You are on page 1of 1

Sejarah Sekolah

Mula ditubuhkan pada tahun 1950 atas daya usaha penduduk kampung dan Pejabat Daerah
Petaling. Bangunan asal sekolah terletak di Batu 11, Jalan Damansara yang dibina dari kayu secara
bergotong-royong.(lokasi tol Penchala LDP sekarang) Awal penubuhannya hanya terdapat 40 orang
murid yang terdiri daripada murid Orang Asli Temuan. Pada tahun 1954, sekolah dipindahkan ke Batu
10 Jalan Damansara oleh JHEOA dan dibina secara bergotong-royong. Pada Tahun 1962, sekolah
berpindah ke Kg. Orang Asli Bukit Lanjan (Kg. Dalam) yang mana bangunan 3 bilik darjahnya dibina
oleh JHEOA. Pada tahun 1984, satu blok yang terdiri dari 2 bilik darjah telah dibina bagi mengatasi
masalah kelas bercantum. Bangunan Blok B yang merupakan bangunan batu 2 tingkat telah siap
dibina pada tahun 1995. Disebabkan Projek Penswastaan Pembangunan Bukit Lanjan, SK Bukit
Lanjan telah berpindah ke tapak yang baru dengan bangunan moden pada September 1999. Tapak
lama telah didirikan pangsapuri untuk belia Orang Asli. Pada Tahun 2004 Kelas KAFA Integrasi Bukit
Lanjan ditubuhkan di bawah pentadbiran sekolah sepenuhnya (atas arahan Menteri Besar) yang
mana pertama seumpamanya di Negeri Selangor. Kelas Pra sekolah dan bangunan khasnya mula
beroperasi pada tahun 2007. Pada Januari 2010 pihak sekolah telah mendapat kelulusan untuk
membuka 2 kelas Pendidikan Khas untuk murid bermasalah pembelajaran iaitu yang pertama
seumpamanya bagi sekolah murid Orang Asli di Negeri Selangor.

Enrolmen murid seperti Ogos 2012 adalah seramai 157 orang di mana 130 orang (82.80%) terdiri
daripada murid Orang Asli, 19 orang Melayu (12.10%) dan lain-lain bangsa seramai 8 orang (5.10%).

You might also like