You are on page 1of 1

Sejarah SJK ( C ) Choong Hwa Gurun , Kedah .

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Choong Hwa ditubuhkan pada tahun 1921 di Kg. Sg. Ibor, GUrun dengan bilangan murid seramai 15 orang sahaja . Selepas beberapa tahun , ianya dipindah ke Pekan Atap, Gurun kerana bilangan murid semakin meningkat . Pada tahun 1940 , sekolah ini dipindah lagi ke tapak seluas 1.75 ekar di Pekan Lama . Ianya terpaksa ditutup buat sementara pada hujung tahun lerana Perang Dunia Kedua. Sekolah ini dibuka semula pada tahun 1945 . Lembaga Pengelola Sekolah berjaya membina 2 blok bangunan baru pada tahun 1962 untuk menampung bilang murid yang telah mencecah 700 orang . Pada tahun 1980an , tapak yang sedia ada didapati tidak sesuai lagi untuk aktiviti P&P kerana kedudukannya berhampiran dengan jalan raya utama dan landasan kereta api . Pada tahun 1995 , pihak Lembaga Pengelola Sekolah berjaya membeli sebidang tanah seluas 5 ekar di Taman Gurun Jaya daripada Kerajaan Negeri Kedah untuk dijadikan tapak sekolah baru . Pada hujung tahun 1997 , satu blok bangunan 3 tingkat dan sebuah dewan sebarguna mula didirikan . Projek pembinaan telah siap sepenuhnya pada hujung tahun 1998 dan pada awal tahun 1999 , sekolah ini mula beroperasi di bangunan baru di lokasi sekarang .

You might also like