You are on page 1of 9

SEJARAH RINGKAS

SEKOLAH / PPKI
MENGIMBAU MEMORI
Sekolah Kebangsaan Pekan Satu, W.P. Labuan
terletak di kawasan bandar dan merupakan salah
satu sekolah yang tertua di Labuan.

Dibina pada tahun 1907. Asalnya terletak


berhampiran Panggung Lido Pustaka Melayu di
pusat bandar, dikenali sebagai Sekolah Pokok
Asam. Guru Besar pertama ialah Allahyarham
Zainal Bin Ahmad.
Tahun 1952, bangunan lama dirobohkan dan
dipindahkan ke tapak baharu berdekatan Masjid
Jamek An-Nur. Bangunan baru tersebut boleh
menampung seramai 200 orang murid.

Tahun 1962, sebuah bilik tambahan telah


dibina. Tahun 1978 (Rancangan Malaysia Ke-3),
bangunan konkrit telah dibina menggantikan
bangunan sedia ada.
Bangunan baharu telah digunakan sepenuhnya
pada 26 Mei 1982, telah dirasmikan pada 12 Mac
1983 oleh Y.B. Encik Jamal Nordin, Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Labuan pada ketika
itu.

Tahun 1995, bangunan ‘Projek Kilat’ dibina


termasuk bangunan untuk murid -murid
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dan
telah mula beroperasi pada Julai 1996.
10 Oktober 2001, bangunan sedia ada
dirobohkan untuk naik taraf. 5 Jun 2002, warga
SKPS telah berpindah sementara ke S.K Pantai
(aliran Perdana) dan S.M.K. Pantai (aliran
Pendidikan Khas).

Bangunan baharu dianggarkan bernilai RM


18.9 juta. Terdiri daripada blok pentadbiran,
akademik, kantin dan dewan serbaguna, blok
Pendidikan Khas, Prasekolah & flat guru. Tarikh
milik tapak bagi bangunan baharu S.K. Pekan
Satu ialah pada 10 Oktober 2002.
Tahun 2015, sekolah ini mempunyai seramai 878
orang murid (termasuk 47 orang murid
Pendidikan Khas) , 91 orang guru (22 orang guru
Pendidikan Khas) dan 13 orang kakitangan
bukan mengajar (6 orang Pembantu Pengurusan
Murid Pendidikan Khas).

Murid-murid di sekolah ini terdiri daripada


berbilang kaum, bangsa dan agama, namun tetap
boleh belajar dalam suasana yang harmoni.
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
S.K Pekan 1, W.P Labuan merupakan satu-
satunya Kelas Khas Sekolah Rendah yang
pertama untuk murid-murid istimewa di W.P
Labuan.

PPKI Masalah Pembelajaran (BP) telah dibuka


pada 1 Julai 1996, manakala PPKI Bermasalah
Pendengaran (BD) pada 02 Januari 2003, dan
PPKI Spesifik Disleksia (SD), telah dibuka pada
02 Januari 2004.
Pada awal pembukaan (1996) PPKI hanya
mempunyai seramai 5 orang murid dan 2 orang
tenaga pengajar.

Tahun 2004, PPKI sekolah ini telah diberikan


sebuah blok yang mempunyai 8 ruang untuk
aktiviti P&P murid. Setiap bilik darjah (2
bay)dibahagikan kepada 2 ruang (pembelajaran
berstesen).
Tahun 2014, PPKI sekali lagi mengalami
transformasi iaitu naik taraf kelas Pendidikan Khas,
hanya menempatkan 1 kelas di setiap bilik darjah (2
bay), siap sepenuhnya Disember 2014. Kelas yang ada
sekarang berjumlah 8 kelas (termasuk kelas
Disleksia).

Selain itu, bilik-bilik khas juga telah disediakan


(projek kemaskini ruang P&P) Bilik Muzik, B.
Jahitan, Pusat Sumber Mini, B. Masakan, B.
Solat/Pentadbiran, B. Penolong Kanan dan B. Guru P.
Khas.

You might also like