You are on page 1of 18

PAKAIAN TRADISIONAL ETNIK DI SABAH

1. Kadazan

Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung, seluar
souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju pendek
sinuangga, kain labuh tetapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.Baju
tradisional suku kaum Kadazan daerah Papar. Baju fabrik baldu hitam berhias renda kuning
keemasan. Lelaki memakai pakaian kepala sigal dari kain destar dan wanita memakai siung dari
anyaman buluh halus bermotifkan geometrik etnik Sabah. Perhiasan diri gelang tangan dan tali
pinggang syiling perak.

2.Bajau

Pakaian tradisional suku Kaum Bajau. Wanita menggayakan blaus badu sampit dan kain sarung
olos berangkit, perhiasan leher mandapun dan perhiasan kepala sarempak. Lelaki Bajau
menggayakan baju potongan Cekak Musang, seluar, samping dan destar.Orang Bajau, (juga
ditulis sebagai Badjao, Badjaw atau Badjau) adalah sebuah kumpulan etnik pribumi dari
Malaysia dan Filipina Selatan serta diiktiraf sebagai kumpulan etnik kedua terbesar di negeri
bahagian Sabah.

3.Murut

Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu puputul
yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya tupi sinulatan juga dari
kulit kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan motif sarat dari
manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manik seperti rantai rarangkol dan hiasan
kepala salupai. Orang Murut adalah sebuah kumpulan etnik pribumi yang mendiami wilayah
utara pedalaman Kalimantan.Sebahagian besar masyarakat Murut adalah di pedalaman barat
daya Sabah, Malaysia timur, khususnya daerah Keningau, Tenom dan Nabawan Pensiangan,
sepanjang Sapulut dan Sungai Padas.

4. Rungus

Pakaian istiadat suku kaum Rungus. Pakaian lelaki terdiri dari baju badu, seluar soval, bengkung
hokos dan pakaian kepala sigal dari kain pis. Wanita memakai baju sempit banat dan kain paras
lulut tapi serta hiasan kepala disebut sisingal dan rampai. Perhiasan diri dari jalinan manik-manik
berwarna-warni disebut pinakol dan togkol,

5. Suluk

Baju

Lapi/kuput

Berino Badju Lapi adalah

pakaian Suku kaum Suluk bagi kaum lelaki. Lapi mendapat namanya daripada hujung belahan
tengah baju ini yang terkeluar baju ini dihiasi dengan Butang Tambuko yang diperbuat daripada
Emas dan Perak di bahagian bahu, dada, dan lengan baju. Baju Lapi ini dipadankan dengan
seluar Sawwal Kantiyu (seluar yang berbentuk longgar ) ataupun Berino ( seluar ketat )
dibahagian betis seluar Berino mempunyai belahan dan dihiasi dengan Butang Emas atau perak.
Jika memakai Seluar Berino ia mestilah dipadankan dengan Tali Pinggang Kandit /kambut iaitu
dililit di bahagian pinggang lelaki ataupun Pis Siabit yang di sangkut di atas bahu sebelah
kiri/kanan oleh si pemakai. Pis Siabit ini juga boleh dipakai sebagai tengkolok/setanjak dililit di
atas kepala. Pis Siabit diperbuat daripada Kain Tenun Hablun.

Baju

batawi/kuput

Badju Batawi/kuput, atau

Baju sempit Badju Masigpit baju ini merupakan salah satu pakaian wanita bagi Suku kaum Suluk
yang sangat Unik, cantik dan menarik. Baju ini lajimnya berlengan panjang dan jika berlengan
pendek dinamakan Baju Batawi Pukul Tandu.Biasanya baju ini ketat dan sempit, dihiasi
dengan butang Tambuko yang diperbuat daripada Emas ataupun Perak dibahagian bahu, dada,
pinggang dan pergelangan tangan, baju ini biasanya mempunyai 300 hingga 2000 Butang
Tambuko yang di saluti Emas dan Perak .Baju Batawi dipadankan dengan seluar Sawwal
Kantiyu, sawwal ialah seluar yang berbentuk besar dan longgar .Baju ini dipadankan dengan
Kain Tenun Habul Tiyahian di pakai dengan cara Selendang ataupun dikepit dengan sebelah
tangan. Baju ini adalah menjadi kebanggaan yang bernilai dan berharga bagi setiap suku kaum
suluk kerana memiliki peninggalan warisan nenek moyang.

