You are on page 1of 35

Hormati Negara, Rakyat Sejahtera

1. Logo atau Lambang Kemegahan Negara


(a) Bendera atau Jalur Gemilang

 Warna kuning dengan bulan sabit dan bintang melambangkan Islam ialah agama


rasmi Malaysia.
 Bintang bersudut empat belas melambangkan empat belas negeri dan wilayah
persekutuan di Malaysia.
 14 jalur melambangkan negeri-negeri Malaysia dan ibu negara, Kuala Lumpur.
 Warna biru melambangkan perpaduan.
 Warna putih melambangkan kesucian.
 Warna merah melambangkan keberanian.

(b) Jata

 Bulan sabit serta bintang yang berwarna kuning melambangkan agama Islam.
 Bintang bersudut empat belas melambangkan empat belas buah negeri termasuk ibu
negeri di Malaysia.
 Harimau yang berada di kedua-dua belah melambangkan kewibawaan Malaysia.
 Bunga raya melambangkan Persekutuan Malaysia.
 Pokok Pinang, Pokok Melaka, Burung Kenyalang (enggang), dan jata Sabah
melambangkan negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sarawak dan Sabah.
 Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna
hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih
dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.
Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
 Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor,
Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

(c) Lagu

Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup,
Bersatu dan maju!

Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta!

Rahmat bahagia,
Tuhan kurniakan,
Raja kita,
Selamat bertakhta!

 Lagu Negaraku dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak.


 Lagu ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Tunku
Abdul Rahman pada 5 Ogos 1957.
 Lirik lagunya telah digubal oleh Encik Saiful Bahri.

(d) Rukun Negara

Bahawasanya Negara Kita Malaysia

Mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang
adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains
dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

Kepercayaan Kepada Tuhan


Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Kepercayaan Kepada Tuhan
• Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi
Persekutuan.
• Tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah
dilarang sama sekali.
• Agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-
mana bahagian di dalam Persekutuan.
• Bangsa dan negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.
• Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan
negara.

Kesetiaan Kepada Raja dan Negara


• Setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
• Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang
memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada
Yang di-Pertuan Agong.

Keluhuran Perlembagaan
• Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan
keistimewaan mereka sebagai warganegara.
• Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, memahami maksud
dan kandungan serta latar belakang sejarah.
• Perlembagaan negara ini telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua
pihak di negara ini.
• Ianya adalah kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh
mana-mana individu atau mana-mana pihak.
• Merupakan sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan dengan sistem pemerintahan,
perundangan, kedudukan dan hak sosio- ekonomi rakyat.

Kedaulatan Undang-Undang
 Menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak lancar dan teratur tanpa
sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat.
 Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-
undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan.
 Hak-hak dan kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak
menggulingkan Kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak
menurut Perlembagaan.

Kesopanan dan Kesusilaan


• Membentuk warga yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi
Bahasa dan Nilai-Nilai Murni. Individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat
penting dalam konteks perhubungan pelbagai kaum di negara ini.
• Mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan
seseorang atau sesuatu golongan.
• Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan
berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
• Kesopanan dan kesusilaan dapat dilihat pada tingkah laku dan tutur kata seseorang.
• Membentuk individu berdisiplin dan bermoral yang akan membantu mewujudkan sebuah
masyarakat yang baik, berbudi bahasa, bersopan santun dan bersusila serta dapat
mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang harmoni dan bersatu padu.
(e) Bunga
(f) Binatang

 Harimau merupakan lambang yang penting di Malaysia.


 Pada lambang negara Malaysia (Jata Negara), dua ekor harimau yang berdiri di kedua-
dua belah perisai melambangkan kekuatan dan keberanian.
 Lambang harimau juga digunakan pada logo syarikat Malaysia seperti Maybank dan
PROTON.

2. Bendera-bendera Negeri

(a) Perlis (Sejak 1870)

 Warna kuning melambangkan D.Y.M.M. Raja.


 Warna biru pula melambangkan rakyat.
 Bendera itu sendiri membawa makna kerjasama yang erat di antara Raja dengan
Rakyat Baginda.
(b) Kedah (Sejak 1912)

 Merah ialah warna kebangsaan negeri Kedah yang turun-temurun.


