You are on page 1of 1

Sekolah Kebangsaan Raja Chulan atau nama ringkasnya SK Raja Chulan, merupakan

sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Desa Cempaka.

Tapak awal sekolah ini adalah sebuah Taman Rekreasi dan telah mula
ditebusguna pada bulan Ogos, 1999. Keseluruhan keluasan kawasan ialah 7.5 ekar
dan memiliki geran No. 89035. Majlis penyerahan kunci telah dilangsungkan pada 2hb.
Mac, 2001.

Pada 1hb. Oktober 2000, Pejabat Pelajaran Daerah Kinta telah melantik
Encik Abdul Rahim b Haji Abdulah Azizi sebagai Caretaker untuk mengurus hal logistik
dan membuat persiapan awal sebelum sekolah dibuka. Selama lapan bulan beliau
bertugas seorang diri sehingga PPD Kinta menghantar Encik Arifuddin Kamaluddin
sebagai Pembantu Tadbir serta dua orang staf pejabat. Pada 1 hb Jun 2001, Encik
Mohd Azaudin Yeop Md Rose telah dilantik sebagai Guru Besar pertama sekolah ini.
Sekolah beroperasi pada 15 Julai 2001 dengan 16 orang guru perintis untuk memulakan
sesi persekolahan penuh dengan nostalgia manis. Jumlah murid ketika itu seramai 468
orang pelajar dari sekolah-sekolah berdekatan seperti Sekolah Kebangsaan Seri
Ampang, Sekolah Kebangsaan Tambun, dan Sekolah Kebangsaan Ho Seng Ong. Guru
Besar kedua, Puan Jamaliah binti Zamri mengambil alih tugas sebagai guru besar
setelah Encik Mohd Azauddin Yeop Md Rose ditukarkan ke Pejabat Pendidikan Daerah
Kinta untuk menjawat jawatan sebagai Penyelia Kokurikulum Daerah Kinta. Sebagai
kesinambungan tugas, Puan Jamaliah bt Zamri yang memulakan tugas pada 29
Disember, 2004 telah banyak merancang dan melaksanakan tugas demi kecemerlangan
sekolah ini.

Pada hari ini, Sekolah Kebangsaan Raja Chulan mempunyai bilangan murid
seramai 420 orang, 45 guru, 9 kakitangan sokongan, 4 orang pekerja kontrak dan 2
orang pengawal keselamatan. Sekolah Kebangsaan Raja Chulan telah menjadi
benchmark Jabatan Pelajaran Negeri Perak dalam bengkel Kemahiran Hidup.

You might also like