You are on page 1of 67

Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

BAB 9 TING 5 :
MALAYSIA DALAM
KERJASAMA
ANTARABANGSA

1
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

SENARAI NAMA PANEL JURULATIH UTAMA NEGERI (JUN)


PEMBINA BBM SEJARAH KERTAS 3
BAGI CALON SPM 2020

Penasihat :
En. Mohd Hassany bin Hashim
Timbalan Pengarah Pendidikan, Sektor Pembelajaran, JPNK

Pengerusi :
En. Sazali bin Ibrahim
KPPK, Unit Sains Sosial, JPNK

Naib Pengerusi :
Haji Mohd Ghazali bin Ab Rahman
Penolong Pengarah, USS, Sektor Pembelajaran, JPNK

Penyelaras :
Md Basri bin Ariffin
Pengetua, SMK Long Ghafar, Kota Bharu

AHLI-AHLI :

Mohd Razali bin Che Hamid


SMK Kg. Chengal, Kota Bharu
Zaidi bin Daud
SMK Bunut susu, Pasir Mas
Mahadi bin Yaakob
SMKDato’Biji Wangsa, Tumpat
Baihaki bin Ismail
SMKA Wataniah, Machang
Hasnan bin Yusuff
SMKA Naim Lilbanat, Kota Bharu
Hisham bin Mohamed
SMK Kemumin, Kota Bharu
Norma bt Ahmad
SMKA Falahiah, Tumpat
Nur Faizah bt Berahim
SMS Tengku Muhamad Faris Petra, Kota Bharu
Nordin bin Yusof
SMK Sultan Yahya Petra 2, Kuala Krai
Zamri bin Ab Rahman
SMKA Lati, Pasir Mas
Ahmad Dahisam bin Ismail
SMK Dato’ Ahmed Maher, Kota Bharu
Ishak bin Ismail
SMK Tanah Merah (2) Tanah Merah

2
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

ISI KANDUNGAN/FAKTA BUKU TEKS

BAHAGIAN A : PERANG DUNIA PERTAMA (1914-1918)


NO. SOALAN M/S NO. SOALAN
SPM 2020
SKEMA
1 Jelaskan latar belakang Perang Dunia Pertama 7
(1914-1918)
2 Faktor/sebab/Punca tercetusnya Perang Dunia Pertama (1914- 8-9
1918)
3 Peristiwa yang berlaku dan perkembangan Perang Dunia Pertama 8-9
(1914-1918)
4 Kesan Perang Dunia Pertama kepada masyarakat dunia 9
5 Membandingkan sebab/faktor berlakunya Perang Dunia Pertama 10-11
dengan Perang Dunia Kedua
6 Menghubungkaitkan kesan Perang Dunia Pertama(1914-1918) 11-12
dengan tercetusnya Perang Dunia Kedua( 1939-1945)?

BAHAGIAN B : PERANG DUNIA KEDUA (1939-1945)


NO. SOALAN M/S NO. SOALAN
SPM 2020
SKEMA
7 Jelaskan sebab-sebab meletusnya Perang Dunia Kedua (1939- 12-13
1945)
8 Bagaimanakah kesan Perang dunia Pertama membawa kepada 14
berlakunya Perang Dunia Kedua?
9 Kegagalan Liga Bangsa sebagai badan yang menggalakkan 15
keamanan dan kerjasama antarabangsa telah mencetusnya Perang
Dunia Kedua. Buktikan
10 Terangkan peristiwa Perang dunia Kedua yang berlaku antara 16
tahun (1939-1945)
11 Jelaskan kesan Perang Dunia Kedua 16-17

BAHAGIAN C : PERANG DINGIN(1945-1989)


NO. SOALAN M/S NO. SOALAN
SPM 2020
SKEMA
12 Jelaskan peristiwa/latar belakang yang mencetuskan konflik 17
antrabangsa
13 Apakah maksud Perang Dingin? 18
14 Mengapakah berlakunya Perang Dingin? 18-19

15 Apakah kesan Perang Dingin kepada masyarakat dunia? 19-20

16 Apakah maksud blok dunia? 20-21

17 Apakah ideologi Blok Kapitalis dan Blok Komunis? 21


18 Mengapakah terbentuknya Blok Dunia? 22

3
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

BAHAGIAN D : KBAT / IKTIBAR / RUMUSAN PERANG DUNIA PERTAMA-KONFLIK ANTARABANGSA


NO. SOALAN M/S NO. SOALAN
SPM 2020
SKEMA
19 Kesan/Impak Perang Dunia Pertma terhadap keamanan dan 23
kesejahteraan sejagat
20 Bukti kejayaan /faedah yang dicapai oleh Malaysia dalam usaha 24
mewujudkan keamanan sejagat
21 Malaysia terus konsisten/komited mengamalkan dasar yang 25
menekan pemeliharaan kemanan dunia. Berikan hujah anda
22 Bagimanakah cara/usaha/langkah Malaysia berperanan dalam PBB 26
untuk membantu menyelesaikan konflik antarabangsa?
23 Peranan dan tanggungjawab/sumbangan Malaysia dalam 27
pertubuhan antarabangsa untuk mengatasi konflik
24 Tolak ansur negara amat penting dalam menangani konflik 29
antarabangsa. Berikan penjelasan anda
25 Bagaimanakah /langkah/ cara/usaha Malaysia dapat meningkatkan 30
kesedaran antarabangsa dalam mengekalkan keamanan global?
26 Penyelesaian konflik antara negara bukannya melalui peperangan. 31
Jelaskan
27 Cabaran/Isu/Masalah Malaysia dalam menghadapi konflik 32
antarabangsa dan mengekalkan keamanan dunia pada masa kini
28 Bagaimanakah langkah/cara/usaha Malaysia dalam mengekalkan 33
keamanan pada masa kini?
29 Sumbangan/Peranan/Tanggungjawab masyarakat/generasi muda 34
dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara
30 Cabaran dunia masa kini yang menghadapi konflik antarabngsa 35
dan langkah-langkah untuk mengatasinya
31 Berikan cadangan anda kepada pemimpin badan dunia(PBB) untuk 36
mengatasi konflik antarabangsa
32 Iktibar yang diperoleh daripada tajuk yang dikaji/Perang Dunia 37
Pertama/Konflik antarabangsa
33 Rumusan/Kesimpulan daripada tajuk yang dikaji/Perang Dunia 38
Pertama/Konflik antarabangsa

4
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

BAHAGIAN D: KBAT/IKTIBAR/RUMUSAN PERANG DUNIA KEDUA-KONFLIK ANTARABANGSA


NO. SOALAN M/S NO. SOALAN
SPM 2020
SKEMA
34 Mengapakah Perang Dunia Kedua dianggap lebih terkesan 39-40

berbanding Perang Dunia Pertama?


35 Mengapakah negara-negara di Asia Pasifik turut terlibat dalam 40
Perang Dunia Kedua?
36 Bagaimanakah masyarakat dunia berperanan mengelakkan 41
berlakunya peperangan?
37 Berdasarkan situasi dunia pada masa ini, mengapakah perang 42
dunia mungkin akan meletus pada masa hadapan. Berikah hujah
anda
38 Malaysia berperanan menyelesaikan konflik diperingkat serantau 43
dan antarabangsa dalam usaha mengelakkan berlakunya perang
dunia seterusnya. Jelaskan pernyataan tersebut
39 Kegagalan menyelesaikan konflik antarabngsa bakal mencetuskan 44
perang dunia pada masa hadapan. Bincangkan
40 Apakah harapan anda kepada pemimpin badan dunia supaya 45
keamanan dan kesejahteraan dunia berkekalan?
41 Bagaimanakah Malaysia dapat mengelakkan daripada konflik 46
antarabangsa?
42 “Persaingan untuk menunjukkan kehebatan dan kekuasaan telah 47
mencetuskan peperangan” Berikan ulasan anda
43 Peperangan merupakan suatu peristiwa yang memberikan kesan 48
negatif kepada sesebuah negara. Bincangkan kesan-kesan yang
dialami oleh negara yang terlibat dalam peperangan tersebut
44 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) banyak memberi 49-50

sumbangan dalam usaha menyelesaikan konflik antarabangsa


i) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu dalam usaha menyelesaikan
konflik tersebut.
ii) Cadangkan langkah yang sesuai untuk PBB mengatasi
cabaran tersebut
45 Iktibar yang diperoleh daripada tajuk ini ialah peperangan 50
bukanlah menguntungkan sesiapa malah membawa kemusnahan
kepada dunia.
Huraikan pernyataan tersebut