 Padi maknanya negeri ini makmur dalam hal kehidupan.
 Anak bulan tanda negeri ini beragama Islam.
 Perisai pula maksudnya Raja ( Kerajaan ) sentiasa menjaga dan memelihara rakyatnya
dan penduduk dalam negeri ini daripada kezaliman.

(c) Pulau Pinang (Sejak 1957)

Warna biru muda bermaksud warna laut yang indah di sekeliling pulau itu.
Warna putih pula membawa maksud negeri Pulau Pinang yang aman dan damai.
Warna kuning melambangkan kemakmuran.
Pohon Pinang ialah pohon dari mana pulau itu mendapat namanya.

(d) Perak (Sejak 1879)

Bendera negeri Perak Darul Ridzuan mengandungi tiga warna berjalur putih, kuning dan
hitam.
Ketiga-tiga jalur ini sama lebarnya.
Warna putih melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak
Darul Ridzuan.
Warna kuning melambangkan kebesaran Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul
Ridzuan.
Warna hitam melambangkan kebesaran Duli Yang Maha Amat Mulia Raja Di Hilir Perak
Darul Ridzuan.

(e) Kelantan (Sejak 1923)

Latarbelakang berwarna merah maksudnya kejujuran penduduk negeri ini termasuk rakyat
dan Raja yang memerintah.
Lambang kebesaran berwarna putih itu tanda kesucian Raja negeri ini.

(f) Terengganu (Sejak 1947)

Latarbelakang berwarna putih membawa maksud D.Y.M.M Sultan.


Ia melingkari tanah hitam yang bermaksud rakyat.
Ini bermakna Sultan adalah memberi perlindungan kepada seluruh rakyat Baginda.
Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama negeri.

(g) Pahang (Sejak 1903)

Bendera negeri Pahang mengandungi dua warna iaitu putih di atas dan hitam di bawah.
Kedua-duanya sama lebar.
Hitam adalah warna kebesaran Bendahara melambangkan bahawa pada suatu ketika
dahulu pemerintahan di negeri Pahang adalah seorang yang bertaraf Bendahara.
Putih adalah melambangkan Raja.
Tambahan warna putih di atas hitam ini membawa makna bahawa negeri Pahang adalah
negeri yang mempunyai kedaulatan sendiri dan pemerintahan Beraja.
Ini juga membawa erti bahawa negeri ini ada mempunyai keistimewaan-keistimewaan,
undang-undang, adat istiadat, adat resam, tata susila serta kuasa-kuasa yang tertentu ada
pada Raja sebagai sebuah negeri yang beraja dan berdaulat.

(h) Selangor (Sejak 1965)

Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu
unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini.
Bulan bintang pula ialah sebagai Agama Islam, agama rasmi negeri dan kesucian Agama
Islam ditunjukkan dengan warna putih.

(i) Negeri Sembilan (Sejak 1895)

Warna kuning pada bendera membawa maksud D.Y.M.M. Raja.


Bahagian tiga segi yang berwarna merah bermakna rakyat, sementara bahagian tiga segi
yang berwarna hitam maksudnya Datuk-datuk Undang bagi Luak-luak yang menjadi
bahagian-bahagian negeri ini.
(j) Melaka (Sejak 1961)

Warna-warna merah, putih, kuning dan biru adalah warna-warna Bendera Persekutuan dan
menunjukkan bahawa Melaka ialah sebuah negeri dalam Persekutuan, sementara anak
bulan dan bintang pecah lima itu pula ialah tanda Agama Islam, agama negeri dan Malaysia.

(k) Johor (Sejak 1871)

Anak bulan dan bintang yang berwarna putih itu menandakan Raja yang berdaulat.
Bahagian yang berwarna merah bermakna hulubalang yang mempertahankan negeri.
Bahagian yang berwarna biru tua itu pula maksudnya Kerajaan Negeri.

