You are on page 1of 30

UW00102 HUBUNGAN ETNIK

SEKSYEN 9
SIR YUSTEN KARULUS
ESEI KUMPULAN
TAJUK:
ADAT DAN KEPERCAYAAN MASYARAKAT
KADAZANDUSUN DI SABAH

BIL. NAMA AHLI KUMPULAN NO MATRIKS NO TELEFON


1. FRANKLINE ANAK JAMES BB17110663 0165853265
NICHOL

2. BILLY ANAK NGALI BA17110326 0128930841


3. CAMILLIA ANN ANAK JABEN 0128494507
4. FAZIRAH BINTI NAIM BP17110251 0138345822
5. MOHD FITRI PELBI BB17110484 0105838635
6. SHARIF MOHD NAZREEN BIN BA17110771 0138730122
SHARIF SALAM

7. PAVITHRAN GUNASEGARAN BB17110543 0176316381


Pengenalan

Kaum Kadazandusun merupakan sebuah etnik peribumi yang menetapkan di pantai


barat sabah dan kawasan pendalaman sekitarnya. Kaum kadazan-dusun sebenarnya
dibentuk oleh dua kaum utama Sabah iaitu ‘Kadazan’ dan ‘Dusun’ namun disebabkan
persamaan bahasa, budaya dan situasi politik kaum ‘Kadazan’ dengan kaum ‘Dusun’
satu istilah baru telah terbentuk untuk menyatukan kedua-dua kaum ini iaitu ‘Kadazan-
Dusun’. Kaum Kadazan-Dusun membentuk etnik terbesar di Sabah.

Terdapat pelbagai suku kaum di dalam kaum Kadazan-Dusun. Kaum


Kadazandusun merupakan kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah. Menurut
Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA), Kadazandusun merujuk kepada
empat puluh satu etnik seperti berikut; ·

Bisaya, Kuijau, Murut, Sungai, Bonggi, Lingkabau, Nabai, Tatana, Bundu, Liwan,
Paitan, Tangara, Dumpas, Lobu, Pingas, Tidong, Gana, Lotud, Rumanau, Tindal,
Garo, Lundayo, Rungus, Tobilung, Idaan, Makiang, Sinobu, Tolinting, Kadayan,
Malapi, Sinorupu, Tombonuo, Kimaragang, Mangkaak, Sonsogon, Tuhawon,
Kolobuan Minokok, Sukang, Tutung.

Oleh yang demikian kerana kaum Kadazan-dusun merupakan kaum yang kaya
dengan pelbagai budaya dan adat istiadat yang merupakan warisan secara turun-turun
oleh nenek moyang mereka dan melambangkan keindahan adat dan budaya mereka
sebagai kaum terbesar di Sabah. Keunikan masyarakat ini terserlah melalui kebudayaan
dan adat resam yang diamalkan. Kebanyakan daripada amalan tersebut mengandungi
unsur-unsur ritual dan animisme. Ini jelas terlihat melalui adat resam dan kepercayaan
yang diamalkan dalam aspek kelahiran, perkahwinan dan kematian.Kaum
Kadazandusun memiliki banyak budaya yang boleh diwarisi contohnya dari segi asal-
usul, lagenda dan perkembangan suku kaum Kadazandusun, bahasa, pakaian
tradisional, muzik berunsurkan tradisional, corak kehidupan masyarakatnya, tarian
tradisional dan kemuncak bagi pemartabatan warisan budaya Kadazandusun ialah
Perayaan Pesta Kaamatan yang diadakan pada setiap tahun.
Adat Kepercayaan

Gambar : Upacara kepercayaan Magavau

Gambar : Bobohizan
Gambar : Rantai Bobohzian

Gambar : Bahan Makanan dalam upacara


Gambar : Upacara Korban

Pada awalnya, Kaum kadazandusun di Daerah Penampang Sabah mengamalkan

kepercayaan animisme. Kepercayaan ini diwarisi berasaskan fahaman dan adat pagan

kaum. Bagi masyarakat kadazandusun, Tuhan ialah Kinorohingan

yang bersemayam di dunia lain. Mengikut kepercayaan kaum kadazandusun,

Kinorohingan merupakan Tuhan di mana merekameminta sesuatu seperti keselamatan

dan perlindungan dari sebarang penyakit. Kinorohingan juga dapat menghalang

pengaruh kuasa ghaib seperti Roogon atau syaitan. Masyarakat kadazandusun

mempercayai bahawa roh orang mati akan pergi ke Gunung Kinabalu dan apabila tiba

masanya roh itu akan pergi ke syurga atau neraka. Setiap tahun selepas menuai padi,

masyarakat kadazandusun mengadakan upacara Magavau iaitu upacara kesyukuran

bagi menghormati semangat padi. Upacara ini dijalankan oleh Bobohizan atau ketua

bomoh dengan membaca mentera.

