bimbit, tablet serta kemajuan
dalam teknologi wayarles telah meningkatkan potensi pembelajaran menggunakan
teknologi mudah alih untuk menjadi alat yang berkesan bagi meningkatkan mutu
pendidikan di Malaysia.

• Hung dan Khine (2006,p.9) menyatakan pentingnya pendidik untuk


menghubungkaitkan pembelajaran dengan teknologi baru dan terkini. Mereka
beranggapan bahawa penglibatan pembelajaran menjadi lebih bermakna dengan
adanya penggunaan teknologi.
PERBANDINGAN PEMBELAJARAN BIASA
DENGAN M-LEARNING

• Menurut Shahan Ahmad Chowdry, Waqas Khalid,Jadual, Haslina


Arshad(2013) menyatakan penggunaan teknologi mudah alih dalam
pembelajaran memberikan pengalaman berbeza kerana kaedah ini
berupaya menukar kaedah pembelajaran yang yang berasaskan bilik
darjah tradisional kepada kaedah pembelajaran yang lebih kreatif dan
bermotivasi. Berikut ditunjukkan beberapa perbezaan di antara gaya
pembelajaran biasa dan pembelajaran menggunakan teknik mudah alih
PERBANDINGAN PEMBELAJARAN BIASA
DENGAN M-LEARNING
Gaya Pembelajaran Biasa Pembelajaran Menggunakan Teknologi
Mudah Alih

1.Lebih terarah kepada penilaian individu. 1. Menggunakan elemen multimedia dalam


2.Projek kumpulan menyampaikan maklumat dan menerima
3. Perbincangan kumpulan dan maklum balas dalam talian.
pembentangan projek akan dilakukan melalui 2. Proses pembelajaran boleh dilakukan di
kuiz dan tutorial. mana-mana dan pada bila-bila masa.
4. Pelajar-pelajar akan pergi ke kelas atau 3. Pelajar boleh mendapatkan nota dengan
dewan kuliah cepat tanpa menyalin di papan putih
5. Pelajar akan berinteraksi secara  
bersemuka dan membolehkan mereka
berkomunikasi secara berkesan.
6. Menggunakan kaedah kapur dan bercakap
ketika menyampaikan maklumat
KELEBIHAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI
MUDAH ALIH DALAM PENDIDIKAN

• Pelajar dapat mengakses nota secara dalam talian dan memuat turun tugasan
dengan pantas.
• Ujian atau kuiz tidak terhad kepada aktiviti di dalam kelas.
• Penggunaan perisian-perisian pendidikan yang sesuai.
• Pelajar boleh mendapatkan keputusan ujian dan markah mereka melalui
peranti mudah alih.
• Pelajar diberi fleksibiliti untuk menyerahkan tugasan, kuiz, memuat turun nota
dan berbincang.
CONTOH APLIKASI M-PEMBELAJARAN

• Whatsapp messenger
• Telegram
CONTOH APLIKASI M-PEMBELAJARAN 2021

• SoloLearn
• LetsRead
• Quizlet
PELAKSANAAN PENGGUNAAN M-PEMBELAJARAN

• Aplikasi media sosial dan teknologi komunikasi telah mempengaruhi proses


komunikasi secara bersemuka (face-to-face) dan secara dalam talian (Zulkurnain et.
al., 2021).

• Aplikasi Whatsapp dan Telegram telah berjaya membina dan menjalinkan jaringan
hubungan komunikasi yang baik melalui kelebihan seperti mesej segera (instant
messaging), multimedia interaktif, jaringan jalinan sosial (social networking site) dan
sebagainya.
ISU DAN CABARAN DALAM PENGAPLIKASIAN
MOBILE LEARNING DALAM PDPC
KEMAHIRAN TENAGA PENGAJAR

• Tenaga pengajar tidak biasa atau tidak mahir menggunakan teknologi.


Sebagai contoh, para pengajar boleh membuat rakaman sumber rujukan
atau nota yang hendak disampaikan tanpa perlu hadir ke kelas atau
dewan kuliah. Hanya perlu menghantar rakaman tersebut kepada para
pelajar melalui sistem 3G atau 4G. Jika tenaga pengajar tidak
mempunyai kemahiran ini, bagaimana proses pembelajaran melalui
M-Learning ini akan berjaya.
ISU DAN CABARAN DALAM PENGAPLIKASIAN
MOBILE LEARNING DALAM PDPC
KANDUNGAN PEMBELAJARAN

• Masalah kekurangan pembangunan kandungan-kandungan pembelajaran


berasaskan peranti bergerak yang boleh dicapai secara meluas.

