You are on page 1of 16

http://thesportsmuseum.blogspot.com/2009/06/datuk-dr-mani-jegathesan-atau-lebih.

html

M. Jegathesan

M. Jegathesan telah dilahirkan di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak pada 2 November 1943. Walau
bagaimanapun beliau dibesarkan di Kuarters 100 yang terletak di Brickfields Kuala Lumpur. Selepas
meninggalkan Sekolah Rendah Jalan Batu, dia meneruskan Pendidikan di Victoria Institution (VI)
pada 1955 dan Anglo Chinese School, Singapura antara 1956 hingga 1961.

Olahragawan Negara 1966 itu juga cemerlang dalam akademik kerana berjaya memperolehi ijazah
pertama perubatan dari Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) pada 1967 dan bergelar doktor
perubatan. Beliau turut menerima anugerah pingat emas Kesatuan Pelajar NUS kerana menjadi pelajar
terbaik keseluruhan universiti itu pada tahun yang sama.

Dua tahun kemudian, beliau melanjutkan pengajian di Mahidol University, Bangkok dan Universiti
London pada 1970 hingga 1971. Beliau telah berkahwin dengan Lee Hong pada tahun 1969, seorang
graduan Fakulti Farmasi yang juga menuntut di Universiti Singapura. Beliau mempunyai dua orang
anak perempuan,Ashelee, 34 dan Shirene, 31 dan seorang anak lelaki, Manika (Niki), 26 serta
mempunyai sepasang cucu.

Memegang status pelari terpantas Asia selama lapan tahun atau 96 bulan pada era 1960-an ini mula
mengorak langkah dalam arena olahraga ketika dia dibesarkan di Kuala Lumpur. Kedudukannya pada
ketika itu sukar digugat oleh mana-mana pelari benua Asia.

M. Jegathesan, adalah pelari pertama Malaysia yang melayakkan diri keperingkat separuh akhir Sukan
Olimpik di Rome pada 1960 dalam acara pecut 100m. Beliau pernah melayakkan diri ke pentas
Olimpik sebanyak tiga kali berturut-turut pada 1960, 1964, 1968 dan menjadi atlit Malaysia pertama
ke separuh akhir 200m pada 1964 dan mengulanginya empat tahun kemudian.

Ayahnya, N. M. Vasagam yang berhijrah ke negara ini ketika usia remajanya adalah bekas pelari
kebangsaan yang berasal dari Ceylon atau sekarang dikenali sebagai Sri Lanka. Mendiang ayahnya
adalah bekas pengasas dan setiausaha Persekutuan Persatuan Atlit Amatur Malaya yang kemudian
ditukar nama menjadi Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (MAAU). Dia juga pengasas Persekutuan
Majlis Olimpik Malaya yang kini dikenali sebagai Majlis Olimpik Malaysia (OCM).
Jegathesan terbabit dalam banyak bidang termasuk profesional seperti olahraga, akademik, pentadbir
sukan, penyelidik, pendidik, penasihat perubatan, ketua pegawai eksekutif dan sebagainya. Ramai
kenalan beliau menyifatkan Jegathesan mampu mencapai apa yang diinginkan kerana beliau
membuktikannya sejak menjadi atlit ketika usia mudanya.

Pengalaman bekerja beliau ialah berkhidmat di Kementerian Kesihatan dari 1967 hingga 1998 dan
di situlah beliau menimba pengalaman bermanfaat dalam perubatan. Beliau memegang beberapa
jawatan di kementerian itu selama 31 tahun bertugas dan jawatan terakhir ialah Timbalan Ketua
Pengarah Kesihatan (TKPK) antara 1994 hingga 1998. Beliau pernah menjadi Ketua Perkhidmatan
Makmal Hospital Kuala Lumpur 1985 hingga 1988, Ketua Bahagian Mikrobiologi dan Pengarah IMR
dari 1988 hingga 1994.

