You are on page 1of 9

Pantang Larang Kaum

Sikh
Fairuza Hasyani
Fatin Syahirah
Pantang Larang

Wanita Kelahiran
Mengandung Bayi

Perkahwinan Kematian
Wanita Mengandung

▪ Antara pantang larang yang perlu diikuti:-

– Ibu mengandung tidak dibenarkan makan buah yang berkembar kerana dikhuatiri boleh
menyebabkan mendapat anak kembar. Mendapat anak kembar bukanlah suatu pantang
larang di dalam masyarakat Sikh tetapi kelahiran anak kembar besar kemungkinan akan
mendatangkan beban kepada sesetengah keluarga terutamanya keluarga yang susah.

– Tidak dibenarkan memegang objek tajam seperti pisau atau gunting dan tidak boleh
memotong apa-apa ketika gerhana matahari. Mengikut kepercayaan mereka, perbuatan
tersebut boleh menyebabkan anak lahir dalam keadaan calar-balar di muka dan tidak
cantik.
– Selepas kelahiran sekiranya anak itu tidak berhenti menangis,
keluarganya perlu ke tempat uri ditanam dan dipukul tanah itu untuk
menghentikan tangisan.

– Hari lahir pula tidak boleh disambut sebelum tarikh lahirnya, mesti
disambut selepas atau pada hari lahirnya kerana ia boleh menyebabkan
pendek umur.
Kelahiran Bayi

▪ Pemberian nama merupakan upacara penting yang dikenali sebagai


Naamkaran. Bayi yang baru lahir akan diberi nama setelah Granthi
membaca Ardas. Kemudian kitab mereka Sri Guru Granth Sahib akan
dibuka secara rambang dan bayi akan dinamakan mengikut huruf
pertama di dalam muka surat tersebut.
▪ Nama akhir atau nama belakang penganut Sikh adalah sama,
berbeza hanya mengikut jantina iaitu Singh bagi lelaki manakala
Kaur bagi perempuan. Singh bermaksud ‘Singa’ manakala Kaur
memberi maksud ‘Puteri’.
▪ Apabila seseorang remaja lelaki mencapai umur sebelas hingga
enam belas tahun, satu upacara akan dijalankan iaitu upacara
pemakaian serban. Upacara ini dipanggil Dastar Bandhni lazimnya
dilakukan oleh para agama Sikh yang dipanggil Granthi atau ketua
masyarakat.
▪ Bagi kaum lelaki mereka tidak dibenarkan memotong rambut. Jika
dipotong ia adalah satu kesalahan dalam agama mereka dan
dianggap berdosa.
Perkahwinan

▪ Mengikut adat perkahwinan kaum Sikh, pihak wanita akan


mengeluarkan belanja yang banyak bukan sekadar membayar
dowri (hantaran) tetapi juga perlu menyediakan cincin emas bukan
sahaja untuk pengantin lelaki bahkan untuk ibubapa pengantin lelaki
juga.
▪ Proses peminangan atau pemilihan jodoh juga bermula dengan pihak
perempuan.
▪ Ketika upacara perkahwinan dilakukan, pasangan pengantin perlu
berjalan mengelilingi Kitab Guru Granthsahib sebanyak 4 kali.
▪ Pihak perempuan dan lelaki perlu menyapu kunyit pada mata,
tangan dan kaki sebagai menyuci atau membersihkan diri daripada
kekotoran.
▪ Benda wajib yang perlu disediakan pada hari perkahwinan adalah
sebentuk cincin.
▪ Bagi pengantin perempuan, di wajibkan untuk memakai pakaian
yang berwarna merah dan merah jambu sahaja.
Kematian
▪ Kematian ialah terpisahnya antara roh dan jasad bagi seseorang manusia.
Dalam sesebuah keluarga yang kehilangan saudara mereka, amalan yang
perlu dilakukan adalah seperti berikut:
– Masyarakat Sikh mengurus mayat dengan membakar mayat.
– Lelaki akan dipakaikan dengan pakaian putih dan serban.
– Perempuan dipakaikan baju pengantin dan disolek dengan cantik.
– Mayat yang telah dibakar akan dibiarkan sehari dan keesokannya baru dibenarkan untuk mengambil abu
mayat.
– Abu mayat akan diletakan dalam bekas tanah liat dan dibalut dengan kain merah dan dilepaskan ke laut.
– Hari ke 10 atau 14 akan diadakan kenduri dan bacaan doa untuk si mati akan dibaca sepanjang kenduri
diadakan.

You might also like