Baju Sablay berbeza dengan Baju batawi, Sablay mempunyai potongan yang longgar seakanakan baju kebaya tetapi bukan kebaya.Sablay di padankan dengan seluar Longgar Sawwal dan
dipadankan dengan kain Tenun/ kain bersulam Habul Tiyahian

MAKANAN TRADISIONAL ETNIK SABAH

SAGOL ( BAJAU)
Sagol (Kata Kerja) bermaksud mencampuradukkan. Sagol juga mempunyai makna Kata Nama
iaitu benda yang dicampuradukkan. Secara khusus ia merujuk kepada sejenis masakan
tradisional yang menggunakan isi ikan (biasanya ikan pari, ikan yu dan ikan buntal) yang
dicincang-cincang dan dimasak dengan kunyit. Untuk membuat sagol, ikan yu, pari atau buntal
dicelur dahulu sehingga mudah membersihkan langnges iaitu pasir pada kulit yu dan pari,
atau iting iaitu duri pada ikan buntal. Mencelur (masak separuh masak) ini juga dilakukan
untuk memudahkan isi ikan dihancurkan dan dicampur dengan kunyit yang telah dipipis. Ada
dua jenis masakan sagol iaitu sagol kering (tiada kuah) dan sagol basah (ada kuah). Untuk
mendapatkan rasa sebenar sagol, biasanya tidak menggunakan minyak makan tetapi
menggunakan minyak hati ikan yang disagol itu, iaitu sama ada minyak hati ikan pari, atau
minyak hati ikan yu atau minyak hati ikan buntal.

HINAVA

(KADAZAN
DUSUN)

Hinava merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum KadazanDusun di
Sabah. Ia merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang dicampurkan dengan
biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah , limau kapas dan
garam. Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan menggunakan perahan
jus limau samada menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi (menyerupai shushi). Terdapat
pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan, tetapi biasanya isi ikan tenggiri, sungguhpun isi ikan
yu juga boleh digunakan. Selain itu isi sotong atau udang juga boleh digunakan bagi penyediaan
Hinava ini. Hinava merupakan salah satu hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum
KadazanDusun di Sabah. Ia merupakan hidangan yang dihasilkan daripada isi ikan segar yang
dicampurkan dengan biji buah bambangan yang telah diparut, cili merah, halia, bawang merah ,
limau kapas dan garam. Isi ikan tersebut tidak perlu dimasak kerana ia akan masak dengan
menggunakan perahan jus limau samada menggunakan limau nipis ataupun limau kasturi
(menyerupai shushi). Terdapat pelbagai jenis ikan yang boleh digunakan, tetapi biasanya isi ikan
tenggiri, sungguhpun isi ikan yu juga boleh digunakan. Selain itu isi sotong atau udang juga
boleh digunakan bagi penyediaan Hinava ini.

TINOPIS RUNTI (ROTI UBI KAYU)/RUNGUS


Tinopis Runti merupakan sejenis roti yang diperbuat daripada ubi kayu. Cara memasaknya
adalah sama dengan roti canai.

BINTANOK DALAI (KUIH JAGUNG)


Bintanok merupakan sejenis kuih yang dimasak dengan air yang sedikit lebih kurang kuih
kukuslah agaknya. Cara masaknya adalah sama dengan cara kuih lepat disemenanjung.

SUP DAGING HITAM MAKANAN TRADISI SUKU KAUM SULUK

Sup Daging Hitam, warna, rasa dan baunya sangat unik. Warna hitam datangnya daripada isi
kelapa yang di bakar sehingga rentung dan dihancurkan yang kemudian dicampurkan ke dalam
sup tersebut.

Tiopoh atau pun Mamata(MURUT)

Tiopoh atau pun Mamata juga adalah sejenis makanan kaum Murut yang terkenal di kawasan
perkampungan ini. Makanan ini berasal daripada padi bukit yang masih mentah ataupun padi
yang muda iaitu hasil padi yang sudah boleh dipetik. Hasil padi atau beras yang diambil akan di
goreng sehingga masak sehingga kelihatan kekuning-kuningan tanpa menggunakan minyak
masak. Setelah siap dimasak, makanan ini akan dikisar dengan menggunakan blender ataupun
boleh ditumbuk secara tradisional sehingga halus. Tiopoh ataupun Mamata ini boleh dicampur
dengan sedikit gula untuk rasa yang lebih enak.

TARIAN ETNIK SABAH


1. RUNGUS

Tarian suku kaum Momogun Rungus ditarikan oleh seorang lelaki dan beberapa orang
perempuan. Tarian yang dinamakan Sumundai-Mongigol ini diiringi dengan paluan gong.
Apabila lelaki dan perempuan sama-sama menari, ia dipanggil "miandak" dalam bahasa Rungus.
Tarian Sumundai-Mongigol ini ditarikan apabila tiba Pesta Kaamatan, majlis perkahwinan,
kematian, keraian ataupun ketika menyambut tetamu yang istimewa. Kadang-kadang semasa
tarian ini ditarikan, beberapa orang Rungus akan membawa beberapa gelas arak buatan sendiri
seperti "kinomol" yang diperbuat dari beras dan "tinonggilan" yang diperbuat dari jagung untuk
para tetamu yang hadir dalam majlis berkenaan.