Namun dalam tempoh singkat itu Jegathesan memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada negara.
Walaupun sibuk dengan tugasnya kini selaku Ketua Pengawai Operasi Sistem Hospital Awasan Taraf
dan Adjunct Profesor dalam Perubatan Mikrobiologi di Universiti Putra Malaysia (UPM), dia masih
mencurah sumbangan kepada sukan sebagai pentadbir. Pada masa ini beliau adalah Timbalan Presiden
Majlis Olimpik Malaysia
https://www.orangperak.com/anak-perak-pelari-paling-pantas-asia-tahun-1966.html

Anak Perak, Pelari Paling Pantas Asia Tahun 1966

Tan Sri Dr. Mani Jegathesan merupakan ahli sukan pertama dalam negara Malaysia ini yang
mendapat anugerah Olahragawan Kebangsaan pada tahun 1966. Anugerah ini merupakan
pengiktirafan dari Majlis Sukan Negara terhadap pencapaian cemerlang beliau pada tahun tersebut.
Beliau juga adalah merupakan atlet Malaysia pertama yang memenangi pingat dalam sekurang-
kurangnya empat sukan antarabangsa dalam pada beberapa tahun waktu itu.

Antara sukan antarabangsa yang dimenangi beliau pada waktu itu adalah seperti berikut:
 Pingat emas dalam acara 100 meter di Sukan Asia di Jakarta pada tahun 1962.
 3 pingat emas dalam acara 100 meter, 200meter dan acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter
di Sukan Asia Bangkok pada tahun 1966.
 Layak ke pusingan akhir acara 200 meter di Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 1964.
 Layak ke pusingan akhir dalam Sukan Komanwel Kingston pada tahun 1966.
Serba sedikit pengenalan untuk anda semua pembaca orangperak.com untuk lebih mengenali Tan Sri
Dr. Mani Jegathesan. Untuk makluman anda, Tan Sri Dr. Mani Jegathesan telah dilahirkan pada 2
November 1943 di Kuala Kangsar, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di Batu Road Primary
School yang terletak di Kuala Lumpur antara tahun 1950 hingga tahun 1954. Beliau telah melanjutkan
pelajaran menengah di Victoria Institution di Kuala Lumpur pada tahun 1955 dan ke Anglo Chinese
School di Singapura pada tahun 1956 hingga tahun 1961.

Bagi meneruskan pengajian di peringkat universiti, beliau telah ke University of Singapore pada tahun
1962 hingga tahun 1967 dan lulus dengan Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (M.B.B.S.).
Beliau juga memiliki Diploma in Tropical Medicine and Hygiene Bangkok pada tahun 1969 dan
Diploma in Clinical Pathology pada tahun 1971 dari University of London. Beliau memulakan
perkhidmatan sebagai Houseman di Hospital Besar, Kuala Lumpur sejak tahun 1967 hingga 1968.

Kemudian, Tan Sri Dr. Mani Jegathesan meneruskan sebagai Trainee Pathologist di Institut
Penyelidikan Perubatan (IMR), Kuala Lumpur pada tahun 1968 hingga tahun 1970 dan seterusnya
menjadi Ketua Bahagian Serology di institut yang sama pada November 1971. Dalam bulan yang
sama, beliau telah dilantik menjadi Ketua Bahagian Bacteriology pada tahun 1971 hingga 1985.
Selepas pada itu, beliau telah dilantik menjadi Ketua dan Consultant Bacteriologist di Jabatan
Perkhidmatan Makmal di Hospital Besar, Kuala Lumpur. Beliau kembali bertugas di IMR sebagai
Pengarah dan Consultant Bacteriologist pada tahun 1988 hingga 1993 dan jawatan terakhir beliau
adalah sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) di bawah
Kementerian Kesihatan Malaysia dari 16 Disember 1993 hinggalah sekarang.

Dalam bidang olahraga pula, beliau merupakan pemegang rekod kebangsaan bagi acara 100 meter
dengan catatan masa 10.38 saat dan acara 400 meter dengan catatan 46.3 saat. Pencapaian cemerlang
beliau dalam acara 100 meter pada tahun 1966 meletakkan beliau sebagai pelari paling pantas di Asia.
Namun, rekod beliau itu telah dipecahkan oleh Watson Nyambek sewaktu Sukan Malaysia (SUKMA)
yang ke 6 di Kuantan, Pahang pada tahun 1996 dengan catatan 10.31 saat.