Setelah itu Bobohizan akan bersedia untuk menjemput dewata dari kayangan

untuk turut serta makan minum dan memohon kepada mereka untuk menjaga dan
melindungi padi serta keluarga suku kaum Kadazandusun. Pelatih Bobohizan akan

membaca mentara mingau dan diikuti dengan mentera Kumodong Sakazan ini ialah

untuk memanggil semangat kenderaan yang menurut mereka berbentuk perahu dan

akan belayar terapung-rapung di udara. Para Bobohizan akan menutup muka mereka

dengan kain sambil membaca mantera modsuut/soikung iaitu memanggil roh-roh

kayangan. Para Bobohizan ini akan menentukan arah tujuan masing-masing, biasanya

dua orang Bobohizan akan belayar ke kayangan (minsavat). Acara Modsuut ini diiringi

dengan paluan gong tanpa henti dan Bobohizan pula membaca mantera dan

mengoncang-goncangkan alat bunyian mereka yang diperbuat serpihan-serpihan besi

disangkutkan pada serpihan tulang rusuk manusia yang dipercayai diturunkan oleh

nenek moyang mereka yang merupakan pahlawan peperangan (misasangod). Alat

bunyian ini dipanggil sindayang.

Antara bahan makanan yang dihidang di tengah rumah sebagai jamuan

'mintong' ialah nasi, tapai, jeruk ikan (nosom) yang digaul dengan halia dan padi

(santadang paai). 'Modsuut' memakan masa yang agak lama iaitu lebih kurang dari jam

1.00 tengah malam hingga jam 5.00 subuh. Apabila roh Bobohizan itu sudah turun ke

bumi dengan roh-roh kayangan, maka Bobohizan akan berehat sebentar, samada

mereka akan tidur atau makan. Semasa Bobohizan sebelah pagi pula iaitu lebih kurang

jam 6.00 pagi Bobohizan akan memalu gendang sambil membaca mantera mihung,

painsan, monduvazan dan Bobohizan akan menyanyikan mantera momosik tompuvan

(mengejutkan pari-pari yang menjaga rumah). Seterusnya Bobohizan akan menarik

sehelai bulu dari seekor ayam yang telah disediakan sebagai korban. Korban biasanya

ialah seekor ayam dengan seekor babi.

Jantina korban mestilah bertentangan misalannya ayam jantan dengan babi

betina dan sebaliknya. Bobohizan akan membaca mantera sambil memegang ayam
korban dan Sumazau. Selepas membaca mantera, ayam akan disembelih dengan

menusuk kepala ayam itu dengan benda tajam, kadangkala Bobohizan akan

menggunakan klip rambut yang besar (titimbok). Setelah ayam itu mati, bulunya akan

dibakar sehingga terhidu baunya. Ertinya ayam itu kini telah pun dikorbankan kepada

miontong. Seterusnya Bobohizan akan memanggil miontong untuk minum tapai iaitu

dengan menuangkan sedikit tapai ke tanah. Setelah itu Bobohizan akan memotong,

rumput dengqn parang dan membaca mantera manau untuk meminta dewata pulang ke

kayangan. Kemudiannya korban- korban itu akan dibawa naik semula ke rumah.

Semasa para Bobohizan naik ke rumah, salah seorang tuan rumah akan merenjiskan air

kepada Bobohizan sebagai membersihkan Bobohizan yang telah turun ke tanah.

Bobohizan pula akan menyanyikan mantera sumamboi. Bobohizan akan berehat

seketika, kemudian acara magampah akan diadakan dimana tetamu dan ahli keluarga

tuan rumah terutamanya kanak-kanak akan duduk berkumpulan pada suatu tempat

(lazimnya ditengah ruang tamu) lalu ditutup dengan kain yang besar sambil Bobohizan

menari-nari mengelilingi mereka dengan membaca mantera dan memukul dua bilah

parang (tandus atau ilang) di atas kain yang menutuoi kumpulan itu untuk menghalau

penyakit.

Bobohizan yang lainnya juga akan menari-nari mengelilingi kumpulan ini

dengan menguis kain penutup dengan batang Lengkuas (tumbu) dan ohok (bunga).

Apabila mantera selesai dibaca, Bobohizan akan mengangkat kain penutup dan mereka

yang ditutup oleh kain itu akan bertempiaran lari kononya untuk meninggalkan

penyakit ditempat mereka berekumpul tadi. Setelah itu Bobohizan dan para tetamu akan

para tetamu akan sumazau. Selepas jamuan tengah hari, Bobohizan akan membaca

mantera papasazau miontong ini ialah untuk menjemput roh-roh penjaga rumah/padi

berpesta menari sumazau bersama-sama. Sambil sumazau, Bobohizan akan memotong


batang bambu (binabat) yang telah disediakan, kemudian disangkut pada dinding

rumah. Hisad juga akan dihiris-hiris oleh Bobohizan. Hisad yang jatuh ke lantai

akandipungut dan ditabur diatas padi yang dipersembahkan sebagai korban kepada

miontong. Selepas itu Bobohizan akan berehat dan pada waktu inilah korban- korban

seperti daging babi dan ayam dibersihkan dan dibahagi-bahagikan. Bahagian usus

korban ini akan dibawa oleh Bobohizan ke sungai untuk dibersihkan.