5
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

NO. SOALAN M/S NO. SOALAN


SPM 2020
SKEMA
46 Iktibar yang diperoleh ialah hubungan baik dengan semua negara 51
dapat menjamin keharmonian sejagat. Huraikan pernytaan tersebut
47 Buat rumusan terhadap Perang Dunia Kedua yang berlaku antara 51
tahun 1939-1945
KBAT/IKTIBAR/RUMUSAN PERANG DINGIN-KONFLIK ANTARABANGSA
48 Walaupun Perang Dingin telah berakhir pada tahun 1990-an masih 52
berlaku pencerobohan , peperangan, keganasan di peringkat global
pada hari ini. Berikan penjelasan anda
49 Bagaimanakah Blok Kapitalis dan Blok Komunis mengukuhkan 53
pengaruh masing-masing
50 Mengapakah Negara-Negara Dunia Ketiga tidak bersekongkol dengan mana- 53-54
mana blok dunia ketika Perang Dingin
51 Mengapakah Malaysia berpendirian tidak menyebelahi mana-mana 54-55

blok dunia ketika Perang Dingin


52 Terangkan faktor yang menyebabkan konflik antarabangsa masih 55-56

berlaku sehingga kini


53 Apakah akan berlaku sekiranya blok dunia masih wujud sehingga ke 56-57

hari ini
54 Jelaskan situasi politik dan ekonomi di Eropah pada penghujung awal 57-58

abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang mencetuskan konflik


antarabangsa
@
Mengapakah berlakunya konflik antarabangsa pada penghujung abad
ke 19 dan awal abad ke 20?
55 Terangkan peranan Malaysia dalam menagatasi konflik antarabngsa 59
yang masih berlaku sehingga kini
56 Bagaimanakah Malaysia boleh bertindak agar tidak terlibat dalam 60
konflik antarabangsa?
57 Bagaimanakah usaha untuk mengatasi konflik antarabangsa yang 61
masih berlaku hingga ke hari ini?
58 Sejauhmanakah konflik antarabangsa telah mempengaruhi 62
penggubalan dasar luar Malaysia
59 Jelaskan iktibar yang diperoleh daripada berlakunya konflik 63
antarabangsa
60 Sdiakan rumusan daripada berlakunya Perang Dingin 64
61 Sediakan satu rumusan tentang konflik antarabangsa 65

6
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

SOALAN DAN SKEMA BERDASARKAN BUKU TEKS/FAKTA ( PD1/PD2/PERANG DINGIN)

1. Jelaskan latar belakang Perang Dunia Pertama (1914-1918)

1. Perang dunia pertama tercetus pada tahun 1914 hingga 1918.


2. Berlaku disebabkan oleh faktor politik dan ekonomi.
3. Perang dunia Pertama merupakan konflik antarabangsa yang berlaku pada pertengahan
abab ke -20.
4. Konflik ini telah meninggalkan kesan yang besar terhadap sejarah dunia
5. Faktor politik termasuklah kemunculan nasionalisme
6. Wujudnya sistem pakatan negara-negara Eropah, iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan
Pakatan Bertiga
7. Melibatkan persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi
8. Negara-negara yang terlibat ialah Perikatan Kuasa Tengah/Triple Alliance
9. Dianggotai oleh Jerman dan Austria Hungary serta Itali
10. Kemudian disertai oleh Turki dan Bulgaria
11. Pakatan Bertiga/Triple Entente yang dianggotai oleh Perancis dan Britian serta Rusia
12. Kemudian disertai oleh negara Itali dan Jepun

2. Faktor/sebab/Punca tercetusnya Perang Dunia Pertama (1914-1918)

1. Perang Dunia Pertama disebabkan oleh faktor politik dan ekonomi.


2. Faktor politik termasuklah kemunculan nasionalisme dan system pakatan negara-negara
Eropah iaitu Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan bertiga
3. Faktor ekonomi pula melibatkan persaingan kuasa-kuasa besar merebut peluang ekonomi.
4. Abad ke-19 negara-negara kecil di Eropah telah bersatu dan membentuk sebuah negara
bangsa yang lebih besar contohnya Jerman dan itali.
5. Negara Jerman dan Itali menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britian, Perancis,
Austria Hungry dan Rusia dalam usaha mendapatkan tanah jajahan
6. Kuasa besar ini sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan masing-masing
7. Pada abad ke-19 dan awal abad ke-20, persaingan sengit berlaku dalam kalangan kuasa
Eropah ini dan menyebabkan wujudnya Imprealisme Baru.
8. Kuasa-kuasa besar mula bersaing bagi membentuk lingkungan pengaruh masing-masing
untuk mendapatkan bahan mentah dan untuk memasarkan barangan mereka.
9. Menjelang abad ke-20 negara Eropah mempunyai dua pakatan iaitu Perikatan Kuasa
Tengah dan Pakatan Bertiga.Persaingan antara kedua-dua pakatan ini mula mengancam
perimbangan kuasa dunia

7
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

10. Pembunuhan Archduke Franz Ferdinand, iaitu pewaris takhta Austria-Hungary dan
isterinya oleh seorang pengganas Serbia pada 28 Jun 1914.
11. Austria dengan sokongan Jerman telah mengisytiharkan perang terhadap Serbia pada 28
Julai 1914. Serbia pula disokong oleh sekutunya Rusia dan Perancis.
12. Serangan Jerman terhadap Perancis melalui negara berkecuali iaitu Belgium telah
menimbulkan kemarahan Britian.
13. Negara Britain sememangnya bermusuhan dengan Jerman turut campurtangan dalam
peperangan ini.
14. Britian meminta bantuan Amerika Syarikat turut melibatkan negara tersebut dalam
peperangan ini.

3. Peristiwa yang berlaku dan perkembangan Perang Dunia Pertama (1914-1918)

1. Peristiwa dan perkembangan perang dunia pertama berlaku pada penghujung abad ke-
19, negara-negara kecil di Eropah telah bersatu membentuk sebuah negara bangsa
yang lebihbesar, contohnya, Jerman dan Itali.
2. Kedua-dua negara ini menyertai kuasa besar Eropah yang lain seperti Britain, Perancis,
Austria-Hungary dan Rusia dalam usaha mendapatkan tanah jajahan.
3. Perang Dunia Pertama turut disebabkan oleh semangat nasionalisme yang kuat
menyebabkan kuasa-kuasa besar ini sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan
masing-masing.
4. Menjelang penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, persaingan sengit berlaku
dalamkalangan kuasa Eropah ini akibat Imperialisme Baru.
5. Oleh itu, kuasa besar mula bersaing bagi membentuk lingkungan pengaruh masing-
masinguntuk mendapatkan bahan mentah dan untuk memasarkan barangan siap
mereka.
6. Tambahan pula, menjelang awal abad ke-20, negara Eropah mempunyai dua pakatan,
iaituPakatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga.
7. Persaingan antara kedua-dua pakatan ini mula mengancam perimbangan kuasa dunia
yang wujud pada ketika itu.
8. Namun, faktor segera yang mencetuskan Perang Dunia Pertama ialah pembunuhan
Archduke Franz Ferdinand, iaitu pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya oleh
seorang pengganas Serbia pada 29 Jun 1914.
9. Kesannya, Austria dengan sokongan Jerman telah mengisytiharkan perangterhadap
Serbia pada 28 Julai 1914. Manakala, Serbia pula disokong oleh sekutunya Rusia dan
Perancis.

8
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

10. Selain itu, serangan Jerman terhadap Perancis melalui negara berkecuali, iaitu Belgium
telah menimbulkan kemarahan Britain.
11. Negara Britain yang sememangnya bermusuhan dengan Jerman turut campur tangan
dalam peperangan ini.
12. Britain kemudiannya meminta bantuan Amerika Syarikat.
13. Seterusnya, serangan Jerman terhadap kapal dagang Amerika Syarikat turut melibatkan
negara tersebut dalam Perang Dunia Pertama ini.

4. Kesan Perang Dunia Pertama kepada masyarakat dunia

Kesan Perang Dunia Pertama dari aspek politik ialah……


1. Perang Dunia Perama telah menamatkan pemerintahan beraja di Eropah
2. Melalui Persidangan Damai telah membawa kepada pemeteraian Perjanjian Versailles
yang telah mengubah peta Eropah melalui pembentukan beberapa buah negara baru
3. Dibentuk Liga Bangsa untuk menggalakkan keamanan, kerjasama dan keselamatan
antarabangsa
4. Liga Bangsa telah disertai oleh negara-negara bersekutu kecuali Amerika Syarikat dan
negara-negara berkecuali

Kesan Perang Dunia Petama dari aspek ekonomi ialah…..