Tahun 1966 adalah tahun bersejarah buat dirinya kerana terpilih sebagai orang pertama yang
menerima anugerah Olahragawan Negara. Beliau juga telah menerima Asia Amateur Athletic Award
bagi enam atlet terbaik Asia sepanjang zaman dan Veterans Award oleh International Amateur
Athletic Federation (1993). Setelah bersara dari olahraga, beliau terus menaburkan bakti sebagai
penasihat perubatan bagi Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia dan Persatuan Olahraga Amatur Asia.
Beliau telah dianugerahkan darjah Dato’ Paduka Mahkota Perak oleh Sultan Perak pada tahun 1992
yang membawa gelaran Dato’. Di samping itu, beliau juga telah menerima Anugerah Sains Negara
pada tahun 1995 atas kejayaannya menemui sejenis bakteria pada tahun 1993 yang telah dinamakan
sempena nama beliau iaitu bacillus thuringiensis Sorovar Jegathesan. Kami wakil dari
orangperak.com berbangga dengan pencapaian anak Perak ini yang bukan sahaja mengharumkan
negeri Perak, malah mengharumkan negara Malaysia di mata dunia. Mungkin anda tak tahu, seorang
lagi anak Perak wanita kita juga adalah orang pertama yang menerima anugerah Olahragawati Negara.
https://www.pnm.gov.my/yangpertama/Tokoh_Olahragawan.htm

  M. JEGATHESAN

Datuk M. Jegathesan merupakan ahli sukan pertama negara ini dianugerahkan Olahragawan
Kebangsaan pada tahun 1966. Anugerah ini merupakan pengiktirafan Majlis Sukan Negara kepada
pencapaian cemerlang beliau pada tahun tersebut. Beliau juga merupakan atlet Malaysia pertama yang
memenangi pingat dalam sukan antarabangsa ketika itu, antaranya:

 Pingat emas dalam acara 100 meter di Sukan Asia di Jakarta, 1962.
 3 pingat emas dalam acara 100 meter; 200meter dan acara lari berganti-ganti 4 x 100 meter di
Sukan Asia Bangkok, 1966.
 Layak ke pusingan akhir acara 200 meter di Sukan Olimpik Tokyo, 1964.
 Layak ke pusingan akhir dalam Sukan Komanwel Kingston, 1966.

Beliau juga menganggotai Jawatankuasa International Amateur Athletic Association (IAAF) dalam
tahun 1985.
https://www.isportsasia.com/m-jegathesan-lagenda-yang-berjaya-dalam-sukan-dan-akademik/

M. JEGATHESAN: LAGENDA YANG BERJAYA DALAM SUKAN DAN


AKADEMIK

Apabila bercakap tentang lagenda pecut negara pasti nama seperti Watson Nyambek terlintas di
fikiran. Malahan nama-nama atlet baharu seperti Khairul Hafiz Jantan dan Haiqal Hanafi turut akan
jadi sebutan. Tahukah anda sebelum kehadiran Watson Nyambek, kita sudah miliki pelari pecut yang
cukup hebat dan berwibawa. Pelari pecut itu adalah M.Jegathesan yang kurang didendangkan oleh
rakyat Malaysia. M.Jegathesan atau juga dikenali sebagai ‘flying doctor’ merupakan pelari terhebat
negara yang pernah melakar nama di pentas Asia sekitar era 60-an.

Jangan terkejut kerana beliau juga merupakan seorang doktor yang berkhidmat dalam bidang
perubatan. Perkara seumpama itu adalah sangat lanka untuk berlaku di era tersebut memandangkan
hari ini pun masih ada segelintir yang mendakwa pendidikan tidak penting untuk menjadi atlet sukan.
Walau bagaimanapun, M.Jegathesan membuktikan perkara yang sebaliknya. Buat pengetahuan anda
semua, M.Jegathesan merupakan atlet pertama Malaysia yang memenangi pingat emas dalam acara
olahraga 200 meter di Sukan Asia Jakarta 1962. Pecutan beliau tidak terhenti setakat itu sahaja apabila
beliau berjaya bersaing di pusingan akhir acara 200 meter di Sukan Olimpik Tokyo, 1964.
Walaupun gagal memenangi sebarang pingat, pencapaian beliau itu cukup gemilang apabila berjaya
mencatatkan rekod 20.9 saat diperingkat separuh akhir dan hal itu adalah sangat sukar dicapai bagi
seorang rakyat Malaysia. Kemuncaknya beliau juga berjaya memenangi emas di Sukan Asia Bangkok
1966 dalam 3 acara berbeza iaitu 100 meter, 200 meter dan lari berganti-ganti 4 x 100 meter. Selepas
itu, beliau juga turut layak ke pusingan akhir dalam Sukan Komanwel Kingston pada tahun yang
sama.

