You are on page 1of 2

SMK TAMAN JOHOR JAYA 1

JOHOR BAHRU

LAPORAN

Persatuan Seni Fotografi dan Video

Kelab ini telah ditubuhkan pada Januari 2010. Sejak mula ditubuhkan banyak aktiviti yang telah dirancang
dan berjaya dilaksanakan. Penglibatan daripada pihak pelajar juga amat memberansangkan. Motto kelab
ini ialah We Love Photography

Kelab ini telah mengadakan mesyuarat agungnya pada 6 Januari 2016. Dalam pemilihan AJK Tertinggi
kelab, keutamaan telah diberikan kepada pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5. Namun terdapat juga wakil
AJK dari setiap tingkatan yang lain. Seramai 30 orang ahli telah menghadirkan diri pada hari tersebut.

Di bawah pimpinan Cik Najwa dan En Nik Amiree, kelab ini telah merancang beberapa aktiviti sepanjang
tahun ini. Antaranya ialah lawatan ke Tasik Pasir Gudang, Pertandingan Foto Terbaik 2016 dan Pameran
Fotografi. Dalam pertandingan Foto Terbaik 2016, bakat mengambil gambar oleh para pelajar telah dapat
dicungkil dan kejayaan yang diperolehi adalah sangat memberangsangkan.

Tujuan aktviti ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar kepada penggunaan kamera dan cara
mengambil gambar mengikut sudut ruang yang baik. Pelajar juga didedahkan kepada cara mengambil
gambar mengikut pelbagai mod yang wujud dalam teknik fotografi. Kaedah mengendalikan kamera DSLR
juga diajar dan pelajar diberi peluang menggunakan DSLR.

Kelab ini boleh dikatakan masih baru di SMK Taman Johor Jaya 1 dan tiada kejayaan yang dicapai setakat
ini. Namun begitu, penglibatan yang meluas dalam setiap program sekolah untuk tujuan dokumentasi
dan gambar untuk majalah sekolah seperti Hari Kejohanan Sukan & Balapan, Hari Keusahawanan,
Karnival Permainan dan peristiwa-peristiwa penting yang lain di sekolah tidak dapat dinafikan lagi.

Disediakan oleh, Disahkan oleh.

.
(Cik Najwa binti Abdullah) GPK Kokurikulum
Guru Penasihat SMK Taman Johor Jaya 1
Kelab Seni Fotografi dan Video
Guru Penaung: En Ang Tauk Khoon

Guru Penasihat: Cik Najwa binti Abdullah

En Nik Amiree Nik Mat

Pengerusi: Siti Umairah bt Zainudin (5SN2)

Naib Pengerusi: M. Firdaus Iskandar Roseli (5TM)

Setiausaha: Mohamad Amri bin Abdul Rahman (5PA2)

Naib Setiausaha: Leong Gah Neem (3PD1)

Bendahari: Azrin Hakim Azhar (5TM)

Naib Bendahari: Muhammad Shafiq Abd Rahman (3RK3)

AJK:

1. LIM KIM CHENG (4SN1)

2. WILLIAN LEE (4PA1)

3. MOHAMAD AIZAD ROSLAN (3SP3)

4. KHOO LE XIONG (2PD2)

5. SHARIFAH MAYUMI ABDULLAH (1RK3)

You might also like