You are on page 1of 7

LATAR BELAKANG

Iban Sarawak

Orang Iban merupakan kumpulan etnik pribumi yang terbesar di Sarawak. Menurut
perangkaan pada pertengahan tahun 2002, dianggarkan kira-kira 29.14 peratus atau
603,735 orang daripada 2, 071, 506 penduduk Sarawak adalah orang Iban.
Kebanyakan Orang Iban yang juga dikenali sebagai Dayak Laut mendiami Bahagian
Miri, Sibu, Bintulu, Kapit, Sarikei, Sri Aman, Kuching, Mukah dan Betong.
Sebenarnya nama Dayak Laut yang diberikan kepada orang Iban sebenarya
mengelirukan dan tidak sesuai kerana kebanyakan orang Iban tinggal di kawasan
tanah tinggi yang jauh di pedalaman dan ekonomi mereka bergantung sepenuhnya
pada pertanian.

Buat beberapa lama istilah Dayak Laut telah diterima dan dianggap oleh masyarakat
Barat sebagai istilah yang paling sesuai untuk orang Iban. Hal ini semikian kerana
kebetulan pada awal kedatangan James Brooke Orang Iban telah mula melakukan
ekspedisi melalui laut setelah mengadaptasi kemahiran orang Illanun dan
Bajau. Sebenarnya bagi orang Iban pada peringkat awal istilah Iban itu bukan
digunakan untuk merujuk kepada bangsa mereka sendiri tetapi bermaksud orang
atau manusia. Kini Iban, secara rasminya digunakan untuk merujuk kepada satu
suku, iaitu kaum Iban sahaja.

Orang Iban tergolong dalam kelompok Proto-Malay (Melayu-Proto) dan menurut


sejarah mereka berasal dari Lembah Kapuas di Kalimantan Barat, Indonesia. Mereka
berhijrah ke Sarawak kira-kira lima belas generasi yang lalu, iaitu bermula pada
pertengahan kurun ke- 16 (1630-an). Mereka masuk ke Sarawak melalui Lembah
Kumpang, lalu mendiami Batang Ai dan kemudian berpecah ke beberapa tempat di
negeri Sarawak (Stephanie Morgan, 1968: 61).

Apabila James Brooke mula datang ke Sarawak dalam tahun 1 839, orang Iban
kebanyakannya tinggal di Bahagian Kedua. Namun demikian pada penghujung
abad ke-19 mereka terdapat di seluruh negeri Sarawak. Salah satu aspek penting
tentang orang Iban ialah kehidupan di dunia rumah panjang mereka yang unik dan
sehingga kini kekal sebagai satu identiti dan lambang perpaduan mereka, walaupun
di sesetengah negeri ramai orang Iban yang tidak lagi berumah panjang.
Orang Iban merupakan kumpulan etnik pribumi yang paling homogen (sejenis
sahaja) iaitu tidak ada suku-suku tertentu, menggunakan bahasa yang sama dan
mewarisi nilai, tradisi, kepercayaan, adat resam serta kebudayaan yang sama (C.A.
Bamfylde: 1 898: 7-8). Oleh itu, Menurut Erik Jensen (1962: 5-6) dalam satu
perjumpaan di antara tuai-tuai rumah, lemambang, tuai burong dan penghulu Iban
dari kawasan Batang Lupar, Batang Ai, Saribas dan Batang Krian yang diadakan di
Simanggang (Sri Aman) dalam tahun 1961 untuk membincangkan adat-istiadat,
kebudayaan dan ritual Iban, didapati bahawa mereka sependapat tentang banyak
perkara berkenaan dengan adat-istiadat, cerita dan sastera lisan walaupun selama ini
mereka mereka dipisahkan oleh jarak dan masa yang luas dan tidak pernah bertemu
sereta berbincang tentang perkara- perkara berkenaan. Suku dayak yang paling
hampir menyamai Iban daripada segi bahasa, kepercayaan, kebudayaan dan adat
resam ialah bangsa Dayak Muallang dan Dayak Desa di Kalimantan, Indonesia.

