You are on page 1of 2

Mother Teresa - Biarawati yang disanjungi Dunia

MOTHER TERESA merupakan seorang biarawati yang telah mendedikasikan hidupnya untuk
menolong rakyat miskin di dunia. Gelaran ‘mother’ yang bermaksud ibu diberikan kepadanya untuk
menghargai sumbangan insaniahnya kepada yang memerlukan.

Walaupun insan terkenal ini tidak pernah melahirkan anak, beliau telah mejadi ibu angkat kepada
jutaan orang miskin melalui usahanya menerusi pertubuhan Missionaries of Charity yang
diasaskannya di Calcutta, India pada tahun 1950.

Terdapat lebih daripada 610 pusat servis di 123 buah negara termasuk pusat hospis untuk pesakit
HIV/AIDS dan pelbagai jenis lagi pusat yang menawarkan bantuan untuk masyarakat miskin, yang
bernaung di bawah Missionaries of Charity.

Biarawati dihormati ini telah memenangi hadiah ‘Nobel Peace’ pada tahun 1979 dan telah
menggondol anugerah tertinggi di India iaitu Bharat Ratna pada tahun 1980.

Selain itu, Mother Teresa juga pernah menerima banyak anugerah antarabangsa seperti Pope John
XXIII Peace Price (1971), Nehru Price (1972) dan Balzan Prize (1979). Dia juga pernah menangi
anugerah Templeton dan juga Magasaysay.

Sukarelawan yang disegani dunia ini dilahirkan pada 26 Ogos 1910 di Macedonia dan diberi nama
Agnesë Gonxhe Bojaxhiu.Ayahnya meninggal dunia ketika usianya mececah lapan tahun dan dia
dibesarkan oleh ibunya sebagai seorang Kristian (Roman Katolik).

Semasa kecil, Agnes sangat meminati cerita pendakwahan orang Kristian dan jasa yang
disumbangkan oleh mereka untuk membantu orang miskin.

Ketika berumur 12 tahun, dia telah bertekad untuk menjadi seorang biarawati dan menyertai ‘Sisters
of Loreto’semasa berumur 18 tahun. Setelah menjadi biarawati, beliau menukar namanya kepada
Teresa. Mother Teresa kemudiannya pergi ke Rathfarnham, Ireland untuk mempelajari Bahasa
Inggeris.

Pada tahun 1929, kariernya sebagai guru bahasa Inggeris bermula. Destinasi pertama beliau sebagai
guru ialah sebuah perkampungan bernama Darjeeling, yang terletak di kaki gunung Himalaya, di
India. Setelah melihat kesengsaraan hidup penduduk di sana, hatinya telah terbuka untuk membantu
golongan yang kurang bernasib baik ini.
Pada tahun 1948, beliau mula mengembara merentasi Darjeeling untuk membantu golongan miskin
di India.

Usaha murni yang bermula di Calcutta, India dengan bantuan 13 orang sukarelawan kini telah
berkembang kepada lebih daripada 4,000 orang biarawati dan sukarelawan yang menjaga banyak
rumah anak-anak yatim, hospis pesakit AIDS, dan pusat-pusat kebajikan di seluruh dunia.

Yang menariknya, orang yang dirawat di hospisnya dibenarkan ‘pergi’ mengikut agama masing-
masing walaupun ianya didirikan oleh penganut agama Kristian.

Dia yang suatu masa dahulu, terpaksa meminta sedekah untuk membantu fakir miskin kini telah
dikurniakan dengan sumbangan yang melimpah-ruah dari orang ramai untuk memenuhi impiannya
iaitu untuk menolong orang miskin.

Mother Teresa meninggal dunia pada 5 September, 1997 kerana komplikasi jantung dan sakit tua
ketika beliau berumur 87 tahun.

You might also like