You are on page 1of 12

Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menjadi cabaran kepada sistem pendidikan Negara.

Bincangkan kesan dan akibat terhadap sekolah, guru dan pelajar

Pengenalan Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam bidang pendidikan di abad 21 bukanlah sesuatu yang baru. Malah boleh dikatakan hampir semua negara telah mengikuti perkembangan ini dan cuba merealisasikannya. Di Eropah, bidang teknologi maklumat dalam pendidikan telah diperkenalkan sejak awal tahun 60an. Dalam konteks pendidikan, komputer dan teknologi maklumat dapat membantu dalam pelbagai urusan dan berpotensi mengayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Menurut Zawawi Jahya dalam Majalah Pendidik (2005): Kita masih menggunakan minda zaman batu tetapi beropersi dalam era teknologi maklumat dan telekomunikasi yang sangat canggih. Dalam ledakan teknologi maklumat masa kini, bidang pendidikan juga tidak terkecuali dalam menempuh gelombang ini. Penggunaan teknologi maklumat semakin berpengaruh dalam bidang pendidikan dewasa ini. Teknologi maklumat bukan sahaja mengenai penggunaan komputer tetapi juga mencakupi penggunaaan komputer dan telekomunikasi yang kini digunakan secara berleluasa sebagai satu sistem memproses dan menyebarkan maklumat. Menurut Barbara Means (1994), teknologi maklumat merujuk kepada bahagian teknologikal dalam sistem maklumat. Ia meliputi perkakasan, pangkalan data, perisian, rangkaian, dan peranti-peranti yang lain. Inovasi dan perkembangan teknologi maklumat termasuk teknologi maklumat dan komunikasi dalam era globalisasi yang berorientasikan sains dan teknologi dalam pengurusan dan kemasyarakatan akan bertambah maju pada masa akan datang. Tambahan pula, Malaysia merupakan salah sebuah negara Asia yang proaktif dalam pembangunan infrastruktur dan infrostruktur di peringkat antarabangsa, adalah menjadi perubahan drastik dan terpengaruh dalam arus peralihan global ke arah perubahan teknologi yang pesat. Bukan mudah untuk membuat peralihan daripada pengguna manual pertanian kepada sains dan teknologi, daripada kefasihan berbahasa kepada

kefasihan

berteknologi. Di Malaysia,

penggunaan teknologi maklumat

dan

komunikasi (TMK) atau informartion technology and communication (ICT) dalam bidang pendidikan masih di peringkat permulaan namun pengunaannya semakin pesat dan memberangsangkan. Matlamat kurikulum Teknologi Maklumat peringkat sekolah ialah untuk membentuk pelajar yang berpengetahuan secara menyeluruh tentang teknologi maklumat dan berkemahiran menangani maklumat dengan menggunakan teknik dan perkakasan teknologi maklumat bagi menyelesaikan masalah. Di samping

pengetahuan dan kemahiran, kurikulum Teknologi Maklumat juga membentuk pelajar yang bersikap positif terhadap impak dan sumbangan teknologi maklumat kepada masyarakat dan kehidupan harian, supaya dapat menyumbang secara berkesan dan sepenuhnya dalam masyarakat dan ekonomi berteknologi di tempat mereka hidup dan bekerja. Pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah menjadi cabaran kepada sistem pendidikan Negara kita.

Cabaran-Cabaran dan Kesan Penggunaan Teknologi dalam Pendidikan Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh para guru khususnya ialah dari aspek corak pembelajaran murid-murid. Dr Gan Siowck Lee (2003) menyatakan empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda. Untuk

mengembangkan pemikiran dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran teknologi maklumat di sekolah perlu digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara sogokan nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan

