You are on page 1of 9

MENGIMBAU MEMORI

Sekolah Kebangsaan Pekan Satu,


W.P. Labuan terletak di kawasan bandar
dan merupakan salah satu sekolah yang
tertua di Labuan.

Dibina pada tahun 1907. Asalnya


terletak berhampiran Panggung Lido
Pustaka Melayu di pusat bandar, dikenali
sebagai Sekolah Pokok Asam. Guru Besar
pertama ialah Allahyarham Zainal Bin
Ahmad.
Tahun 1952, bangunan lama
dirobohkan dan dipindahkan ke tapak
baharu berdekatan Masjid Jamek An-Nur.
Bangunan baru tersebut boleh menampung
seramai 200 orang murid.

Tahun 1962, sebuah bilik tambahan


telah dibina. Tahun 1978 (Rancangan
Malaysia Ke-3), bangunan konkrit telah
dibina menggantikan bangunan sedia ada.
Bangunan baharu telah digunakan
sepenuhnya pada 26 Mei 1982, telah
dirasmikan pada 12 Mac 1983 oleh Y.B.
Encik Jamal Nordin, Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Labuan pada
ketika itu.

Tahun 1995, bangunan ‘Projek Kilat’


dibina termasuk bangunan untuk murid
-murid Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran dan telah mula beroperasi
pada Julai 1996.
10 Oktober 2001, bangunan sedia ada
dirobohkan untuk naik taraf. 5 Jun 2002,
warga SKPS telah berpindah sementara ke
S.K Pantai (aliran Perdana) dan S.M.K.
Pantai (aliran Pendidikan Khas).

Bangunan baharu dianggarkan


bernilai RM 18.9 juta. Terdiri daripada blok
pentadbiran, akademik, kantin dan
dewan serbaguna, blok Pendidikan Khas,
Prasekolah & flat guru. Tarikh milik
tapak bagi bangunan baharu S.K. Pekan
Satu ialah pada 10 Oktober 2002.
Tahun 2015, sekolah ini mempunyai
seramai 878 orang murid (termasuk 47
orang murid Pendidikan Khas) , 91 orang
guru (22 orang guru Pendidikan Khas)
dan 13 orang kakitangan bukan mengajar
(6 orang Pembantu Pengurusan Murid
Pendidikan Khas).

Murid-murid di sekolah ini terdiri


daripada berbilang kaum, bangsa dan
agama, namun tetap boleh belajar dalam
suasana yang harmoni.
Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) S.K Pekan 1, W.P Labuan
merupakan satu-satunya Kelas Khas
Sekolah Rendah yang pertama untuk
murid-murid istimewa di W.P Labuan.

PPKI Masalah Pembelajaran (BP) telah


dibuka pada 1 Julai 1996, manakala PPKI
Bermasalah Pendengaran (BD) pada 02
Januari 2003, dan PPKI Spesifik Disleksia
(SD), telah dibuka pada 02 Januari 2004.
Pada awal pembukaan (1996) PPKI
hanya mempunyai seramai 5 orang murid
dan 2 orang tenaga pengajar.

Tahun 2004, PPKI sekolah ini telah


diberikan sebuah blok yang mempunyai 8
ruang untuk aktiviti P&P murid.
Setiap bilik darjah (2 bay)dibahagikan
kepada 2 ruang (pembelajaran
berstesen).
Tahun 2014, PPKI sekali lagi mengalami
transformasi iaitu naik taraf kelas
Pendidikan Khas, hanya menempatkan 1
kelas di setiap bilik darjah (2 bay), siap
sepenuhnya Disember 2014. Kelas yang ada
sekarang berjumlah 8 kelas (termasuk kelas
Disleksia).

Selain itu, bilik-bilik khas juga telah


disediakan (projek kemaskini ruang P&P)
Bilik Muzik, B. Jahitan, Pusat Sumber Mini,
B. Masakan, B. Solat/Pentadbiran, B.
Penolong Kanan dan B. Guru P. Khas.

You might also like