You are on page 1of 32

BAB 7

SISTEM ADAT DAN PERUNDANGAN ETNIK DI BORNEO

Pengenalan

O Masyarakat pelbagai etnik di Sabah dan Sarawak diketahui


lebih heterogenous berbanding masyarakat di Semenanjung
Malaysia. Justeru itu, secara tidak langsung adat dan
perundangan yang diamalkan juga berbeza-beza mengikut
etnik.
O Perbincangan difokuskan kepada dua etnik terbesar di
kedua-dua negeri tersebut:-

i. etnik Kadazan-Dusun di Sabah


ii. etnik Iban di Sarawak.
O Dua etnik ini dianggap dominan kerana bilangannya yang
ramai tetapi juga kerana sistem adat dan perundangan
mereka yang lebih lengkap berbanding etnik-etnik lain.
O Sistem adat dan perundangan etnik Kadazan Dusun dan
Iban meliputi hal-hal seperti struktur masyarakat, corak
pentadbiran, sistem perkahwinan, perwarisan harta dan
undang-undang tanah.
Sistem Adat dan Perundangan Etnik Kadazan Dusun Sabah

O Adat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan


etnik KadazanDusun yang merangkumi perkara seperti
perkahwinan, pengurusan harta pesaka, jenayah dan aktiviti
ekonomi.
O Walaupun kebanyakannya a telah menganut agama Kristian,
tetapi dari segi amalan adat mereka tetap tidak berubah.
Etnik Kadazan Dusun masih terikat dengan undang-undang
adat yang penuh dengan pantang larang dan hukuman sogit.
O etnik KadazanDusun hidup dalam satu
kelompok di sebuah rumah panjang atau
sekumpulan rumah yang diketuai oleh
seorang ketua. Mereka ini biasanya terdiri
daripada keluarga-keluarga yang berasal
daripada satu rumpun yang disebut oleh suku
kaum itu sebagai Sen AKA Gun. Mereka
mempunyai pemimpin yang lebih tinggi
kedudukannya dipilih daripada kalangan
mereka sendiri dan jawatan tersebut bukan
hak turun temurun sesebuah keluarga.

