You are on page 1of 10

PENGENALAN

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merupakan peralatan teknologi dan sumber yang
diperlukan untuk mengumpul, menyimpan, mewujud, menyebar, serta mengurus data atau maklumat dan
berkomunikasi tanpa mengira tempat dan waktu. Teknologi yang dimaksudkan merangkumi komputer,
internet, teknologi penyiaran dan transmisi. Dalam era abad ke-21 yang ledakan maklumat ini, teknologi
maklumat dan komunikasi (TMK) telah memainkan peranan yang amat penting. Kini, teknologi telah
menguasai global secara berleluasa. Hampir setiap masa, manusia dapat mengetahui dan mengawal
hampir setiap perkara di hujung jari sahaja dengan menggunakan teknologi. Penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi juga telah mendatangkan faedah kepada sesebuah negara dalam semua bidang
pentadbiran. Selain daripada itu, dalam bidang pendidikan juga tidak ketinggalan daripada penggunaan
teknologi. Sehingga kini, Teknologi maklumat dan komunikasi telah diintegrasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Dalam tugasan ini, saya akan membincangkan
maksud tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pendidikan. Selain itu, pelbagai pengunaan
TMK dalam Pendidikan di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah juga turut dibincangkan. Kemudian
diikuti tentang persamaan dan perbezaan di antara pembelajaran semasa (synchronous learning) dan
pembelajaran bukan semasa (asynchronous learning) dalam konteks TMK dalam Pendidikan. Seterusnya
akan membincangkan tentang peranan TMK sebagai pendorong bagi pengajaran dan pebelajaran yang
berkesan di dalam bilik darjah dan di luar bilik darjah.

DEFINISI TMK DALAM PENDIDIKAN


Dalam konteks pendidikan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi digunakan bagi proses dalam
pembelajaran sepanjang hayat, selesaikan masalah pengurusan dan pentadbiran dalam sekolah serta PdPc
dalam bilik darjah dengan menggabungkan kaedah dan teori pengajaran dengan peralatan dan bahan
teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet (forum, laman web, portal, e-mel) ,video telesidang
atau instruksi berasaskan komputer. Literasi TMK seperti kebolehan mengakses, mencari, memilih,
menilai, menstruktur, membina dan menyusun maklumat untuk tujuan PdPc merupakan kemahiran yang
perlu ada pada setiap orang guru dalam Zaman Maklumat ini. (Yusup Hashim & Razmah Man, 2006).
Pengunaan TMK dalam pendidikan bermakna memanfaatkan kemajuan teknologi moden lagi canggih era
digital sebagai pemangkin perkembangan dunia pendidikan. Dengan mengunakan perisian atau aplikasi
(software) dan juga perkakasan atau gajet (hardware), TMK sebagai peralatan teknologi pendidikan.
Maka pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat disampaikan untuk meningkatkan keberkesanan dan
kecekapan sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Penggunaan TMK dalam PdPc membolehkan
aktiviti PdPc dijalankan tanpa kekangan tempat dan masa. Ia juga dapat meningkatkan penggunaan
sumber pendidikan dan berupaya meningkatkan kualiti pendidikan di samping mempercepat proses
pendidikan berdasarkan tahap kebolehan pelajar.

PENGUNAAN TMK DALAM PENDIDIKAN DALAM KONTEKS BILIK DARJAH DAN


DI LUAR BILIK DARJAH
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi secara berleluasa telah memberi pengaruh
yang besar keatas budaya kehidupan kita masa kini, khususnya dalam bidang pendidikan. Penggunaan
teknologi dalam PdPc memberikan satu anjakan baharu kepada para guru. Justeru, penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi telah berjaya merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah pembelajaran
murid dan secara keseluruhannya cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini. Dengan ini,
budaya persekolahan juga turut berubah dengan memberi penekanan terhadap amalan berfikiran kritis dan
kreatif, inovatif, bermaklumat, cara pembelajaran dan pengajaran yang berefision. Dengan ini, pelbagai
kegunaan telah diperkenalkan dalam konteks bilik darjah dan luar bilik darjah. Antara aplikasi TMK yang
telah diperkenalkan dalam pendidikan dan konteks dalam bilik darjah adalah seperti berikut:

Penggunaan E-mel dalam Pendidikan


E-mel merupakan aplikasi yang paling asas TMK yang boleh ditegahkan dalam pendidikan,
khususnya dalam PdP. Melalui penggunaan e-mail, pelajar dapat berkomunikasi dengan guru berkaitan
masalah yang dihadapi dalam pembelajarannya. Sebaliknya, guru juga dapat mengetahui respon pelajar
terhadap pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan di dalam bilik darjah. Penggunaan e-mel juga
dapat memberi galakan kepada pelajar untuk berkomunikasi dengan gurunya. Justeru, ia dapat
meningkatkan penglibatan dan semangat keinginan untuk belajar dikalangan pelajar. Selain itu, pelajar
juga boleh menghantar tugasan mereka melalui e-mel dan guru juga boleh menerima dan memeriksa
tugasan pelajar melalui kemudahan e-mel.

Penggunaan Internet dalam Pendidikan


Pendidikan berasaskan Internet juga boleh dikatakan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah. Ia dapat memberi manfaat kepada murid dan guru. Aplikasi internet dapat membantu
guru menjalankan sesi PdPc dengan lebih cekap, praktikal dan mampu menarik minat pelajar, sekali gus
memaksimumkan keberkesanan hasil pembelajaran. Tekonologi ini membolehkan guru membuat
persiapan lebih awal bagi menjalankan sesi PdPc, kerana guru dapat mencari sebarang maklumat yang
diperlukan berkenaan dengan pengajaran yang mahu disampaikan dengan lebih pantas dan baik. Dari
sudut pelajar, aplikasi internet dapat membantu pelajar untuk membuat pembelajaran penerokaan serta
memperolehi maklumat yang lebih luas dan teliti. Mereka boleh mendapat maklumat yang lebih lanjut
berkaitan topik yang dipelajari untuk meningkatkan tahap pengetahuan melalui interaksi sosial.
Aplikasi Web 2.0 dalam Pendidikan
Teknologi Web 2.0 merupakan satu revolusi kepada penggunaan internet dan web yang
mempunyai ciri perkongsian maklumat, mudah kendali, reka bentuk berpusatkan pengguna dan
kerjasama di World Wide Web. Laman Web 2.0 membolehkan pengguna untuk berinteraksi dan
bekerjasama antara satu sama lain atau dalam erti kata lain media sosial (Md. Mokter & Hasan, 2011).
Aplikasi web 2.0 dalam pendidikan dapat membantu dan membenarkan pelajar berkongsi bahan rujukan,
mengubah dan menghasilkan sesuatu baru. Ia juga dapat digunakan untuk mempersembahkan sesuatu
maklumat yang lebih menarik. Dengan ini, pelajar dapat mempelajari sesuatu perkara yang baharu dengan
sendirinya tanpa menunggu orang lain utuk mengajarnya. Guru juga mendapat matlumat atau bahan
rujukan untuk tujuan pengajaran sebelum disampaikan dalam bilik darjah. Dengan adanya aplikasi web
2.0, ia mampu membantu pelajar dan guru untuk mencipta maklumat PdPc untuk mencapai matlamat
pemgajaran dan pembelajaran yang berkesan samaada dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.

