You are on page 1of 19

 Nama : Ariff Danial Bin

Sukendar
 Kelas : 2 Ruby
 Sekolah : Kolej D.P.A.H Abdillah
 Topik : Adat Resam
Isi Kandungan
 Penghargaan
 Pengenalan
 Sejarah Kaum Iban
 Kepercayaan
 Pakaian:
- Lelaki
- Perempuan
 Kesimpulan
 Rujukan

Penghargaan
 Saya mengucapkan ribuan terima
kasih kepada Cikgu Eniza kerana
telah membantu saya dalam
pembuatan buku skrap ini dengan
memberi sedikit tip.
Pengenalan
Sejarah telah menunjukkan terdapat perubahan
yang drastik dalam sesuatu tamadun dan
masyarakat di muka bumi ini. Perubahan
tersebut telah berlaku secara drastik dari satu
tahap ke satu tahap yang lain. Di samping itu,
sejarah juga menyaksikan bermulanya sesuatu
tamadun dan juga berakhirnya tamadun
tersebut. Dalam tugasan ini, saya telah memilih
suku kaum Iban sabagai bahan kajian saya.
Kajian saya merangkumi kebudayaan kaum
tersebut dan bagaimana budaya kaum tersebut
mempengaruhi keperibadian dan pencapaian
akademik anak-anak mereka di sekolah. Kaum
Iban dahulu dikenali sebagai Dayak Laut semasa
zaman penjajahan Brooke di tanah Sarawak.
Dipetik daripada Dewan Bahasa (September
2011), menurut Hugh Low dalam bukunya yang
berjudul Sarawak: Its Inhabitants and
Productions (1989), istilah Dayak digunakan
oleh Brooke untuk merujuk kaum peribumi
bukan Islam. Menurut Brooke, Dayak terbahagi
kepada dua kelompok, iaitu Dayak Laut merujuk
kepada suku kaum Iban dan Dayak Darat
merujuk kepada suku kaum Bidayuh. Brooke
memperoleh maklumat ini daripada dayak Bukit
yang tinggal di sekitar Kuching, Sarawak. Dayak
Bukit merujuk kelompok Dayak yang tinggal di
kawasan tinggi untuk berlindung daripada
serangan kelompok Dayak Laut. Lama-
kelamaan, kelompok bukit dikenali sebagai
Dayak Darat dan kelompok laut dikenali sebagai
Dayak Laut.
Sejarah kaum Iban
 Terdapat banyak kajian mengenai migrasi
kaum-kaum di Sarawak terutama sekali bagi
Kaum Iban. Apa yang pasti kebanyakan
migrasi kaum-kaum di Sarawak bertitik tolak
daripada adat “Berjalai” iaitu satu proses yang
mana ianya dilakukan bagi mencari peluang
yang lebih baik contohnya bagi mencari tanah
yang luas dan hidup di dalam keamanan serta
makmur. Terdapat 3 teori yang menyatakan
asal usul kedatangan kaum Iban ke Sarawak
iaitu berdasarkan teori:

I. Menyatakan bahawa mereka datang ke


Sarawak melalui Tanjung Datu di Lundu.

II. Menyatakan bahawa mereka dating ke


Sarawak melalui Bukit Merudu yang terletak
tidak jauh dari Brunei.
III. Mereka dating dari lembah Kapuas ke
Sarawak melalui kawasan kampung.
Kepercayaan

Dalam kepercayaan Iban, mereka berpegang


kepada adat yang diwarisi turun temurun dan
besar kemungkinan ditulis di dalam 'Papan
Turai' oleh 'Tuai Raban Bansa' atau
"Paramount Chief" dengan berpandukan
nasihat 'Manang' dan 'Lemambang'.
Orang Iban percaya kepada kewujudan
seorang Tuhan yang agung (Bunsu Petara)
yang mencipta dunia ini dan alam semesta. Di
bawah Tuhan agung ini, orang Iban percaya
ada tujuh orang dewa yang sentiasa dihitung
sebelum memulakan biau dan sampi dengan
nama-nama berikutnya:

 Sengalang Burong sebagai dewa Peperangan


 Biku Imam Bunsu Petara sebagai dewa
keagamaan
 Menjaya sebagai dewa perubatan
 Selempandai/Selempetoh/Selempeta
sebagai dewa pembuatan
 Sempulang Gana/Semerugah sebagai dewa
pertanian dan tanah
 Ini Inee/Andan sebagai pemyembuh
semulajadi dan dewa keadilan
 Anda Mara/Gangga Ganggong sebagai
dewa kekayaan.