membekalkan pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat. Perubahan dalam corak pembelajaran daripada berpusatkan guru kini telah berubah menjadi pembelajaran kendiri. Antara faedah yang dapat diperoleh melalui TMK adalah membolehkan pembentukan resos digital seperti perpustakaan digital di mana pelajar, guru dan pendidik boleh mengakses bahan penyelidikan dan bahan pengajaran tanpa mengira masa dan tempat (Bhattacharya & Sharma, 2007). Dengan adanya teknologi maklumat dan komunikasi ini, murid akan mudah mengakses maklumat dari serata dunia dan menjadikan minda yang glokal. Misalnya, murid bukan hanya mencari rujukan di perpustakaan sekolah tetapi boleh mengakses di perpustakaan di seluruh dunia. Ini menyebabkan wujidnya legasi ilmu tanpa sempadan dan ilmu tanpa had. Corak pembelajaran berasaskan projek yang kini dihebohkan akan berhasil dengan adanya kecanggihan teknologi ini. Murid kini akan belajar dengan selesa dan seronok kerana mempunyai pelbagai ilmu dan tidak terhad di dalam kelas. TMK bukan sahaja mengubah corak cara pelajar belajar, malah turut menjalurkan pengaruhnya terhadap kaedah dan strategi pengajaran dan

pembelajaran oleh para guru. Menurut Crowell (1971), dalam Encyclopedia of Education "Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan". Manakala menurut Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology, teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulkan pembelajaran. Dengan itu, teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teknologi pendidikan membawa erti yang besar dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara kepentingannya ialah bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan. Teknologi pendidikan juga dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang serta dapat mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar serta mengelakkan dari berlakunya tidak faham

atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh. Contohnya, penggunaan komputer, laptop, Liquid-Crystal Display (LCD), Interactive Whiteboard dan sebagainya. Dengan penggunaan alat-alat teknologi ini, ia juga memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar agar dapat membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum dan memperkayakan pengalaman pelajar dengan menggunakan media bergerak di mana boleh memperkayakan pengalaman murid yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat disaksikan sendiri dan seolah-olah mengalaminya. Justeru, pengajaran dan pembelajaran akan memberikan

keselesaan kepada pelajar untuk belajar dan meneroka ilmu pengetahuan dan kemahiran mengenai komponen perkakasan komputer berasaskan kadar keupayaan masing-masing selain dapat memudahkan pelajar menimba ilmu pengetahuan asas, konsep, prinsip dan fakta. Komponan perkakasan komputer adalah berdasarkan kandungan bahan yang disediakan agar mereka boleh berdikari dalam mencari maklumat dan penemuan untuk memenuhi sebarang tugasan melalui pencetusan satu perbincangan yang menarik dalam kalangan pelajar dan guru. Oleh itu, cabaran kapada guru-guru masa kini terhadap penguasaan mereka dalam merealisasikan TMK dalam pendidikan semasa. Selain itu, pendidikan jarak jauh juga merupakan kesan globalisasi TMK dalam pendidikan yang boleh dilaksanakan dengan wujudnya rangkaian pendidikan yang lengkap. Trend semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi

membolehkan murid mempelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperoleh melalui teknologi. Contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan cara konvensional. Namun kita tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer dan melahirkan golongan yang tidak mempu berinteraksi tanpa komputer. Asland University (2007) menyatakan bahawa pembelajaran jarak jauh adalah cara pembelajaran yang memerlukan pelajar mengambil pengajian untuk melanjutkan pelajaran tanpa kehadiran yang kerap di dalam kampus. Pembelajaran jarak jauh dapat digunakan sebagai salah satu cara yang lebih efektif untuk mengatasi masalah pendidikan secara konvensional. Melalui pembelaran ini, pelajar

perlu berhubung melalui teknologi atau saluran online yang disediakan oleh kampus tersebut. Pembelajaran ini juga memerlukan pelajar berinteraksi dengan pengajar dan pelajar dengan pelajar dalam kumpulan yang kecil. Tenaga pengajar dan pelajar boleh berkomunikasi mengikut kesesuaian masa mereka dengan menggunakan media elektronik. Antara media yang boleh digunakan ialah televisyen, Internet, siding video, chatting dan forum elektronik. Barbara Means (1994) menyatakan terdapat lima cara pengendalian pembelajaran jarak jauh, antaranya adalah seperti yang berikut: i. ii. iii. pengedaran bahan melalui pos. menduduki peperiksaan di pusat tempatan. mengendalikan penghantaran. iv. pengedaran bahan dalam bentuk bercetak rakaman, disket ke pusatpusat sumber untuk dipinjam oleh murid. v. mengadakan siding video dan menggunakan Internet untuk komunikasi. proses pembelajaran melalui pelbagai alat