5. Berlakunya inflasi dan hutang peperangan yang tinggi ke atas negara-negara yang
terlibat dalam peperangan
6. Berlaku disebabkan perbelanjaan perang yang terlalu besar di pihak yang terlibat dalam
peperangan iaitu Pakatan Bertiga telah membelanjakan sejumlah US$125 billion
manakala Perikatan Kuasa Tengah pula membelanjakan US$60 billion
7. Berlakunya masalah pengangguran kerana peluang pekerjaan amat terhad selepas
perang tamat
8. Negara yang kalah terpaksa membayar hutang peperangan yang tinggi yang telah
menebabkan negara terlibat tidak mampu untuk membangunkan ekonomi negara
9. Selepas perang, pasaran dunia telah diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun
10. Keadaan ini telah menjejaskan Britain yang sebelum ini menguasai ekonomi dunia dan
Britain telah kehilangan dua pertiga daripada perdagangan luarnya

Kesan Perang Dunia Pertama dari aspek sosial ialah…..


11. Peperangan telah mengakibatkan jumlah korban yang tinggi
12. Ramai rakyat yang menderita, cedera dan trauma kesan perang yang terletus

9
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

5. Membandingkan sebab/faktor berlakunya Perang Dunia Pertama dengan Perang


Dunia Kedua

Antara sebab berlakunya Perang Dunia Pertama ialah…


1. Perang Dunia Pertama disebabkan berlaku pembentukan negara bangsa yang lebih
besar kesan penyatuan negara-negara kecil di Eropah pada akhir abad ke-19, contohnya,
Jerman dan Itali
2. Negara ini bertindak menyertai kuasa besar Eropah lain seperti Britain dan Perancis
3. Langkah ini bertujuan untuk mendapatkan tanah jajahan serta persaingan merebut
peluang ekonomi
4. Perang Dunia Pertama juga disebabkan kemunculan semangat nasionalisme yang kuat
kerana kuasa-kuasa besar ini sanggup berperang bagi membuktikan kekuasaan
5. Perang juga disebabkan oleh Imperialisme Baru yang wujud
6. Berlaku persaingan bagi membentuk lingkungan pengaruh masing-masing untuk
mendapatkan bahan mentah serta memasarkan barangan siap
7. Wujud persaingan antara Perikatan Kuasa Tengah dan Pakatan Bertiga
8. Perikatan Kuasa Tengah dianggotai Jerman, Austria-Hungary, Itali, Turki dan Bulgaria
manakala Pakatan Bertiga pula disertai oleh Britain, Perancis, Rusia, Itali dan Jepun
9. Persaingan kedua-dua pakatan ini telah mengancam perimbangan kuasa dunia
10. Sebab semerta Perang Dunia Pertama ialah pembunuhan Arcduke Franz Ferdinand,
pewaris takhta Austria-Hungary dan isterinya oleh pengganas Serbia

Antara sebab berlakunya Perang Dunia Kedua ialah…….


1. Perang Dunia Kedua tercetus disebabkan kegagalan Perjanjian Versailles dalam
menyelesaikan masalah Perang Dunia Pertama
2. Berlaku perubahan politik di Jerman, Soviet Union, Itali dan Jepun
3. Timbulnya rasa tidak puas hati di pihak Jerman yang telah kehilangan tanah jajahan
4. Jerman juga terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi malah diarahkan agar
mengurangkan saiz angkatan tenteranya
5. Kemudiannya, berlaku perubahan politik di Jerman akibat kemunculan pemimpin baharu
iaitu Adolf Hitler yang bertindak mengingkari Perjanjian Versailles dengan membina
angkatan tentera yang besar
6. Perang Dunia Kedua juga disebabkan berlakunya perang saudara di Rusia
7. Pihak komunis telah mengalahkan lawannya yang dibantu oleh tentera Amerika Syarikat,
Britain, Perancis dan Jepun
8. Vladimir Lenin telah mengukuhkan ideologi komunis di Rusia

10
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

9. Pada tahun 1940, Itali bertindak menceroboh Perancis dan pada masa yang sama,
muncul Jepun sebagai kuasa besar yang ingin menguasai negara-negara di Timur
10. Jepun berasa bertanggungjawab untuk membebaskan negara Timur daripada penjajahan
Barat
11. Akibat masalah ekonomi dunia, Jerman bertindak mengukuhkan ketenteraannya
12. Perang Dunia Kedua meletus apabila Jerman dan Rusia menyerang Poland
13. Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman
14. Jepun pula melancarkan serangan ke atas Pearl Harbour dan berjaya memusnahkan
pangkalan tentera Amerika Syarikat
15. Jepun berjaya menduduki beberapa negara di Asia Tenggara seperti Tanah Melayu
16. Munculnya pakatan Kuasa Bersekutu yang terdiri daripada Britain, Perancis dan Soviet
Union manakala Kuasa Paksi terdiri daripada Jerman, Itali dan Jepun
17. Kuasa Bersekutu telah berjaya mengalahkan Jerman di Eropah yang telah menyebabkan
mereka mula mengalihkan tumpuannya kepada kuasa Jepun di Asia
18. Amerika Syarikat menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki dengan alasan
untuk mengelakkan peperangan lebih lama dan kehilangan nyawa yang tinggi.

6. Menghubungkaitkan kesan Perang Dunia Pertama(1914-1918) dengan


tercetusnya Perang Dunia Kedua( 1939-1945)

1. Kegagalan Perjanjian Versailes menyelesaikan masalah yang timbul dalam


Perang Dunia Pertama.
2. Menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa orang pemimpin oleh negara-negara yang
terlibat
3. Pemimpin Jerman kecewa dengan Perjanjian Versailes kerana kehilangan tanah
jajahannya.
4. Terpaksa membayar pampasan yang tinggi dan diarahkan mengurangkan saiz
tenteranya.
5. Adolf Hitler mengingkari Perjanjian Versailes dengan membina angkatan tentera yang
besar.
6. Telah berlakunya kemelesetan ekonomi dunia dan amerika Syarikat enggan
menyediakan pinjaman kepada Jerman dan kemudian merebak ke seluruh dunia
7. Jerman tidak mampu membayar hutang peperangan dan negara-negara Eropah yang
mengurangkan peruntukan ketenteraan dan memberi peluang kepada Jerman
mengukuhkan ketenteraannya.
8. Jerman menjalankan perluasan kuasa untuk mengalihkan perhatian rakyatnya daripada
masalah ekonomi.
9. Berlakunya perubahan politik di Eropah dan Asia
11
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

10. Pihak Komunis Rusia berjaya mengalahkan pihak lawan dalam Perang Saudara
11. Lenin berjaya mengukuhkan ideology komunis dengan menubuhkan Kesatuan Republik
Sosialis Soviet (USSR)
12. Itali telah menjajahkan Habsyah dan menceroboh Perancis
13. Jepun ingin membebaskan negara di Timur daripada penjajahan Barat dengan
menguasai dan mengukuhkan kuasa di negar-negara tesebut.

7- Jelaskan sebab-sebab/faktor meletusnya Perang Dunia Kedua (1939-1945)


[BT : 231-233]

1- Kegagalan Perjanjian Versailles menyelesaikan masalah Perang Dunia Pertama.


2- Jerman tidak puashati kerana kehilangan tanah jajahan.
3- Jerman terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi.
4- Jerman terpaksa mengecilkan saiz angkatan tenteranya.

5- Perubahan politik di Jerman.


6- Kemunculan Adolf Hitler yang menguasai Jerman melalui parti National Socialist.
7- Ideologi Nazisme berkembang di Jerman
8- Nazisme mengagungkan bangsa Jerman
9- Pimpinan Adolf Hitler dan partinya telah membentuk kerajaan Jerman pada tahun 1933
10- Hitler telah mengingkari Perjanjian Versaillles dengan membina angkatan tentera
yang besar

11- Perubahan politik di Rusia.


12- Perang saudara telah meletus di Rusia.
13- Pihak komunis telah menewaskan pihak lawan yang dibantu oleh AS , Britain ,
Perancis dan Jepun.
14- Vladmir Lenin telah mengukuhkan ideologi komunis di Rusia.
15- Rusia kemudiannya dikenali sebagai Kesatuan Republik Sozialis Soviet (USSR)
16- Joseph Stalin kemudiannya menguasai Rusia setelah kematian Lenin.

17- Perubahan politik di Itali


18- Kemunculan Benito Mussolini
19- Mendokong ideologi Fasisme
20- Pimpinan Benito Mussolini dan parti Fasis telah menguasai kerajaan
Itali pada tahun 1922

12
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

21- Benito Mussoliniyang telah menjajah Habsyah (Ethiopia)dan menceroboh Perancis


22- Itali walaupun di pihak yang memenangi Perang Dunia Pertama melalaui Pakatan Bertiga
tidak berpuashati kerana tidak diberikan tanah jajahan baharu seperi diperolehi Perancis
dan Poland

23- Perubahan politik di Jepun


24- Jepun ingin menjadi kuasa yang menguasai negara-negara di Timur.
25- Jepun berasa bertanggungjawab membebaskan negara-negara di
Timur daripada penjajahan Barat

26- Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 1929.