Penggunaan VLE Frog dalam Pendidikan


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengusahakan projek 1 BestariNet dengan
kerjasama bersama YTL Communication. Di bawah projek ini, sekolah rendah dan menengah di seluruh
negara telah dilengkapi akses Internet 4G dan persekitaran pembelajaran maya atau turut dikenali sebagai
Virtual Learning Environment (VLE) pada tahun 2013. Justeru, kerajaan telah melaburkan berbilion
ringgit bagi melaksanakan konsep pembelajaran persekitaran maya menggunakan aplikasi VLE Frog
dengan pelbagai prasarana telah disediakan bagi menjayakan konsep pembelajaran ini. VLE Frog
merupakan satu sistem berasaskan web yang merupai dunia pendidikan sebenar dengan mengintegrasikan
pendidikan konvensional dan persekitaran maya. Melalui VLE, guru boleh menyediakan tugasan kepada
murid serta dapat menyemak tugasan mereka serta memberi ujian menerusi dalam talian. Dengan ini,
proses PdP dapat berlaku secara berterusan walaupun murid dan guru tidak berada di sekolah. Pihak
pentadbir sekolah pula juga boleh menyusun atur kalender aktiviti sekolah untuk berkongsi kepada murid,
guru dan ibubapa. Melalui aplikasi ini, ibubapa dapat melihat perkembangan matlumat sekolah terkini
secara online pada bila-bila masa. Program VLE Frog ini merupakan bahan bantu mengajar yang sesuai
dengan situasi pengajaran dan pembelajaran abad ini. Pelaksanaannya adalah berlandaskan kurikulum dan
Falsafah Pendidikan Negara. Dengan penggunaan VLE, ia dapat meningkatkan daya fikir pelajar serta
mempunyai nilai tambah yang membolehkan mereka ke hadapan dan setaraf dengan negara-negara maju.

Penggunaan Papan Tulis Pintar dalam Pendidikan


Penggunaan teknologi dalam bilik darjah sentiasa meningkat dan berkembang. Untuk peralatan
papan tulis, kini sudah adanya produk digital modern iaitu papan tulis pintar (Smartboard) bagi
meningkatkan lagi keberkesanan penyampaian isi pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif.
Smartboard terdiri daripada komputer, perisian Smartboard, papan putih interaktif dan sebuah projektor.
Penggunaan papan tulis pintar mampu menghasilkan gaya pembelajaran yang berlainan. Dengan perisian
interaktif yang baik dan mesra pengguna, penghubungkaitan, akses jalur lebar yang berkesan serta
latihan kepada guru, ia berupaya untuk mengubahkan pendekatan, mood dan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran dalam kelas. Perisian,`features’ dan aplikasi yang disertakan dengan papan putih
interaktif ini, guru-guru boleh menyediakan bahan-bahan pengajaran dengan lebih mudah dan boleh
ditambahbaikkan dari semasa ke semasa. Dengan jumlah pengguna (user base) yang tinggi di seluruh
dunia, warga pendidik juga boleh berkongsi bahan PdP dan memuat turunkannya dari capaian web
tertentu. Ini banyak menjimatkan masa guru untuk menyediakan bahan PdP. Penggunaan Smartboard di
dalam kelas dapat membantu pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih dinamik dan menarik
berbanding penggunaan papan putih biasa dan pen maker di sekolah. Sehubungan itu, ia dapat
meningkatkan penglibatan pelajar secara aktif di bilik darjah. Selain itu, pelajar juga boleh berkongsi
kerja mereka dan melibatkan diri dalam perbincangan. Smartboard menyediakan kaedah pembelajaran
secara hands-on kepada pelajar. Di samping itu, perisian yang disediakan mampu mendorong peningkatan
interaksi dikalangan pelajar dan guru itu sendiri. Menerusi penggunaan Smartboard , ia dapat menarik
perhatian semasa PdPc dijalankan. Secara tidak langsung, pelajar telah diasuh dan mereka merasa selesa
menggunakan teknologi pada usia yang awal. Ini akan memudahkan mereka memahami teknologi yang
canggih dan rumit masa hadapan.
Seterusnya adalah aplikasi TMK yang telah diperkenalkan dalam pendidikan dan konteks di luar
bilik darjah adalah seperti berikut:

M- Pembelajaran(Mobile Learning) dalam Pendidikan di Luar Bilik Darjah


Pendidikan abad ke 21 telah dicirikan sebagai abad TMK kerana kehidupan seharian kini telah
banyak bergantung kepada teknologi matlumat dan komunikasi (TMK). M-Pembelajaran (Mobile
Learning) adalah merujuk kepada teknologi mudah alih atau mobile yang memberi maksud portable dan
personal seperti telefon selular mudah alih. Penggunaan komputer riba, pembantu peribadi digital dan
telefon selular mudah alih merupakan komponen-komponen teknologi yang biasa diaplikasikann dalam
M-Pembelajarn. M-Pembelajaran merupakan konsep baru dalam proses pembelajaran yang menekankan
kepada keupayaan untuk memudah alihkan proses pembelajaran tanpa terikat kepada kedudukan tempat
apabila berlakunya sesuatu proses pembelajaran itu (KukulskaHulme et al., 2005). Menurut Prensky
(2001) M-Pembelajaran adalah pembelajaran berbantukan TMK yang menggunakan peralatan mudah alih
khasnya peralatan mudah alih yang terkini seperti PDA, telefon bimbit, komputer riba dan tablet PC.
Menurut Siraj (2005) pula menyatakan bahawa M-Pembelajaran adalah penggunaan peranti tanpa wayar
bagi membolehkan pembelajaran berlaku bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.
Penggunaan M-Pembelajaran dalam pembelajaran, ia telah mengubah kaedah pedagogi pada hari
ini. Penggunaan TMK dalam M-Pembelajaran], dapat meningkatkan motivasi pelajar, menambah
kemahiran mengorganisasi, menimbul perasaan tanggungjawab membentuk pembelajaran secara
kolaboratif, dan membantu menyemak kemajuan pelajar dengan lebih cepat dan cekap. Dengan ini,
pelajar berpeluang mengubah bentuk cara pembelajaran dengan menbina komuniti pembelajaran yang
lebih luas supaya boleh menghubung antara satu sama lain bagi menyediakan sumber yang dapat
memberi sokongan dalam pembelajaran.

Aplikasi Whatsapp Sebagai Platform Pengajaran dan Pembelajaran dalam


Pendidikan di Luar Bilik Darjah
Perkembangan teknologi pada hari kini telah memberi impak yang sangat besar kepada hampir
kesemua sistem di seluruh pelosok dunia. Kemajuan teknologi ini bukan sahaja memudahkan proses
sesuatu sistem, ia juga dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti penghasilan, serta mempercepatkan lagi
proses aliran kerja. Di samping itu, penggunaan teknologi juga dilihat lebih menarik dan efisien. Dalam
bidang pendidikan abad ke 21, warga pendidikan mula memberi penekanan terhadap penggunaan
teknologi dalam proses PdP. Pelbagai teknologi kini, hardware dan software terkini, media sosial seperti
WeChat, Skype, Facebook, Instagram, Twitter, Telegram, Line, blog-blog dan e-mail, telah berjaya
mendapat sambutan hangat daripada orang ramai untuk menggunakannya termasuk fenomena terkini
aplikasi Whatsapp.
Aplikasi Whastapp bukan sahaja bertujuan menghantar dan menerima mesej sama ada di antara
kumpulan atau individu, malah ia juga menyediakan pelbagai fungsi seperti panggilan suara, berkogsi fail
audio, imej yang dilampirkan, kepada pautan mana-mana laman web dan fail video. Penggunaan aplikasi
Whatsapp dalam pendidikan adalah selari dengan Teori Pembelajaran Konstruktivisme (Vygotsky, 1978).
Teori ini membincangkan bagaimana interaksi sosial antara pelajar dapat meningkatkan proses
perkongsian maklumat (Vygotsky, 1978), yang secara tidak lansung membantu membangunkan prestasi
pembelajaran pelajar.
Aplikasi Whatsapp menawarkan peluang untuk melanjutkan pembelajaran di luar bilik darjah, dan
untuk pelajar dan pengajar untuk bergerak di luar kategori untuk mengetahui sesuatu maklumat dalam
talian yang disambungkan dari sekolah, universiti atau di rumah. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara
percuma dan senang untuk digunakan tanpa dikenakan sebarang caj. Setiap kumpulan boleh berhubung
dengan dan boleh berkongsi maklumat pembelajaran dengan mudah melalui komen dan mesej dihantar
dalam aplikasi ini. Perbincangan yang berkaitan dengan kandungan pembelajaran boleh di kongsi dalam
kelas pembelajaran sepenuhnya. Maklumat dan pengetahuan mudah dibina dan dikongsi melalui mesej
segera Whatsapp. Dengan penggunaan aplikasi ini dalam pembelajaran, pelajar dapat menguasai
makluman mengenai setiap berita terkini dan mesej yang dimasukkan oleh ahli kumpulan dengan pantas.
Maka, ia dapat membantu pelajar menyelesaikan tugasan dengan teknologi ini.
Kesimpulannya, dimensi sosial adalah sangat penting untuk membina pengetahuan dan prestasi
pelajar ke arah teknologi pendidikan baru yang menggunakan rangkaian sosial. Aplikasi Whatsapp
pembelajaran mudah alih merupakan penyelesaian yang baik untuk meningkatkan tahap interaksi
komuniti dan kehadiran sosial di dalam kalangan pelajar.
PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DI ANTARA SYNCHRONOUS LEARNING DENGAN
ASYNCHRONOUS LEARNING
Persekitaran e-pembelajaran modern boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu synchronous
dan asynchronous. Pelajar yang menggunakan sistem e-pembelajaran boleh melakukan pembelajaran
dalam dua cara ini. Dalam pembelajaran synchronous dan asynchronous, persamaannya adalah isi
kandungan pembelajaran, pengetahuan pembelajaran dan sistem belajar adalah sama. Cara penyampaian
isi pembelajaran adalah disampaikan dalam talian, dan ia boleh diakses melalui modul kursus dalam
talian dari komputer atau komputer riba sendiri. Berikutnya adalah penjelasan yang lebih lanjut terhadap
perbezaan antara dua jenis pembelajaran ini.