Berdasarkan langkah pembelajaran jarak jauh yang dinyatakan, jelaslah bahawa penggunaan TMK dalam pembelajaran tersebut memberi kesan kepada pembelajaran seseorang pelajar. Justeru itu, sistem pendidikan perlu membekalkan kemahiran interaksi asas pada awal persekolahan dan pada masa yang sama menggunakan teknologi maklumat untuk menjayakan pembelajaran mereka. Dengan itu, murid mempunyai kemahiran lebihan dan pilihan untuk menggunakan teknologi maklumat atau cara konvensional sesuai dengan keadaan tertentu. Sementelahan itu, teknologi maklumat dan komunikasi bukan sahaja meninggalkan kesan yang mendalam dalam pengajaran dan pembelajaran, malah turut memberikan impak yang besar terhadap sistem pengurusan dan pentadbiran dalam pendidikan khususnya di sekolah. Rohana Abdul Rahman (1995) dalam kajiannya mendapati guru-guru bersikap positif terhadap penggunaan komputer dalam pentadbiran. Ini adalah selaras dengan dapatan kajian oleh Mustafa Sidi (1995) yang melaporkan majoriti pentadbir sekolah menengah Daerah Kuantan bersikap positif terhadap penggunaan komputer untuk pentadbiran. Namum demikian, satu kajian yang telah dijalankan di Australia, (Gurr 2000) telah mengenal

pasti perubahan pada pengetua dan guru besar dalam bidang-bidang seperti kepimpinan, terutama dalam menjalankan tugas, akauntabiliti, pengurusan sumber manusia, penyelesaian masalah, membuat kepuasan dan komunikasi, kuasa dan perancangan apabila TMK diperkenalkan dalam sistem sekolah. Jika sekolah hendak mempertingkatkan kualiti ilmu dan ketrampilan pelajar dalam TMK, ianya perlu dilaksanakan melalui kerja guru dan lain-lain staf yang menyokong tahap pembelajaran yang hendak dicapai. Tenaga pengajar terbabit dalam inisiatif ini akan mengikuti kursus kemahiran komputer dengan sebahagiannya secara dalam talian. Oleh itu, pengetua dan guru besar perlulah berfikiran terbuka untuk melepaskan guru-guru menghadiri kursus dalam perkhidmatan untuk membolehkan mereka menguasai ilmu dan kemahiran TMK. Dengan kadar perubahan dalam TMK yang berlaku amat pesat, guru-guru perlulah mengambil inisiatif sendiri dengan meneroka resos-resos baru dalam bidang TMK. Kemudahan TMK dan penerapannnya dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah juga tidak mustahil memperolehi peningkatan produktiviti yang sama kerana TMK sangat membantu mempermudahkan tugas dan tanggungjawab di sekolah. Kesan penggunaan TMK dalam pendidikan mungkin menyebabkan kesukaran seperti tugas memantau para guru yang banyak melakukan tugas yang tidak dapat dilihat secara nyata atau terlalu banyak keputusan yang hendak dilakukan. Maksudnya, organisasi atau sekolah boleh mencipta atau membangun sistemnya sendiri. Pembangunan sistem di sekolah dapat membantu guru dan pelajar mengakses maklumat dalam mempertingkatkan produktiviti atau pencapaian mereka. Sistem maklumat yang dibina itu juga memberikan kesan proses pembelajaran pada setiap minit pengajaran, mungkin setiap penggal atau setiap tahun. Dari sudut yang lain, sistem maklumat dapat menyokong pelbagai tugas asas teknikal dan memberi kesan kepada tahap produktiviti. Justeru, asas teknikal dalam TMK mampu untuk menangani proses pendidikan. Sistem maklumat juga boleh menyelamatkan data pelajar yang begitu kompleks sebelum mengurangi bebanan pentadbiran. Data dan maklumat yang diproses kadang kala merupakan data dan maklumat yang berterusan atau berangkai. Contohnya ialah kad laporan prestasi pelajar, gred, data ujian tahunan, laporan perubatan dan sebagainya. Maklumat ini memerlukan laporan atau maklumat berterusan. Dengan menggunakan asas