27- bermula di Amerika Syarikat.
28- kemudian merebak ke bahagian lain dunia.
29- Kesannya, Amerika Syarikat tidak lagi mampu menyediakan pinjaman kepada
Jerman.menyebabkanJerman tidak mampu lagi membayar hutang peperangan.
30- Negara-negara Eropah (Britain, Perancis dan Itali) turut mengurangkan peruntukan
kewangan kepada ketenteraan.
31- Sebaliknya Jerman bertindak mengukuhkan ketenteraannya.
32- Jerman turut melakukan perluasan kuasatujuan mengalih perhatian rakyat terhadap
kemelesetan ekonomi.
33- Jepun telah mengikut tindakan Jerman

34- Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa


35- Liga Bangsa-Bangsa gagal menguatkuasakan perjanjian perlucutan
senjata dan menangani krisis percerobohan yang berlaku selepas Perang Dunia
Pertama
36- Krisis Manchuria (1931-1934)
37- Jepun menaluki Manchuria (wilayah di bawah penguasaan China)
38- Kegagalan Perjanjian Pelucutan Senjata (1932-1934)
39- Jerman keluar daripada Liga Bangsa-Bangsa
40- Jerman memperbesar angkatan tenteranya secara terbuka
41- Jepun menaluki Manchuria (wilayah di bawah penguasaan China)

13
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

8- Bagaimanakah kesan Perang Dunia Pertama membawa kepada berlakunya


Perang Dunia Kedua?

1- Kegagalan Perjanjian Versaillesmenyelesaikan masalah Perang DuniaPertama


2- Jerman tidak puas hati hilang tanah jajahan
3- Jermanterpaksa bayar pampasan perang yg tinggi
4- Jerman diarah kurangkan saiz tentera
5- Muncul Adolf Hitler dgn Parti National Socialist ingkari perjanjian bila beliau bina tentera
yang besar

6- Perubahan politik di Rusia , Itali dan Jepun


7- Di Rusiaberlakunya perang saudara
8- Pihak komunis telah mengalahkan pihak lawan dibantu Amerika, Britain, Perancis, dan
Jepun
9- Vladimir Lenin telah mengukuhkan ideologi komunis di Rusia
10- Ideologi komunis kukuh di Rusia (Republik Sosialis Soviet-USSR) 1922 1924.
11- Lenin meninggal dunia dan diganti Joseph Stalin yang mengukuhkan ideologi komunis di
Rusia
12- Di Itali , Benito Mussolini telah menjajah Habsyah (Ethiopia) dan menceroboh Perancis
pada tahun 1940
13- Jepun pula cuba berkuasa di Timur kerana berasa bertanggungjawab membebas
negara-negara ini daripada penjajahan Barat

14- Kemelesetan ekonomi duniapada 1929


15- Bermula di Amerika Syarikat dan kemudiannya merebak ke seluruh dunia
16- Amerika Syarikat tidak mampu beri pinjaman kepada Jerman
17- Jerman tidak mampu bayar hutang perang
18- Britain , Perancis, Itali mengurangkan peruntukan tentera
19 Tetapi Jerman mengukuhkan ketenteraan dan menjalankan perluasan kuasa bagi alihkan
perhatian rakyatnya tentang masalah ekonomi
19- Jepun sebaliknya telah menguatkan tentera

14
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

9- Kegagalan Liga Bangsa-Bangsa sebagai badan yang menggalakkan keamanan


dan kerjasama antarabangsa telah mencetuskan Perang Dunia Kedua.
Buktikan

1- Ketidakadilan perjanjian Versailles yang ditaja oleh Liga Bangsa-Bangsa telah


menimbulkan rasa tidak puashati Jerman
2- Jerman kehilangan tanah jajahannya akibat perjanjian Versailles
3- Jerman terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi
4- Jerman diarahkan untuk mengurangkan saiz angkatan tenteranya.
5- Liga Bangsa-Bangsa tidak dapat menghalang Hitler dari mengingkari Perjanjian
Versailles
6- Hitler membina sebuah angkatan tentera yang besar.
7- Liga Bangsa-Bangsa juga tidak dapat mengelakkan berlakunya perang saudara di Rusia
8- Pihak Komunis telah mengalahkan pihak lawan dibantu Amerika, Britain, Perancis, Jepun
9- Vladimir Lenin telah berjaya kukuhkan ideologi komunis
10- Ideologi komunis kukuh di Rusia (Republik Sosialis Soviet-USSR) 1922 1924.
11- Lenin meninggal dunia dan diganti Joseph Stalin yang mengukuhkan ideologi komunis di
Rusia
12- Itali dipihak yang menang dalam Perang Dunia Pertama tidak diberi tanah jajahan
13- Pemimpin Itali, Benito Mussolini telah menjajah Habsyah (kini Ethiopia).
14- Pada tahun 1940 Itali telah menceroboh Perancis.
15- Liga Bangsa-Bangsa gagal menyekat tindakan Itali tersebut
16- Jepun ingin menguasai negara-negara di Timur
17- Jepun berasa bertanggungjawab untuk membebaskan negara-negara ini daripada
penjajahan Barat.
18- Dasar pemulihan Meiji menjadikan Jepun negara industri
19- menguatkan ketenteraan Jepun untuk meluaskan pengaruh di Asia.
20- Jepun menceroboh Manchuria dan China

20- Liga Bangsa-Bangsa gagal menghalang tindakan Jepun.

15
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

10- Terangkan peristiwa Perang Dunia Kedua yang berlaku antara tahun 1939-1945.

1- Perang Dunia Kedua meletus apabila Jerman menyerang Poland dari barat
2- USSR pula menyerang Poland dari timur
3- Serangan menyebabkan Britain dan Perancis mengisytiharkan perang terhadap Jerman
4- Jepun melancarkan serangan mengejut terhadap Pearl Harbour di Hawai
5- Pada7 Disember 1941 iaitu Pangkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pasifik
6- Jepun berjaya memusnahkan angkatan perang Amerika Syarikat di Lautan Pasifik
7- Kemunculan Kuasa Bersekutu dan Kuasa Paksi
8- Kuasa Bersekutu melibatkan Britain , Perancis dan Soviet Union
9- Amerika Syarikat memilih untuk menyertai Kuasa Bersekutu
10- Kuasa Paksi terdiri daripada Jerman, Itali dan Jepun.
11- Kuasa Bersekutu berjaya menyelesaikan masalah di Eropah apabila Jerman dikalahkan
pada bulan Mei 1945
12- Kekalahan Jerman telah mengalihkan perhatian Kuasa Bersekutu kepada Jepun di Asia.
13- Amerika Syarikat telah memenangi beberapa peperangan dengan Jepun
14- Jepun masih bersemangat meneruskan perjuangan mereka
15- Pada 6 Ogos 1945 , Presiden Amerika Syarikat iaitu Harry Truman mengarahkan bom
atom pertama digugurkan di Hiri0hima
16- Bandar Hiroshima telah munsah dalam masa yang singkat
17- Kabinet Jepun bermesyuarat memutuskan untuk meneruskan peperangan
18- Pada 8 Ogos 1945, bom atom kedua dijatuhkan di Nagasaki
19- Pada 15 Ogos 1945: Maharaja Hirohito mengumumkan Jepun menyerah kalah.
20- Jepun meminta agar maharaja terus dikitiraf sebagai pemerintah dan dipersetujui oleh
pihak Bersekutu.

11- Jelaskan kesanPerang Dunia Kedua

1- Memecahbelahkan negara-negara Eropah.


2- Runtuhnya sistem imprealisme
3- Terbentuknya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan Oktober 1945 bagi
menggantikan Liga Bangsa
4- Tertubuhnya negara-negara baru yang merdeka seperti Indonesia dan Tanah Melayu
5- Kemunculan blok dunia iaitu Blok Kapitalis dan Blok Komunis.
6- Blok Kapitalis diketuai oleh Amerika Syarikat. Blok Komunis pula diketuai oleh Soviat Union

16
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

7- Wujudnya Perang Dingin. Yang disebabkan ideologi dan fahaman politik yang
berbeza.
8- Negara Jerman telah terbahagi kepada duaiaitu Jerman Barat dan Jerman Timur dengan
ideologi yang berbeza.
9- Negara-negara baru merdeka terpaksa mewarisi ekonomi penjajah yang telah menjadi
beban kepada mereka sehingga ke hari ini.
10- Negara yang baru merdeka perlu membangunkan ekonomi mereka sehingga terpaksa
meminjam dana daripada negara-negara maju dengan syarat yang membebankan.
11- Jumlah korban nyawa yang tinggi.iaitu mengorbankan hampir 75 juta nyawa
12- Wujudnya kesedaran pentingnya kesejahteraan dan kedamaian dunia dikekalkan..
13- Kemusnahan harta benda yang menambahkan penderitaan rakyat.
14- Penderitaan: kematian, kesengsaraan, kelaparan, ketakutan,kezaliman dan kemiskinan
telah menghantui mangsa-mangsa perang.
15- Kesimpulannya, Perang Dunia Kedua telah meninggalkan kesan yang lebih serius
berbanding dengan Perang Dunia Pertama kerana melibatkan hampir semua negara.