Tugu Nunuk Ragang, Tampias


O Ketua Sen AKA Gun merupakan pemimpin yang penting
dalam hal ehwal adat istiadat sesuatu upacara dan orang
yang berhak mengadili sebarang pertengkaran yang
berlaku dalam kalangan anak buahnya. Setiap anggota
Sen AKA Gun mempunyai hak yang sama ke atas harta
yang mereka miliki seperti tanah, pokok-pokok dan
barang tertentu. Dengan erti kata lain, tiada istilah
harta milik peribadi atau persendirian.
O Berkaitan dengan undang-undang tanah, masyarakat
Kadazan Dusun walaupun pada asasnya tidak ada istilah
tanah milik peribadi tetapi mereka yang mula-mula sekali
meneroka sesuatu tanah untuk pertanian akan diiktiraf
sebagai pemilik utama tanah tersebut. Tetapi, jika beliau
berpindah ke tempat lain tanah itu menjadi milik bersama
penduduk kampung. Undang-undang berkaitan dengan
tanah ini kemudiannya berubah mengikut peredaran
semasa. Kini, hak milik tanah persendirian dibenarkan
dan pemilik sesebuah tanah bebas untuk berbuat apa
sahaja ke atas tanahnya sama ada mahu dikerjakan
sendiri, disewakan ataupun dijual.
O Dalam sistem perwarisan harta bagi etnik Kadazan
Dusun, waris lelaki mendapat bahagian yang lebih
berbanding perempuan. Sekiranya si mati tidak
mempunyai zuriat maka harta beliau akan menjadi milik
saudara lelakinya. Saudara perempuan hanya akan
mendapat bahagian sekiranya si mati tidak mempunyai
saudara lelaki.
O Dari segi adat perkahwinan pula, mereka hanya boleh berkahwin
dengan pasangan daripada kelompok Sen AKA Gun yang sama dipanggil
sebagai perkahwinan endogami (Perkahwinan endogami adalah suatu
perkahwinan antara suku dalam lingkungan yang sama. Dalam sistem
perkahwinan endogami, seseorang diharuskan untuk mencari jodoh
dalam lingkungan sosialnya sendiri, misalnya dalam lingkungan
kerabat, lingkungan kelas sosial atau yang sangat dekat hubungan
kekerabatannya). Jika pantang larang ini dilanggar, ia akan membawa
kepada keadaan ketidakseimbangan dalam masyarakat mereka dan
hanya boleh dipulihkan melalui upacara adat tertentu.
O Penceraian adalah satu fenomena yang diterima oleh etnik
Kadazan Dusun dan hanya boleh berlaku setelah tiada jalan
penyelesaian untuk menyelamatkan sesebuah perkahwinan.
Biasanya dalam hal sebegini ketua mereka akan turut campur
tangan. Ikatan perkahwinan amat penting dalam masyarakat
Kadazan Dusun.
O Dalam hal pertunangan, sesiapa yang mengkhianati
pertunangan akan dikenakan dengan denda sogit lapau (denda
lapis) iaitu memberi seekor atau dua ekor kerbau kepada
tunangan kekasihnya.
O Bagi kesalahan suami isteri curang sogit lapau dikenakan
kepada kedua-duanya.
O Hukuman sogit ialah denda kepanasan yang ditentukan oleh
ketua kampung berdasarkan tradisi turun temurun. Sebagai
contohnya, jika seorang perempuan mengandung luar nikah
masyarakat Kadazan Dusun akan mendenda wanita
berkenaan. Lazimnya denda untuk kesalahan sebegini ialah
seekor kerbau atau lembu.

O Berdasarkan sogit, orang yang melakukan kesalahan harus


memberikan sejenis pemberian yang nilainya bersesuaian
dengan kesalahannya untuk menolak bala. Dalam
masyarakat Kadazan Dusun, segala perlakuan yang
menyalahi moral dianggap akan memanaskan persekitaran
dan menyebabkan pelbagai penyakit menimpa
masyarakatnya. Konsep sogit mewajibkan pelaku kesalahan
moral memberikan penyejuk kepada pihak yang disakiti atau
ahli masyarakat untuk mengelak kejadian tersebut.
O Fungsi sogit amat penting dalam masyarakat Kadazan Dusun
kerana selama sogit belum dijelaskan, semua bala yang
menimpa penduduk kampung akan dianggap berpunca
daripada kepanasan yang dicetuskan oleh pelanggaran nilai
tersebut. Antara jenis kepanasan yang sering dikaitkan
dengan kesalahan mengandung luar nikah ialah mamalangou
(demam selsema).