Lantaran daripada kehebatan M.Jegathesan ketika itu, beliau telah diberikan penghargaan sebagai atlet
pertama yang menerima Anugerah Olahragawan Kebangsaan. Anugerah ini merupakan pengiktirafan
Majlis Sukan Negara kepada beliau diatas pencapaian yang sangat gemilang pada tahun 1966. Selama
8 tahun sejak 1960, M. Jegathesan sukar untuk digugat oleh mana-mana atlet. Bahkan rekodnya dalam
acara 100 meter dan 200 meter mengambil masa begitu lama untuk dipecahkan oleh altet pecut
Malaysia yang lain. Apa yang menariknya tentang M.Jegathesan ini adalah beliau mampu
menyeimbangkan antara akademik dan sukan.
Bayangkan beliau berjaya mewakili Malaysia pada Olimpik Roma 1960 sebagai pelajar tingkatan
enam, Olimpik Tokyo 1964 sebagai pelajar perubatan dan doktor di Sukan Olimpik Mexico 1968
setelah bergraduasi di University of Singapore pada tahun 1967. Hal ini menunjukkan bahawasanya
kehebatan dalam sukan langsung tidak menggugat beliau untuk cemerlang dalam akademik.

Buktinya, beliau pernah berkhidmat dalam sektor kesihatan kerajaan pengarah Institut Penyelidikan
Perubatan dan timbalan pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia. Tahun 2011 menyaksikan
M.Jegathesan telah dilantik sebagai Pro Canselor Univeristi Sains Malaysia kerana sumbangannya
yang begitu besar dalam bidang olahraga, pendidikan dan penyelidikan.

Jadi jika M.Jegathesan bisa cemerlang dalam akademik dan sukan di masa silam, apa alasan atlet pada
hari ini untuk tidak berada pada tahap yang sama? Ya zaman sekarang memang terdapat beberapa
sukan yang menawarkan pendapatan begitu lumayan. Walau bagaimanapun, atlet sukan pastinya tidak
mampu untuk bertahan lama dan jika dihinggapi oleh kecederaan yang membinasakan, mungkin ianya
akan berakhir setakat itu sahaja.

Kesimpulannya, buanglah segala tanggapan bahawasanya menyertai sukan tidak memerlukan kita
berjaya dalam akademik. Dalam peringkat sekolah pula, kita kena hapuskan mentaliti sukan untuk
kelas belakang dan akademik untuk kelas hadapan.
https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/1303/2017/07/266919/rekod-flying-doctor-sukar-
ditanding

Rekod Flying Doctor sukar ditanding

KELIBAT atlet Malaya (kemudian Malaysia) di pentas Sukan SEAP sentiasa menjadi bualan dan
reputasi hebat olahraga Malaysia dianggap antara terkuat di rantau ini dan mampu bersaing dengan
negara besar seperti Thailand dan Jepun dalam menampilkan atlet berkaliber sama ada di atas trek
mahupun di padang.

Kehadiran atlet era 1950-an dan 1960-an antaranya Rahim Ahmad, Kamaruddin Maidin, M
Jegathesan, A Victor, C Kunalan, T Krisnan, Nashatar Singh dan M Rajamani sentiasa
mengharumkan negara dan digeruni lawan.

Era berkenaan berterusan pada 1970an dengan penampilan Ramli Ahmad, Istiaq Mubaraq, Sukninder
Singh, Baljit Singh, Samreet Singh, V Subramaniam, Ballang Lasung, P Peyadesa, Marina China,
Jesicca Law, Norsham Yon, Junaidah Aman dan Gladys Chai.

Bermula minggu ini hingga 13 Ogos depan, ikuti 19 keluaran Imbauan yang merakamkan kembali
detik pahit manis pemenang pingat emas di pentas Sukan SEAP dan Sukan SEA.

DISYORKAN UNTUK ANDA


 Pak Daud, Junaidah jagoan sukan hebat
 Khairul Hafiz sebaris legenda
 KL2017: Nazmizan harap Khairul Hafiz tak riak
 The Flying Doctor tabik The Speedy Jantan

JEGATHESAN (tengah) raih pingat emas pada aksi final 200 meter di Sukan SEAP 1965.
- Foto fail NSTP