(l) Sarawak (Sejak 1988)

Warna merah melambangkan keberanian, kesungguhan dan pengorbanan rakyat dalam


daya usaha mereka yang berterusan untuk mengejar serta mempertahankan kemajuan dan
ketinggian maruah dalam proses membina Sarawak sebagai negeri contoh.
Warna kuning menggambarkan keagungan Perundangan dan Peraturan (Order), perpaduan
serta stabiliti dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Warna hitam melambangkan kekayaan sumber asli Sarawak seperti minyak mentah, balak
dan sebagainya yang merupakan landasan bagi memajukan rakyatnya.
Bintang yang berwarna kuning bermuncung sembilan melambangkan sembilan bahagian di
mana rakyatnya tinggal di dalam harmonis.
Simbol bintang juga merupakan cita-cita tinggi rakyat kita dan hasrat perjuangan kita untuk
meninggikan mutu kehidupan selepas merdeka.

(m) Sabah (Sejak 1988)

Bendera negeri Sabah berbentuk persegi panjang berukuran 1:2.


Di sudut sebelah atas bendera berwarna biru cerah, yang menjadi latarbelakang lukisan
grafik bayangan Gunung Kinabalu, berwarna biru tua, meliputi suku bahagian bendera ini.
Bahagian hujung bendera yang berkibar dihiasi tiga jalur yang sama besar.
Jalur atas berwarna biru muda, jalur tengah berwarna putih dan jalur bawah berwarna merah
cili.
Warna biru muda melambangkan keamanan dan kesejahteraan, putih melambangkan
kesucian dan keadilan, manakala merah cili melambangkan keberanian dan keyakinan.
Warna biru cerah menunjukkan perpaduan dan kemakmuran sementara biru tua
melambangkan kekuatan dan semangat kerjasama.
Kelima-lima warna yang menghiasi bendera ini mewakili lima bahagian yang terkandung
dalam Negeri Sabah.
Lukisan grafik berbentuk Gunung Kinabalu pula melambangkan Kerajaan Negeri Sabah.

Bendera Wilayah Persekutuan (Sejak 2006)

Tiga garisan melintang berwarna kuning (atas), biru dan merah, serta jata negara Malaysia
di tengah.
Terdapat 3 bintang kuning pecah 14 dibawah jata melambangkan tiga Wilayah Persekutuan
dalam Malaysia.
Bendera Kuala Lumpur (Sejak 1990)

Jalur biru lebar melintang ditengah, diapit 6 jalur merah putih, masing-masing di bawah dan
di atas.
Bulan sabit dan bintang pecah 14 berwarna kuning di medan jalur biru.

Bendera Labuan (Sejak 1984)

Tiga jalur melintang berwarna merah, putih dan biru serta bulan sabit dan bintang pecah 14
berwarna kuning dalam jalur putih.

Bendera Putrajaya (Sejak 2001)

Tiga kotak warna, 2 daripadanya berwarna biru mengapit kotak kuning ditengah.
Jata negara berada di tengah kotak kuning.
3. Keunikan Rakyat Malaysia

(a) Pakaian Tradisional

Kaum Melayu

BAJU MELAYU

Baju Melayu Cekak Musang Baju Melayu Teluk Belanga

 Biasa di pakai oleh golongan lelaki di Malaysia dan negara serantau.


 Terbahagi kepada dua jenis utama, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan
potongan Cekak Musang.
 Cara memakai baju juga terdapat perbezaan dimana bagi baju Melayu Teluk Belanga
biasanya sampin dipakai diluar baju, manakala baju Melayu Cekak Musang baju di dalam
sampin.
BAJU KURUNG

Baju kurung Baju kurung Pahang

 Baju kurung dianggap popular dan dipakai oleh perempuan.


 Pengertian kurung secara tidak langsung telah membawa erti ‘mengurung atau menutup’
anggota tubuh.

BAJU KEBAYA

Baju Kebaya

 Baju kebaya dipakai oleh wanita Melayu.


 Baju kebaya yang asal direka labuh hingga ke paras lutut ataupun lebih.
 Kebaya ada pelbagai gaya. Contohnya di Selangor, kebayanya tidak berkolar. Di Perak
pula lengan kebayanya sangat lebar berbanding dengan kebaya di negeri-negeri yang
lain.
 Baju kebaya sesuai untuk pakaian harian dan juga pakaian pengantin.
Baju Kaum Cina

SAM FOO

Sam foo
 Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis.
 Ia merupakan pakaian harian lelaki keturunan Cina.
 Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.
 Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar
tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu.
 Pakaian ini biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.