2. SULUK

Daling-daling
Suku kaum Suluk juga amat terkenal dengan tarian Daling-Dalingnya yang diiringi oleh pukulan
"gabbang" dan gesekan biola dan nyanyian, kuku tiruan yang panjang dan bengkok ke belakang
disematkan di sepuluh jari penari wanitanya. Liuk-lintuk badan, kaki serta pergerakkan kaki
yang khusus penari-penarinya memperlihatkan keunikan tarian ini.

3. MURUT

Tarian

Mangunatip

( Murut)
Selain itu, orang-orang Murut juga terkenal dengan tarian Lansaran serta Mangunatip yang
penuh tenaga. Di kebanyakkan upacara keramaian, tarian-tarian ini lazim ditarikan kerana
muziknya rancak serta bersimbolik. Semasa pesta menuai diadakan, penari-penari kaum Murut
ini akan membuat persembahan di bandar-bandar sehingga menjadi suatu daya tarikan kepada
para pelancong dalam dan luar negara. Walaupun terdapat sedikit sebanyak unsur tarian ini telah
diubah namun makna serta gaya tariannya masih tidak terjejas. Tarian Mangunatip misalnya
mempamerkan unsur kegagahan yang ada dalam kaum Murut serta bertujuan untuk memujuk
roh-roh nenek moyang mereka agar dapat menjaga mereka. Penari-penari tarian ini menyelitkan
gugusan padi yang sudah dituai dan juga kepala mangsa pada pinggang mereka. Gaya tarian
Mangunatip ini juga amat unik serta mempesonakan dimana penari lelaki yang memegang
parang akan melompat ke atas bambu yang disusun berselang-seli oleh penari-penari lelaki lain.
Selepas itu, penari yang berada di atas itu ( dianggap sebagai seorang pemburu) akan
menggunakan penyumpit (buluh yang dimasukkan sejenis sumpit) untuk memecahkan belon
yang disediakan. Alunan muzik daripada gendang kulit serta somputon akan mengawal rentak
tarian ini.

4. BAJAU

Tarian Brunsai (Bajau)


Suku kaum Bajau boleh dikenali melalui tarian Brunsainya. Tarian Brunsai tidak diiringi dengan
musik ataupun bunyi-bunyian, ianya mengutamakan pada "kalang" seperti berbalas pantun yang
diiringi oleh hentakan kaki penari lelaki. Brunsai biasanya ditarikan pada waktu malam untuk
meraikan majlis perkahwinan, merayakan kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan bagi meraikan
orang yang sudah bernazar. Penari Brunsai juga memakai pakaian yang berwarna warni seperti
seluar hitam, biru, merah dan baju serta tanjak yang mempunyai corak-corak menarik. Tarian
Brunsai biasanya dilakukan di atas lantai papan supaya hentakan kaki penari lelaki dapat
mengeluarkan bunyi yang memberansangkan. Penari membuat barisan sambil berpegangan
tangan antara satu dengan yang lain diikuti oleh barisan penari wanita di belakang juga
berpegangan tangan. Penari lelaki yang terakhir di belakang berpegangan selendang dengan
penari wanita di belakangnya, mereka membuat bulatan kecil sambil berjalan perlahan ke
hadapan dan ke belakang sambil mengalunkan "kalang" dalam bahasa Bajau. Brunsai biasanya
diadakan pada waktu malam untuk meraikan majlis perkahwinan, merayakan kelahiran bayi,
majlis kesyukuran dan bagi meraikan orang yang sudah bernazar. Penari brunsai juga memakai
pakaian khas yang berwarna warni seperti seluar hitam, biru, merah dan baju serta tanjak yang
berwarna-warni.

5. KADAZAN/DUSUN

TARIAN SUMAZAU
Dalam setiap upacara rasmi ataupun perayaan tertentu, tarian tradisional suku kaum
Kadazandusun sering menjadi daya tarikan dan kemeriahan majlis tersebut. Setiap etnik dalam
Kadazandusun mempunyai tarian tradisinya sendiri. Corak tarian tradisional ini dipengaruhi oleh
sosiobudaya kawasan tertentu. Kemuncak bagi memartabatkan warisan budaya suku kaum
Kadazandusun dan kesenian serta keunikannya ialah menerusi Perayaan Pesta Keamatan yang
diraikan pada setiap 30 dan 31 mei setiap tahun. Dalam perayaan ini, berbagai acara menarik dan
juga budaya kaum Kadazandusun yang ditonjolkan dan dipamerkan. Antara acara yang biasanya
menjadi tarikan dalam perayaan suku kaum kadazandusun ialah tarian kadazandusun.

KEBUDAYAAN ETNIK-ETNIK DI SABAH


NAMA MURID
MUHAMMAD FAEZ HAZIM BIN MD ASMARA

KELAS :
4UM

NAMA GURU :

PUAN ROZIAH HJ SULAIMAN

TARIKH HANTAR ;
08 OGOS 2016

You might also like