teknikal TMK, ia membolehkan beberapa tugas seperti pengkelasan, kadar pertimbangan, nisbah pengeluaran, pengulangan atau kebergantungan yang menggunakan proses long-linked dapat diuruskan. Di samping itu, penggunaan TMK dalam pentadbiran dan pengurusan sekolah juga dapat menjamin keadaan di mana maklumat yang diperolehi oleh pengguna adalah tepat, mudah dan relevan. Era masa ini digelar era maklumat. Kebolehan mengurus secara berkesan dan efisyen adalah menjadi keutamaan bagi sesebuah sekolah. Kemampuan ini akan memberikan imej masa depan dan gambaran yang baik mengenai sekolah. Keberkesanan dan efisyennya kaedah mengurus itu sangat bergantung kepada bagaimanakah sekolah itu memanipulasikan TMK untuk kepentingan organisasinya. Maklumat tentang organisasi mestilah tepat dan ketepatan itu hanya dapat dicapai melalui penggunaan TMK atau komputer sebagai alat memproses data tentang oraganisasi tersebut. Penggunaan cara manual mungkin akan menyebabkan kesilapan pengiraan dan akan terus menjejaskan keputusan. Maklumat tepat adalah bebas daripada kesalahan atau kesilapan atau bias. Maklumat melalui TMK juga mencerminkan maksud sebenar data. Melalui kemudahan TMK yang disediakan juga memberi peluang kepada pengguna untuk memperolehi maklumat dengan cepat atau memperolehi maklumat dalam masa yang ditetapkan. Keadaan ini mengelakkan pembaziran masa dan juga tumpuan kerja secara manual yang sukar. Selain itu pelbagai persoalan tentang

permasalahan, kes atau isu dapat dijawab dengan jawapan yang relevan melalui kemudahan TMK yang ada. Tambahan lagi, sistem pendidikan masa kini memerlukan para guru khususnya menggunakan sistem atas talian dalam kebanyakan urusan bidang pendidikan. Misalnya, sistem Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) yang telah diperkenalkan oleh kerajaan memerlukan para guru mengakses internet untuk memasukkan data dan markah murid berdasarkan pentaksiran yang telah dijalankan. Malahan, sistem pertukaran guru secara atas talian, Sistem Maklumat Murid (SMM), Intergrated Student Information System (ISIS), dan

sebagainya perlu menggunakan TMK seperti komputer dan internet untuk melengkapkan maklumat-maklumat tersebut. Selain itu, kemudahan TMK juga dapat mengelakkan jawapan yang menyeleweng atau tersasar. Dalam dunia serba canggih

hari ini, kepantasan memperolehi maklumat akan menentukan kedudukan sesebuah sekolah di hadapan daripada barisan pesaingnya yang lain. Perhubungan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi mempercepatkan pergerakan maklumat sama ada daripada pelajar kepada guru, guru kepada sekolah, sekolah kepada pelajar, dan seterusnya. Begitu juga peredaran maklumat lebih pantas dapat dilakukan daripada pelajar, guru dan sekolah kepada ibu bapa, dan masyarakat umumnya. Kesukaran memperolehi maklumat seperti ketiadaan perkakasan untuk aplikasi TMK mungkin menyebabkan sekolah atau institusi pendidikan ketinggalan dan tidak dapat bersaing atau gagal untuk meningkatkan produktiviti mereka.

Secara keseluruhannya, kemajuan teknologi maklumat di Malaysia telah mengalami perkembangan yang begitu pesat. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa isu berkaitan dengan dengan pengunaan teknologi maklumat ini iaitu masalah etika penggunaan teknologi maklumat, isu hak cipta dan masalah keselamatan data. Menguatkuasakan undang-undang semata-mata bukan

penyelesaiannya. Apa yang lebih penting ialah kesedaran setiap individu terhadap tanggungjawab menguruskan alam ini dengan penuh bijaksana dan berhemah. Bidang pendidikan didapati terlibat secara langsung dalam menanamkan kesedaran ini di samping sokongan daripada pihak-pihak berwajib yang lain. Sebagaimana yang telah dihuraikan tadi, aplikasi TMK dalam bidang pendidikan boleh dibahagikan