Sam foo dan Cheongsam


Cheongsam

 Cheongsam adalah pakaian wanita dengan ciri-ciri khas Cina dan menikmati populariti
yang berkembang di dunia antarabangsa.
 Cheongsam ini tidak terlalu rumit untuk dibuat.
 Ia diperbuat dari bahan yang berbeza dan panjang yang berbeza-beza.

Baju Kaum India

Dhoti
 Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki.
 Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih.

 Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang.


 Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian
disangkukan pada bahu.
 Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu.
 
Sari
 Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan
turut dipakai pada musim perayaan.
 Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan
panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai.

Sari

PAKAIAN ETNIK MASYARAKAT SABAH


PAKAIAN ETNIK KADAZAN

kadazan
Pakaian istiadat masyarakat Kadazan dari Penampang. Lelakinya memakai baju gaung,
seluar souva, bengkung toogot dan pakain kepala yang disebut siga. Wanita memakai baju
pendek sinuangga, kain labuh tapi dan selendang batik dilengkapi tali pinggang himpogot.
PAKAIAN SUKU KAUM RUNGUS

Pakaian istiadat suku kaum Rungus. Pakaian lelaki terdiri dari baju badu, seluar soval,
bengkung hokos dan pakaian kepala sigal dari kain pis. Wanita memakai baju sempit banat
dan kain paras lulut tapi serta hiasan kepala disebut sisingal dan rampai. Perhiasan diri dari
jalinan manik-manik berwarna-warni disebut pinakol dan togkol,

suku kaum rungus

PAKAIAN SUKU KAUM MURUT

Pakaian Adat suku kaum Murut. Lelaki memakai jaket barbaru dan cawat dari kulit kayu
puputul yang dilukis dengan motif dari manik atau warna. Perhiasan kepalanya tupi sinulatan
juga dari kulit kayu. Wanita menggayakan pakaian pinongkolo dari kain kapas berhiaskan
motif sarat dari manik-manik berwarna-warni. Perhiasan diri juga dari manik seperti rantai
rarangkol dan hiasan kepala salupai.

suku kaum murut

PAKAIAN SUKU KAUM BAJAU

Pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran.
Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang
dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang.
suku kaum bajau
 http://kebudayaan.kpkk.gov.my/about/perkhidmatan/?c5=529&menu_id=43&c3=40&click=1
Posted by fify_fathia at 12:54 AM No comments:   
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Wednesday, October 6, 2010
PAKAIAN MASYARAKAT ETNIK SARAWK
PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI IBAN

KAIN SIRAT

Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban.
Sirat adalah sebidang kain yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi
dengan sulaman atau tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut
dikarangkan sebagai hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang
dan celah kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang
badan; mempamerkan bahagian yang berhias

 DANGDONG
Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong
lebih lebar daripada bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai
pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong
diperbuat daripada kain yang ditenun dengan cara ikat

PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN IBAN

BIDANG

Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan
panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang
kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri daripada dua bidang kain seumpamanya
yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka
coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-
warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu @ sebarang perayaan pula dihiasi oleh
pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-
kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak bermotif
tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar yang
bewarna merah.

KALAMBI

 
Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan
kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara tertentu
sahaja. Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain segi empat
bujur yang dilipat dua. Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk lubang lengan
atau ambungan lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang separas punggung
dan ada yang labuh hingga ke lutut. Kalambi ditenun dengan segala macam motif yang
indah. Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang indah dan ada pula kalambi
yang dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi dengan figura-figura roh dan
binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga dilapiskan dengan kekabu sebagai
pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan kain yang ditenun dengan cara ikat. Kain ini
bermotifkan jalur-jaluran yang menegak, figura manusia dan burung. Semua motif tersebut
ditenun dalam bentuk geometrik. Hujung kalambi hasil tenunan ikat ini pula dibiarkan
berjumbai, berpintal atau dihias dengan karangan manik

BEDONG
 
Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini
dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang
bedung hampir sama dengan sirat. Beong dipakai di bahu sebagai selendang atau
diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.
 