Upacara ini dinamakan humanau, ini juga bertujuan untuk memberi makan

kepada miontong Setelah itu kesemua Bobohizan akan mandi, membersihkan diri

mereka. Semasa perjalanan kembali ke rumah tempat momohizan itu diadakan,

Bobohizan dilarang untuk menoleh ke belakang atau tersadung kaki semasa berjalan.

Upacara momohizan ini diadakan selama dua malam dan setengah hari. Malam

keduanya Bobohizan akan membaca mantera modsuut lagi tapi dengan roh penjaga

rumah/padi saja. Di sebelah pagi hari kedua, bahan korban akan dibahagi-bahagikan

kepada para Bobohizan sebagai sogit dan selepas itu mereka akan dijamu dengan

makanan dan minuman tapai, ketika inilah para tetamu dan Bobohizan akan berbalas

pantun (kizat) atau syair (hius) dan acara ini sememangnya merupakan acara untuk

berhibur yang di selangi dengan gelak ketawa dan usik mengusik. Setelah selesai

makan, Bobohizan akan pulang ke rumah masing-masing dengan berbekalkan sogit

(huus). Humabot Upacara Humabot ialah adat suku kaum Kadazandusun yang

diamalkan oleh nenek moyang suku kaum ini apabila mendirikan rumah baru.

Sebuah keluarga suku kaum ini yang akan mendirikan rumah akan meminta

Bobohizan untuk menjampi tanah tapak rumah itu didirikan. Bobohizan memasukkan

benda-benda seperti garam, butang baju dan kayu sapad ke liang tanah tempat tiang

dipacakkan. Selepas itu Bobohizan akan merenjis air disekitar kawasan tapak rumah

sambil membaca mantera, ini bertujuan untuk menghalau roh-roh jahat yang
berkeliaran di tapak rumah tersebut yang dipercayai akan mendatangkan malapetaka

ataupun dalam bahasa kadazandusun 'kopizo' Tiang akan dipacakkan jika tuan rumah

termimpi baik, tetapi jika sebaliknya, maka tapak tiang akan dialihkan sedikit dari tapak

asal. Apabila rumah sudah didirikan, Bobohizan akan dipanggil lagi dan kali ini upacara

momodu atau memandikan rumah akan dijalankan. Namun demikian,

pada hari ini semakin ramai masyarakat kadazandusun yang telah memeluk agama

Kristian dan agama Islam tetapi adat dan kepercayaan ini masih ada dan dikekalkan

sehingga kini oleh sesetengah masyarakat kadazandusun.

Adat Kematian atau "Kepataiyen"

Gambar : Berjaga-Jaga
Gambar : Tajau Untuk Meletakan Mayat Bagi Orang Kaya

Gambar : Hidangan Makan 3 Tahun


Gambar : Tempayan Air Tapai Untuk Kenduri Makan 3 Tahun

Bagi masyarakat Kadazandusun di Daerah Penampang, Sabah, mereka

mempercayai kepada alaman akan mati yang dipanggil mogombiruoh. Perkara ini boleh

diandaikan oleh dukun melalui mimpi, di mana ramalan akan diberi oleh dukun

tersebut. Bila kematian berlaku dalam masyarakat kadazandusun tradisi, ahli keluarga

si mati akan memukul gong "Tontong sanang" yang bertujuan memberitahu ada

kematian dalam ahli keluarga dan disertai turun dari rumah atau "menuhon" bertujuan

cuba menahan roh si mati atau kedwo-dwo melalui benda-benda yang diambil

dipersekitaran halaman rumah si mati untuk disapukan di ubun-ubun kepala si mati

dengan harapan si mati hidup semula. Pada malam pada hari perkuburan, ahli keluarga

akan mengadakan upacara memisah dengan menutup semua lampu dalam rumah.

Tujuannya ialah agar roh si mati akan balik ke rumah untuk "megoit-megoit" atau

membawa dan mengambil barang-barang milik si mati. Pembahagian barang dilakukan


dengan tangan kiri dan membelakang. Pada hari kelima atau ketujuh pula, upacara

keselamatan yang dipanggil "Memagompi" melalui upacara mengendi dilakukan

dengan bantuan sesorang yang mahir megendi. Berikut adalah adat-adat yang sering

dilakukan oleh masyarakat Kadazan apabila berlaku sesuatu kematian.

Semasa Kematian

1. Memberi Tahu

Apabila salah seorang di kalangan masyarakat Kadazandusun meninggal dunia,

semua penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Ini penting

kerana setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami

oleh keluarga si mati. Oleh kerana masyarakat Kadazandusun kaya dengan pantang-

larang, dalam soal kematian juga pantang-larang itu amat dititikberatkan. Setiap

anggota masyarakat Kadazandusun tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan terutama

apabila upacara pengkebumian dilakukan. Pekerjaan menanam padi amat dilarang.

Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazandusun sekiranya mereka melakukan juga

pekerjaan tersebut kerja-kerja itu hanyalah sia-sia kerana tidak mendatangkan hasil.

Namun pantang larang itu hanya dikenakan kepada mereka yang tinggal di kawasan

yang berhampiran sahaja, manakala masyarakat Kadazandusun yang tinggal berjauhan

masih boleh melakukan sebarang pekerjaan.

2. Berjaga-Jaga

Selepas dimandikan dan seluruh badan dilap, mayat tersebut akan dipakaikan

dengan pakaian yang indah-indah dan kemudian direnjiskan dengan air wangi.

Sekiranya semasa hidup si mati menghisap rokok, ahli keluarga akan memasukkan

rokok ke dalam mulut si mati supaya tidak kempunan. Begitu juga dengan cerut yang

diselitkan pada bibirnya buat seketika. Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa
hari iaitu selama tiga, lima atau tujuh hari sebelum dikebumikan. Semasa mayat

diletakkan di ruang tamu, mayat akan dijaga dengan baik supaya tidak ada binatang

yang melangkahinya terutama kucing hitam. Masyarakat Kadazan percaya sekiranya

kucing hitam yang melangkah, mayat akan bangun dan mengamuk sehingga boleh

membunuh mereka yang berada di situ. Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis

atau jin yang menyerupai seekor burung besar yang digelar pendaatan.

Pengebumian

Pada umumnya masyarakat Kadazandusun akan mengusung mayat dengan

menggunakan keranda atau tajau. Oleh itu mayat terlebih dahulu dimasukkan ke dalam

kain yang dibungkus dan diikat pada sebatang kayu untuk memudahkan orang ramai

mengangkat mayat tersebut. Usungan mayat itu seringkali disertakan dengan paluan

gong, gendang, letupan mercun atau senapang. Bunyi-bunyian ini dilakukan secara

tenus menerus sehingga ke kawasan perkuburan. Adalah lebih baik sekiranya bunyi itu

berterusan untuk menakutkan hantu daripada meresap masuk ke tubuh mayat. Apabila

tiba di kubur, mayat itu dijampi oleh seorang tua yang dikhaskan menunggu di liang

kubur. Liang itu disapu dengan daun pinang hijau untuk mengelakkan semangat orang

ramai yang mengikut ke kubur itu tinggal di liang tersebut. Kemudian mayat diletakkan

di dalam liang dan sebatang kayu beringin dicacakkan di atas pusat mayat. Selepas itu

barulah mayat dikambus dengan tanah. Tujuan berbuat demikian untuk mengetahui

adakah si mati ingat pada keluarganya atau tidak.

Bagi masyarakat Kadazandusun dari kalangan yang berada, mayat ahli keluarga

mereka akan dimasukkan ke dalam sebuah tajau yang besar dan ditutup rapat sebelum

ditanam. Sebaik sahaja mayat diusung ke kawasan perkuburan sebuah tajau yang besar

dan berukiran lebih cantik akan diletakkan ke atas kubur. Mayat yang dimasukkan ke
daham tajau tidak akan dimasukkan ke dalam kubur sebaliknya di dalam rumah

beberapa hari atau diletakkan ke sebuah pondok yang dibina. Ini adalah untuk menanti

saudara-mara yang jauh memberi penghormatan terakhir kepada mayat tersebut

sebelum dikebumikan. Setelah itu sebuah pondok kecil beratap daun atau zink dan

berdinding papan yang penuh dengan ukiran yang cantik akan didirikan di tengah-

tengah kawasan perkuburan.

Ahli keluarga si mati perlu menghantar makanan pada tiap-tiap petang selama

tujuh hari berturut-turut. Bahan makanan yang disediakan untuk si mati tidak boleh

diusik oleh sesiapa. Jika diganggu juga seseorang itu akan dikenakan sugit atau denda

sebanyak RM5 atau seekor ayam. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazandusun,

sekiranya masa pengkebumian dilakukan pada hari hujan, bermaksud si mati berada

dalam kesedihan yang diibaratkan sebagai hujan yang turun itu adalah air mata si mati.

Jika panas terik bermakna si mati mendapat kebahagiaan kelak. Bagi mereka yang

menguruskan kematian, ahli keluarga wajib menghadiahi mereka sehelai sapu tangan

dan dua lembar benang menah. Selain itu mereka juga akan diberi daging kerbau atau

lembu. Apabila balik ke rumah masing-masing, mereka tidak boleh terus naik ke rumah

kerana dikehendaki mandi terlebih dahuhu. Semua pakaian ditanggalkan dan direndam

sehingga keesokan hari.

