You are on page 1of 14

UPACARA DAN ADAT RESAM KAUM KADAZAN DUSUN

PAKAIAN
Suku Kadazandusun ini adalah rangkuman dua suka utama iaitu Kadazan dan Dusun, di mana ia
masih mempunyai banyak cabang. Terdapat juga perbezaan dari segi pakaian mengikut
daerah/residensi atau mukim kediaman Antara subetnik Kadazandusun ialah Murut. Murut ini
juga mempunyai sub-subnya yang tersendiri.

Bisaya

Dusun Labuk

Bisaya

Dusun Dumpas

Bisaya

Dusun Garo

Dusun Keningau

Dusun Lotud

Murut Kandila

Murut Tangala

Dusun Papar

MUZIK

Muzik tradisi yang ditonjolkan dalam kaum ini amat menarik dan unik. Alat-alat dan bunyibunyian tradisional ini banyak terdapat dalam suku kaum Kadazandusun dan ianya berpotensi
untuk diwarisi oleh generasi muda kini. Antara lain alat-alat muzik tradisi yang popular ialah
gong, sompoton, kulintangan, togunggu atau togunggak, bungkau, pumpuak, sundatang, suling,
turali, tongkungon dan lain-lain lagi.

Kulintangan

Sompoton

Gong

Togunggak

TARIAN
Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaum
Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut. Setiap etnik dalam
Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak tarian tradisional ini dipengaruhi oleh
sosio budaya kawasan tertentu.
Tarian Sumazau
Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di
seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya
memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian Sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran
yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala,
menyemah semangat, dan mengubati penyakit.
Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki
dan wanita menari berhadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil,
sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan
dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan
semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan.

MAKANAN
Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazan-Dusun ialah Ambuyat, Hinava,
Noonsom, Pinaasakan, Bosou, dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan
dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi kaum Kadazan-Dusun.
Makanan Kadazan kontemporari dipengaruhi oleh hidangan turun-temurun dan hidangan cina,
dengan pengubahsuaian-pengubahsuaian unik dan nuansa sertapenggunaan tertentu barang
makanan boleh didapati di sini, terutama pucuk-pucuk rebung, sagu dan ikan air tawar.
'pinasakan' adakah salah satu hidangan kadazan yang paling popular, yang pada asasnya adalah
satu bentuk ikan air tawar jeruk
Satu lagi hidangan biasa ialah 'hinava', yang ialah satu bentuk saladdengan kepingan-kepingan
ikan mentah, peria, serta bahan-bahan lain. Hinava adalah sama seperti kepada ceviche iaitu ikan
diperapkan dalam buah sitrus. 'bambangan' buah biasanya dimakan dengan hidangan-hidangan
sebagai satu pembuka selera. Satu lagi pembuka selera popular biasa dimakan ialah mangga
hijau, biasanya dicampur dengan kicap dan cili.

Ambuyat

Pinaasakan

PERKAHWINAN

Butod

Hinava

Dalam adat perkahwinan kaum Kadazan,satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin tersebut
dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri oleh
keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah
pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu. Perkara yang paling penting dalam
upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara menukar gumpalan nasi. Untuk
memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah
bulatan gadis-gadis yang berpakaian tradisional berwarna hitam. Di hadapan mereka terletak
seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk
dijadikan gumpalan sebesar telur ayam. Kemudian kedua-duanya akan bertukar-tukar gumpalan
nasi itu, lalu dimakan. Upacara miohon pinisi merupakan nazar perkahwinan menurut cara
tradisional.

UPACARA MEGINAKAN
Upacara Merisik

Upacara Miohon Pinisi

Masyarakat Kadazan Dusun mempunyai upacara perpaduan keluarga yang dipanggil meginakan.
Semua ahli kelurga dijemput dan satu upacara menyembahyangkan arak Gampian Kinomol yang
diketuai oleh mereka yang mahir megendi serta dijalankan pada waktu malam. Setelah selesai
upacara tersebut, mereka mengambil bambu atau "Telutuk" untuk dipukul "Tontongon" bagi
mengeluarkan bunyi. Menurut kepercayaan mereka memukul bambu bertujuan memperbaiki
dunia. Hari keluarga ini dihadiri semua ahli keluarga dan masyarakat kampung selama 7 hari
berturut-turut.

UPACARA MOMOHIZAN

Upacara Momohizan ini diadakan pada bulan Ogos atau bulan September apabila padi selesai
dituai. Upacara momohizan diadakan untuk memuja semangat padi dan memberi makan kepada
penjaga semangat padi supaya membantu untuk menyuburkan padi dan melindungi padi dari
sebarang penyakit atau bencana alam. Upacara momohizan biasanya berlangsung dirumah
keluarga suku kaum Kadazandusun golongan berada. Sementara itu golongan yang kurang
berada akan meminta untuk didoakan bersama ataupun dalam bahasa Kadazandusun 'mikiompit'.