baju baldu

PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN MELANAU

BAJU BALDU

Wanita Melanau menggayakan baju baldu hitam dengan sarung songket Brunei tenunan
Sarawak, bertali pinggang pending besar, diserikan dokoh dan perhiasan kepala kepih
sanggul

BAJU BABAN

baju baban

Wanita Melanau menggayakan Baju Baban asal pakaian pengantin Melanau. Baju kurung
pendek warna hitam dipadankan dengan kain songket. Di dada memakai 2 helai selendang
merah dan perhiasan diri kepih dada dan kepih sanggul
PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI MELANAU 

Pakaian tradisional Melanau. Lelaki menggayakan baju potongan moden bersamping broked
oren keemasan, pinggang berikat selendang sifon berkopiah Jawa.

PAKAIAN TRADISIONAL LELAKI BIDAYUH

lelaki bidayuh
Pakaian lelaki Bidayuh baju dan seluar dari satin dihiasi pita merah dan putih. Bahagian luar
memakai jipo Boyuh dari kulit kayu dan kalung gigi beruang

PAKAIAN TRADISIONAL PEREMPUAN BIDAYUH

perempuan bidayuh
Wanita Bidayuh menggayakan baju jipo pendek dan skirt bidang fabrik satin rona hitam
berhias selempang merah perhiasan pinggang daripada syiling perak. Perhiasan kepalanya
ialah sipiah dari tiga warna hitam, merah dan putih berhias manik, labuci dan syiling perak

(b) Makanan Tradisional Orang Malaysia

Makanan Tradisional Orang Melayu

Nasi Lemak

                                 
Nasi lemak adalah hidangan yang dijual di Malaysia, Brunei, Singapura, dan Thailand
Selatan. Di Kuala Lumpur, hal itu disebut hidangan kebangsaan, warisan kebangsaan
Malaysia. Hal ini tidak menjadi bingung dengan Nasi Dagang dijual di pantai timur Malaysia
atau Terengganu dan Kelantan walaupun kedua-dua pinggan boleh biasanya dijumpai dijual
berdampingan untuk sarapan. Namun, kerana fleksibiliti yang Nasi lemak di dapat dilayani
dalam berbagai perilaku, sekarang disajikan dan dimakan setiap saat sepanjang hari. Ada
hidangan sejenis di Indonesia disebut nasi Uduk.Secara tradisional, ini datang sebagai
sepiring makanan dibungkus daun pisang, dengan hirisan timun, teri kering kecil (ikan bilis),
kacang goreng, telur rebus, dan panas pedas sos (sambal) pada intinya. Sebagai makanan
yang lebih substansial, nasi lemak juga boleh datang dengan pelbagai menyertai lain seperti
ayam, cumi-cumi, kerang, aduk goreng convolvulus air (kangkung), sayur-sayuran acar
(achar), daging lembu rendang (daging lembu rebus dalam air kelapa dan rempah-rempah)
atau paru (paru-paru lembu). Secara tradisional kebanyakan iringan yang pedas di
alam.Nasi lemak secara meluas dimakan di Malaysia, bahkan sebagai hidangan disajikan di
sekolah-sekolah Malaysia. Nasi lemak adalah hidangan sarapan biasa, pagi-pagi dijual di
warung pinggir jalan di Malaysia, di mana ia sering dijual dibungkus dalam surat khabar,
kertas coklat, atau daun pisang. Namun, ada restoran yang menyajikannya di atas piring
sebagai makan siang atau malam hari, sehingga memungkinkan untuk hidangan yang akan
dimakan sepanjang hari. Nasi lemak kukus yang bermaksud lemak nasi panas adalah nama
lain yang diberikan kepada nasi lemak yang dihidangkan dengan nasi panas.

Kuih Bahulu
 
Kuih Bahulu merupakan makanan Melayu tradisional biasanya sangat popular,
terutama pada hari cuti dan hari orang ramai.Umumnya kuih bahulu terdiri daripada
tiga jenis kuih yang merupakan dikenakan bahulu kecil bahulu, lapisan bahulu bahulu
and roll. Bahulu bahulu layer dan roll agak sukar ditemui di supermarket untuk kuih
tradisional ditempah dari kilangnya.

