You are on page 1of 3

Pernyataan Profesional Sebelum Praktikum

Rabiatul Adawiyah binti Wahid


K15 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran

Sebagai seorang seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh,
saya wajib untuk menjalani praktikum atau latihan mengajar selama 8 minggu bagi fasa
II. Latihan praktikum ini dilaksanakan adalah untuk memenuhi syarat Ijazah Sarjana
Muda Pendidikan. Praktikum pada fasa ini saya wajib mengajar matapelajaran major
iaitu bahasa Melayu Pendidikan Khas dan Matematik Pendidikan Khas, manakala bagi
subjek minor saya perlu mengajar subjek Pendidikan Jasmani. Saya telah dimaklumkan
bahawa saya akan menjalani praktikum di Sekolah Pengkalan Pegoh. Praktikum ini
bermula daripada 14 Julai 2014 hingga 12 September 2014. Harapan saya amatlah
besar sepanjang saya berada di sekolah ini.
Kami telah diberi taklimat praktikum oleh En Kamrul Bahrin mengenai tujuan dan
tugas yang perlu kami jalankan di sekolah nanti. Tidak banyak berbeza dengan
praktikum pertama, namun makin bertambah tugas yang perlu kami galas disebabkan
tempoh yang lebih panjang.
Terdapat banyak harapan saya terhadap sekolah kedua ini. Harapan saya
pertama adalah untuk menimba ilmu sebanyak yang boleh. Hal ini kerana, praktikum
kali ini merupakan praktikum kedua saya bagi subjek major tetapi yang pertama bagi
subjek minor. Berada di sekolah baharu dengan harapan yang baharu juga kerana
mempunyai murid yang berbeza masalah daripada praktikum pertama dahulu. Saya
sangat berharap saya dapat menimba ilmu pengetahuan sebanyak yang boleh sebelum
saya menjadi guru sebenar. Tambahan lagi, saya juga berharap saya dapat
menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah baharu dengan cepat untuk memudahkan
latihan saya selama 2 bulan kelak.

Saya juga berharap dapat bergaul mesra dengan guru-guru lain bukan sahaja
guru pendidikan khas tetapi semua guru di sekolah tersebut. Saya berharap saya dapat
membina hubungan profesional yang positif dengan mereka. Saya beranggapan
bahawa membina hubungan seperti ini mampu membantu saya mencapai harapanharapan saya yang lain. Tambahan lagi, perasaan saya juga akan menjadi positif
sepanjang saya di sekolah tersebut kerana dapat merasai kemesraan dengan guruguru lain. Mereka juga akan selesa untuk membantu saya jika saya ada sebarang
kemusykilan.
Harapan yang terakhir ialah mencari strategi pengajaran yang sesuai untuk
murid pendidikan khas. Saya sudah berpeluang mempraktikkan ilmu yang saya perolehi
semasa praktikum pertama. Namun begitu, kekangan masa yang hanya sebulan tidak
dapat saya gunakan sepenuhnya untuk merealisasikan harapan saya untuk
mempelbagaikan kaedah. Pada praktikum kedua ini diharap saya akan cuba mencari
strategi dan kaedah yang sesuai saya gunakan dalam kelas pendidikan khas. Saya
akan mempelbagaikan kaedah saya sehingga saya menemui kaedah yang sesuai
untuk saya gunakan semasa sesi pdp. Berbekalkan dengan pengalaman selama
sebulan yang saya perolehi di SK Pasukan Polis Hutan semasa praktikum pertama
terdahulu, saya harap saya dapat memberi pdp yang lebih berkesan kepada murid
pendidikan khas.
Akhir kata, diharapkan seluruh warga SK Pengkalan Pegoh dapat menerima
kehadiran saya di sekolah tersebut. Walaupun saya datang dengan niat untuk belajar
daripada guru-guru di sana, namun saya juga berharap saya dapat menyumbangkan
sesuatu kepada sekolah tersebut terutama kepada warga pendidikan khas SK
Pengkalan Pegoh.

Disemak oleh Guru Pembimbing


oleh Pensyarah Penyelia
Tandatangan :..............................................
Tandatangan :..............................................

Disahkan

Nama
Nama
Tarikh
Tarikh

:..............................................
:..............................................
:..............................................
:..............................................

You might also like