You are on page 1of 19

 NURANIS MOHD ABDUL AZIZ

 CARMELLMYTRA NELSON

 NITHIYASHINI A/P SINNA KARUPPIAH


 Merupakan salah satu  Menurut kajian ahli  Pawang / Shaman /
dari suku kaum di Sabah antropologi Ketua agama Pagan
 Digolongkan ke dalam  Suku kaum tambanuo bagi orang tagbanua
kaum kadazan-dusun berasal dari Kepulauan dikenali sebagai
kerana mempunyai adat Palawan di Filipina. “BOBOLIZAN
resam dan bahasa yang  Di kepulauan mereka  Pawang / Bomoh /
serupa. dikenali sebagai TAG ketua agama dikenali
 Orang tambanuo adalah BANUA yang bererti sebagai
sama seperti orang orang benua. “BOOHIZAN”
sungai Pitas
•Bahasa Sungai ni hanya dituturkan di kawasan-kawasan tertentu di negeri Sabah.
•Ia dituturkan oleh suku Kaum Sungai dalam pelbagai versi.
•Ini kerana dalam suku kaum sungai tersebut, ia di pecahkan kepada beberapa suku
Kaum Sungai yang bermaksud, suku Kaum Sungai tersebut diberi nama berdasarkan
nama sungai.
•Bahasa Sungai hanya dituturkan di daerah Sandakan dan tempat tempat tertentu di
Kota Kinabalu. Aku pun kurang pasti di mana.
•Bahasa Sungai tidak mempunyai sistem tulisanya sendiri.
•Menurut si Takero lagi-asal usul bahasa ni mungkin berasal dari bahasa Kadazan
Dusun. look.
Contoh: Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa
Melayu Sungai Melayu Sungai
Abang Ongkah Bau Autong
Anjing Asu Basah Eyopos
Ayah Apa’ Bawah Dipak
Air Songoi Baring Gumilih
Hitam Moitom Hajat Tomod
Gaduh Mualad Gadis Rora’ah
Habis Nawi’ Hamil Momotian
AGAMA KEPERCAYAAN
 -Mereka memegang kepada kepercayaan  Masyarakat kadazan-dusun percaya bahawa
animisme. kepda pantang larang dan tafsiran mimpi.
 -animisme bermaksud kepercayaan bahawa  -mimpi yang buruk boleh mempengaruhi
setiap benda mempunyai semangat (roh).
sebarang keputusan dalam kehidupan
 -sebahagian kecil dari mereka telah memeluk
mereka.
agama Islam dan Kristian.
 -Di kawasan pendalaman , ramai lagi yang  -mereka juga mempunyai upacara keamatan
masih pagan. iaitu setiap tahun selepas menuai padi,
 -Bagi masyarakat kadazandusun, Tuhan ialah masyarakat kadazandusun mengadakan
"Kinorohingan" yang bersemayam di dunia upacara "Magavau" upacara kesyukuran bagi
lain. menghormati semangat padi.
 -Mengikut kepercayaan kaum kadazandusun,  -upacara ini dilakukan oleh
Kinorohingan merupakan tuhan di mana Bobohizan(bomoh perempuan).
mereka meminta sesuatu seperti keselamatan
dan perlindungan dari sebarang penyakit  -mereka juga mempunyai upacara halau
 -Kinorohingan juga dapat menghalang penyakit yang dipanggil ‘popodulik’.
pengaruh kuasa ghaib seperti "Roogon" atau  -selain itu , jika belakunya kematian pada
syaitan. hari hujan mereka berpendapat bahawa si
 -Masyarakat kadazandusun mempercayai mati akan menangis di alam lain dan jika
bahawa roh orang mati akan pergi ke Gunung belakunya kematian pada hari panas mereka
Kinabalu dan apabila tiba masanya roh itu berpendapat sebaliknya.
akan pergi ke syurga atau neraka.
Dalam tradisi masyarakat Kadazan-Dusun, mereka mengamalkan berbagai-bagai
kebudayaan dan adat resam.
-Misalnya, apabila berlaku kematian,proses pengebumian melibatkan semua
masyarakat .
-Unggun api dihidupkan untuk menghalau hantu dan roh-roh jahat.
-wujud beberapa konsep iaitu :
· ‘mihad’ : menangisi mayat
· ‘memojuk’ : memandikan mayat
· ‘menguman’ : menghias dan mendandan mayat
· ‘lobong’ : kubur
· ‘panukup’ : kenduri
Bagi kelahiran,proses memberi nama bayi juga melibatkan perbincangan
ahli keluarga dengan jiran.
-adat ‘mituhun’ pula menjejakkan kaki bayi ke tanah.
-Dalam kehidupan masyarakat Bajau, terdapat 4 kategori norma dan nilai
iaitu hubungan lelaki dan perempuan, pertunangan, perkahwinan dan
perceraian.
-masyarakat Kadazan-Dusun juga menghasilkan kraf tangan seperti:
· Tudung terendak
· Perangkap binatang daripada buluh
· Perangkap tikus
· Perangkap tupai
· Perangkap burung
Terdapat beberapa adat yang dilakukan ketika berlakunya sesuatu kematian di
kalangan masyarakat Kadazan. Antaranya ialah memberitahu, berjaga-jaga
dan moginupus.
 Memberitahu
Apabila salah seorang di kalangan masyarakat Kadazan meninggal dunia,
semua penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Ini
penting kerana setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan
tidak hanya dialami oleh keluarga si mati.
 Berjaga-jaga
Selepas dimandikan dan seluruh badan dilap, mayat tersebut akan
dipakaikan dengan pakaian yang indah-indah dan kemudian direnjiskan
dengan air wangi. Sekiranya semasa hidup si mati menghisap rokok, ahli
keluarga akan memasukkan rokok ke dalam mulut si mati supaya tidak
kempunan.
 Moginupus
Moginupus adalah bahasa Kadazan yang bermaksud simpati terhadap si
mati. Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat
hati sebagai menunjukkan simpati terhadap si mati.
Hinava
Ia merupakan hidangan yang
dihasilkan daripada isi ikan
segar yang dicampurkan
dengan biji buah bambangan
yang telah diparut, cili merah,
halia, bawang merah , limau
kapas dan garam.