O Amalan denda sebegitu adalah bertujuan untuk menjaga


keharmonian masyarakat Kadazan Dusun.
O Antara kesalahan lain yang perlu dikenakan sogit juga ialah
babas (pendamaian) dan sogit kemaluan (denda mengaibkan
orang lain).
O Babas merupakan denda pendamaian yang melibatkan satu
pihak memberikan seekor haiwan untuk disembelih dan
dimakan oleh pihak yang tidak senang dengannya atau
boleh juga kedua-dua pihak saling memberikan haiwan
sebagai tanda tamatnya permusuhan dan pergaduhan
antara mereka. Babas juga dianggap denda ringan yang
bertujuan mengembalikan keharmonian semata-mata.
O Amalan masyarakat Kadazan Dusun yang sangat
mementingkan keharmonian juga dapat dilihat melalui
kewujudan pantang larang memakan daging khinzir dalam
kalangan masyarakat Dusun Tuaran kerana menghormati
etnik Bajau yang beragama Islam dan hidup berjiran
dengan mereka.
O Masyarakat Kadazan Dusun juga mementingkan nilai
kebersihan yang dapat dilihat melalui upacara
mengemahou (menyapu) iaitu mengusir roh orang mati dari
rumah. Sehingga kini amalan ini masih dipraktikkan oleh
banyak kelompok etnik Kadazan Dusun.
O Masyarakat KadazanDusun sejak berzaman turut
mengamalkan nilai bersyukur. Upacara-upacara pemujaan
dilakukan untuk menunjukkan kesyukuran. Antaranya,
upacara kokatuan (selepas menuai) dan maginakan (makan
besar). Dalam upacara berkenaan penyembelihan haiwan
seperti kerbau dilakukan dan ahli masyarakat akan
berpesta dengan makanan dan minuman. Pesta sedemikian
merupakan ekspresi kesyukuran masyarakat Kadazan
Dusun.
O Tadau Keamaatan (Pesta Menuai) yang diadakan di Sabah
pada setiap bulan Mei adalah kesinambungan daripada
nilai ini. Dalam Pesta Menuai dua unsur utama yang tidak
dapat dipisahkan ialah makan minum dan penggunaan alat
muzik. Misalnya, tarian Sumazau yang ditarikan semasa
Pesta Menuai sentiasa diiringi oleh paluan gong yang
iramanya berbeza mengikut kawasan penempatan
masyarakat Kadazan Dusun.
O Masyarakat Kadazan Dusun juga merupakan masyarakat
yang sangat menghormati alam sekitar dan kuasa
semangat alam sekitar. Sebagai contoh, dalam upacara
membersihkan tanah untuk bercucuk tanam di
Tambatuan, masyarakat kampung sengaja tidak menebang
sepohon pokok ditengah kawasan itu dengan alasan pohon
itu diperlukan oleh burung untuk bertenggek. Sekiranya
tidak ada tempat bertenggek burung boleh dianggap
teraniaya dan menyumpah tanaman sehingga tidak
menjadi. Selain itu, masyarakat Kadazan Dusun
melakukan pemujaan semangat alam sekitar yang
dilakukan sebelum dan selepas mengakhiri sebarang
aktiviti seperti bertanam padi.
O Disamping itu, sistem kalender mereka juga mewajibkan
mereka berehat atau menghentikan aktiviti bertani pada
hari-hari tertentu untuk merehatkan badan dan alam
sekitar. Antara amalan sebegini ialah momurinait
(melafazkan mantera), membaraian (memulakan tuaian
dengan dengan pemujaan semangat padi), dan maulud
(memuja semangat tanah). Setiap upacara ini dikaitkan
dengan pantang larang tertentu. Misalnya sehari selepas
membaraian, pemilik huma tidak dibenarkan menuai padi
untuk memelihara keharmonian kehidupan etnik Kadazan
Dusun dengan alam sekitar. Setiap upacara akan diketuai
oleh bobolian (bomoh wanita) kerana hanya bobolian yang
