You are on page 1of 5

INTERSHIP SK LONG JAAFAR 2014

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN LONG JAAFAR


Pengenalan
Semenjak bijih timah mula dijumpai di kawasan Kamunting yang ketika itu dikenali sebagai
Klian Baru, dalam tahun 1848, kawasan ini telah menjadi kawasan perlombongan terpenting di negeri
Perak. Kebanyakan penduduk terdiri dari kaum Cina yang didatangkan dari Pulau Pinang. Ketika itu,
sedikit demi sedikit orang-orang Melayu mula menduduki kawasan berkenaan yang tinggal kira-kira 4
batu dari kawasan ini.
Pengasas
Tidak banyak yang diketahui tentang pengasas Sekolah Kebangsaan Long Jaafar. Menurut
ceritanya, sekolah asalnya telah dibina oleh orang-orang Kampung Batu Empat secara bergotong-
royong yang dipimpin oleh Ketua Kampung setelah didesak oleh Tuan Haji Basir B. Awang. Menyedari
betapa pentingnya pendidikan kepada anak-anak peneroka pada masa itu,Tuan Haji Basir telah
berusaha keras dan akhirnya mendapat persetujuan penduduk setempat untuk mendirikan sebuah
bangunan yang dikenali sebagai Sekolah Melayu Kamunting.
Bangunan Pertama
Bangunan yang pertama didirikan adalah sebuah bangunan kayu yang mempunyai 4 buah bilik
darjah yang mampu menampung sejumlah 120 orang murid. Gurunya pula seramai 3 orang. Guru
Besar yang pertama yang bertugas di sekolah ini adalah Tuan Haji Basir b. Awang sendiri iaitu pada
Januari 1949. Beliau telah berkhidmat sehingga 15 Mac 1952.
Pada tahun 1951, Sekolah Melayu Kamunting telah dipindahkan ke sebuah bangunan lain di
Jalan Kamunting Lama. Bangunan di sini mampu menampung sejumlah 150 orang murid dengan
INTERSHIP SK LONG JAAFAR 2014
bilangan 4 buah bilik darjah. Guru Besar ketika itu ialah Tuan Haji Yusuf b.Taib yang merupakan guru
besar kedua yang menggantikan Tuan Haji Basir yang meninggal pada 15 Mac 1952.
Pembinaan Blok D
Pada tahun 1953, sebuah bangunan telah didirikan di atas lot 331 seluas 6 ekar,1 rod dan 25
pol. Bangunan ini berukuran 160 kaki x 20 kaki yang kini dinamakan Blok D. Bangunan ini
mengandungi 6 bilik darjah dan boleh menampung seramai 200 orang murid.
Perubahan Nama Sekolah
Pada tahun 1959, sekolah ini dikenali sebagai Sekolah Rendah Kamunting. Dalam sekitar
tahun yang sama, jumlah penduduk semakin bertambah. Sekali gus berlakunya pertambahan murid di
sekolah ini menjangkau sehingga seramai 300 orang murid. Ini membolehkan sebuah lagi bangunan
setingkat didirikan berukuran 120 kaki x 20 kaki yang mengandungi 4 billik darjah yang kini dikenali
dengan nama Blok C. Ini menjadikan jumlah bilik 10 buah.
Rumah Guru
Pada tahun 1964, tiga buah rumah guru didirikan di dalam kawasan sekolah ini, di bawah
Projek Pembangunan Luar Bandar. Nombor rumah tersebut ialah JKR 1597, 1598 dan 1599. Pada
tahun 1987, dua buah daripada bangunan itu diistiharkan tidak selamat oleh Bahagian Pembangunan
JPN dan dirobohkan manakala sebuah lagi dijadikan stor sementara.
Persekolahan Dua Sessi
Dalam masa kurang dari 10 tahun, jumlah murid telah meningkat melebihi 700 orang dan ini
menyebabkan sekolah ini dijadikan dua sessi . Ini disebabkan penempatan angkatan tentera di
Kamunting yang mengambil alih tempat Military British. Tuan Hj. Yusof b Taib masih kekal menjadi
Guru Besar sehingga 30.April 1969. Jawatan Guru Besar seterusnya diisi oleh oleh En. Abdul Karim b.
Hj. Abdul Samad.