Bagi orang Iban yang pagan pada zaman dahulu ketika mereka masih lagi
mengamalkan kepercayaan animisme hampir semua aktiviti kehidupan, termasuk
adat resam dan kepercayaan mereka dikaitkan dengan upacara-upacara tertentu.
Oleh itu, selain daripada mempunyai tuai rumah setiap rumah panjang juga biasanya
ada tuai burong, lemambang dan manang. Tuai burung ialah orang yang yang
bertanggungjawab menilik dan meramal mimpi, mentafsir bunyi burung atau
binatang dan petanda-petanda alam yang lain yang berkaitan dengan aktiviti
harian. Namun demikian, generasi Iban kini mungkin sekadar mengetahui sedikit
sahaja tentang kepercayaan itu dan tidak mengamalkannya lagi atau mungkin sekali-
sekala pada hari gawai sahaja.

Pada zaman dahulu Lemambang pula adalah individu yang penting kerana
bertanggungjawab menjampi dan membaca mentera ketika upacara tertentu seperti
gawai umai, gawai batu dan gawai sakit. Manakala manang pula adalah dukun atau
bomoh yang bertanggungjawab mengubati orang sakit. Dari segi ekonomi, pada
masa dahulu orang Iban bergantung sepenuhnya kepada ekonomi sara diri dengan
menanam padi bukit besar-besaran secara pertanian pindah. Seperti masyarakat Iain
di Malaysia, kini orang Iban juga telah mengalami banyak perubahan dan
pembangunan daripada segi sosial, ekonomi dan politik sejajar dengan
pembangunan negara. Pertanian pindah tidak lagi sepenting dulu buat mereka. Nilai-
nilai, norma-norma dan kebudayaan serta adat Iban yang tidak sesuai, kini sudah
tidak diamalkan lagi.
Orang Iban rnempunyai berbagai-bagai jenis tradisi lisan yang telah diwarisi oleh
mereka sejak turun-temurun. Seperti masyarakat Malaysia yang lain, tradisi lisan
masyarakat Iban juga mempunyai sastera rakyat yang berbentuk prosa dan puisi.
Sastera lisan yang berbentuk puisi kebanyakannya adalah berkaitan dengan adat
resam dan kepercayaan mereka. Manakala sastera lisan yang berbentuk prosa pula
adalah merupakan kumpulan cerita- cerita lisan yang mengandungi mitos dan
legenda orang Iban.
Tusut atau Salasilah Raja Berani

Salasilah Rentap apai Tambong yang diketahui tidaklah begitu mendalam, tidak
seperti salasilah tuai serang (war leader) dari Saribas, seperti Linggir Mali Lebu atau
pun Aji apai Limpa, nenek moyang mereka dapat diketahui sehingga lebih daripada
25 peturun (generasi) daripada asalnya sehingga kepada generasi yang ada kini.

Daripada buku Legends and History of Sarawak, Salasilah Rentap adalah begini,
Ningkan beristerikan Imbong beranakkan Rentap, Jarop, Ringgit, Lepo dan Serini.
Rentap, Jarop dan Ringgit diam di Skrang, Lepo pindah ke Sungai Ngemah,
cawangan Batang Rajang, manakala adik perempuan mereka Serini berpindah ke
Muput, Anab, Balingian. Namun ada juga (dalam sebuah laman weblog) yang
mengatakan ibu Rentap bernama Beremas (kalau saya salah, betulkanlah).

Rentap beristerikan Sawai, dan beranakkan Tambong dan mengambil anak


saudaranya Ensimai sebagai anak angkat. Ensimai adalah anak Ringgit. Ringgit
merupakan adik Rentap dan juga orang yang paling dipercayai oleh Rentap. Semasa
hayatnya Ringgit dikatakan telah memenggal banyak kepala. Tambong
bersuamikan Layang, mereka tidak mempunyai anak. Oleh itu, mereka mengambil
Subang sebagai anak angkat. Subang kemudiannya berkahwin dengan Penghulu
Dalam Munan anak Penghulu Minggat apai Runai dari Awik, di Krian.

