You are on page 1of 3

1.

LATAR BELAKANG SEKOLAH


1.1 Sejarah Penubuhan Sekolah








Majlis Pembukaan Maktab Sabah
Maktab Sabah, sekolah menengah kerajaan yang pertama di Sabah telah dikenali sebagai
Government Secondary School (Technical) pada masa penubuhannya pada 16 Januari 1957.
Nama asal ini telah ditukarkan kepada Maktab Sabah atas cadangan Ketua Menteri Sabah
pada masa itu, Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun pada 1961.
Cadangan untuk penubuhan sebuah sekolah menengah kerajaan yang pertama di Sabah
sebenarnya telah dikemukakan oleh Pengarah Pendidikan Borneo Utara yang pertama, P.E.
Perry pada 1947. Namun cadangan itu mengambil masa kira-kira 10 tahun untuk
dilaksanakan. Pada peringkat awal, Beaufort telah dicadangkan sebagai tempat untuk
pembinaan sekolah menengah kerajaan yang pertama di sabah. Kemudiannya Jesselton (Kota
Kinabalu) pula telah menjadi pilihan.
Setelah Jesselton dipilih, timbul pula masalah tapak. Di antara tapak yang pernah
dicadangkan ialah tapak sekolah menengah All Saints sekarang, Kepayan, dan tapak Hospital
Ratu Elizabeth sekarang. Tapak Maktab Sabah dipilih pada tahun 1955 dan tapak jumlah
keluasannya ialah 16.77 ekar. Keluasan ini terdiri daripada 3 lot tanah,iaitu kawasan padang 6
ekar, kawasan sekolah 4.8 dan kawasan asrama 5.97 ekar.
Mengikut Perancangan kerajaan Inggeris, sekolah menengah kerajaan pertama ini akan
menganjurkan kursus 5 tahun untuk sijil Cambridge dan 2 tahun tambahan untuk Sijil Tinggi
Persekolahan bagi pelajar-pelajar yang paling cerdik di Borneo Utara. Rancangan pembinaan
sekolah ini telah diluluskan di London pada 1956. 90% kos pembinaan sekolah ini datang
daripada Colonial Development Welfare Fund dan bakinya datang daripada sumber-sumber
tempatan.
Setelah tapak dipilih, kerajaan terpaksa mengambil masa untuk memindahkan Civil
Aviaton Departmant dan Pauper Instution yang menduduki tapak Maktab Sabah sekarang.
Oleh yang demikian, Maktab Sabah menggunakan rumah atap usang yang terletak di SRK
Tanjung Aru sekarang sebagai bangunan sementara apabila pelajaran dimulakan pada awal
1957.
Menurut pengetua Maktab Sabah yang pertama, G.Clarke, keadaan sekolah dan bangunan
itu telah digambarkan sebagai "An old board and atap house as an office and spare classroom.
Part of the house served was also used as a garage until one day a strong wind blew that part
of it down....local children, dogs and chicken joined in our lesson."

Barisan Warga Maktab Sabah Yang Terawal



1.2 Mbmbmbm
1.3 Mbmbmb
1.4 Mbmbmbm
1.5

1.2 Visi sekolah
1.3

You might also like