NOONSOM
NOONSOM SADA Terdapat beberapa jenis
Ikan yang digunakan ialah Noonsom dalam
jenis ikan air tawar, masakan Kadazandusun,
dibersihkan dan dijeruk MAKANAN antara yang paling
menggunakan isi buah popular ialah Noonsom
Pangi (ditumbuk ), nasi Sada (Ikan), Noonsom
dan garam. Bambangan (buah) dan
Noonsom Tuhau (ulam).

SUP MANUK LIHING


. Bahan yang diperlukan ialah
seekor ayam kampung , sejenis
minuman keras yang lebih dikenali
'Lihing' di kalangan kaum
Kadazandusun dan hirisan halia.
GONG KULINTANGAN

SOMPOTON
(EROFON)

TONGUNGGAK
BUNGKAU
Pesta Kaamatan atau di dalam bahasa kadazan "Magavau" ini merupakan
upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat
padi. Perayaan ini adalah amalan secara tradisi kaum kadazandusun sejak
zaman berzaman. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas
selesai menuai padi. Pesta Kaamatan yang kita rayakan dewasa ini telajh
diluluskan oleh Majlis Undangan Kerajaan Koloni sebagai Cuti Umum
sejak tahun 1960 lagi. Beliau yang bertanggungjawab untuk mengusulkan
agar Pesta Kaamatan ini diisytiharkan sebagai Cuti Umum ialah
Allahyaraham YAB Tun Haji Mohamad Fuad Stephens, SMN, PSM.
SPDK, PNBS, bekas Ketua Menteri Sabah yang pertama.
Terdapat banyak sebutan perkataan Magavau ini mengikut dialek dan lokasi suku kaum
Kadazandusun. Walau bagaimanapun ianya tetap membawa maksud yang sama.Menurut
cerita lisan, Kinoingan ( Tuhan ) dan isterinya Suminundu mempunyai seorang anak
perempuan yang bernama Huminodun. Untuk menyelamatkan orang-orang Kadazandusun
daripada kebuluran kerana tidak mempunyai makanan yang mencukupi, maka Kinoingan
terpaksa mengorbankan anak kesayangan mereka Huminodun. Huminodun dibunuh dan
mayatnya dikubur menurut adat istiadat selengkapnya. Kononnya, mayat Huminodun itu
telah mengeluarkan berjenis-jenis benih tumbuhan yang menjadi makanan utama kepada
kita sekarang. Salah satu benih tumbuhan itu ialah padi. Oleh kerana sebahagian dari mayat
Huminodun itu mengeluarkan benih p adi, maka wujudlah kepercayaan bahawa padi itu
mempunyai semangat yang diberi nama "Bambazon".Bermula dari kejadian inilah orang-
orang Kadazandusun memulakan upacara Pesta Kaamatan ( Pesta Menuai ) seperti yang kita
rayakan dewasa ini. Perayaan seumpama ini mengharapkan agar rezeki yang akan datang
bertambah baik dan lumayan. Upacara penghormatan terhadap semangat padi yakni padi-
padi yang selesai dituai dan telah selamat dimasukkan ke dalam ketawai ( Tangkob ) iaitu
bekas tempat menyimpan padi. Selain itu, perayaan Pesta Kaamatan ini juga mengingatkan
kita akan rasa penghargaan dan penghormatan masyarakat Kaum Kadazandusun akan
Penciptanya ( Kinoingan ) yang sanggup mengorbankan anak kesayangannya Huminodun
untuk menyelamatkan orang-orangnya supaya tidak mati kebuluran.
Terima kasih

You might also like