Pembelajaran Sinkroni (Synchronous Learning)


Synchronous membawa maksud “waktu yang sama”. Pembelajaran sinkroni adalah pembelajaran
elektronik dilaksanakan pada waktu yang sama dimana pengajar sedang mengajar dan pelajar sedang
belajar. Ini berlakunya interaksi langsung diantara pengajar dan pelajar atas talian. Contonya, mendengar
siaran radio secara langsung, menonton siaran televisyen secara langsung, persidangan audio / video,
telephony internet, kuliah dalam talian dan siaran satelit langsung. Dalam pembelajaran sinkroni, aktiviti-
aktiviti seperti persidangan video, bilik sembang dalam talian dilaksanakan.

Pembelajaran Asinkroni (Asynchronous Learning)


Pembelajaran asinkroni adalah mode pembelajaran yang berpusatkan pelajar dengan penggunaan
sumber online. Ia dapat memudahkan pelajar melaksanakan e-pembelajaran di luar batasan waktu dan
lokasi fizikal. Contohnya, kursus yang diambil melalui kelas videotaped, penyampaian atau seminar web
audio / video disimpan, forum, rakaman audio yang dirakam, internet atau CD Rom, mentoring soal
jawab dan membaca mesej e-mel. Pembelajaran asinkroni ini adalah selari dengan Teori Pembelajaran
Konstruktivisme (Vygotsky, 1978). Pelajar dapat melakukan pembelajaran bergantung kepada kemahuan
diri sendiri serta bebas untuk menyiapkan kerja kursus pada masa mereka sendiri. Dalam pembelajaran
asinkroni, aktiviti-aktiviti membaca, menonton dan mendengar pelbagai jenis kandungan dilaksanakan.

PERANAN TMK SEBAGAI PENDORONG BAGI PENGAJARAN DAN PEBELAJARAN


YANG BERKESAN
Perubahan global dalam pendidikan telah menjana kepada minat dan usaha bagi para pendidik
mengaplikasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan TMK dalam proses pengajaran
dan pembelajran banyak memberi kesan positif kepada pelajar. Penggunaan TMK dalam proses PdPc
dapat meningkat kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran yang lebih berpusatkan murid. Guru
dapat membuat persediaan awal dengan mencari maklumat yang berkenaan dengan topik pengajaran yang
bersesuaian dengan pengalaman sedia ada pelajar dan menyampaikan secara berkesan dalam PdP.
Melalui pengaplikasi TMK sebagai alat bantu mengajar, maka proses PdPc akan menjadi lebih
menarik.Sebagai contohnya, penggunaan alat seperti powerpoint, flash, video, visual, muzik serta animasi
dalam penyampaian pengajaran, guru dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih senang, ringkas dan padat kerana pelajar akan didedahkan dengan gambaran dan persembahan
menarik serta mudah untuk di fahami. Justeru itu pelajar tidak akan mudah merasa bosan dan jemu dalam
PdPc kerana tertarik dengan cara persembahan yang ditunjukkan melalui TMK berbanding dengan PdPc
yang berbentuk pengkhulian.

