You are on page 1of 1

SEJARAH SEKOLAH

Kampung Telipok pada awalnya merupakan satu penempatan yang kecil, di


mana pekannya hanya mempunyai dua bangunan kecil yang diperbuat daripada
kayu dan sebuah pondok polis. Pekan ini menjadi tumpuan para penduduk
sekitarnya. Kampung-kampung yang terletak di sekitar pekan ini ialah Kg.
Telipok, Kg. Maruah, Sekoli, Norowot, Lepasan, Salut, Kayumadang, Rugading
dan Giling. Sementara kampung-kampung di perbukitannya ialah Kg.
Boronoun , Timbok, Tembalang, Tampulan, Kebayau dan Naroti.

Pada waktu itu kanak-kanak di sekitar Telipok terpaksa bersekolah di GPS


Darau Menggatal, GPS Pekan Tuaran dan sekolah jenis mission iaitu St John
Tuaran. Oleh kerana banyak kesulitan yang dihadapi oleh ibu bapa dan kanak-
kanak di kawasan ini untuk mendapatkan pendidikan dan belanja yang tinggi
memandangkan jarak sekolah dan tempat tinggal murid jauh dan bimbangkan
keselamatan mereka, maka para penduduk di sekitar Telipok telah memohon
untuk pembinaan sebuah sekolah di Telipok.

Permohonan untuk mendirikan bangunan sekolah ini telah diluluskan pada 01


September 1960 oleh pihak Jabatan Pendidikan (British). Ianya telah didirikan
di atas tapak tanah seluas 2.8 ekar. Ianya dibina secara gotong-royong oleh
penduduk kampung dengan menggunakan kayu, buluh dan atap rumbia dan
ianya diberi nama NVS Pekan Telipok. Setelah negeri Sabah mencapai
kemerdekaannya menerusi Malaysia dalam tahun 1963 sebuah bangunan kayu
yang mempunyai tiga buah bilik darjah dan sebuah bilik guru besar telah dibina
dalam tahun 1964. Nama sekolah ini juga telah dtukar kepada GPS Pekan
Telipok.

Memandangkan keadaan muridnya yang semakin bertambah, maka dalam tahun


1969 sebuah sebuah lagi bangunan kayu telah dibina. Ianya mengandungi
sebuah bilik darjah. Bangunan yang dibina pada awalnya telah dirobohkan dan
diganti dengan sebuah rumah guru.

Pada tahun 1979 sebuah bangunan konkrit satu tingkat telah dibina. Ianya
mengandungi enam buah bilik darjah, sebuah bilik guru dan sebuah bilik guru
besar. Namanya telah ditukar kepada SK. Pekan Telipok. Disamping itu, seunit
rumah guru juga telah dibina.

Oleh kerana bilangan guru di sekolah ini bertambah, maka masalah tempat
tinggal timbul. Oleh itu dalam tahun 1999 sederet rumah menerusi projek kilat
telah dibina. Ia mengandungi empat pintu rumah guru. Bilangan muridnya
bertambah kepada hampir 600 orang dan gurunya seramai 40 orang dan 5 orang
kakitangan bukan mengajar.

You might also like