12. Jelaskan peristiwa/latar belakang yang mencetuskan konflik antarabangsa.

1. Konflik antarabangsa bermula pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20.
2. Peristiwa pertama ialah berlakunya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914-1918.
3. Negara yang terlibat dalam perang ini terdiri daripada Jerman,Austria-Hungary, Turki
dan Bulgaria yang membentuk Perikatan Kuasa Tengah.
4. Negara Pakatan Bertiga pula terdiri daripada Britain,Perancis dan Russia.Kemudian
disertai oleh Itali dan Jepun.
5. Perang Dunia Kedua berlaku pada tahun 1939-1945 yang melibatkan benua Eropah
dan Asia Pasifik.
6. Melibatkan Kuasa Bersekutu yang terdiri daipada Amerika Syarikat,Britain, Perancis
dan Russia.Manakala, Kuasa Paksi terdiri daripada Jerman,Itali dan Jepun.
7. Perang Dingin berlaku selepas tamatnya Perang Dunia Kedua dan berakhir pada
tahun 1990-an yang melibat dua kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat dan
Russia.
8. Kesan daripada Perang Dingin ini telah melahirkan dua blok dunia iaitu Blok Kapitalis
dan Blok Komunis.

17
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

13. Apakah maksud Perang Dingin?

1. Perang Dingin bermaksud perang yang berlaku tanpa konflik bersenjata secara
langsung.
2. Perang ini melibatkan persaingan kuasa antara blok kapitalis dan blok komunis.
3. Kedua-dua blok ini berusaha mengelak peperangan antara satu sama lain.
4. Perang Dingin juga bermaksud konflik antara Amerika Syarikat dengan Russia.

14. Mengapakah berlakunya Perang Dingin?

1. Kebuntuan siri rundingan persidangan pasca-Perang Dunia Kedua, Persidangan


Yalta & Persidangan Potsdam.
2. Menimbulkan ketegangan konflik ideologi antara dua negara kuasa besar, Amerika
Syarikat &United Soviet Socialist Republic USSR@ Russia.
3. USSR di bawah pimpinan Joseph Stalin meragui Presiden Amerika Syarikat, Harry
Truman berkenaan program pembinaan bom atom (Manhattan Project) yang akhirnya
digunakan untuk mengebom Hiroshima dan Nagasaki.
4. Perlumbaan pembinaan senjata nuklear juga merupakan pencetus kepada Perang
Dingin.
5. Projek pembinaan bom atom yang dinamai Manhattan Project juga menjadikan
USSR membentuk pembinaan bom atom atas dasar pertahanan daripada ancaman
ketenteraan.
6. Hasilnya, USSR telah melancarkan percubaan bom atom mereka, First Lighting pada
29 Ogos 1949.
7. Perbezaan ideologi yang menimbulkan konflik antara Amerika Syarikat (Kapitalis) &
USSR (Komunisme) juga pencetus kepada Perang Dingin.
8. USSR dikategorikan sebagai negara berhaluan kiri dalam Spektrum Ekonomi,
manakala Amerika Syarikat berhaluan kanan yang kemudiannya menimbulkan istilah
Timur dan Barat apabila dua kuasa besar ini mulai menyebarkan pengaruh mereka
ke negara-negara lain.
9. Ketakutan Amerika Syarikat dalam penyebaran dakyah komunis juga pencetus
Perang Dingin.
10. Kegawatan ekonomi pasca-Perang Dunia Kedua telah menyebabkan banyak negara
memerlukan bantuan kewangan dan ketenteraan.
11. Greece & Turki sebagai contoh menghadapi masalah kewangan dan penyebaran
fahaman komunis melalui bantuan kewangan daripada USSR. Halini menyebabkan

18
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

Amerika Syarikat mulai takut dan kesannya Turki & Greece akanjatuh ke tangan
komunis.
12. Doktrin Presiden Truman telah memberi bantuan kewangan kepada Greece & Turki
bagi menyekat penularan fahaman komunis menimbulkan ketegangan terhadap
hubungan USSR & USA.
13. Penubuhan NATO/ Pakatan WARSAW/ SEATO juga menjadi pencetus Perang
Dingin. Pakatan-pakatan ini dikatakan sebagai pakatan yang melindungi kedaulatan
negara-negara anggota telah mencetus konlik antarabangsa.
14. Perang Korea, Berlin Blockade dan Perang Vietnam merupakan contoh ketegangan
yang timbul hasil pertentangan ideologi ini.
15. Pengwujudan badan siasatan rahsia antara kuasa-kuasa besar dunia juga dilihat
sebagai badan propaganda yang menyebabkan konflik berterusan dalam Perang
Dingin.
16. MI-5, CIA, KGB, MOSSAD dan lain-lain badan rahsia juga menyebabkan ketegangan
antarabangsa menjadi semakin kuat.
17. Kesimpulannya, keamanan dunia harus dijagai oleh komuniti antarabangsa melalui
peleraian ketegangan dan konflik antara negara-negara dunia.

15. Apakah kesan Perang Dingin kepada masyarakat dunia?

1. Perang Dingin telah memecahbelahkan negara-negara kepada dua blok berasaskan


ideologi.
2. Pihak Timur mewakili blok berfahaman komunis, manakala pihak Barat mewakili blok
fahaman kapitalis.
3. Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam, China dan Russia (USSR) merupakan antara
negara yang termasuk dalam blok Timur.
4. Great Britain, Perancis, Jerman Barat, Korea Selatan dan Amerika Syarikat
merupakan antara negara yang mempelopori blok Barat.
5. Negara-negara Dunia Ketiga membentuk pertubuhan Non-Aligned Movement (NAM).
6. Pembentukan NAM adalah untuk mengelak perbalahan tercetus dalam negara-
negara anggota seperti Malaysia, India, Indonesia, Singapura, Algeria dan lain-lain
lagi merangkumi 120 negara di seluruh dunia.
7. Matlamat asas pertubuhan NAM ialah tidak menyebelahi mana-mana Kuasa Besar
dunia sama ada USSR ataupun Amerika Syarikat.
8. Pemetraian Perjanjian-perjanjian perlupusan senjata nuklear.

19
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

9. Di antara 1965 and 1968, Perundingan di antara Lapan Belas Negara atau dikenali
juga Eighteen Nation Committee on Disarmament, sebuah perundingan yang
diselenggara oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berlangsung dan
menghasilkan Non-Proliferation Treaty (NFT) yang memutuskan supaya pemusnahan
senjata pemusnah dan menghadkan kadar persenjataan selayaknya bagi urusan
pertahanan negara.
10. Perjanjian Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) antara negara anggota
ASEAN juga menyebut tentang kekangan dan halangan kepada pemberian hak
membawa senjata nuclear melalui perairan negara-negara anggota.
11. Penubuhan pakatan ketenteraan serantau.
12. North Atlantic Treaties Organization (NATO), Pakatan Warsaw, South East Asian
Treaties Organization (SEATO) ditubuhkan bagi mempertahankan rantau masing-
masing daripada pencerobohan asing.
13. Negara-negara anggota akan membantu secara kolektif bagi mengelak ancaman
yang boleh berlaku sekiranya terancam. Sebagai contoh, Kerjasama Tentera NATO
dalam mengelak ancaman USSR di bumi Cuba atas alasan sebagai ancaman
terhadap serangan persenjataan nuklear ke atas wilayah-wilayah di Amerika Syarikat.
14. Penduduk dunia gusar tentang aspek persenjataan pemusnah yang dimiliki beberapa
negara anggota kuasa besar dunia.
15. Pengwujudan Kuasa Veto dalam Jawatankuasa Keselamatan (SC) di PBB juga
dilihat sebagai kesan dalam penghasilan Pakatan Ketenteraan dunia.
16. Kuasa ini dilihat dapat menyekat monopoli oleh sesebuah kuasa besar dalam
serangan terhadap negara-negara dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