kepada tiga bahagian iaitu pentadbiran pendidikan, penyelidikan pendidikan dan pengajaran dan pembelajaran. Berikut merupakan isu-isu atau kesan yang wujud terhadap penggunaan TMK dalam bidang pendidikan. i. Latihan Ulangan Terdapat banyak perisian aplikasi pengautomasian pejabat di pasaran. Terdapat juga berbagai-bagai jenis perisian untuk penyelidikan mahupun untuk pendidikan. Setiap orang perseorangan yang ditugaskan mengendalikan perisianperisian ini samada guru, kerani, pegawai penyelidik atau lain-lain, perlu menjalani latihan menggunakan perisian tersebut di samping mempelajari cara penggunaan komputer itu sendiri. Masalah akan timbul sekiranya orang perseorangan atau pekerja terbabit berhenti atau ditukarkan ke bahagian lain. Latihan perlu dilakukan semula kepada pengguna pengganti. ii. Kos Yang Tinggi Kos mendapatkan peralatan dan perisian komputer masih lagi tinggi walaupun dijangkakan akan menurun. Kita bimbang dengan perkembangan pesat teknologi maklumat, syarikat-syarikat atau orang perseorangan sentiasa mengeluarkan peralatan dan perisian baru yang berharga tinggi. Kerja-kerja penyelidikan selalunya memakan masa yang panjang. Oleh itu kos yang tinggi diperlukan dari segi penyenggaraan sistem, tenaga pekerja, peralatan-peralatan bantuan dan

terutamanya sekali perkakasan yang diperlukan. Disebabkan bidang teknologi maklumat dalam pendidikan masih baru dan tinggi permintaannya, maka institusiinstitusi pengajian bertindak menaikkan yuran untuk mengikuti kursus-kursus tersebut. Pelajar-pelajar pelu memiliki komputer sendiri untuk mengelakkan persaingan di makmal-makmal komputer institusi pengajian. iii. Laporan/Maklumat Tidak Tepat Staf yang ditugaskan mengendalikan perisian atau memasukkan data boleh mengakibatkan laporan yang diproses atau dianalisis oleh perisian tidak tepat. Ianya boleh berlaku umpamanya seperti kerja kemasukan data yang banyak dan berterusan.

Kesilapan juga boleh berlaku terhadap hasil penyelidikan sekiranya berlaku kecuaian semasa memasukkan data atau kesilapan dalam pembangunan sistem penyelidikan itu sendiri kerana kompleksnya sesuatu sistem penyelidikan tersebut. Kemunculan virus-virus komputer boleh juga mengakibatkan kesilapan dalam analisis data. iv. Pergantungan Tinggi Kepada Komputer Staf yang biasa atau selalu menggunakan komputer untuk membantu kerjakerjanya mungkin boleh menyebabkan kerja-kerja tertangguh sekiranya terjadi sesuatu yang di luar jangkaan seperti kerosakan kepada komputer atau tenaga elektrik. Pembelajaran di dalam kelas juga boleh terganggu sekiranya guru hanya bergantung kepada komputer untuk melaksanakan pengajaran. v. Jenayah Kolar Putih Terhadnya staf yang diberi kebenaran menggunakan komputer atau yang mahir menggunakan komputer boleh menggalakkan jenayah kolar putih dengan mengelirukan angka-angka pada data komputer kerana ianya sukar dikesan. vi. Kurang Kepakaran Kerja-kerja penyelidikan berbantukan komputer memerlukan tenaga kerja yang bukan sahaja pakar dalam bidang penyelidikan tersebut tetapi juga mahir dalam bidang komputer terutamanya sewaktu proses pembangunan sistem penyelidikan.Guru-guru yang pakar mengendalikan komputer juga diperlukan untuk melaksanakan pengajaran berbantukan komputer atau literasi komputer. vii. Sosialisasi Kerja-kerja penyelidikan berkomputer juga boleh menyebabkan staf

penyelidikan terlalu taksub terhadap komputer atau tugasnya hingga boleh melalaikan dari bersosial dengan masyarakat luar. Ia juga boleh melenyapkan empati terhadap orang lain kerana terlalu serius dalam tugas. Penggunaan komputer sebagai alat pengajaran juga boleh mengakibatkan interaksi antara guru dan murid berkurang sekiranya guru tidak peka kepada tanggungjawab guru sebenarnya bukan hanya sekadar mengajar tetapi juga mendidik dan membimbing. viii. "Computer Phobia"