Orang Iban percaya bahawa semua binatang


yang hidup, tumbuhan dan barangan fizikal
seperti bukit, gunung, sungai, air, ribut dan
sebagainya mempunyai semangat atau roh
masing-masing. Mereka juga percaya kepada
orang Panggau Libau dan Gelong seperti
Keling dan Laja, dan Kumang dan Lulong.
Juga disembah oleh orang Iban adalah roh-roh
nenek moyang yang telah meninggal untuk
meminta pertolongan semasa Gawai Antu.
Ilmu firasat lama orang Iban bergantung
kepada beberapa cara seperti berikut:

 Mimpi yang baik atau buruk


 Binatang bisa
 Burung bisa yang sengaja dicari atau
dijumpai tidak sengaja
 Hati babi yang dibaca baik buruk
maksudnya.

Contohnya apabila hendak membuka


penempatan dan mendirikan rumah, kawasan
tanah yang hendak didirikan rumah tersebut
hendaklah disemak terlebih dahulu. Mereka
juga percaya pada petanda-petanda lain seperti
bunyi burung ketupung dan burung beragai.
Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-
binatang ini adalah petunjuk dan alamat untuk
menentukan kesesuaian tapak. Semua petanda
akan ditafsirkan oleh 'Beliau' dan 'Manang'
bagi mematuhi adat supaya tidak
mendatangkan malapetaka.
Mimpi merupakan salah satu sumber alamat
tentang sesuatu yang bakal terjadi di masa
akan datang dan diterjemah oleh Beliau dan
Manang. Bagi menghidar alamat yang boleh
mendatangkan malapetaka, biasanya upacara
'Ngintu Burung' dan 'belian' akan dijalankan
mengikut 'Adat' yang dirujuk kepada Tuai
Raban Bansa.
Pakaian
 Lelaki:

Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada


dua iaitu Kain Sirat dan Dandong. Kain Sirat
dikenali juga sebagai kain cawat merupakan
pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai dengan
cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang.
Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke
hadapan dan belakang badan, mempamerkan
bahagian yang berhias. Dandong pula
merupakan kain selendang yang dipakai oleh
lelaki Iban.Dandong lebih lebar daripada
bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana
kain ini digunakan sebagai pembungkus barang-
barang persembahan dalam upacara-upacara
tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang
ditenun dengan cara ikat.
 Perempuan:

Pakaian tradisonal wanita Iban pula, terbahagi


kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan
Bedong. Bidangmerupakan sejenis kain sarung
yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut.
Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula
ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan
kalambi tanpa lengan. Wanita Iban juga
memakai kain selendang yang panjang dan
sempit. Kain selempang ini dikenali sebagai
bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan
yang sangat halus.
Kesimpulan
 Kesimpulannya adalah Kaum Iban amat
mementingkan adat dan budaya. Hal ini
demikian jelas dilihat setiap upacara berkaitan
adat dan budaya disambut dengan meriah
tidak mengira luar bandar mahupun bandar
malah dari segi umur juga tidak mengira tua
atau muda. Hasil daripada pegangan tersebut
adat dan budaya kaum Iban masih dapat
bertahan sehingga sekarang dan tidak lapuk
ditelan zaman. Kaum lain juga harus
meneruskan adat dan budaya nenek moyang
mereka agar generasi akan datang masih dapat
melihat dan merasakan sendiri keunikan adat
dan budaya setiap kaum. Sekiranya adat dan
budaya ini tidak diteruskan besar
kemungkinan generasi akan datang akan
mengenali adat dan budaya melalui muzium
dan bahan bacaan sahaja. Hal ini bukan sahaja
merugikan anak bangsa malah turut merugikan
Negara. Oleh itu semua pihak harus
bergandingan dalam mendekatkan masyarakat
dengan adat dan budaya masing-masing.
Rujukan
 bmpengurusan2010.blogspot.com
/2010/09/kaum-iban.html

 https://www.scribd.com/doc/220
869691/masyarakat-orang-Iban

 https://ms.wikipedia.org/wiki/Ib
an

You might also like