dianggap layak menjadi perantara antara langit dan bumi,
manusia dan pencipta.
- Bobolian (bomoh wanita)
O Menariknya, etnik
Kadazan Dusun juga
merupakan masyarakat
yang rajin dan bekerja
keras kerana didasari
oleh konsep maha yang
bermaksud keinginan
akan sesuatu yang lebih
baik. Tidak memiliki
maha adalah sesuatu
yang Koikum-ikum
(memalukan) bagi
kumpulan etnik ini.
O Dalam menunjukan nilai kesopanan, masyarakat Kadazan
Dusun Tuaran tidak dibenarkan menyebut namanya
sendiri, nama ibubapanya, datuk, nenek dan mentuanya
kerana dianggap negatif. Pelbagai kesan lucu jika ini
dilanggar seperti lutut akan jadi kuning jika menyebut
nama datuk nenek dan mentua akan jadi buta jika nama
mereka disebut.
O Adat dan ritual kematian etnik KadazanDusun sebelum
memeluk agama Kristian iaitu apabila seseorang meninggal
dunia, pada hari 1 dan ke 3 upacara pemisahan akan
dilakukan dimana jenazah akan dikebumikan segera
kerana percaya ia akan mengundang roh jahat.Dulu
pengebumian melibatkan kekanan (tajau):- mayat akan
didudukkan dalam tajau besar yang ditanam di kawasan
kubur. Kini, keranda kayu digunakan untuk pengebumian.
O Upacara mogihad iaitu menangisi si mati dimana suara
kesedihan dan tangisan yang kuat dilakukan oleh orang
yang agak berumur sama ada ahli keluarga atau ahli
masyarakat yang dikenali. Diikuti dengan adat meminum
tapai.
O Pada hari ke 4 dan ke 10 upacara pembersihan akan
dilakukan.
O Mereka juga mengamalkan mongokoriu memberikan bekal
kepada si mati yang dibawa ke kubur pada hari
pengebumian seperti pakaian dan makanan sebagai
bekalan untuk memudahkan kehidupan si mati di alam
seterusnya.
O Amalan porundun iaitu korban haiwan juga dilakukan untuk
pergi bersama si mati.
O Pada malam pengebumian juga satu upacara memadam
lampu dilakukan dikenali sebagai upacara momisok.
O Pada hari ke 3 satu upacara dikenali sebagai potongkiad
memisahkan atau momupus /mengakhiri dijalankan untuk
memastikan roh si mati tidak kembali kepada
keluarganya. Kemudian dilakukan upacara memutuskan
jambatan atau tabasan do sunsion supaya roh tidak
tersesat dalam perjalan dialam seterusnya.
O Setelah semua upacara ini dilakukan pula upacara
pembersihan yang melibatkan amalan menghalau roh
jahat seperti mengunakan mangauh (menggunakan abu),
mongotomou (menggunakan daun hijau), serai, beras, silau
do bidau (sejenis tumbuhan seakan-akan lalang digunakan
sebagai penyapu), upacara moning do sunduan (memanggil
semangat) untuk membolehkan keluarga si mati menjalani
hidup normal, kemudian upacara monondoli do ginao di
soginmiao (meneguhkan semangat) dan juga terdapat
upacara modtudau (berjaga) selagi mayat belum di
kebumikan.
O Larangan dikenakan untuk menggunakan alat muzik dan
nyanyian bagi menghormati keluarga si mati yang masih
berkabung.
O Sejak turun temurun orang KadazanDusun percaya pada
kehidupan selepas mati dikenali sebagai pongoluhan
dimana ramai beranggapan ia berada di puncak Gunung
Kinabalu. Namun apabila masyarakat Kadazan Dusun
menganut agama Kristian berlaku pertembungan budaya
dimana terdapat sesetengah adat dan ritual kematian ini
disesuaikan dengan tuntutan agama Kristian dan ada juga
yang tetap dikekalkan.
Sistem Adat dan Perundangan Etnik Iban Sarawak

