You are on page 1of 1

SASTERA DI SEKOLAH RENDAH..?

Pada minggu lepas, terdapat cadangan daripada 'orang-orang sastera'


supaya mata pelajaran sastera diperkenalkan di sekolah rendah. Mungkin
kerana cadangan mereka agar mata pelajaran sastera menjadi mata
pelajaran wajib di sekolah menengah telah ditolak mentah-mentah oleh
Kementerian Pelajaran. Apa rasional untuk memperkenalkan mata pelajaran
tersebut di peringkat sekolah rendah?

Matlamatnya hendaklah jelas yang mengambil kira kepentingan pelajar


sekolah rendah. Jika setakat untuk memperkenalkan mata pelajaran sastera
agar pelajar sekolah rendah mengenali sastera lebih awal, pelaksanaan itu
akan membebankan pelajar yang sudah sedia menggalas beg sekolah yang
besar dan berat. Lagi pula minta pelajar sekolah rendah yang agak terbatas
memungkinkan unsur-unsur sastera tidak difahami oleh mereka.

Jika kita melihat perkembangan sahsiah pelajar sekolah rendah sekarang


yang sudah jauh ke hadapan berbanding dengan apa yang kita fikirkan, mata
pelajaran sastera boleh diperkenalkan kepada mereka. Ini kerana ramai
pelajar sekolah rendah sekarang terlibat dengan kegiatan dan perlakuan
yang tidak sihat. Mereka tertinggal daripada pendidikan moral dan agama.
Dengan memperkenalkan mata pelajaran ini, pelajar boleh diterapkan
dengan nilai dan pengajaran daripada cerita-cerita yang disajikan melalui
mata pelajaran ini.

Cuma cerita perlulah dipilih agar bersesuaian dengan tahap mereka seperti
cerita binatang, cerita jenaka dan cerita kanak-kanak. Unsur sastera perlulah
diketepikan agar mereka tidak rasa terbeban dan mereka dapat belajar
dalam suasana yang ceria dan terhibur.

You might also like