16. Apakah maksud Blok Dunia?

1. Blok dunia merujuk kepada gabungan negara-negara yang sehaluan yang berusaha
untuk bersatu dan bertindak secara bersama bagi menjaga kepentingan mereka di
persada dunia.
2. Blok ini terbentuk dalam pelbagai aspek, umpamanya berdasarkan politik, ekonomi
dan geografi yang menjadi pegangan bersama ahli-ahli yang dikenali dengan istilah
geopolitik.
3. Terdapat dua blok utama setelah tamat Perang Dunia Kedua iaitu blok kapitalis yang
diketuai oleh Amerika Syarikat dan blok komunis yang diketuai oleh Soviet Union.
4. Blok kapitalis mengamalkan politik demokratik dengan mengadakan pilihanraya bagi
membentuk kerajaan.Manakala, dalam ekonomi pula rakyat diberi peluang dalam

20
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

perniagaan dan pemilikan harta persendirian. Dalam aspek sosial pula rakyat diberi
peluang kebebasan individu seperti kebebasan bersuara dan kebebasan
berpersatuan.
5. Sebaliknya bagi blok komunis, pemerintahan bercorak diktator dengan hanya parti
komunis sahaja dibenarkan. Manakala dalam ekonomi perniagaan dimiliki dan diurus
oleh kerajaan sahaja. Dalam aspek sosial pula kebebasan individu untuk bersuara
dilindungi dan dikawal.
6. Persaingan antara kedua-dua blok ini telah mencetuskan Perang Dingin sejak
tamatnya Perang Dunia Kedua sehingga kehancuran Soviet Union 1989.
7. Blok dunia ini juga telah mempengaruhi negara-negara Dunia Ketiga supaya
menyokong mereka dalam memperluas pengaruhnya bagi menunjukkan kehebatan
blok mereka.
8. Blok kapitalis umpamanya telah menawarkan bantuan pertahanan dan ekonomi
kepada negara Dunia Ketiga supaya mereka tidak terpengaruh dengan tawaran
untuk menyokong blak komunis seperti Thailand dan Filipina.
9. Begitu juga blok komunis akan menawarkan bantuan pertahanan kepada negara
yang sehaluan dengan mereka supaya tidak terpengaruh dengan blok kapitalis
seperti bantuan yang diberi kepada Vietnam Utara dan Cuba.

17. Apakah ideologi Blok Kapitalis/Barat dan Blok Komunis?

1. Blok Kapitalis ialah negara demokratik.


2. Kerajaan dalam blok kapitalis dipilih melalui pilihan raya.
3. Selain itu, dalam aspek ekonomi peluang perniagaan dan pemilikan persendirian
diamalkan.
4. Daripada aspek sosial, kebebasan individu diamalkan sepenuhnya.
5. Blok komunis pula pemerintahan bercorak diktator.
6. Parti Komunis sahaja diiktiraf dalam blok komunis.
7. Seterusnya, dalam aspek ekonomi, perniagaan dimiliki dan diurus oleh kerajaan.
8. Manakala, kebebasan individu dilindungi dan dikawal.

21
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

18. Mengapakah terbentuknya Blok Dunia?

1. Kebuntuan dalam siri rundingan menyelesaikan Perang Dunia Kedua membawa


perpecahan kepada beberapa kuasa besar dunia.
2. Politik dunia dikongkong oleh dua kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Russia
yang berbeza fahaman atau ideologi politik dan ekonomi.
3. Amerika Syarikat menganggap dirinya jaguh demokrasi dan mengamalkan hak asasi
manusia dan ekonomi bebas.
4. Rusia menganggap dirinya jaguh sosialisme berdasarkan ajaran komunis yang
percaya masyarakat dapat dicapai denganmemilik negarakan harta “state-owned
company”.
5. Kedua –dua kuasa besar ini bertindak untuk menjaga kentingan diri dan ingin
membuktikan kekuatan masing –masing kerana rasa kesangsian yang tinggi.
6. Selepas Perang Dunia kedua, Amerika Syarikat dan Russia mula ingin menyebarkan
pengaruh dan ideologi masing-masing ke Eropah dan Asia.
7. Negara Eropah yang dibebaskan oleh Amerika Syarikat masa Perang Dunia Kedua
menjadi Blok Kapitalis manakala negara Eropah yang dibebaskan oleh Russia
menjadi Blok Komunis dan disertai oleh negara China.
8. Blok dunia terbentuk kesan daripada Perang Dingin berasakan geopolitik yang
sehaluan dan bertindak bersama.
9. Kesimpulannya ialah hubungan diplomatik antara dua negara ini amat terhad
manakala hubungan individu hampir tidak ada.

22
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

SOALAN DAN SKEMA BERDASARKAN KBAT/IKTIBAR/RUMUSAN PD1/PD2/PERANG DINGIN

19. Kesan/Impak Perang Dunia Pertama terhadap keamanan dan kesejahteraan


sejagat
1. Kerajaan hilang imej dan sokongan dan kerajaan beraja jatuh kepada golongan tentera
dan kelas menengah, kerajaan juga kehilangan sokongan daripada golongan petani dan
pekerja kerana tidak membela nasib mereka dalam suasana ekonomi yang muram kesan
daripada Perang.
2. Berlaku demonstrasi/rusuhan Demonstrasi diadakan di beberapa Bandar. Demonstrasi
diadakan di beberapa bandar yang disertai oleh golongan pekerja, petani dan pemimpin
parti-parti politik yang akhirnya membawa kepada rusuhan.
3. Berlaku Inflasi dan kekurangan bekalan makanan sebagaimana yang berlaku di Jerman,
kekurangan bekalan makanan menyebabkan berlakunya masalah inflasi dan terpaksa
mengenakan catuan terhadap bahan makanan
4. Sistem pengangkutan tidak berfungsi.dan kepincangan sistem pengangkutan akan
memberi kesan kepada keseluruhan masyarakat dunia.
5. Mengorbankan banyak nyawa. Sebagai contohnya berjuta-juta tentera terkorban dan
orang awam terkorban dan mengakibatkan kemusnahan yang bernilai tinggi.
6. Nilai mata wang menjunam turun hingga kurang sehingga ke tahap yang minimum dan
.pengeluaran industri juga terjejas. Pengeluaran bahan mentah juga berkurangan
daripada jumlah pengeluaran sebelum perang
7. Pasaran dunia mula diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun. Perkara ini amat
dirasai oleh negara-negara Eropah terutamanya Britain kehilangan 1/3 daripada
perdagangan luarnya.
8. Hubungan diplomatik antara dua buah negara juga tidak dapat dijalin dengan lebih erat
apabila pemimpin gagal berunding untuk menyelesaikan konflik yang dihadapinya.
9. Rakyat akan mengalami kesengsaraan hidup akibat ledakan bom dan tembakan peluru
berpandu. Anak-anak akan hilang tempat bergantung dan masa depan mereka akan lebih
terjamin.
10. Peperangan pasti akan meranapkan bangunan, kenderaan, kawasan tumpuan
ekonomi.Peperangan lazimnya menggunakan senjata-senjata canggih seperti bom
nuklear dan peluru berpandu yang mampu memusnahkan apa-apa sahaja dalam sekelip
mata.
11. Kerajaan terpaksa memperuntukan jumlah wang yang besar untuk memulihkan keadaan
yang terjejas dengan teruk. Agenda pembangunan negara tersebut tidak dapat dijayakan
.

23
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

12. Jelaslah bahawa kesan Perang dunia Pertama telah mebawa impak yang negatif kepada
masyarakat dan negara dan merencakkan perkembangan ekonomi dan menjejaskan
kehidupan rakyat.

20. Bukti kejayaan/Faedah yang dicapai oleh Malaysia dalam usaha


mewujudkan keamanan sejagat

dunia
1. Bukti kejayaan yang dicapai oleh Malaysia dalam usaha mewujudkan keamanan dunia
adalah dalam penyelesaian konflik serantau dan antarabangsa.
2. Sebagai sebuah negara yang cintakan keamanan dan keselamatan sejagat, Malaysia
sangat perihatin terhadap pelbagai isu dan konflik yang boleh menjejaskan keamanan
negara, serantau dan antarabangsa.
3. Dalam persidangan antarabangsa, Malaysia sentiasa mengutarakan idea dalam usaha-
usaha dijalankan untuk membantu menyelesaikan pertelingkahan-pertelingkahan
di peringkat antarabangsa.
4. Malaysia menghantar pasukan keamanan di Congo walaupun Malaysia pada masa itu
baru sahaja mencapai kemerdekaannya.
5. Malaysia juga pernah diberikan penghormatan oleh badan dunia ini dengan perlantikan
Malaysia sebagai anggota tidak tetap dalam Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1964
dan tahun 1988.
6. Bukan itu sahaja, malah wakil tetap Malaysia ke PBB, Tan Sri Razali Ismail pernah juga
dilantik sebagai Pengerusi Majlis Keselamatan PBB selama sebulan pada Mei 1965.
7. Di samping itu, Malaysia telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa strategi
pengurusan konflik secara aman telah berjaya membantunya menghapuskan ancaman
komunis dalam negara.