UPACARA HUMABOT
Upacara Humabot ialah adat suku kaum Kadazandusun yang diamalkan oleh nenek moyang suku
kaum ini apabila mendirikan rumah baru. Sebuah keluarga suku kaum ini yang akan mendirikan
rumah akan meminta Bobohizan untuk menjampi tanah tapak rumah itu didirikan.
Bobohizan memasukkan benda-benda seperti garam, butang baju dan kayu sapad ke liang tanah
tempat tiang dipacakkan. Selepas itu Bobohizan akan merenjis air disekitar kawasan tapak rumah
sambil membaca mantera, ini bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat yang berkeliaran di tapak
rumah tersebut yang dipercayai akan mendatangkan malapetaka ataupun dalam bahasa
kadazandusun 'kopizo' Tiang akan dipacakkan jika tuan rumah termimpi baik, tetapi jika
sebaliknya, maka tapak tiang akan dialihkan sedikit dari tapak asal.
Apabila rumah sudah didirikan, Bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini upacara 'momodu'
atau memandikan rumah akan dijalankan. Bobohizan akan membaca mantera sambil kaum lelaki
akan menyalakan apai pada bambu yang hujungnya dibungkus dengan getah (sikalap) dan
membawa obor ini mengililingi rangka-rangka atap rumah sambil bertempik sorak atau
'memangkis'. Ini bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat pembawa malapetaka.

RUMUSAN

Apabila menerima tugasan yang diberi, saya tidak melepaskan peluang untuk mendekati dan
mengkaji masyarakat Kadazan Dusun kerana terlalu banyak perkara yang ingin saya rungkai
tentang etnik yang amat unik dan istimewa ini.
Menyelami budaya masyarakat Kadazan Dusun membuatkan saya agak terkilan kerana banyak
perkara yang telah ditinggalkan. Kebanyakan adat, budaya dan kepercayaan dalam masyarakat
Kadazan Dusun hanya tinggal nama sahaja. Sebagai contoh, adat upacara Miohon Pinisi.
Walaupun adat ini masih diamalkan tetapi pengisiannya amat berbeza. .Adat-adat lama dalam
majlis ini kebanyakkannya dipengaruhi oleh cara hidup zaman moden. Oleh hal yang demikian ,
ianya telah digantikan dengan tatacara yang bersesuaian dengan cara hidup masyarakat kini.
Setakat mana institusi perkahwinan dan keluarga dalam masyarakat Kadazan Dusun dapat kekal
sebagaimana dengan apa yang pernah diamalkan pada masa dahulu, atau yang masih diamalkan
oleh masyarakat Kadazan Dusun yang tinggal di desa tidaklah dapat dipastikan. Ini kerana
masyarakat Kadazan Dusun yang yang terdiri daripada pelbagai etnik-etnik kecil mempunyai
pandangan yang berbeza. Pandangan yang berbeza itu sudah pasti akan mempengaruhi
kehidupan masyarakat Kadazan Dusun.
Implikasinya institusi perkahwinan dan keluarga dalam masyarakat Kadazan Dusun telah
mengalami banyak perubahan. Masyarakat Kadazan Dusun banyak mengalami proses asimilasi
berbanding etnik lain. Segelintir generasi muda zaman sekarang sukar untuk diterima sebagai
masyarakat Kadazan Dusun yang tulen memandangkan segala kehidupan telah bertukar kepada
masyarakat tempatan. Generasi muda sekarang semakin hilang nilai adatnya kerana lebih bersifat
moden dan kontemporari seiring dengan modenanisasi yang berlaku. tetapi tidak dapat dinafikan,
kebudayaan ini masih dipegang cuma pengisian dan caranya lebih moden berbanding dahulu.
Hasil daripada tugasan ini, kesimpulan yang saya dapati adalah terdapat banyak adat resam dan
kepercayaan masyarakat Kadazan Dusun yang telah ditinggalkan kerana selain daripada
mengalami proses asimilasi, ada di antara adat dan kepercayaan itu tidak bersesuaian dengan
kehidupan zaman sekarang.
Kepelbagaian etnik di sekolah dapat menimbulkan keseronokan dalam kalangan guru dan muridmurid. Mereka dapat mengetahui banyak perkara tentang kelompok etnik yang lain. Namun

sebagai seorang guru, kita perlu bijak memanafaatkannya demi mencapai wawasan 1
Malaysia

(323 patah perkataan)

You might also like