Gula Melaka

Gula Melaka, juga dikenali dengan nama Gula Tuak, merupakan salah satu
sumber gula yang banyak terdapat di Melaka. Gula ini diperbuat daripada air
nira kelapa. Kemanisan dan kehalusan Gula Melaka asli berbeza dengan gula melaka
tiruan yang banyak terdapat di pasaran kini.

Ketupat

Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan


daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di Malaysia.

Makanan Tradisional Orang Cina


Char koey tiaw & yee mee sizzling

Mereka lebih gemar makan mi yang terdiri daripada pelbagai jenis dan teknik masakan
seperti di goreng,mi rebus,mi sup,mi hailam dan macam-macam lagi.Dan yang paling
terkenal di Malaysia ini yang juga telah menjadi makanan pelbagai kaum lain disini
ialah Char Koey Tiaw dan Mi Sizzling.

Bubur nasi dan lauk pauk serta sayuran

Kaum Cina tidak makan nasi sebagai makanan utama seharian tetapi memasak bubur
nasi yang dimakan bersama lauk pauk dan sayur-sayuran .Mereka juga gemar
memakan makanan laut dan manisan.Nasi ayam juga merupakan makanan tradisional
kaum Cina yang kini di gemari oleh semua kaum di Malaysia.
Tang Yuan & Spring Roll

Salah satu pencuci mulut kaum Cina yang agak popular di negara kita ialah Tang
Yuan.Sejenis manisan dari beras pulut yang direbus dimakan dengan air gula lebih
kurang bubur .Terdapat juga popia yang dikenali sebagai Spring Roll sebagai
makanan yang berasal dari keturunan kaum Cina yang digemari juga kaum-kaum lain
di sini. Makanan sempena perayaan kaum Cina di Malaysia seperti kaum lain mereka
juga mempunyai perayaan-perayaan tersendiri dan seringkali dikaitkan dengan
makanan utamanya seperti. Tahun Baru Cina antara juadah yang sering disaji yang
menjadi tradisi kaum Cina di Malaysia ialah Yee Sang yang merupakan campuran
sayur-sayuran yang berbagai tekstur dan warna-warni yang membawa maksud
kemakmuran kepada merea.Pada malam sebelum Tahun Baru Cina mereka akan
mengadakan makan besar iaitu majlis makan malam keluarga dengan menyajikan
pelbagai lauk pauk yang enak-enak.Disamping itu mereka juga menyediakan kuih
muih seperti kuih bakul,kuih kapit dan limau Mandarin untuk tetamu yang bertandang.
Kuih Bakul,kuih bangkit,kuih kapit & limau Mandarin

Kuih Chang ataupun Zongzi pula dimakan dan disediakan untuk meraikan Festival
Dragon Boat yang disambut pada hari ke 5 dalam bulan ke 5 kalender Lunar.Ia dibuat
daripada beras pulut yang diisi inti dan dibalut dengan daun buluh serta dikukus dan
digantung untuk dikeringkan.
Maklumat tentang kuih Bulan ataupun Mooncake Festival yang disambut pada hari ke
15 bulan ke 8 kalender lunar.Kuih bulan ini sejenis kuih yang manis mengandungi
pelbagai inti seperti kacang merah ataupun telur asin.Kini di Malaysia terdapat
pelbagai versi dan bentuk malah ada juga yang Halal untuk dimakan oleh orang
Melayu disini.
                                                   
                                                                          Kuih Bulan

Makanan Tradisional Orang India

MURUKKU
Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah chakli dan
chakri. Makanan tradisional ini juga berasal dari negara India. Bahan utama murukku
ialah urad dan tepung beras. Murukku boleh didapati di mana-mana sahaja dan
dihidangkan sebagai makanan ringan. Murukku amat lazat dan senang untuk
disediakan. Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti 
cili,asafoetida,ajawain dan cumin. Semua orang daripada pelbagai kaum menikmati
makanan ini tidak kira umur. Rakyat United Kingdom merujuk murukku sebagai chakri
di negara tersebut.

TOSAI

Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay,
dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis
seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini
sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum india.Tosai boleh didapati di
mana-mana gerai atau kedai mamak dan juga di restoran india.  Makanan tradisional
ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.Tosai
amat kaya dengan karbohidrat dan protein.