1. Di peringkat serantau, Malaysia telah bekerjasama dengan negara-negara yang berjiran


dengannya serta menggunakan platform ASEAN bagi menguruskan pelbagai konflik yang
berlaku di sekitar sempadannya. Selepas beberapa tahun, usaha diplomasi Malaysia ini
telah terbukti berjaya.
2. Peranan Malaysia dalam mengurus dan menyelesaikan konflik di Pulau Mindanao,
selatan Filipina telah mendapat pujian daripada pelbagai pihak, pemerhati antarabangsa
serta PBB. Misi diplomasi Malaysia di Pulau Mindanao berakhir dengan termeterainya
proses damai antara Bangsa Moro dengan kerajaan Filipina.
3. Malaysia juga telah berusaha sejak sekian lama dalam menyuarakan kebimbangan
berhubung penindasan dan kekejaman terhadap rakyat Palestin dan umat Islam lainnya.

24
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

4. Sebagai penegasannya, banyak kejayaan yang dicapai oleh Malaysia dalam menjaya
matlamat untuk menjaga kemananan global.Maslahatnya kemananan sejagat dapat turut
membantu negara kita dalam menjalinan hubungan perdagangan dengan negara lain.

21. Malaysia terus konsisten/komited mengamalkan dasar yang menekankan


pemeliharaan keamanan dunia
Beri hujah anda

1. Berpegang teguh kepada prinsip dan Piagam PBB yang menggalurkan prinsip-prinsip
asas dalam hubungan antarabangsa
2. Menjadi Ahli Majlis Keselamatan PBB yang bertanggungjawab mengekalkan kemanan
dan keselamatan antarabangsa
3. Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa dengan menyertai pasukan pendamai di
bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang saudara di Congo
4. Malaysia turut terpilih mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu
negara itu mencapai kemerdekaan
5. Malaysia turut menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq, Kampuchea dan
menghantar pasukan pengaman ke Bosnia
6. Lantang bersuara di PBB menentang dasar apartheid yang diamalkan di Afrika
selatankerana Malaysia mengamalkan konsep persaudaraan dan hak asasi manusia
7. Malaysia turut berperanan dalam pembentukan kerajaan Demokratik Campuran
Kampuchea serta pelaksanaan demokrasi di Myanmar
8. Malaysia juga telah mambantu menyelesaikan krisis kemanusiaan di Rohingya dan
berperanan dalam menyelesaikan isu politik di Acheh
9. Menyokong Palestin mewujudkan keamanan dengan menganjurkan Persidangan
Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur
10. Malaysia kekal komited dalam meneruskan kerjasama dan libat urus dengan PBB,
berdasarkan pendirian berprinsip dalam isu berkepentingan negara serta prinsip-prinsip
seperti yang termaktub di dalam Piagam PBB
11. komitmen dan tanggungjawab antarabangsa di bawah kerangka PBB, Malaysia juga giat
menyertai misi-misi pengaman PBB sejak 1960 selain menyumbang dalam pencegahan
konflik serta memelihara keamanan antarabangsa.
12. Kesimpulannya, negara kita sentiasa memberi idea dan pandangan secara berterusan
kepada badan dunia (PBB) dalam menangani konflik yang masih berlaku pada masa ini
demi memelihara kesejahteraan masyarakat di dunia.

25
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

13.
22.Malaysia juga tidak menyokong sebarang
Bagaimanakah/cara/usaha/langkah tindakan
Malaysia pengganasdalam PBB untuk
berperanan
membantu menyelesaikan konflik antarabangsa.
1. Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa dan menyertai pasukan pendamai ke
Congo (Zaire) untuk menamatkan perang saudara.
2. Mewakili pasukan keamanan PBB bagi membantu Namibia mencapai kemerdekaan dan
menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iraq-Iran dan Kampuchea.
3. Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia dan lantang bersuara di PBB bagi menentang
dasar apartheid di Afrika Selatan.
4. Malaysia mengamalkan konsep persaudaraan dan hak asasi manusia dan menyarankan
agar Benua Antartika menjadi warisan dunia.
5. Diletakkan di bawah hak milik atau kuasa semua negara dan memerangi gejala
penyalahgunaan dadah.
6. Hasil daripada usul Malaysia, satu persidangan antarabangsa telah diadakan di Vienna
dan
Perdana Menteri Malaysia ketika itu menjadi Yang Dipertua persidangan tersebut.
7. Bekerjasama dalam agensi dibawah PBB dan Kerjasama dalam pengeluaran makanan di
bawah FAO dan Kerjasama salam kesihatan dan perubatan di bawah WHO.
8. Menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB dan Tan Sri Razali Ismail dilantik wakil PBB
menyelesaikan konflik politik di Myanmar.
9. Menganjurkan Persidangan Antarabangsa tetang Palestin di Kuala Lumpur dalam
menangani pencerobohan Israel yang tidak berkesudahan.
10. Malaysia akan terus mempromosikan kesederhanaan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB), dalam usaha untuk merapatkan jurang perbezaan, menyelesaikan
pertikaian serta menangani ekstremisme dan radikalisasi.
11. Malaysia juga turut memainkan peranan yang aktif di dalam misi pengaman PBB sejak
tahun 1960. Sehingga kini, Malaysia sudah mengambil bahagian dalam 36 misi
pengaman PBB dengan pembabitan lebih 35,000 tentera dan polis
12. Sebagai penegasanya, Malaysia telah banyak memberi sumbangan kepada kepada
badandunia iaitu PBB, khususnya dalam menyelesaikan konflik antara
negara.Ketegasan menyuarakan pandangan berkaitan isu keamanan amat dihormati oleh
negara lain.

26
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

23. Peranan/Tanggungjawab/Sumbangan Malaysia dalam pertubuhan


antarabangsa untuk mengatasi konflik
dunia
Peranan Malaysia dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ialah…
1. Menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang
saudara di Congo
2. Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu negara itu mencapai
kemerdekaan
3. Melalui PPB juga, Malaysia telah menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq
dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman ke Bosnia
4. Menentang dasar aparteid di Afrika Selatan yang telah menyalahgunakan hak asasi
manusia
5. Malaysia telah bertindak menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia yang
diletakkan di bawah hak milik atau kuasa semua negara
6. Memerangi gejala penyalahgunaan dadah melalui usul yang dikem ukakan dalam satu
persidangan antarabangsa yang diadakan di Viena, Austria
7. Malaysia dipilih menjadi Ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965, 1989 dan 1999
8. Tan Sri Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB untuk menyelesaikan
konflik politik di negara Myanmar
9. Malaysia berusaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan persidangan
antarabangsa di Kuala Lumpur
10. Malaysia telah menyuarakan supaya dua kuasa besar dunia bermuafakat dalam soal im.
Amerika Syarikat dan Rusia sudah seharusnya mencari jalan perdamaian dalam ujian
senjata nuklear ini.
11. Malahan penglibatan tentera Malaysia ke Congo merupakan misi terulung atau misi yang
pertama yang pernah disertai oleh Malaysia. Walaupun Malaysia pada masa itu baru
sahaja mencapai kemerdekaannya dan menghadapi masalah ancaman pihak komunis

Peranan Pertubuhan Negara-Negara Berkecuali (NAM) ialah…..


1. Usul Malaysia membela kepentingan negara sedang membangun seperti isu Palestin,
kerjasama ekonomi dan isu Benua Antartika pada Sidang Kemuncak Ketujuh di New
Delhi (1987)
2. Malaysia mencadangkan penghapusan dasar aparteid di Afrika Selatan pada Sidang
Kemuncak Kelapan di Harare, Zimbabwe
3. Malaysia telah diberi penghormatan apabila telah dipilih sebagai Naib Presiden Sidang
Kemuncak NAM di Belgrade, Yugoslavia

27
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

4. Malaysia juga telah dilantik sebagai ahli Kumpulan 16 yang membincangkan isu
kerjasama politik negara anggota
5. Malaysia sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak NAM ke-13 (2003) yang telah berjaya
mendaftarkan anggota baharu iaitu Timur Lasted dan Pulau Catalina
6. Deklarasi Kuala Lumpur menekankan usaha menghidupkan NAM kembali serta
mengeluarkan pernyataan bersama tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika
Syarikat terhadap Iraq
7. Menubuhkan Pusat Antarabangsa mengenai Palestin Masyarakat Sivil Selatan
8. Memberi kerjasama lebih komprehensif dan proaktif dan mengukuhkan kapasiti nasional
setiap anggota NAM Deklarasi berasingan untuk penyelesaian konflik Israel Palestin
9. Menjadi tuan rumah Mesyuarat Peringkat Menteri Pergerakan Negara Berkecuali
mengenai wanita di Kuala Lumpur bertemakan “Memperkasa Wanita dalam Menghadapi
Cabaran Globalisasi”
10. Malaysia mula aktif dalam mesyuarat mesyuarat NAM yang diadakan di Algiers,
Colombo, Havana, New Delhi dan Luanda.