Selepas Kematian

1. Makan Tiga dan Tujuh Hari

Setelah genap tiga hari mayat dikebumikan, kenduri makan tiga hari akan diadakan

pada malam hari. Pada masa itu keluarga si mati akan menitikkan tiga titik lilin ke

bawah rumah melalui celah lantai. Sekiranya adat makan tujuh hari dilakukan, titikan

lilin sebanyak tujuh kali pula dilakukan. Kenduri ini hanya diadakan secara kecih-
kecilan sahaja. Hanya saudara-mara dan sahabat-handai yang terdekat sahaja dipanggil

menghadiri kenduri tersebut. Makanan yang disediakan adalah makanan harian

masyarakat Kadazandusun dan tidak ada makanan istimewa yang disediakan.

2. Makan Empat Puluh Hari

Kenduri ini diadakan selepas empat puluh hari kematian si mati. Kenduri kali ini

berbeza daripada kenduri yang pertama kerana diadakan pada waktu siang dan malam.

Kenduri ini juga lebih besar dengan memanggil seluruh keluarga yang ada pertalian

dengan keluarga si mati, sahabat handai yang jauh dan dekat. Dari segi hidangan lebih

banyak, mencakupi lauk-pauk, kuih-muih dan buah-buahan yang lazat. Nasi, daging

dan buah-buahan disediakan dengan banyak sekali untuk dijamu kepada masyarakat

setempat. Dalam kenduri itu juga seorang kanak-kanak lelaki yang biasanya anak si

mati akan pergi ke kubur bapa atau ibunya dengan tujuan menjemput si mati untuk

menyertai kenduri tersebut. Setelah kanak-kanak itu pulang dari perkuburan, barulah

mereka yang berada di rumah si mati boleh menjamu selera. Pada malam berikutnya

gong dan gendang dipalu secara serentak. Anak-anak si mati mulai menari Tarian

Semazau mengelilingi hidangan yang disediakan secara bergilir-gilir mengikut usia.

Kemudian diikuti cucu-cucu si matinya pula dan akhirnya saudara-mara yang

berdekatan. Selepas upacara menari Semazau selesai, barulah hidangan boheh dimakan

oleh tetamu yang berada di situ.

3. Makan Seratus Hari

Kenduri akan terus diadakan setelah seratus hari kematian. Kenduri kali ini lebih

besar jika dibandingkan dengan kenduri empat puluh hari. Jika kenduri dahulu hanya

muzik dimainkan, hanya dijamukan dengan ayam, kuih-muih atau buah-buahan, tetapi

kali ini kenduri dilakukan dengan menyembelih seekor kerbau atau lembu. Pada masa
yang sama beberapa ekor ayam turut disembelih. Tujuan kenduri seratus hari ini

diadakan untuk merasmikan penukaran pakaian putih yang selama ini dipakai sebagai

pakaian berkabung keluarga si mati dengan pakaian biasa. Ahli keluarga bebas

memakai pakaian mengikut kegemaran masing-masing. Dengan ini mereka percaya

segala kekotoran atau bala yang terlekat pada tubuh mereka akan hilang.

4. Makan Tiga Tahun

Kenduri makan tiga tahun merupakan kenduri yang paling besar dan meriah

berbanding kenduri-kenduri yang diadakan sebelum ini. Kenduri ini dinamakan

Kenduri Minum yang bermaksud makan-makan untuk kenangan. Dalam kenduri ini

pelbagai jenis makanan disediakan oleh ahli keluarga si mati secara bergotong-royong

dengan saudara-mara dan sahabat-handai. Sebanyak tujuh ekor ikan pari, tujuh ekor

ikan yu, tujuh tandan pisang, empat belas ikan lain, satu tempayan tuak, tujuh ekor arak

benas, tiga tempayan air tapai, 30 gantang kuih kelupis dan seekor kerbau disediakan.

Kenduri ini diadakan pada waktu malam dan dimulakan pada pukul lapan malam.

Sebanyak tujuh talam atau dulang hidangan khas yang mengandungi 30 biji kelupis,

seekor ikan yu, seekor ikan pari, dua sikat pisang dan sebatang lilin. Hidangan yang

ada di dalam talam dimasukkan ke dalam sebuah tempurung kelapa dan tempurung itu

akan diletakkan di pangkal tangga rumah. Ini adalah untuk memberitahu hantu supaya

tidak mengacau ahli keluarga yang masih hidup di situ.


Adat Kelahiran

Gambar : Makanan Semasa Berpantang

Gambar : Makan Semasa Berpantang


Gambar : Umur Bayi 1 Bulan Dalam Upacara Turun Tanah

Gambar : Pemberian Duan Nama


Adat kelahiran dalam kaum Kadazandusun dapat dibahagikan kepada 3 aspek, iaitu

sewaktu mengandung, bersalin dan selepas kelahiran. Bidan menjalankan tanggungjawab yang

sangat besar pada adat kelahiran kerana mereka sangat tahu mengenai selok-belok kelahiran

dalam kaum Kadazandusun. Antara tugas mereka adalah menjaga ibu yang mengandung,

menyambut kelahiran bayi dan menjaga ibu serta bayi selepas bersalin.