IDLI
Idli juga berasal dari India. Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna, rave atau
sambar idli. Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan.
Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan, sambar dan lain-lain.
Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.

PUTU MAYAM

Putu mayam merupakan makanan tradisional India yang telah mendapat sambutan
yang mengalakkan dari semua bangsa dan kini turut dinikmati oleh semua kaum di Sri
Lanka,Malaysia dan Singapura sebagai snek.Proses menghasilkan putu mayam terdiri
daripada mengaul tepung beras atau tepung idiyappam dengan air atau santan, dan
menekan doh melalui acuan bagi menghasilkan utusan seperti mee.

(c) Perayaan di Malaysia

Hari Raya Puasa

Hari Raya Puasa disambut pada tiap-tiap 1 Syawal, Tahun Hijrah. Hari Raya ini juga dikenali
sebagai Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah. Hari raya ini dinamakan sebagai Hari Raya
Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah kerana hari tersebut menandakan betapa umat Islam telah
benar-benar berjaya bermujahadah dan beribadah di sepanjang bulan Ramadan. Ertinya,
pada satu Syawal, mereka telah berjaya mengembalikan diri kepada fitrah semula jadi-nya.

Sebelum menyambut Hari Raya Puasa, umat Islam diwajibkan berpuasa sebulan
pada bulan Ramadan dan membayar zakat fitrah. Puasa merupakan rukun Islam yang
ketiga. Ia bererti menahan diri dari makan, minum dan apa-apa sahaja yang
membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari disertai dengan niat
pada malamnya.
Hari Raya Qurban

Hari Raya Qurban atau Aidiladha disambut pada tiap-tiap 10 Zulhijjah, Tahun Hijrah. Ia juga
dikenali sebagai Hari Raya Haji iaitu hari yang dirayakan sebagai tanda kesyukuran dan
rahmat kepada mereka yang berupaya menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Ketika
itu, ramai umat Islam dari seluruh dunia sedang menunaikan fardu haji di Makkah, Arab
Saudi. Hari raya ini digelar sebagai Hari Raya Qurban kerana sunat atau digalakkan bagi
orang-orang Islam melakukan korban dengan menyembelih lembu, kerbau atau kambing.
Daging korban ini pula disedekahkan kepada orang-orang miskin.

Amalan ini sebagai mengingati sejarah pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi
Ibrahim a.s yang diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk menyembelih anak kesayangannya,
Nabi Ismail A.S. Perintah itu merupakan suatu ujian yang sangat berat yang perlu dihadapi
oleh baginda. Anak baginda, Nabi Ismail bersedia dan sanggup pula dikorbankan atau
disembelih semata-mata kerana Allah. Lalu, Nabi Ibrahim turut redha dan bersedia dalam
melaksanakan perintah Allah itu. Tetapi, di saat penyembelihan hendak dilakukan, Allah
telah menggantikan tempat Nabi Ismail dengan seekor kibas.

PERAYAAN DALAM AGAMA HINDU


DEEPAVALI

Perayaan Deepavali merupakan perayaan yang bersifat sosial. Perayaan ini tidak berpusat
di kuil seperti perayaan Thaipusam. Secara umumnya, perayaan ini dirayakan untuk
menghapuskan segala kejahilan serta kejahatan dan menguatkan serta memelihara nilai-
nilai murni. Dikatakan, pada hari Deepavali, manusia diberi peluang untuk mengimbas
kembali segala perlakuan yang lalu sama ada baik atau buruk. Aspek-aspek yang buruk
dikikiskan dan yang baik pula disematkan di hati. Ini akan menimbulkan ketenangan serta
memberi cahaya baru kepada manusia.

