You are on page 1of 3

Sejarah Orang Iban

Kaum

Iban

atau

Kaum

Dayak

Iban

(dalam salah satu

bahasa rumpun

Iban, Iban bermaksud Orang / Manusia),

adalah

Dayak yang terdapat di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei dan Tawau Sabah. Mengikut sejarah lisan, pembentukan dan perkembangan budaya sosial Kaum Iban terjadi semasa di Tampun Juah, sebelum berpecah kepada beberapa subsuku-subsuku yang ada sekarang. Semasa zaman kolonial Inggeris di Sarawak dan Belanda di Kalimantan Barat, kelompok Dayak Iban sebelumnya dikenal sebagai Dayak Laut dalam pengertian bahasa Iban Laut bermaksud Melayu. Jika diistilah secara betul Dayak Laut dalam bahasa Iban bermaksud Dayak Melayu. Fakta ini juga disokong kerana ada satu rumpun Dayak

Laut iaitu Dayak Malayic atau Dayak Melayu yang tinggal di Kalimantan Tengah. Fakta ini disokong kerana bahasa Iban adalah bahasa yang paling dekat dengan bahasa Melayu dan bahasa Iban sendiri berasal dari rumpun Malayic dan berparas rupa serta fizikal dari rumpunMalayoloid. Kekadang asal-usul maksud Dayak Laut ditafsirkan dalam bahasa Melayu dan diterjemah kepada bahasa Inggeris bermaksud Sea Dayak sebagai menggenapi maksud Land Dayak yang diguna pakai oleh

rumpun Bidayuh. Kaum Iban dengan jumlah sekarang sebanyak 1,000,000 iaitu 40% daripada jumlah penduduk Sarawak. kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak dan kaum keempat terbesar

di Malaysia selepas

kaum Melayu, Cina dan India.

Mereka

mendiami

daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di selatan Sarawak kepadatan hingga ke Tawau Sabah (sebelah Iban tertumpu di utara Sarawak), tetapi

penduduk

bahagian Samarahan, Sri

Aman, Sarikei,Sibu, Kapit, Bintulu, Miri di Sarawak dan sepanjang Sungai Batang Kapuas di Kalimantan Barat. Sekarang, Kaum Iban telah tersebar besar hingga ke Johor, Semenanjung Malaysia. Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah panjang yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi mempermudahkan aktiviti kerja , berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Kebanyakan masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai

pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.

Suku-suku yang termasuk Rumpun Iban (Ibanic) dengan kod bahasa : IBA, diantaranya : 1. Suku Iban di Sarawak, Kalimantan Barat dan Brunei (kod bahasa : IBA) 2. Suku Iban Merotai di Sabah (kod bahasa : IBA) 3. Suku Mualang di Kalimantan Barat (kod bahasa : MTD) 4. Suku Seberuang di Kalimantan Barat (kod bahasa : SBX) 5. Suku Sebuyau di Sarawak (kod bahasa : SNB) 6. Suku Balau di Sarawak (kod bahasa : BLG)

7. Suku Remun di Sarawak (kod bahasa : IKG) 8. Suku Iban Kantu di Kalimantan Barat (kod bahasa : IBA) 9. Suku Iban Bugau di Sarawak dan Kalimantan Barat (kod bahasa : IBA) 10. Suku Iban Desa di Kalimantan Barat (kod bahasa : IBA) 11. Suku Iban Dau di Sarawak (kod bahasa : IBA) 12. Suku Iban Lemanak di Sarawak (kod bahasa : IBA) 13. Suku Iban Skrang di Sarawak (kod bahasa : IBA) 14. Suku Iban Ulu Ai di Sarawak (kod bahasa : IBA) 15. Suku Iban Undup di Sarawak (kod bahasa : IBA) 16. Suku Iban Batang Lupar di Sarawak (kod bahasa : IBA) 17. Suku Selakau di Sarawak (kod bahasa : IBA) 18. Suku Ketungau di Kalimantan Barat (kod bahasa : IBA) 19. Suku Sekadau di Kalimantan Barat (kod bahasa : IBA) 20. Suku Sebaru di Kalimantan Barat (kod bahasa : IBA) 21. Suku Iban Peranakan (Perkahwinan campuran antara Kaum Iban dengan kaum-kaum lain) Pengait Iban dalam kategori rumpun Dayak Laut ialah : 1. Dayak Kendayan di Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah (kod bahasa : KNX) 2. Dayak Keninjal di Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah (kod bahasa : KNL) 3. Dayak Malayic di Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah (kod bahasa : XDY) 4. Urak Lawoi di Selatan Thailand dan Semenanjung Malaysia (kod bahasa : URK)

You might also like