PENAMPILAN sulung di Sukan SEAP ke-2 di Yangon, Burma ketika usianya menjangkau 17 tahun,
melonjakkan nama Tan Sri Dr M Jegathesan selepas merangkul tiga pingat emas, sekali gus menjadi
titik tolak kepada pencapaian olahraga legenda yang dikenali dengan jolokan 'The Flying Doctor' itu.
"Saya memenangi pingat emas pertama di kejohanan antarabangsa dalam karier olahraga saya adalah
pada Sukan SEAP di Yangon. Saya berumur 17 tahun ketika itu dan karier saya dalam olahraga terus
meningkat sejak itu," katanya yang memenangi acara 200 meter, 400m dan 4x400m di Myanmar.
Peningkatan dalam kerjaya Jegathesan yang ketika itu masih seorang penuntut tidak terhenti apabila
dalam edisi Sukan SEAP seterusnya yang diadakan di Kuala Lumpur menyaksikan pencapaian
terbaiknya apabila membawa pulang empat pingat emas - 100m, 200m, 4x100m dan 4x40m. Kejayaan
di tanah air itu turut menyaksikan 'The Flying Doctor' itu mencatat sejarah sebagai pelari pecut
pertama negara yang merangkul pingat emas berganda dalam acara 100m dan 200m.

Menang 19 emas
"Olahraga negara berada di zaman kegemilangan pada edisi awal temasya itu. Kami mencapai
kemuncaknya pada Sukan SEAP 1965 apabila Kuala Lumpur menjadi tuan rumah. "Kami memenangi
keseluruhan 19 pingat emas (daripada keseluruhan 42 pingat). Kami juga melakukan pencapaian yang
bagus pada temasya yang dianjurkan di Kuala Lumpur selepas itu (14 emas pada 1971)," katanya
yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perubatan Majlis Olimpik Asia (OCA).

JEGATHESAN (kiri) mencatat sejarah sebagai pelari pecut pertama negara yang merangkul pingat
emas berganda dalam acara 100m dan 200m di Sukan SEAP 1965. - Foto fail NSTP
JEGATHESAN (kanan) dan Rabuan Pit. - Foto fail NSTP

Pencapaian skuad olahraga negara di Sukan SEA bagaimanapun semakin menurun dengan yang
terbaru negara sekadar membawa pulang tiga pingat emas pada temasya di Singapura pada dua tahun
lalu.

"Saya berharap kejayaan yang dikecapi negara pada Sukan SEA terutama sekali ketika negara
menganjurkannya bakal menjadi peringatan yang kita mampu melakukannya sekali lagi di sini. Ini
adalah masanya yang sudah lama ditunggu-tunggu," katanya.

Pencapaian Jegathesan bagaimanapun berterusan di peringkat yang lebih tinggi apabila dia
memenangi emas di Sukan Asia 1962 Bangkok dalam acara 200 meter dan melayakkan diri ke tiga
edisi Sukan Olimpik di Rom (1960), Tokyo (1964) dan Mexico (1968).

Pada Olimpik Mexico, dia juga melakar sejarah apabila mara ke pusingan separuh akhir acara 200m
dan mencatatkan masa 20.92 saat bagi disenaraikan dalam rekod kebangsaan yang kekal sehingga ke
hari ini.
PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan Anugerah Tokoh Sukan kepada Tan Sri
Dr M Jegathesan pada Anugerah Sukan Negara 2015 di PICC. - Foto fail NSTP/Osman Adnan

Jegathesan contoh keseimbangan sukan dan akademik


Bekas pelari terpantas Asia, Tan Sri Dr M Jegathesan sepatutnya menjadi contoh buat atlet negara
masa kini apabila dapat mengimbangi kejayaan di trek dan juga dalam bidang akademik.

Mencipta pelbagai kejayaan pada 1960-an pelbagai kejohanan di peringkat antarabangsa, Jegathesan
masih lagi bergelar seorang penuntut di Universiti Singapura pada 1962-1967 dan meneruskan
pengajian Universiti Mahidol, Bangkok pada 1969 dan Universiti London pada 1970-71 di dalam
jurusan kedoktoran.

Bagi Jegathesan, kejayaannya itu berjaya dicipta namun perlukan pengorbanan masa, tenaga dan yang
paling penting kebijaksanaan untuk menguruskan masa.

Suka persiapan awal


"Saya ada sebuah beg khas yang digunakan untuk satu tujuan, iaitu membawa buku pengajian apabila
ke mana-mana.

"Buku fizik, kimia, biologi dan matematik tambahan perlu dibawa apabila menjalani latihan olahraga
luar dari universiti," kata pakar patologi dan mikrobiologi itu.

Bercerita mengenai zamannya ketika bergelar penuntut dahulu, Jegathesan berkata dia mengulangkaji
di merata tempat ketika mempunyai masa terluang.

"Sebelum dan selepas menjadi doktor, saya memang seorang yang serius dan suka buat persiapan
awal supaya tidak tercicir," katanya.
GRAFIK BH.

You might also like