Selain itu, aplikasi TMK dalam PdPc dapat memenuhi kepelbagaian keupayaan pelajar. Bagi
pelajar yang mempunyai kelebihan belajar dengan cepat, peluang akan diberikan kepada mereka untuk
meneroka dan menggunakan aplikasi TMK dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat
menggalakkan pelajar tersebut untuk menjalankan proses pencarian dan tidak hanya bergantung kepada
guru untuk memberikan maklumat yang dikehendakinya. Sebaliknya, bagi pelajar yang lambat dalam
sesi pembelajaran, peluang akan diberikan untuk pelajar tersebut mengulangi semula perkara yang sudah
dilalui sehingga mampu untuk memahami isi pembelajaran yang dipelajari. Dengan ini, ia dapat dilihat
sebagai elemen interaktif dalam teknologi maklumat menjadikan pelajar lebih berdaya saing dan proaktif
dalam membina pengetahuan berdasarkan pilihan, kadar dan kehendak sendiri.
Seterusnya, manfaat yang diperolehi kesan daripada penggunaan TMK dalam proses pengajaran
dan pembelajaran ialah mewujudkan pembelajaran koperatif dikalangan pelajar. Pelajar dapat berinteraksi
antara satu sama lain dengan penggunaan aplikasi TMK melalui perbincangan dan projek kumpulan.
Dengan ini, mereka akan membentuk kumpulan kecil bagi tujuan belajar dan bekerjasama bagi mencapai
matlamat dan guru hanya berperanan sebagai fasilitator. Ini secara tidak langsung, kaedah ini dapat
melahirkan pelajar yang lebih berpengethauan serta mempunyai kebolehan, dan ia juga melahirkan
pelajar ynag berdikari serta menyelesaikan masalah dalam pembelajaran.
Hasil daripada pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya
penggunaan elemen TMK dilihat sebagai kaedah bagi menggalakan minat pelajar mengikuti sesi
pembelajaran tersebut. Selain daripada membantu penguasaan maksimum terhadap tajuk yang dipelajari,
kelebihan TMK bertindak sebagai pemudahcara adalah sebagai pengganti atau menyokong kepada
pengajaran dan pembelajaran serta sesi latihan yang dikendalikan oleh guru dalam menyampaikan
maklumat kepada para pelajar. (Neo dan Neo, 2004).

RUMUSAN
Sebagai kesimpulan berdasarkan perbincangan tentang Teknologi Maklumat dan Komunikasi
dalam Pendidikan, TMK adalah amat penting untuk dipelajari dan dikuasai oleh setiap individu dalam era
teknologi ini. Penggunaan TMK dalam pendidikan adalah selaras dengan hasrat Malaysia untuk
meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Pembangunan pendidikan negara kita pada abad ke-21,
akan menjadi lebih kompetitif dimana pendidikan negara kita perlu melangkah ke hadapan bagi
mengantarabangsakan kualiti pendidikan. Dengan adanya TMK, guru dapat mempelbagaikan proses PdPc
dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan. Kemahiran menggunakan aplikasi TMK
membolehkan guru dan murid mendapatkan maklumat dan pengetahuan terkini dengan lebih pantas serta
efisien bagi digunakan dalam aktiviti pembelajaran. Pengaplikasi alat-alat teknologi dapat menggalakkan
pembelajaran aktif, memperkayakan hubungan pelajar dengan bahan kursus, serta membina rangkaian
pembelajaran yang lebih luas.

Penggunaan teknologi dalam pendidikan juga memberi peluang kepada guru untuk mengasah
kemahiran di samping menyediakan pengalaman pembelajaran yang baru kepada pelajar. Guru bukan
sahaja merupakan sumber inspirasi kepada pelajar, malah adalah menjadi pendorong kepada kejayaan dan
kemajuan pelajar. Guru harus mempertingkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan dengan
penggunaan TMK, supaya dapat meluaskan peranan guru dalam membantu dan membimbing pelajar
serta membantu guru meningkatkan usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan yang diberi kepada
pelajar seterusnya berjaya membangunkan modal insan cemerlang, gemilang dan terbilang.
Bibliografi

