You are on page 1of 6

1. Sejarah Penubuhan SIlat Gayong di Kuching?

- Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Negeri Sarawak ditubuhkan pada bulan Disember tahun 2004 oleh Cikgu Muhammad Khawar Hezazy Bin Haji Uthman bertempat di No 1, Lorong 7A3, Off Jalan Belatok, Taman Malihah, 93050, Kuching Sarawak. Gelanggang pertama tersebut diberi nama Gelanggang Petra Jaya. Berbekal sedikit ilmu yang telah dicurahkan oleh Cikgu Kasim Bin Samat sewaktu beliau menuntut di Kolej Matrikulasi Labuan pada tahun 2003, Cikgu Muhammad Khawar bertekad untuk meneruskan legasi Silat Seni Gayong di Bumi Kenyalang. Berkat dorongan daripada ayahanda beliau iaitu Encik Haji Uthman Bin Haji Ramli, dan juga semangat yang diberikan oleh semua ahli keluarga beliau, Silat Seni Gayong tertubuh dan berlatih di halaman rumah ayahanda beliau dengan murid seramai 20 orang yang terdiri daripada anak-anak muda yang duduk berdekatan dengan rumah beliau. Sekali melangkah, pastikan terus melangkah. Itulah slogan yang dilaung-laungkan oleh keluarga Cikgu Muhd. Khawar bagi memberi semangat kepada beliau supaya tidak mudah mengalah kepada dugaan. Darah yang mengalir di dalam badan beliau yang diwarisi daripada pejuang kemerdekaan Sarawak yang tersohor iaitu Allahyarham Rosli Dhoby. Rosli Dhoby adalah saudara kepada Encik Uthman di sebelah ibunya, Dara binti Majid dan juga kepada ibu Rosli Dhoby, Habibah binti Hj Lamit. Demikian itu, semangat yang membara menjadikan Pertubuhan ini boleh bergerak dengan jayanya. Pada tahun yang sama, beliau telah melanjutkan pelajaran ke menara gading iaitu di Universiti Malaysia Sarawak. Di sini, sekali lagi, beliau mencipta sejarah dengan menubuhkan Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Universiti Malaysia Sarawak (PSSGM UNIMAS). Organisasi ini dipimpin oleh beliau sehingga tamat pengajian di UNIMAS pada tahun 2006. Pada tahun 2005, menyaksikan Majlis Adat Istiadat yang pertama sekali berlaku di Bumi Kenyalang iaitu, Majlis Perlimau Sintuk Tapak kali pertama yang dilakukan di Gelanggang Petra Jaya.tersebut dengan seramai 100 anak gayong telah diterima menjadi sebahagian daripada Gayong Sarawak. Pada tahun tersebut juga, semua ahli keluarga Cikgu Khawar menunjukkan sokongan padu dengan menjadi ahli dan anak gayong serta menjadi ahli jawatankuasa penaja PSSGM Negeri Sarawak. Encik Uthman ayahnya, Puan Saadiah ibunya, Puan Norwidyawati Binti Uthman serta seisi keluarga, Encik Muhammad Hamzah Bin Uthman, Puan Noor

Kasemawati Binti Uthman mengangkat sumpah sebagai anak Gayong disaksikan oleh Panglima Harimau Singa Malaya, Ketua Khalifah Besar Negeri Selangor, Cikgu Izhar Bin Abbas. Pada malam tersebut juga, mesyuarat Penaja Pertama dilaksanakan bagi penubuhan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Negeri Sarawak. Pengerusi penaja adalah Encik Uthman Bin Haji Ramli serta ahli jawatankuasa pula terdiri daripada anak-anak serta isteri beliau. Pada tahun 2008, barulah pendaftaran PSSGM Negeri Sarawak diluluskan dibawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Cawangan Negeri Sarawak dengan nombor pendaftaran 2077-08-SWK pada Disember 2008. 2. Nama persatuan ini? PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA NEGERI SARAWAK

3. Di manakah tempat atau lokasi persatuan silat tersebut dan sejak mula beroperasi? NO 1, LORONG 7A3, OFF JALAN BELATOK, TAMAN MALIHAH, 93050, KUCHING SARAWAK.

4. Apakah objektif persatuan silat? Tujuan-tujuan Pertubuhan ialah seperti berikut:1) Menghidup dan mengembangkan ilmu Silat Seni Gayong. 2) Menggalakkan permainan dan sukan. 3) Menjaga kebajikan dan kepentingan ahli-ahli serta memelihara kebudayaan tempatan khususnya seni silat dan seni mempertahankan diri. 4) Memberi galakan dalam mempertingkatkan mutu permainan silat serta mengadakan pertunjukan dan persembahan umum silat.

5) Memiliki harta benda seperti tanah dan bangunan dan kemudahan-kemudahan lain untuk kepentingan pertubuhan dan ahlinya. 6) Menjalankan kutipan derma bagi menambah tabung pertubuhan dengan mendapat kebenaran daripada Pesuruhjaya Sukan serta pihak berkuasa lain terlebih dahulu. 7) Menjadikan silat ini sebagai sukan rekreasi untuk semua remaja dan belia.

