You are on page 1of 4

SEJARAH PENGGUNAAN KAYU DALAM KERJA PEMBINAAN

Terdapat pelbagai bahan yang boleh digunakan dalam kerja-kerja

pembinaan. Antara bahan yang banyak digunakan ialah kayu. Kayu ialah suatu bahan tisu berserat yang ditemui dari banyak tumbuhan.

Kayu merupakan antara bahan terawal digunakan sebagai bahan dalam kerja-kerja pembinaan. Masyarakat dalam zaman purba telah menggunakan kayu dan kulit binatang bagi membina khemah sebagai rumah mereka. Ini menunjukkan bahawa kayu telah lama digunakan dan telah digunakan sekian lama oleh manusia sebagai bahan dalam kerja-kerja pembinaan. Penggunaan kayu telah semakin meluas digunakan dan penggunaannya tidak terhad kepada hanya untuk membina tempat tinggal.

Dengan penemuan kayu sebagai satu bahan pembinaan, manusia telah mempelbagaikan penggunaan kayu seperti sebagai tempat tinggal, sebagai

jambatan, dan lain-lain lagi. Manusia menggunakan kayu sebagai bahan dalam pembinaan sejak dahulu lagi adalah kerana kayu merupakan bahan yang senang untuk diperolehi selain senang untuk menggunakannya. Oleh itu tidak hairanlah kayu digunakan sebagai satu bahan.

Kayu telah dikenalpasti mempunyai pelbagai jenis seperti kayu keras berat, kayu keras sederhana, kayu keras ringan dan kayu lembut. Pengklasifikasian tersebut telah membantu manusia untuk menggunakan kayu apakah yang paling sesuai untuk melakukan sesuatu kerja. penggunaan kayu yang betul adalah amat penting kerana, jikalau menggunakan kayu tidak mengikut spesifikasi binaan, kemungkinan besar akan berlaku masalah.

Bagi membina sesuatu komponen rumah, contohnya tiang ataupun rasuk, penggunaan kayu yang sesuai amat penting kerana jika kayu yang digunakan tidak kuat, kemungkinan struktur yang didirikan akan runtuh akibat tidak dapat menampung daya struktur. Perkembangan masa dari zaman batu ke arah zaman moden, jurutera dan saintis telah mengenalpasti cara penggunaan kayu bagi yang betul.

Pada masa kini, kebanyakan rumah di kebanyakan tempat didunia ini menggunakan kayu sebagai rangka rumah mereka. Selain itu, dengan penemuan, kajian dan teknologi baru yang telah dibuat terhadap kayu telah menghasilkan kayu yang lebih kuat serta tahan lama. Kayu tersebut telah banyak digunakan dalam pelbagai kerja pembinaan. Ia digunakan samaada bagi menbina rumah kediaman, bangunan komersial sebagai bahan struktur ataupun sebagai nilai estetika sesebuah bangunan.

Walaupun pada zaman ini bangunan ada yang menggunakan bahan lain dalam pembinaan, masih terdapat kayu dalam pembinaan sesebuah bangunan sekurang-kurangnya sebagai bahan sokongan seperti kekuda untuk pembinaan bumbung, pintu dan bingkai pintu serta sebagai bahan untuk bahan kalis air atau miningkatkan nilai estetika sesebuah bangunan.

Kayu telah menyumbangkan pelbagai faedah kepada manusia dalam kerjakerja pembinaan dari dulu sehinggalah kini. Penggunaannya walaupun semakin sedikit akibat kekurangan bahan mentah tidak menghalang daripada digunakan sebagai bahan kejuruteraan awam. Hal ini kerana, pelbagai langkah dan kajian telah dilakukan untuk memperbaiki tahap kekuatan ataupun kebolehkerjaan bahan kayu.

You might also like