Disebalik

perkembangan

pesat

dalam

pengkomputeran,

wujud

juga

segolongan manusia yang tidak berupaya atau berpeluang mengikuti perkembangan pesat teknologi maklumat. Mereka ini boleh bersikap takutkan komputer atau tidak mahu menggunakan komputer kerana kurang keyakinan mereka terhadap komputer. Di hati mereka boleh juga wujud rasa rendah diri apabila berada di kalangan individu yang celik komputer. ix. Internet Internet tidak dimiliki oleh sesiapa. Setiap pengguna Internet bebas memasukkan apa-apa maklumat yang ingin mereka sampaikan kepada pengguna lain. Oleh itu adalah sukar bagi pihak pendidikan untuk menapis kandungankandungan yang baik dan elok sahaja untuk pelajar-pelajar.

Kesimpulan Natijahnya, penggunaan TMK dalam pendidikan selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Pembangunan pendidikan pada abad ke-21 di negara kita menjadi lebih kompetitif di mana Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi mengantarabangsakan kualiti pendidikan. TMK menjadi pemangkin kepada perkembangan pendidikan bertaraf dunia yang menjadi impian Malaysia. Guru bukan sahaja merupakan sumber inspirasi kepada para pelajar, malah guru-guru menjadi pendorong kepada kejayaan dan kemajuan pelajar. Teknologi perlu dilihat sebagai satu alat dan bukan segala-galanya yang boleh mengambil peranan penting seseorang guru. Guru diperlukan untuk mencorakkan perkembangan pelajar kerana tugas ini tidak boleh dilakukan oleh teknologi walau secanggih mana sekalipun teknologi boleh mencorakkan pembelajaran.

Pembelajaran memerlukan hubungan manusia dengan manusia dan sentuhan guru terhadap Pelajar. Peranan guru yang berterusan sebagai seorang pakar untuk membimbing, mendorong, membina keyakinan, menunjuk ajar, menangani masalah pembelajaran, mengembang kemahiran diri, dan sebagainya tidak boleh diambil alih oleh teknologi. Dalam menangani arus ledakan teknologi ini guru harus mempertingkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan, meluaskan peranan guru dalam membantu dan membimbing para pelajar serta membantu guru

meningkatkan usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan yang diberi kepada pelajar dan seterusnya berjaya membangunkan modal insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Konsep pembelajaran sepanjang hayat menjadikan TMK sebagai medium paling berkesan ke arah merealisasaikan impian tersebut. Apa lagi dalam usaha kerajaan untuk memperkasakan pendidikan di Malaysia dalam usaha melahirkan bangsa Malaysia glokal berminda kelas pertama dalam menyahut Sembilan Cabaran Wawasan 2020.

SENARAI RUJUKAN

Barbara Means, (1994). Technology and Education Reform. Jossey-Bass Publishers. San Francisco. Dr. Gan Siowck Lee, (2003). IT & Education In Malaysia. Longman Sdn. Bhd. Selangor. Gary G.Bitter and Melissa E.Pierson, (2002). Using Technology In The Classroom. A Pearson Education Company. Boston. Judy Lever-Duffy, Jean M. McDonald and Al P.Mizell, (2005). Teaching and Learning with Technology. Pearson Education,Inc. Boston. Noriati A. Rashid dan rakan-rakan, (2010). Siri Pendidikan Guru: Guru dan Cabaran Semasa. Penerbitan Oxford Fajar Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam P&P, diperoleh daripada www.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/ict_in_pnp.pdf pad 25 Ogos 2013 Syed Ismail bin Syed Mustapa dan Ahmad Subki bin Miskon, (2010). Guru dan cabaran semasa, Selangor: Penerbitan Multimedia. Teknologi di dalam. Pendidikan, diperoleh daripada

http://cmq123.blogspot.com/2010/04/teknologi-di-dalam-bidangpendidikan.html pada 25 Ogos 2013

You might also like