5. Apakah permasalahan pada peringkat awal ketika mula bergerak? - Kekurangan dana -kekurangan tenaga pengajar yang bertauliah -tiada minat dari remaja kerana kebergantungan kepada teknologi yang tinggi - tentangan daripada pelbagai pihak kerana silat ini berasal dari semenanjung 6. Bagaimanakah perkembangan silat ini? - Bermula hanya dengan 20 orang murid dan 1 gelanggang, silat ini terus berkembang menjadi pertubuhan silat yang besar dan aktif. Pada masa kini, terdapat 3000 murid di seluruh negeri Sarawak dengan 15 gelanggang di 11 bahagian. Kebanyakan murid yang keluaran dari gelanggang ini sudah menjawat jawatan di sector pendidikan seperti guru, polis, SPRM dan sebagainya.

7. Bagaimana cara untuk menyertai persatuan silat ini dan had umur untuk penyertaan? - Keahlian adalah terbuka kepada mana-mana orang awam yang yang berumur 18 tahun ke atas yang bermastautin di Kuching. Mana mana orang yang berumur kurang dari 18 tahun hendaklah mengemukakan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga mereka,

dan tidak boleh mengundi dan diundi atau memegang sebarang jawatan dalam pertubuhan jika diterima menjadi ahli.

8. Berapa ramaikah ahli persatuan dalam silat ini dan bagaimana sambutan daripada masyarakat? - Pada masa kini (2013), ahli yang berdaftar dengan pertubuhan ini adalah seramai 3000 orang. Kebanyakan ibu bapa, berminat untuk menghantar anak-anak mereka menyertai silat ini kerana terkenal dengan disiplin yang tinggi dan ketat. Oleh itu, ibu bapa akan memberikan respon yang baik atas alasan untuk mendidik dan mendisiplinkan anak. 9. Berapakah yuran penyertaan dan bagaimana cara pembayarannya? - Yuran keahlian RM 10.00 dan yuran bulanan RM 10.00. Cara pembayaran dibuat melalui jurulatih yang dilantik dan akan diberikan resit sebagai bukti pembayaran. 10. Bagaimana cara pembelajaran? - Dibahagikan kepada 3 cabang utama. kanak-kanak , - pelajar sekolah, - awam. Kanak-kanak (bermula dari 6 12 tahun) akan didedahkan kepada teknik asas persilatan dalam silat seni gayong. Pelajaran lebih berbentuk kepada asas kepada pembentukan gerak dan langkah selain menerapkan nilai moral dalam kehidupan. Pelajar sekolah (13- 17 tahun)- lebih kepada teknik untuk pertandingan antara sekolah. Tetapi, diberikan penekanan kepada teknik-teknik lanjutan seperti silat olahraga dan silat tempur. Pelajaran meliputi penggunaan tangan dan kaki 100%. Awam pelajaran untuk orang dewasa di mana pelajaran adalah berbentuk kepada cara dan teknik ` street fighting atau tempur jalanan. Pendedahan kepada teknik yang lebih impulsif dan defensif kepada si pengguna.

11. Bilakah waktu latihan diadakan? - Bergantung kepada permintaan pihak yang menganjur. Biasanya pada Jumaat sebelah malam, pagi Sabtu, Sabtu malam dan Ahad pagi. 12. Apakah peralatan digunakan semasa latihan? - Tiada peralatan khusus. Tetapi di dalam gelanggang dewasa, penggunaan senjata akan digunakan seperti keris, tekpi, pisau atau tombak akan digunakan.

13. Apakah kebaikan seni persilatan kepada peserta? - Silat merupakan warisan bangsa yang perlu dipertahankan. Seni ini biasanya diperturunkan kepada satu generasi ke satu genarasi yang lain. Dismaping itu, ianya dapat memberikan tentang kesenian bangsa Melayu khasnya. Ianya juga boleh meningkatkan kesedaran kita terdapat jenayah yang tidak terduga. Seni silat juga boleh memberikan khasiat seperti kesihatan yang baik kerana latihan di dalam nya mengandungi pelbagai kegunaan seperti senaman melayu dan sebagainya.

14. Adakah persatuan silat ini pernah menerima bantuan kewangan? - Pernah. Dari Kementerian Belia dan Sukan. Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Kebangsaan, dan individu-individu.

15. Bagaimana kemampuan dan kejayaan persatuan persilatan ini? Sekarang merupakan tahun ke- 6 PSSGM bertapak di Bumi Kenyalang. Perjuangan PSSGM mampu bertahan hingga ke hari ini dan telah mampu mengharumkan nama negeri Sarawak di mana-mana pertandingan dan kejohanan seperti Kejohanan Seni Mempertahankan

Diri 2010 dengan mendapat tempat ketiga untuk Pertandingan Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia. PSSGM Sarawak berjaya mengutip 2 pingat emas, 2 pingat perak, 6 pingat gangsa. Selain itu, jemputan demonstrasi di seperti Majlis Perasmian Kolej Kediaman Sakura, UNIMAS yang dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi iaitu Mustapa Mohamamed pada tahun 2006, Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang SMK Matang Hilir 2009 yang dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sains dan Teknologi YB Datuk Fadhilah Yusuf dan beberapa lagi acara kenamaan. Mewakili Malaysia untuk pertandingan silat jemputan Negara Brunei Darussalam. 16. Adakah persatuan silat ini pernah menyertai pertandingan dengan persatuan silat Gayong lain? - Pernah sebanyak 3 kali. 2008, 2009 dan 2010 di Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan.

17. Bagaimanakah cara persatuan silat ini untuk mengembangkan seni persilatan ini kepada masyarakat? - melalui promosi yang berterusan seperti demonstrasi silat - melalui seminar-seminar silat yang sering diadakan -melalui guru dan ibu bapa -melalui murid yang pernah belajar dan berkhidmat sebagai guru

You might also like