A. L. (2012, December 10). Peranan Teknologi Dalam Pendidikan. Retrieved from


https://ainiliyanamohdzailan.wordpress.com/about/peranan-teknologi-dalam-pendidikan/

Ismail, S. C. (Ed.). (2018, February 27). Guru & Aplikasi ICT Dalam PdPc Abad 21. Retrieved from
https://www.pendidik.com.my/2018/02/guru-aplikasi-ict-dalam-pdpc-abad-21/

S. A. (Ed.). (2016, September 27). BAB 11 : PENGGUNAAN INTERNET DALAM PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN. Retrieved from https://syahmiayub.wordpress.com/edup3053/bab-11-
penggunaan-internet-dalam-pengajaran-dan-pembelajaran/

Md, N. S., Zuki, & F. K. (2016, April 28). Penggunaan Aplikasi Web 2.0 dalam Pendidikan Abad Ke-21.
Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/301678067_Penggunaan_Aplikasi_Web_20_dalam_Pendidikan
_Abad_Ke-21

Jasmi, K. A., Lamar, M. Y., A. M., Mustari, M. I., Karjo, Ismail, M. F., & Llias, M. F. (2016, March 22).
Aplikasi teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam. Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/293097638_Aplikasi_teknologi_dalam_Pengajaran_dan_Pembe
lajaran_Pendidikan_Islam

Frog VLE galak penggunaan teknologi dalam pendidikan. (2017, May 15). Retrieved from
http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/frog-vle-galak-penggunaan-teknologi-dalam-pendidikan-
1.481359

Hamid, Z. B., & Mohd Yusuf, S. B. (2014, November 23). Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Menggunakan Frog VLE Bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Rendah. Retrieved from
http://eprints.utm.my/id/eprint/60880/1/SanitahMohdYusof2014_PelaksanaanPengajaranDanPembelajara
nMenggunakanFrogVLE.pdf

Zin, O. (2017, November 20). Perbanyakkan kegunaan teknologi di sekolah- Mahdzir. Retrieved from
http://www.utusan.com.my/pendidikan/perbanyakkan-kegunaan-teknologi-di-sekolah-mahdzir-1.557106

Aziz, T. F. (2009, June 25). Papan putih interaktif - kita masih ketinggalan. Retrieved from
http://tunfaisal.blogspot.com/2009/06/papan-putih-interaktif-kita-masih.html
A.Rahim, N. (2013). Penggunaan mobile learning (m-learning) untuk tujuan pembelajaran dalam
kalangan pelajar kejuruteraan UTHM (Master's thesis, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 2013) (pp.
1-24). Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Retrieved from
https://core.ac.uk/download/pdf/20350043.pdf

Manap, F. F., Karim, A. A., & Khalid, F. (n.d.). Integrasi Teknologi Whatsapp sebagai Platfom M-
Pembelajaran. Retrieved from
https://www.academia.edu/31631568/Integrasi_Teknologi_Whatsapp_sebagai_Platfom_M-Pembelajaran

D. S. (2013, June 26). Synchronous or Asynchronous? How to Pick Your Training Delivery Method.
Retrieved from http://www.learningsolutionsmag.com/articles/1197/synchronous-or-asynchronous-how-
to-pick-your-training-delivery-method

Asynchronous E-Learning Vs. Synchronous E-Learning. (n.d.). Retrieved from


https://www.mindflash.com/elearning/asynchronous-synchronous

Synchronous vs Asynchronous Learning. (n.d.). Retrieved from https://www.easy-lms.com/knowledge-


center/lms-knowledge-center/synchronous-vs-asynchronous-learning/item10387

C. D. (2010, January 17). KEPENTINGAN ICT DALAM MENINGKATKAN PENGUASAAN P & P


PELAJAR DALAM BILIK DARJAH [Web log post]. Retrieved from
http://cgdahpm.blogspot.com/2010/01/kepentingan-ict-dalam-meningkatkan.html

T. M. (2014, January). (PDF) Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam ... Retrieved from
https://www.researchgate.net/publication/279197893_Integrasi_Teknologi_Maklumat_dan_Komunikasi_
dalam_Pendidikan

You might also like