Deepavali merupakan salah satu perayaan yang mempunyai sejarah yang panjang
malah menjangkau mengatasi batasan sejarah. Namun tiada bukti-bukti yang menentukan
tarikh permulaan perayaan ini. Tetapi terdapat pelbagai pandangan terhadap perayaan ini.
Ada yang mengaitkan perayaan ini dengan tradisi cerita karya Ramayana dan ada juga
mengaitkan dengan tradisi cerita-cerita Purana iaitu cerita-cerita tentang dewa-dewi
Hindu. Mitos epik Ramayana yang terkenal di kalangan orang India iaitu berlaku di Benua
kecil India di mana Rama berjaya membunuh Rawana dengan bantuan Laksamana dan
Hanuman. Menurut karya ini, Sri Rama sebagai jelmaan Dewa Vishnu dan Rawana menjadi
simbol segala kejahatan.

THAIPUSAM

Thaipusam  adalah  antara perayaan keagamaan yang disambut secara  besar-besaran oleh
penganut agama Hindu  di Semenanjung terutamanya. Tiga tempat yang sangat terkenal di
kalangan penganut Hindu  untuk menyambut perayaan Thaipusam iaitu di Batu  Caves,
Selangor, Kuil Waterfall, Pulau Pinang dan Sungai Petani, Kedah.

Perayaan Thaipusam bermula di malam  hari bulan  penuh, iaitu bulan Thai mengikut
kiraan kalendar Tamil. Ketika itu bulan yang mengambang penuh bergerak melintasi bintang
bersinar terang dipanggil Pusam.  Bermula dari senja itu, penganut-penganut agama Hindu
datang berkumpul beramai-ramai ke tempat  tersebut untuk menyempurnakan 
penyembahan mereka kepada Dewa Murugan atau Dewa Subramaniam.
TAHUN BARU CINA

Nama perayaan bagi orang cina ini ialah ‘Tahun Baru Cina’ atau dalam sebutan bahasa cina
ialah Gong Xi Fa Cai. Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi orang
Cina, seperti Hari Natal bagi orang barat. Tahun Baru Cina adalah hari pertama bulan satu
bagi Imlek Cina, tetapi aktiviti perayaan Tahun Baru Cina bukanlah pada hari itu sahaja,
biasanya aktiviti perayaan Tahun Baru Cina berlangsung selama beberapa hari berikutnya.
Tahun Baru Cina juga secara umumnya dipanggil “Guonian”.

Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut
dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao yang dipengaruhi oleh Chinadari
segi kebudayaan dan keagamaan, maka mereka turut memakai kalendar qamari Cina.  

Perayaan Tahun Baru Cina akan berlarutan lebih kurang selama setengah bulan,
selepas merayakan hari Cap Goh mei yang  jatuh pada 15 hari bulan, bulan satu Imlek
barulah perayaan Tahun Baru Cina selesai. Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut setiap
kali menjelang tahun. baru cina mengikut Kalendar Lunar Cina yang terbahagi kepada
kitaran 12 tahun yang dinamakan sempena nama haiwan. 
PERAYAAN  HARI GAWAI

Perayaan Hari Gawai secara umumnya merujuk kepada beberapa perayaan masyarakat


Dayak Sarawak dan Kalimantan Barat tetapi pada kebiasaannya merujuk kepada pesta
selepas menuai yang disambut oleh masyarakat Dayak yang merangkumi pelbagai etnik. Di
Sarawak terdapat 25 jenis kaum etnik Dayak terutamanya kaum Iban atau dikenali sebagai
kaum Dayak Laut pada zaman dahulunya yang merupakan kaum majoriti, kaum Bidayuh
atau Dayak Darat, Orang Ulu seperti Kayan, Kenyah dan Murut dan kaum-kaum etnik yang
lain-lain. Masyarakat Dayak di Kalimantan Barat mengelar perayaan ini sebagai Hari Gawai
Padi untuk meraikan tamatnya musim menuai padi dan menandakan bermulanya musim
penanaman padi yang baharu.
Selepas menjalankan aktiviti menuai, beras sudah tentunya dihasilkan dalam kuantiti
yang banyak untuk menjamu selera orang ramai dan Petara iaitu Tuhan orang Dayak yang
selalunya disertakan dengan korban haiwan seperti babi dan ayam terutamanya, dan
ditambahkan lagi dengan daging haiwan buas, ikan dan lauk pauk daripada hutan belantara.
Olehitu, musim perayaan selepas musim menuai padi ini dikenali sebagai Gawai Dayak.
Pesta Gawai di sambut pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun setiap tahun. 

You might also like