• Kebanyakan kandungan yang ada di pasaran adalah didominasi


kandungan hiburan yang mempunyai aspek pendidikan yang kurang
serta sebahagian besar adalah hasil pengeluaran dari luar negeri yang
mempunyai latar pendidikan yang berbeza dengan negera Malaysia.
ISU DAN CABARAN : ASPEK TEKNIKAL

• Secara amnya, penggunaan telefon pintar dan sebagainya adalah tidak


efektif dalam proses pembelajaran. Hal ini disebabkan paparan skrin
telefon pintar adalah terhad dan kecil.

• Maklumat-maklumat yang ingin disampaikan akan menjadi ringkas dan


sekiranya maklumat itu panjang, ia akan merumitkan penglihatan pembaca
untuk membaca maklumat yang akan disampaikan.

• Sekaligus, pembaca akan menjadi malas untuk membaca dan m-Learning


ini tidak akan berhasil.
ISU DAN CABARAN DALAM PENGAPLIKASIAN
MOBILE LEARNING DALAM PDPC
• JANGKA HAYAT BATERI: masalah ‘jangka hayat bateri’ di mana
kebiasaanya peranti seperti telefon pintar hanya mempunyai jangka
masa bateri yang tidak lama.

• Sekiranya peranti tersebut kurang atau tidak mempunyai bateri, maka


pelajar perlu menjalankan pengulangan pencarian maklumat.

• Bukan itu sahaja, m-Learning juga tidak boleh dilaksanakan dan


proses pembelajaran terpaksa dilakukan secara tradisional atau cara
lama semula.
CADANGAN PENYELESAIAN

• PEMBELAJARAN KENDIRI : Proses pembelajaran secara sendiri


pada bila-bila masa dan dimana sahaja.

• Pelajar juga diharapkan tidak bergantung harap sepenuhnya


kepada tenaga pengajar.

• Sikap untuk memajukan diri sendiri perlu diterapkan dan


dipupuk dalam memastikan kejayaan akademik.
CADANGAN PENYELESAIAN

• Bagi tenaga pengajar pula, adalah disyorkan supaya para


tenaga pengajar dapat menyesuaikan diri dengan kegunaan
m-Learning dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

• Tahap kepakaran teknologi bagi tenaga pengajar juga perlu


turut sama seiring.
CADANGAN PENYELESAIAN

• Bagi infrastruktur rangkaian internet di institut-institut pendidikan,


diharapkan dapat menaiktarafkan rangkaian internet supaya lebih
mudah dicapai dan pantas.

• Hal ini dapat memastikan perjalanan proses mengajar lebih teratur dan
memudahkan proses pembelajaran untuk pelajar.

• Dengan itu, para pelajar tidak mudah merasa putus asa dan
mengetepikan m-Learning ini.
PENUTUP
• Masyarakat mempunyai kesedaran untuk mengaplikasikan teknologi mudah
alih dalam proses pembelajaran dan bersedia untuk melaksanakannya pada
bila-bila masa .

• Faedah yang diperolehi dengan penggunaan peranti mudah alih boleh


dijadikan sebagai motivasi dalam menjayakan kaedah pengajaran baharu.

• Merebut peluang yang ada dalam teknologi mudah alih untuk melahirkan
pelajar yang berdaya saing dan dapat menguasai kemahiran generik yang
perlu ada dalam pelajar.
RUJUKAN

• Brink J.2011. M-Learning the future of training techonology.ProQuest Educational Journal.

• Chen, J. and Kinshuk. 2005. Mobile technology in educational services. Journal of Educational
Multimedia and Hypermedia, 14(1): 91-109.

• Conole, G., M. Hall and S. Smith. 2002. An evaluation of an online course for medical
practitioners.

Journal of Educational Technology and Society, 5(3): 66-75.


RUJUKAN

• DePAN, 2010. Dasar e-pembelajaran negara (depan) untuk institusi pengajian tinggi.

• DigitalBuzz. 2011. Infographic: Mobile statistics, stats & facts 2011. (online). Available from
http://www.digitalbuzzblog.com/2011-mobile-statistics-stats-facts-marketing-infographic/.

• Devinder, S. and A.B. Zaitun, 2006. Mobile learning in wireless classrooms. Malaysian Online Journal
of Instructional Technology (MOJIT), 3(2): 26-42
RUJUKAN

• Ernisa Marzuki, (2013) Linguistic features in SMS apologies by malay native speakers. GEMA:
Online

Journal of Language Studies, 13 (3). pp. 179-192. ISSN 1675-8021

• Gabarre, Serge and Gabarre, Cecile and Rosseni Din, and Parilah Mohd Shah, and Aida Abdul

Karim,(2013) Using mobile facebook as an LMS: exploring impeding factors. GEMA: Online

Journal of Language Studies, 13 (3). pp. 99-115. ISSN 1675-8021

•  Isham, S., H, , M.A. I and Ramlee. M.. 2011. Teknologi mobil dalam pembelajaran modul seni
reka.

You might also like