Mengandung

Salah satu aspek yang terdapat dibawah adat kelahiran adalah fasa mengandung. Semasa

mengandung, ibu yang mengandung akan dipastikan berada dalam keadaan yang sihat dan

selamat daripada roh-roh jahat yang cuba mengganggu ibu tersebut dan bayi didalam

kandungan. Oleh itu, seorang bidan yang telah dipilih oleh keluarga akan memastikan si ibu

mengandung sentiasa sihat dan selamat. Sejak dalam kandungan lagi, bidan akan memastikan

bayi berada dalam keadaan yang sihat dan ibu akan diingatkan untuk tidak melanggar pantang

yang telah ditetapkan semasa berada pada fasa mengandung terutamanya jika ia merupakan

kandungan yang sulung. Antara pantang larang yang ditetapkan semasa mengandung adalah

ibu tidak boleh memotong ataupun mengerat sesuatu benda mahupun daging mentah. Mereka

juga tidak boleh mengikat atau menyimpul kerana dipercayai tali pusat bayi akan bersimpul

dan ia akan menyukarkan proses semasa bersalin serta dapat mengancam nyawa bayi itu

sendiri. Ibu mengandung juga dilarang untuk memakan buah yang mengandungi air dan

mencucuk hidung lembu ataupun kerbau kerana dipercayai bayi mereka akan menjadi

sumbing.

Bersalin

Semasa fasa bersalin, bidan merupakan orang yang akan membantu si ibu untuk

melahirkan bayi. Mereka akan berada bersama ibu sehingga proses bersalin berakhir dan akan

mengeluarkan tembuni bayi kemudiannya menguruskan tembuni tersebut. Ibu yang baru
bersalin akan dikenakan pantang dan tempoh berpantang dalam kaum ini dilakukan mengikut

sistem kasta. Bagi orang kebanyakan, tempoh untuk mereka berpantang hanya 7 hari sahaja.

Manakala bagi orang berdarjat pula akan berpantang selama 21 hari dan 44 hari adalah tempoh

pantang untuk orang yang berdarjat dan berkedudukan lebih tinggi. Pantang makan akan

dikenakan pada ibu yang berpantang dan antaranya ialah tidak boleh memakan ikan yang

bertulang keras dan berduri. Mereka juga dilarang untuk memakan nasi sejuk dan nasi yang

telah terbiar semalaman kerana dipercayai si ibu akan masuk angin yang boleh menyebabkan

“kambu” ataupun “bentan”. Si ibu akan diberikan rehat yang secukupnya supaya tenaga yang

hilang sewaktu bersalin dapat dikembalikan.

Urutan akan diberikan pada si ibu terutamanya pada bahagian rahim dan akan diberi

minum air herba yang dapat membantu memanaskan badan dan membuang angin sejuk.

Pantang bukan sahaja dikenakan pada ibu, namun pada suami juga. Semasa tempoh

berpantang, suami dilarang untuk pergi jauh dari rumah. Mereka percaya jika suami tidak

berada di rumah, ibu dan bayi lebih mudah untuk diganggu oleh roh-roh jahat. Bidan akan

memberi kawalan kepada ibu dan bayi secara mistik agar tidak diganggu oleh makhluk halus

yang jahat. Tempat darah yang mengalir semasa si ibu bersalin juga akan digantung dengan

daun limau dan duri limau. Ahli keluarga dan sahabat dilarang untuk mengunjung ibu dan bayi

dalam tempoh berpantang. Bayi juga tidak dibenarkan untuk dibawa ke ruang tamu ataupun

halaman rumah kerana kaum ini percaya Roh Gaiyoh akan mengganggu bayi tersebut.

Pintu rumah kediaman akan diikat dengan sejenis daun yang dipanggil daun wongkong

sebagai tanda rumah tersebut baru sahaja menerima ahli baru. Orang lain tidak dibenarkan

memasuki rumah tersebut kerana dipercayai roh-roh jahat boleh mengikut mereka masuk.

Keluarga dan sahabat hanya boleh masuk untuk melawat selepas bayi diberikan nama.

Walaupun pada masa kini kerajaan sudah menyediakan kemudahan untuk ibu dan bayi selepas

bersalin, namun kaum Kadazandusun masih selesa untuk mengamalkan adat mereka kerana ia
banyak memberi manfaat kepada si ibu dan bayi agar sentiasa sihat sepanjang tempoh

berpantang. Di samping itu, ramai diantara kaum ini masih tinggal di kawasan pedalaman. Oleh

itu, mereka masih menggunakan khidmat bidan kampung.

Selepas Kelahiran

Lapan hari selepas melahirkan, bayi akan diberikan nama sebanyak dua kali, iaitu nama

sementara dan nama sebenar. Pemberian nama sementara diberi untuk mengelakkan roh jahat

iaitu Roh Gaiyoh untuk menuntut bayi tersebut jika nama yang diberikan adalah sama dengan

nama yang diberikan oleh Roh Gaiyoh kepada bayi tersebut. Oleh itu, nama bayi akan diganti

dengan segera untuk mengelakkan roh tersebut menuntut bayi si ibu. Semasa memberi nama

kepada bayi, pada hari yang sama bayi akan dibawa keluar dari rumah buat pertama kalinya.