Pembinaan Blok A dan Kantin
Dalam 1ahun 1972 sebuah bangunan kekal dua tingkat dengan nombor JKR 1884 berukuran
260 kaki x 25 kaki telah didirikan. Bangunan yang dikenali sebagai Blok A kini, mengandungi 6 bilik
darjah. 2 setor, Pejabat Sekolah, Bilik Guru Besar dan tandas untuk guru dan murid. Pada kctika itu.
bilangan murid di sekolah ini telah meningkat ke bilangan 1000 orang. Sebuah kantin JKR 1885 juga
didirikan bagi memenuhi keperluan dan permintaan. Bangunan berukuran 90 kaki x 30 kaki ini
INTERSHIP SK LONG JAAFAR 2014
didirikan pada tahun yang sama. Pada masa ini bilangan tenaga pengajar yang bertugas ialah seramai
32 orang
Pembinaan Blok B
Bilangan murid sekolah ini terus meningkat kepada 1132 orang dalam tahun 1981. Ini telah
menyebabkan kerajaan terpaksa membina sebuah lagi bangunan tambahan 2 tingkat berukuran 70
kaki x 25 kaki bangunan ini mengandungi 3 bilik darjah, sebuah klinik pergigian, bilik rawatan dan
sebuah setor. Bilangan tenaga pengajar terus bertambah kepada 49 orang dan bilangan bilik darjah
bertambah menjadi 29 buah semuanya. Bangunan ini dikenali dengan nama Blok B.
Asal Usul Nama Long Jaafar
Pada tahun 1977 semasa di bawah pentadbiran En Mohd. Khir b Ismail, nama Sekolah
Rendah Kamunting telah ditukar sekali lagi kepada Sekolah Rendah Long Jaafar. Nama Long Jaafar
dipilih sempena seorang tokoh yang terkenal dan bertanggungjawab kepada perkembangan kemajuan
kawasan ini, memandangkan Kamunting adalah tempat asalnya bijih timah ditemui. Pertukaran nama
baru ini hanya dimaklumkan sahaja dan dipersetujui oleh Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan
Kementerian Pendidikan. Majlis perasmian nama baru ini diadakan serentak.
Pembinaan Blok E dan Blok F
Apabila kawasan Kamunting diistiharkan kerajaan sebagai kawasan perindustrian, maka
banyaklah kilang- kilang tekstil dan kilang-kilang lain didirikan, sekaligus meningkatkan
bilanganpenduduk di kawasan tersebut. Bilangan pelajar terus meningkat ke 1250 orang dan kelas
bertambah ke 30 buah kelas. Pertambahan pelajar terus meningkat dari setahun ke setahun . Malah
pada tahun 80an bilangan pelajar telah mencecah angka 2086 orang murid. Peningkatan murid yang
begitu mendadak telah membuka jalan untuk kerajaan menambah bangunan dua blok berkembar, tiga
tingkat dengan kemudahan serba lengkap. Bangunan ini dikenali dengan nama Blok E (JKR. l085) dan
Blok F (JKR 2086). Bangunan ini dilengkapi dengan sebuah Bilik Perpustakaan , surau, bilik darjah, 3
buah setor, bilik tayangan dan tandas untuk murid !elaki dan perempuan.
Pertukaran Nama Sekolah
Pada tahun 1992 semasa pentadbir ke-12 iaitu En Razak bin Jamal, hampir 600 orang murid
telah dipindahkan ke dua buah sekolah yang baru dibina di sekitar kawasan Kamunting. Sebahagian
murid yang tinggal berhampiran Bukit Jana ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Jana manakala
sebahagian yang lain ditempatkan di sekolah Kebangsaan Air Putih yang dibuka serentak pada tahun
INTERSHIP SK LONG JAAFAR 2014
1992. Pada ketika ini bilangan kelas berjumlah 42 kelas. Terdapat 7 buah kelas bagi setiap tahun.
Semasa pentadbiran beliau juga nama sekolah ini sekali lagi bertukar dari sekolah Rendah Long
Jaafar , Kamunting kepada Sekolah Kebangsaan Long Jaafar, Kamunting sehingga sekarang.
Naik Taraf Kantin dan Bilik Guru
Pada 16 .06.93 Guru Besar En. Razak b. Jamal dinaikkan pangkat sebagai Pegawai
Pendidikan Daerah Rendah LMS dan digantikan oleh En. Abdul Rahim b. Hj. Sulaiman. Kantin sekolah
diperbesarkan selebar 90 kaki x 20 kaki pada tahun 1996 dan pada tahun 1997 ruang makan bilik guru
pula diperbesarkan seluas 20 kaki.
Kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Bilik Darjah BIok C diubahsuai pada tahun 1995 bagi penyediaan Kelas Pendidikan Khas
Bermasalah Pembelajaran. Pada tahun 1996 kelas ini diwujudkan dengan bilangan murid seramai 12
orang. Kelas ini dibimbing oleh dua orang guru Khas untuk mendidik anak anak yang kurang upaya ini.
Pada April 1996 seramai 42 orang murid-murid kelas bermasalah pembelajaran dari Sekolah King
Edward Taiping VII (1) dipindahkan ke sekolah ini bersama 7 orang guru terlatih dan seorang
Penyelaras.
Pembinaan Bilik Guru Yang Baru
Sekolah ini memperolehi sebuah bangunan gantian (Ganti Rumah Guru yang telah
dihapuskira Villa llmu) sebuah blok 3 bilik darjah dan diubahsuai untuk dijadikan bilik guru yang
disempurnakan pembinaan pada akhir Disember 1998. Blok Bilik Guru ini dikenali dengan nama Villa
Pendita . Bilik Guru lama yang ada di Blok A telah diubahsuai dan dijadikan Bilik Gerakan.
Perubahan Arus Perdana
Pada 16. 03. 2001 Sekolah Kebangsaan Long Jaafar, Kamunting telah menerima satu lagi
perubahan iaitu Pentadbir / Guru Besar yang ke empat belas iaitu En. Abdul Habib bin Alapitchay.
Dibawah pentadbiran beliau yang dinamik, sebuah bangunan tambahan telah didirikan iaitu Blok G
pada 30 Jun 2001 dan telah siap dibina dan diserahkan untuk digunakan pada 31 Disember 2001.
Bangunan tambahan empat tingkat ini mengandungi 1 ruang serbaguna, 11 bilik darjah, sebuah bilik
setor Pendidikan Jasmani, sebuah bengkel Kemahiran Hidup, sebuah Bilik Guru, sebuah bilik
Perkembangan Staff. / Urusetia Peperiksaan, sebuah bilik Komputer, sebuah bilik Bimbingan &
Kaunseling, sebuah Makmal Sains dan sebuah bilik Muzik. Bangunan ini telah diguna pakai pada bulan
September 2001.
INTERSHIP SK LONG JAAFAR 2014
Persekolahan Satu Sesi
Buat kali keduanya setelah sekian lama, Sekolah Kebangsaan Long Jaafar telah berjaya memulakan
persekolahan satu sesinya semula pada 05 September 2002. Jumlah murid sekolah itu (2003)
ialah seramai 1175 orang murid.
Kornologi Pembukaan Sekolah Kebangsaan Long Jaafar
1848 Biji timah dijumpai di Kelian Baru (Kamunting) oleh pembesar melayu(Long Jaafar).Ketika
gajahnya berkubang di dalam lopak air terdapat bintik berkilat pada badan gajahnya (biji timah).
Penempatan baru dibuka.Penduduk bertambah
1949 Ketua kampung dan penduduk kampung Batu 4,Kamunting bergotong royong mendirikan
bangsal 4 bilik darjah(120 orang murid,4 orang guru).Guru besar pertama Tuan Haji Basir B Awang
1951 Pindah ke bangunan lain di jalan Kamunting Lama.Guru Besar,Tuan Haji Yusof Bin Awang
1953 Pindah lagi ke bangunan baru papan,blok D-6 bilik darjah (170 orang murid pelbagai kaum )
dan bertukar nama kepada Sekolah Rendah Kamunting
1959 Penduduk terus bertambah.Wujud kawasan perkampungan dan penempatan baru. Bilangan
murid bertambah 300 orang. Sebuah bangunan tambahan papan dibina (4 bilik darjah-blok C)
1964 3 buah rumah guru dibina.Pada 1986,2 buah telah dirobohkan(usang). Sebuah lagi dijadikan
setor dan pada tahun 1995 telah diubahsuai menjadi Villa Ilmu. Dalam masa kurang sepuluh tahun
murid bertambah menjadi 700 orang. Sekolah 2 sesi, pagi dan petang
1972 - Jumlah murid 1000 orang. Sebuah bangunan baru (batu) 2 tingkat (blok A) dan sebuah kantin.
Bilangan guru 32 orang.
1977 - Tukar nama dari Sekolah Rendah Kamunting kepada Sekolah Rendah Long Jaafar.
1981 - Jumlah murid 1132 orang (29 kelas -41 orang guru).Sebuah lagi baru (2 tingkat ) dibina-blok B
1988 Jumlah murid 1500 orang. Dua blok bangunan baru (3 tingkat) dibina-blok

You might also like