Menantu Rentap, iaitu Layang suami kepada Tambong juga pahlawan gagah berani,
dialah yang membunuh Tuan Allan Lee di Lintang Batang dekat Nanga Skrang.
Penghulu Dalam Munan yang beristerikan Subang, cucu Rentap, juga pahlawan
yang terkenal dan berani. Munan merupakan orang kepercayaan Raja Charles
Brooke menentang Kayan-Kenyah di Ulu Belaga dan juga Ngumbang dan Bantin
pemimpin Iban Ulu Batang Ai yang bangkit menentang kerajaan Brooke.

Ayah Munan, Penghulu Minggat apai Runai merupakan raja berani Iban paling
berpengaruh selepas Linggir Mali Lebu dari Paku. Minggat bersama-sama dengan
Chulo Tarang bertanggungjawab membantu Brooke menghapuskan pemberontak
Kayan-Kenyah dan Kejaman di Ulu Belaga, pemberontakan Ngumbang di Ulu Ai,
Mujah Buah Raya di Ulu Julau dan Balang dan adiknya Enjop Ulu Katibas.

Kemunculan Rentap adalah suatu yang membingungkan dan telah diberi pelbagai
intrepretasi oleh orang Iban. Hal ini demikian adalah kerana datuk dan nenek
moyang Rentap tidak dapat dikesan melalui tusut iaitu ilmu salasilah Iban yang dapat
merujuk sehingga 25 keturunan generasi lampau. Oleh sebab salasilah Rentap tidak
dapat diingati, maka kebanyakan pengkaji mengandaikan keluarga Rentap kononnya
berasal dari Ulu Kapuas di Kalimantan Barat, Indonesia yang pada ketika itu di
bawah kuasa pemerintahan Belanda. Sebaik sahaja Rentap lahir lebih kurang dalam
tahun 1800 mereka sekeluarga bersama beberapa keluarga Iban yang lain berpindah
dari Ulu Kapuas dan diam di Ulu Skrang. Namun demikian, ada juga cerita yang
mengatakan Rentap lahir dan membesar di Skrang.

Nama Rentap yang sebenarnya ialah Libau, setelah membunuh musuh semasa
mengayau di bawah pimpinan Orang Kaya Rabong dan juga Orang Kaya Pemancha
Dana Bayang nama Libau diberikan ensumbar atau pun julok ; Libau Panggau Dara,
Rentap Tanah Kudi Menoa. Selepas itu nama Libau lebih dikenali sebagai Rentap.
Rentap juga tau serang, tau kayau, tau mulau (berkebolehan memimpin perang)
seperti raja berani Saribas dan Skrang yang lain.

Pada suatu ketika Rentap telah mengetuai Iban Skrang mengikuti O. K. P. Dana
Bayang meyerang pekampungan Melayu dan orang Cina di pekan Pontianak. Rentap
yang merupakan tuai serang (leading warrior) Dana Bayang dengan beraninya
melompat ke dalam perahu orang Melayu Pontianak yang sedang mengejarnya ke
tengah laut lalu menetak kesemua musuh yang berada di dalam perahu berkenaan.
Pada ketika inilah Rentap telah memperolehi sebilah keris yang berhulukan emas.

Setelah beberapa kali mengikuti O.K.O. Dana Bayang akhimya Rentap pula
bertindak sebagai ketua perang (war leader) dan pernah suatu ketika dia membawa
para pengikutnya dari Saribas dan Skrang menyerang kapal Sultan Pontianak dan
kapal perang Belanda. Mereka merampas dua pucuk meriam tembaga dan beberapa
barangan yang lain sebagai perpasan (tanda kejayaan). Setelah membunuh kesemua
anak kapal, Rentap dan orang-orangnya kembali ke Skrang tanpa seorang pun
pahlawannya terbunuh atau tercedera.