Seluruh keluarga dan orang seluruh kampung dijemput untuk berbincang dan menentukan

nama bayi tersebut. Upacara ini dipanggil “madsapi” ataupun “modsopik”, yang lengkap

dengan bacaan mantera dan tatacaranya. Nama-nama yang dicadangkan akan dikumpul dan

dipilih dan nama yang diberikan adalah berdasarkan peristiwa yang telah berlaku semasa bayi

itu dilahirkan.

Semasa berumur sebulan, upacara turun tanah akan dilakukan. Upacara ini dikenali

sebagai Mintuhun atau Minuhun oleh kaum Kadazandusun. Bayi akan dibawa oleh ibunya

sendiri untuk turun kebawah rumah bersama beberapa barang, iaitu sebuah bakul rotan bertutup

yang diisi dengan sebilah pisau kecil, serangkai kemburangoh iaitu rumput yang dianggap

semangat kepada semua perubatan tradisi dan membawa tangguk yang diperbuat daripada

jaring. Sebelum memijak tanah, tapak kaki bayi akan diconteng dengan arang kuali dan garisan

lurus di dahinya. Rumput yang melekat pada kaki bayi akan diambil dan dimasukkan kedalam

air mandian bayi tersebut. Bayi akan dibawa semula keatas dan dimandikan.
Adat Perkahwinan

Gambar : Upacara Miohon Pinisi

Gambar : Upacara Miohon Pinisi


1. Merisik

Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua pihak akan

mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang diutamakan adalah

tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda peminangan daripada pihak lelaki.

Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan terdiri daripada

keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang ini mesti

dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak dibenarkan sama sekali. Risikan

pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan berada dalam proses risikan orang

lain atau dia sedang dalam pertunangan. Kalau perempuan itu dalam pertunangan, risikan itu

dihentikan serta-merta.

Kalau perempuan itu didapati sedang dalam proses risikan daripada lelaki lain, risikan

itu ditangguhkan buat sementara, sehingga keputusan muktamad diperoleh daripada risikan

terdahulu itu. Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang

kemudian itu terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh diteruskan.

Risikan ini dibuat secara berulangkali, peringkat demi peringkat dan adakalanya memakan

masa sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai berbulan-bulan. Hal ini disebabkan banyak

perkara yang mesti diketahui dengan jelas oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga yang

ingin merisik anaknya. Antaranya ialah susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan dan

seumpamanya. Mereka tidak mahu anak perempuan mereka hidup susah selepas berkahwin.

Dengan itu mereka mesti memilih calon dengan sebaiknya demi masa depan anak mereka.

2. Meminang

Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan

menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada

tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu
pagi. Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti membersihkan

diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang boleh

memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu. Pada malam

tersebut mereka mesti berada datam keadaan 'bersih', iaitu tidak mabuk. Pada malam itu juga,

salah seorang daripada suami isteri itu atau kedua-duanya sekali akan mendapat mimpi.

Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya hampir serupa dan adakalanya benar-benar

serupa. Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan. Pertama, mimpi baik, ini bererti, risikan

itu bolehd iteruskan kepada proses peminangan. Kedua, mimpi buruk. Tetapi mimpi buruk itu

dapat dibaiki atau di perbetulkan. lni bererti, proses pertunangan boleh diuruskan dengan syarat

pihak lelaki harus membayar sugit kepanasan mimpi kepada orang yang bermimpi itu.Contoh

mimpi yang dimaksudkan ialah seperti bermimpi tentang barang-barang yang pecah seperti

periuk atau pinggan-mangkuk.

Kemudiannya barang-barang yang pecah itu dibaiki oleh pihak lelaki. Ketiga, mimpi buruk

sebagai contoh mimpi buruk ialah bermimpi akan periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk,

tempayan atau apa sahaja barang kegunaan harian yang telah pecah. Ini bererti proses risikan

itu berhenti setakat itu sahaja dan perkahwinan tidak boleh dilangsungkan. Hari berikutnya,

ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua keluarga terdekatnya bermesyuarat untuk

membincangkan mimpi tentang mereka. Mereka sekeluarga bersama-sama menganalisa baik

dan buruknya mimpi itu dan seterusnya membuat keputusan tentang peminangan tersebut

adakah ia diterima ataupun sebaliknya.

3. Bertunang

Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak lelaki

untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin yang digunakan

untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, wakil lelaki diberitahu sama ada boleh
bertunang dengan membayar sugit kepanasan mimpi kerana mimpi buruk boleh dibaiki

ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi buruk. Jika mimpi baik, proses pertunangan

diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar

pada syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinandan kadar besar atau

lamanya pesta perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari.Jika

tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran yang sudah

ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di depan pengadilan adat.

Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat

dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan

semangat ini dikenali sebagai Tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat danipada

tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari penrkahwinan. Alat

untuk adat istiadat pula dinamakan Tinokol iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau

(tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa

pada hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung

kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan

dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan

disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti. Sebuah

tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing

ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin di

rumah pengantin perempuan.

Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazandusun, terdapat

beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis

hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan

kemampuan kedua-dua belah pihak. Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat

dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-
singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka

yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari. Walaupun

perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan, mereka masih

belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu

pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa selama seminggu atau dua minggu

berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu

diadakan.Untuk membolehkan pengantin ini bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan

pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini

dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir

di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu.

4. Majlis Perkahwinan

Majlis perkahwinan orang Kadazandusun memakan masa selama tiga hari. Perkara yang

paling penting dalam upacara perkahwinan ialah Miohon Pinisi iaitu upacara menukar

gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk

berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang berpakaian tradisional berwarna hitam.

Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan menggenggam nasi

dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur ayam. Kemudian kedua-duanya

akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu, lalu dimakan. Upacara miohon pinisi merupakan nazar

perkahwinan menurut cara tradisional. Setelah upacara ini dilakukan, makanan dan minuman

pun dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Gong dibunyikan semula, diikuti dengan

pertunjukan tarian sumazau.

5. Mendiri dan Masuk Rumah Baru

Selepas majlis perkahwinan berlangsung adat mendirikan dan masuk rumah baru

hendaklah dimulai dengan upacara "Tumedek" atau menanda. Upacara ini hendaklah dilakukan
pada hari-hari penting bagi masyarakat kadazandusun yang dipanggil "Tadau Rampagas,

Tanob, Selimpunan do kesilau, Selimpunaan Tadau Daat, Selimpunaan Tulan Daat, Kepuposan

Tulan Daat dan Selimpunan Tulan Kelimo". Begitu juga dengan masuk rumah baru harus pada

hari-hari yang terpilih dan diiringi dengan upacara sembahyang doa atau Megembawon /

Mengendi. Upacara ini dilakukan oleh golongan tua yang mahir untuk mengendi. Lazimnya

golongan perempuan yang melakukan upacara megendi dan bukan daripada golongan lelaki.
Kesimpulan

Kepelbagaian serta keunikan adat dan amalan kepercayaan suku kaum Kadazandusun

di Daerah Penampang, Sabah masih menjadi tumpuan orang ramai. Adat dan amalan

kepercayaan ini telah diwarisi secara turun-temurun yang masih dikekalkan sehingga kini

walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Kebaikan dalam mengekalkan amalan turun-temurun

seperti ini amat penting bagi rujukan di masa akan datang serta dapat dilihat oleh generasi baru

agar mereka tahu dan tidak jahil dengan adat dan amalan-amalan yang digunakan oleh nenek

moyang mereka. Selain itu, pengekalan adat ini penting juga untuk mengelakkan ia lupus

ditelan zaman. Adat juga merupakan salah satu media gambaran atau latar belakang sesebuah

kaum khususnya kaum yang terbesar di Sabah iaitu Kadazan-dusun.

Secara tidak langsungnya, adat dan amalan kepercayaan yang dikekalkan sehingga kini

mampu menarik ramai pelancong dari luar yang ingin melihat budaya-budaya yang ada di

Sabah. Walaupun ada sesetengah amalan kepercayaan yang tidak sesuai dilakukan lagi tetapi

tidak salah jika ia dibuat untuk tayangan kepada penonton, hal ini kerana amalan dan adat yang

diamalkan pada ketika dahulu adalah untuk memperlihatkan asal usul sesebuah etnik yang

betul-betul wujud. Bagi kaum Kadazandusun di Penampang memiliki banyak adat dan

kepercayaan seperti adat kematian, adat kelahiran, adat perkahwinan dan kepercayaan

magavau. Semua adat dan kepercayaan yang dilakukan ini adalah melambangkan sesebuah

kaum yang tinggi nilai budayanya pada masa dahulu. Oleh itu, mengekalkan semua adat tradisi

sehingga kini amat penting bagi setiap individu yang mengamalkannya.


Rujukan

Buku

Mohd. Razalee Goroh 1945, Sepintas Lalu Mengenai Adat Istiadat Dusun/Kadazan Kota
Belud, Masa Press, Kota Kinabalu, sabah, 1981.
Japun Madisah, Tatacara Adat Istiadat Dan Kebudayaan Kadazan, Sikuk Publication, Kota
Kinabalu, Sabah, 1986.

Zaini Bin Mohd. Isa, Kebudayaan Dan Adat Resam Kadazan Dan Murut, Pustaka Aman Press,
Kota Kinabalu, Sabah, 1969.

Internet

https://www.slideshare.net/ssuser6bedf4/adat-resam-kaum-kadazandusun di akses pada 9


Oktober 2017.

https://www.academia.edu/4927894/UPACARA_DAN_ADAT_RESAM_KAUM_KADAZAN_DUS
UN di akses pada 18 November 2017.

http://www.sabah.edu.my/skm015.wcdd/adatresam.htm diakses pada 6 Oktober 2017.

You might also like