O Masyarakat Iban di Sarawak tinggal di rumah-rumah


panjang yang mempunyai beberapa buah bilik untuk setiap
keluarga.
O Sebuah rumah panjang atau lebih merupakan satu
kelompok keluarga besar yang dipanggil menoa bagi
masyarakat Iban (Dayak Laut). Keluasan satu-satu
menoa meliputi kawasan sejauh setengah hari perjalanan
kaki.
O Setiap satu kelompok menoa mempunyai seorang ketua
dikenali sebagai Tuai Rumah bagi satu menoa. Biasanya
Tuai Rumah dipilih daripada mereka yang tertua sekali
O Mereka ini merupakan orang yang berkuasa dalam
memastikan adat resam, hukum adat dan setiap ahli di
menoa berjalan dengan baik.
O Menjaga hak setiap ahli termasuklah hak untuk mencari
rezeki yang biasanya melibatkan perkerjaan seperti
memburu, memungut hasil hutan dan membuka tanah
untuk hasil pertanian.
O Sistem dan undang-undang perkahwinan
masyarakat Iban di Sarawak agak mudah
serta tidak mempunyai pantang larang yang
banyak. Mereka boleh berkahwin dengan
sesiapa sahaja yang disukai asalkan bukan
daripada kaum keluarga terdekat. Adat
perkahwinan mereka juga tidak jauh
berbeza dengan adat perkahwinan
masyarakat Melayu yang didahului dengan
upacara peminangan atau pertunangan dan
diikuti dengan istiadat perkahwinan. Cuma
yang berbezanya disini adalah dari segi
tempoh pertunangan yang telah ditetapkan
oleh adat orang Iban iaitu tempoh
pertunangan selama satu tahun dan ini
bukan atas persetujuan kedua-dua belah
pihak.
O Hal ehwal penceraian juga terdapat dalam sistem
perkahwinan masyarakat Iban.
O Jika penceraian merupakan satu perkara yang tidak dapat
dielakkan, ia akan dilakukan oleh ketua adat dengan
mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Penceraian ini
akan melibatkan pembahagian harta antara suami dan
isteri. Dalam hal ini terdapat dua jenis harta yang terlibat
dengan pembahagian akibat penceraian dalam masyarakat
Iban. Harta itu pertamanya ialah harta individu yang
dibawa dalam perkahwinan dan keduanya ialah harta yang
diperoleh semasa perkahwinan.
O Mengikut adat mereka, jika penceraian berlaku atas
muafakat kedua-dua belah pihak, maka harta
perseorangan itu akan kembali menjadi miliknya manakala
harta dalam kategori yang kedua itu dibahagi sama rata.
Tetapi, jika penceraian itu berlaku tanpa muafakat maka
pihak yang mahukan penceraian akan didenda walaupun
harta-harta berkenaan akan tetap dibahagikan
kepadanya.
O Sistem perwarisan harta dalam kalangan masyarakat Iban
tidak jauh berbeza daripada sistem perwarisan yang biasa.
Sistemnya berasaskan kepada sistem perwarisan individu
dengan maksud bahawa harta peninggalan si mati akan
diwariskan kepada ahli-ahli warisnya yang tinggal. Namun
begitu, perbezaan tetap ada iaitu pada ahli-ahli warisnya.
Sekiranya si mati meninggalkan anak yang masih hidup maka
hanya anaknya sahaja yang berhak mewarisi harta
peninggalan si mati walaupun si mati mempunyai cucu atau
cicit. Dalam hal ini anak-anak itu akan mendapat bahagian
yang sama rata tanpa mengira jantina. Ini melambangkan
anak sebagai keturunan utama dalam apa yang disebutkan
sebagai garis pokok keutamaan dalam menentukan waris. :
Berikut adalah kelompok waris mengikut garis keutamaan ini:

O 1. Kelompok pertama: anak-anak si pewaris dan


keturunan seterusnya.
O 2. Kelompok kedua: orang tua si pewaris, iaitu ayah
dan ibunya
O 3. Kelompok ketiga: saudara-saudara si pewaris
(lelaki ataupun perempuan)
O 4. Kelompok keempat: Kemanakan daripada si pewaris.
O 5. Kelompok kelima: Saudara-saudara tiri.

O Dari segi perwarisan harta, setiap kelompok berhak


mendapatkannya jika kelompok teratas tiada.
O Orang Iban terkenal
dengan minuman tuak iaitu
sejenis minuman keras
yang dihidangkan sewaktu
menyambut tetamu atau
merayakan sesuatu
perayaan besar.
Kesimpulan

O Sistem adat dan perundangan yang menjadi kebudayaan


masyarakat pelbagai etnik di Sabah dan Sarawak menjadi
nilai penting yang diwarisi sehingga kini. Ia turut menjadi
satu nilai yang dikongsi bersama oleh semua masyarakat
mengikut nilai budaya masing-masing.

You might also like