Pertemuan Pertama dengan Raja Ribai (Orang Putih).


Setelah digelar menjadi Raja Sarawak, James Brooke pun pergi menyerang Iban
Saribas. Dalam masa beberapa hari sahaja Iban Saribas pun berjaya dikalahkan.
Orang Kaya Pemancha Dana Bayang bersama anak-anaknya kalah di Padeh, Linggir
Mali Lebu dan Iban Paku kalah di Kerangan Pinggai dan anak-anak mendiang O.K.
Antau Linggang Nengeri dan O.K. Gun Mangku Bumi telah kalah di Nanga Tawai
di tebing sungai Rimbas.

Setelah semua kubu Iban di Saribas kalah, maka datanglah James Brooke membawa
angkatannya menyerang Iban Skrang yang diketuai oleh Libau Rentap. Apabila
mendengar khabar Raja Putih hendak datang menyerang Rentap pun
mempersiapkan angkatannya untuk menunggu orang putih. Kita akan tunggu
mereka di Kerangan Peris kata Rentap kepada orang-orangnya. Kerangan
Peris adalah satu tempat yang tidak berapa jauh dari Nanga Skrang tuai serang (war
leader) Iban Skrang yang turut bertahan di situ ialah O.K. Gasing, Sabok Gila
Berani (madly brave), Sandom, Linggi apai Belabut, Bulan Genaya dan beberapa
lagi yang lain.

Rentap yang merupakan perancang utama serangan itu telah mengarahkan para
pengikutnya bersembunyi di sekitar tebing sungai dan bersedia untuk menyerang
hendap pasukan orang putih dengan ketulan-ketulan batu yang sederhana besar,
buluh-buluh runcing dan untuk menaikkan semangat anak-anah buahnya. “Bunuh,
bunuh, serang, serang, bunuh bansa ribai” ! kata Rentap.

Pasukan James Brooke tersepit dan dikepung oleh pasukan Rentap dari kedua-dua
tebing sungai sebelah-menyebelah. Dalam pertempuran itu pasukan pihak Rentap
telah menang, Rentap sendiri dengan beraninya mengasak musuh yang sedang
kelam-kabut di kerangan (kawasan berbatu di tebing sungai atau gravel bed) lalu
memenggal kepada seorang bansa ribai yang bernama Tuan Steward.

Kepala Steward sempat dibawa oleh Rentap. Ketua Melayu Sarawak, Dato Patinggi
Ali bersama dengan para pengikutnya yang seramai 26 orang juga menemui ajal
dalam pertempuran itu. Selepas kemenangannya itu Rentap pun membawa orang-
orangnya kembali ke Ulu Skrang bersama-sama kepala Tuan Steward, ribai yang
malang itu.

Itulah pertempuran pertama Rentap dengan orang putih. Pertempuran itu jugalah
yang menyebabkan Rentap mendendami dan membenci orang putih sepanjang
hayatnya. Selepas serangan di Kerangan Peris itu ketua Iban di Skrang hilir O.K.
Gasing, Renggie, Sandom dan Linggi menyerah diri kepada James Brook dan
selepas mereka mengkhianati Rentap lalu menyokong James Brooke sehingga
Rentap meninggalkan Bukit Sadok 1861. Selain itu, Menurut DS Edmund Langgu
bagi Iban Saribas, Krian, Julau, Kanowit, Batang Ai dan Batang Rajang trio O.K.
Gasing, Renggie, Sandom dianggap sebagai pembelot besar bangsa Iban.

Setelah kebanyakan pemimpin Iban hilir Skrang belot, tinggallah Rentap dan Bulan
Genaya yang disokong oleh orang-orang Iban Ulu Skrang masih lagi bertekad untuk
menentang Raja James Brooke. Namun setelah Rentap kalah di Sungai Lang, Bulan
Genaya dan ramai pengikutnya juga turut meninggalkan Rentap dan berpaling
tadah menyokong James Brooke.

You might also like