You are on page 1of 3

Adat Resam Dalam Masyarakat Sikh

a) Mengandung

i.

ii.

iii.

iv.

Bagi masyarakat Sikh apabila seseorang wanita itu mengandung ia perlu mengikut segala
pantang larang yang terdapat dalam masyarakat mereka untuk menjaga keselamatan ibu dan
kamdungannya. Antara pantang larang yang dikatakan adalah seperti berikut :
Ibu mengandung tidak dibenarkan makan buah yang berkembar kerana dikhuatiri boleh
menyebabkan mendapat anak kembar. Mendapat anak kembar bukanlah suatu pantang larang di
dalam masyarakat Sikh tetapi kelahiran anak kembar besar kemungkinan akan mendatangkan
beban kepada sesetengah keluarga terutamanya keluarga yang susah.
Ibu mengandung juga tidak dibenarkan memegang objek tajam seperti pisau atau gunting dan
tidak boleh memotong apa- apa ketika gerhana matahari. Mengikut kepercayaan mereka,
perbuatan tersebut boleh menyebabkan anak lahir dalam keadaan calar- balar di muka dan tidak
cantik.
Mengikut kepercayaan kaum Sikh, selepas kelahiran sekiranya anak itu tidak berhenti
menangis, keluarganya perlu ke tempat uri ditanam dan dipukul tanah itu untuk menghentikan
tangisan.
Hari lahir pula tidak boleh disambut sebelum tarikh lahirnya, mesti disambut selepas atau pada
hari lahirnya kerana ia boleh menyebabkan pendek umur.

b) Kelahiran Bayi
Apabila lahirnya seorang bayi, ia juga terdapat pantang larang yang perlu diikuti. Hal ini kerana
ingin menjaga kesihatan anak-anak mereka serta ia merupakan amalan yang perlu dilakukan oleh
setiap penganut punjabi. Antara amalan-amalannya ialah :
i.
Pemberian nama merupakan upacara penting yang dikenali sebagai Naamkaran. Bayi yang
baru lahir akan diberi nama setelah Granthi membaca Ardas. Kemudian kitab mereka Sri Guru

Granth Sahib akan dibuka secara rambang dan bayi akan dinamakan mengikut huruf pertama di
dalam muka surat tersebut.
ii.
Nama akhir atau nama belakang penganut Sikh adalah sama, berbeza hanya mengikut jantina
iaitu Singh bagi lelaki manakala Kaur bagi perempuan. Singh bermaksud Singa manakala Kaur
memberi maksud Puteri.
iii.
Apabila seseorang remaja lelaki mencapai umur sebelas hingga enam belas tahun, satu
upacara akan dijalankan iaitu upacara pemakaian serban. Upacara ini dipanggil Dastar Bandhni
lazimnya dilakukan oleh para agama Sikh yang dipanggil Granthi atau ketua masyarakat.
iv.
Bagi kaum lelaki mereka tidak dibenarkan memotong rambut. Jika dipotong ia adalah satu
kesalahan dalam agama mereka dan dianggap berdosa.

c) Perkahwinan
Dalam adat perkahwinan pula, terdapat amalan yang perlu diikuti oleh masyarakat Sikh supaya
perkahwinan mereka akan berjalan dengan lancar dan sempurna serta ia menjaga ikatan
perkahwinan yang terjalin antara kedua keluarga.
i.
Perkahwinan adalah penyatuan dua roh menjadi satu. Penyatuan ini disamakan dengan
penyatuan antara manusia dengan Tuhan iaitu satu matlamat penting dalam kehidupan setiap
penganut Sikh.
ii.
Mengikut adat perkahwinan kaum Sikh, pihak wanita akan mengeluarkan belanja yang
banyak bukan sekadar membayar dowri (hantaran) tetapi juga perlu menyediakan cincin emas
bukan sahaja untuk pengantin lelaki bahkan untuk ibubapa pengantin lelaki juga.
iii.
Proses peminangan atau pemilihan jodoh juga bermula dengan pihak perempuan.
iv.
Ketika upacara perkahwinan dilakukan, pasangan pengantin perlu berjalan mengelilingi Kitab
Guru Granthsahib sebanyak 4 kali.
v.
Pihak perempuan dan lelaki perlu menyapu kunyit pada mata, tangan dan kaki sebagai
menyuci atau membersihkan diri daripada kekotoran.
vi.
Benda wajib yang perlu disediakan pada hari perkahwinan adalah sebentuk cincin.
vii.
Bagi pengantin perempuan, di wajibkan untuk memakai pakaian yang berwarna merah dan
merah jambu sahaja.
d) Kematian
Kematian ialah terpisahnya antara roh dan jasad bagi seseorang manusia. Dalam sesebuah
keluarga yang kehilangan saudara mereka, amalan yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:
i.
Masyarakat Sikh mengurus mayat dengan membakar mayat.
ii.
Lelaki akan dipakaikan dengan pakaian putih dan serban.
iii.
Perempuan dipakaikan baju pengantin dan disolek dengan cantik.

iv.

Mayat yang telah dibakar akan dibiarkan sehari dan keesokannya baru dibenarkan untuk
mengambil abu mayat.
v.
Abu mayat akan diletakan dalam bekas tanah liat dan dibalut dengan kain merah dan
dilepaskan ke laut.

vi.

Hari ke 10 atau 14 akan diadakan kenduri dan bacaan doa untuk si mati akan dibaca sepanjang
kenduri diadakan.
RUJUKAN :
Religions of South Asia; Sushil Mittal, Gene Thursby, New York, First Published 2006.
The Sacred Paths of The East; Theodore M. Ludwig, Prentice Hall 2001.

You might also like