You are on page 1of 5

ADAT PERKAHWINAN

Dalam kebudayaan suku kaum Suluk terdapat banyak adat-adat dan tatasusila
yang masih di ikuti sejak dahulu kala lagi sehinggalah sekarang ini.Sudah menjadi
kebiasaan Adat permintaan wang hantaran Sukat Ungsud bagi pihak wanita adalah
sangat tinggi mengikut golongan-golongan status yang menunjukkan status mereka
sebagai golongan yang dihormati. Permintaan hantaran Sukat Ungsud daripada pihak
wanita seperti Mas Kahwin Sen / Pilak, Mahar Basingan, Emas Angka Kumpul Bulawan,
Sapi / Kerbau Sapi Mandangan / kabaw, Beras Bugas, Rokok Siga, Mahligai ( Mahligai
ialah sebuah Rumah kecil yang berhias dengan makanan tradisi, kuih-muih, biasanya
diminta oleh pihak wanita jika wanita tersebut sudah Tamat Qatam Al-Quran )
bergantung kepada persetujuan daripada kedua-dua pihak. Terdapat empat peringkat
dalam Adat perkawinan suku kaum suluk untuk patut dilaksanakn sebelum dan selepas
perkawinan seperti Pag-Pasihil, Pag-Pangasawa, Pag-Turul Taima, dan akhir sekali
Pag-Tiaun.

PAKAIAN TRADISI
Pakaian merupakan salah satu keperluan asas manusia iaitu berfungsi sebagai
melindungi tubuh dari kepanasan, kesejukan serta ancaman-ancaman lain. Hiasan diri
pula digunakan dan dipakai sebagai pelengkap kostum dan menyerikan lagi si pemakai.
Bagi masyarakat suku kaum Suluk, pakaian dan hiasan diri pada asalnya lebih berfungsi
sebagai simbol kedudukan dan kekuasaan seseorang dalam masyarakat. Namun fungsi
pakaian dan hiasan semakin berkembang dan berubah mengikut peredaran zaman. Kini
masyarakat suku kaum Suluk masih mengekalkan Baju Tradisi sebagai pakaian di
majlis-majlis keramaian.

Baju Lapi/ kuput Berino Badju Lapi


Baju Lapi/ kuput Berino Badju Lapi adalah pakaian Suku kaum
Suluk bagi kaum lelaki. Lapi mendapat namanya daripada
hujung belahan tengah baju ini yang terkeluar baju ini dihiasi
dengan Butang Tambuko yang diperbuat daripada Emas dan
Perak di bahagian bahu, dada, dan lengan baju. Baju Lapi ini
dipadankan dengan seluar Sawwal Kantiyu (seluar yang
berbentuk longgar) ataupun Berino ( seluar ketat ) dibahagian
betis seluar Berino mempunyai belahan dan dihiasi dengan
Butang Emas atau perak. Jika memakai Seluar Berino ia

mestilah dipadankan dengan Tali Pinggang Kandit /kambut iaitu dililit di bahagian
pinggang lelaki ataupun Pis Siabit yang di sangkut di atas bahu sebelah kiri/kanan oleh
si pemakai. Pis Siabit ini juga boleh dipakai sebagai tengkolok/setanjak dililit di atas
kepala. Pis Siabit diperbuat daripada Kain Tenun Hablun.

Baju batawi/kuput Badju Batawi/kuput


Baju batawi/kuput Badju Batawi/kuput, atau Baju sempit Badju
Masigpit baju ini merupakan salah satu pakaian wanita bagi Suku
kaum Suluk yang sangat Unik, cantik dan menarik. Baju ini lajimnya
berlengan panjang dan jika berlengan pendek dinamakan Baju
Batawi Pukul Tandu. Biasanya baju ini ketat dan sempit, dihiasi
dengan butang Tambuko yang diperbuat daripada Emas ataupun

Perak dibahagian bahu, dada, pinggang dan pergelangan tangan, baju ini biasanya
mempunyai 300 hingga 2000 Butang Tambuko yang di saluti Emas dan Perak .Baju
Batawi dipadankan dengan seluar Sawwal Kantiyu, sawwal ialah seluar yang berbentuk
besar dan longgar .Baju ini dipadankan dengan Kain Tenun Habul Tiyahian di pakai
dengan cara Selendang ataupun dikepit dengan sebelah tangan. Baju ini adalah
menjadi kebanggaan yang bernilai dan berharga bagi setiap suku kaum suluk kerana
memiliki peninggalan warisan nenek moyang.

Baju Sablay
Baju Sablay berbeza dengan Baju batawi, Sablay mempunyai
potongan yang longgar seakan-akan baju kebaya tetapi bukan
kebaya.Sablay di padankan dengan seluar Longgar Sawwal dan
dipadankan dengan kain Tenun/ kain bersulam Habul Tiyahian.

Baju Samrah

Baju samrah dikenakan bersahaja, ketika bekerja di rumah sebagai pakaian harian. Baju
samrah selalunya diperbuat daripada kain kapas yang berbunga kecil ataupun kain nipis
yang jarang dan lembut. Baju ini dipadankan dengan kain batik sarung Habul atau
pelikat Tadjung.

TARIAN TRADISI

Tarian Pangalay

Salah satu daripada Tarian Suku Kaum Suluk yang paling popular dan digemari adalah
tarian Pangalay / Daling-daling. Pangalay bermaksud Menari. Tarian ini adalah tarian
hiburan yang sering diadakan di majlis-majlis keramaian seperti perkawinan,
pertunangan dan di majlis-majlis yang lain.Tarian ini selalunya ditari oleh Enam orang,
berpasangan, dan berseorangngan, diiringi dengan muzik Kulintangan dan Gong Agong
si penari akan memakai Janggay Kuku tiruan yang panjang dan bengkok disematkan di
sepuluh jari penari wanita, si penari juga boleh memakai Sapu Tangan dan Kipas
Tangan untuk memperlihatkan lagi keunikan tarian ini. Gerak-geri tarian ini khususnya
memperlihatkan gerakan liuk-lintuk badan, bahu, pinggang dan pergerakan kaki yang
khusus. Selain daripada itu terdapat banyak lagi jenis-jenis tarian seperti Manglay Ha
Patong, Mangalay Ha Agong.Tarian Pangalay oleh kaum lelaki juga biasanya berentak
Langkah Silat ataupun Langkah Kuntaw.

Pangalay
Linggisan

Pangalay
Ha Agong

Pangalay Tarian
Bolah-bolah

You might also like