Peranan Malaysia dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ialah…


1. Malaysia berperanan aktif dalam OIC dan mendapat penghormatan melalui pelantikan
Tunku Abdul Rahman sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama
2. Malaysia menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq
3. Menyokong perjuangan rakyat Palestin mendapatkan tanah air daripada Israel
4. Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah Persidangan OIC (1974 dan 2003)
5. Pada tahun 2002, Malaysia telah menganjurkan persidangan menentang pengganas
dalam kalangan negara Islam
6. Menawarkan biasiswa kepada pelajar dari negara OIC untuk belajar di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM)
7. Malaysia turut mengesyorkan penggunaaan dinar emas dalam kalangan negara Islam
untuk urusan perdagangan dan ekonomi
8. Memperjuangkan hak negara Islam dan bersuara dalam satu nada bagi kepentingan
umatIslam
9. Menghantar pasukan perubatan ke Bosnia, Afghanistan dan Lubnan
10. Memberi bantuan kewangan kepada negara miskin seperti Sudan dan Nigeria
11. Memberi sokongan kuat kepada perjuangan rakyat Palestin dan Pertubuhan
Pembebasan Palestin (Palestinan Liberation Organisation-PLO)
12. Menjadi tuan rumah kepada Persidangan Keserantauan Asia mengenai masalah yang
dihadapi oleh Palestin di Kuala Lumpur Mei 1983
13. Menyokong perjuangan Mujahidin Afghanistan terhadap Rejim Kabul yang dibantu oleh

28
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

tentera Rusia sejak 1978.

24. Tolak ansur antara negara amat penting dalam menangani konflik antarabangsa
Berikan penjelasan anda

1. Kepelbagaian masyarakat dunia harus difahami anatara satu sama lain walaupun
mempunyai etnik berbeza-beza agar tidak terus dilanda konflik.
2. Saling memahami antara agama dapat mengurangkan salah faham, contohnya
memahami nilai murni antara agama, perayaan serta kepercayaan agama lain.
3. Sentiasa menghormati kepelbagaian agama dan anutan yang ada di setiap negara juga
salah satu cara mengatasi konflik agama.
3. Semua negara haruslah saling menghormati tanpa mengambil kira perbezaan
kebudayaan serta saling menghormati perbezaan agama tanpa mencetuskan konflik.
4. Sikap ini tidak hanya mendorong konflik, malah mengembangkan konflik. Dengan
membiarkan konflik dan ketegangan ini berlanjutan, ada pihak yang akan membawa
budaya mereka menjadi bentuk ekstremisme dan fanatisme.
5. Untuk mengatasi konflik, semua pihak perlu mencari penyelesaian yang dinamik agar
perbezaan agama dan budaya dapat ditangani tanpa pertumbapahn darah.
7. Kita perlu mencari pendekatan yang mempromosi pemahaman, toleransi, bahkan
kesatuan antara orang beragama supaya konflik antara negara tidak berpanjangan.
6. Terdapat banyak kebaikan yang pasti diperoleh dengan mengehad dan membanteras
konflik agama dalam kalangan masyarakat.
7. Sebagai masyarakat bertamadun, kita tidak sewajarnya membiarkan konflik agama timbul atau
berulang kerana akan memberi kesan kepada masyarakat beragama dan generasi akan datang.
8. Seterusnya , perlu wujud kesedaran dalam masyarakat usaha membina peradaban dan mencapai
status kemajuan bagi Malaysia, terutama dalam merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama
(WKB) 2030 bertunjangkan persefahaman, tolak ansur dan rasa hormat-menghormati.
9. Kesantunan insan dalam mengurus perbezaan dalam masyarakat pelbagai agama dan bangsa
perlu dititikberatkan. Ini realiti harus difahami dan diterima semua negara.
10. Selain itu, isu jenayah seperti penyeludupan dadah harus diambil berat oleh pemimpin seluruh
negara dan setiap negara perlu mengetatkan kawalan di sempadan.
11. Kawalan sempadan haruslah dijalankan secara menyeluruh seperti sempadan Malaysia dan
Thailand. Dengan kerjasama ini masalah penyeludupan dadah dapat diatasi.
12. Seterusnya masalah pencemaran udara juga merupakan masalah global. Negara kita
boleh dikatakan setiap tahun mengalami masalah jerebu yang berpunca daripada
pembakaran terbuka oleh negara Indonesia. Masalah ini boleh diatasi dengan cara
melakukan rundingan demi keamanan kedua-dua negara.
13. Jelaslah bahawa, nilai toleransi dalam kalangan negara di dunia amat penting dalam
29
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

menyelesaikan konflik yang menimbulkan kesan yang besar kepada kemanan sejagat

25. Bagaimanakah/Langkah/Cara/ Usaha Malaysia dapat meningkatkan


kesedaranantarabangsa dalam mengekalkan keamanan global

1. Langkah Malaysia telah meningkatkan kesedaran antarabangsa dalam keamanan global


seperti menjadi orang tengah dalam menyelesaikan perjuangan bangsa Moro di Selatan
Filipina
2. Malaysia sentiasa perihatin terhadap apa yang telah berlaku ke atas orang Islam di
Selatan Thai.
3. Memainkan peranan yang pro aktif di peringkat antarabangsa khususnya menjadi ahli
Majlis Keselamatan PBB
4. Tan Sri Razali Ismail telah dilantik wakil PBB untuk menyelesaikan konflik politik di
Myammar dengan memperjuangkan keamanan sejagat
5. Malaysia juga telah bersuara dan telah mendesak PBB untuk menyelesaikan masalah di
Palestin yang berlarutan sehingga kini
6. Malaysia juga membela negara-negara yang sedang membangun yang lain dengan
menghantar pasukan perubatan ke negara-negara yang bergolak
7. Membantu dalam bentuk kewangan dan kepakaran teknologi kepada Negara-negara
Islam yang kurang maju, sebagaimana yang disuarakan dalam Persidangan Negara-
negara Islam(OIC)
8. Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa dengan menyertai pasukan pendamai ke
Congo (Zaire ) untuk membantu menamatkan perang saudara
9. Selain itu,mewakili pasukan keamanan PBB bagi membantu Namibia mancapai
kemerdekaan
10. Malaysia juga menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iraq-Iran dan Kampuchea
11. Memerangi penyalahgunaan dadah yang menjadi barah di kalangan masyarakat global
12. Malaysia mengamalkan Dasar Berkecuali dan bersikap terbuka dengan semua negara
serta amat mengutuk setiap keganasan yang berlaku di negara lain.
13. Secara keseluruhannya bahawa, perubahan pemikiran pemimpin dan masyarakat dunia
adalah penting menghormati negara lain dan menjaga kedaulatan negara masing-
masing untuk kebaikan bersama.

30
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

26. Penyelesaian konflik antara negara bukannya melalui peperangan


Jelaskan

1. Tun Dr Mahathir Mohamed dalam Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan


Asia Ke-25 menyarankan agar konflik diselesaikan melalui perundingan.
2. Konflik perlu diselesaikan melalui sifat tolak ansur antara negara-negara di dunia dalam
mencapai persetujuan bersama dan kata sepakat.
3. PBB perlu mewujudkan satu forum yang melibatkan para pemimpin dunia untuk mencari
titik penyelesaian sebarang konflik yang tercetus
4. Penubuhan Majlis Keselamatan PBB yang dianggotai oleh lima kuasa besar dunia yang
berperanan memantau keselamatan dan kemanan dunia
5. Penubuhan Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) yang berperanan mengekalkan
keamanan dunia tanpa menyokong mana-mana blok sama ada blok barat atau blok
komunis.
6. Memperjuangkan keamanan sejagat dengan mematuhi ketetapan dan Piagam PBB
melalui penyediaan pelan damai demi keamanan dan keharmonian sejagat
7. Mengamalkan konsep persaudaraan dengan mengiktiraf hak asasi manusia tanpa
mengira bangsa, agama dan warna kulit
8. Semua negara-negara didunia perlu mengadakan rundingan secara terbuka bagi
membincangkan isu-isu untuk menangani konflik.
9. Pemimpin negara sentiasa memberi idea dan bersuara di peringkat antarabangsa dengan
tujuan untuk membela negara yang miskin dan negara-negara membangun.
10. Malaysia sentiasa berpandangan bahawa, kemajuan ekonomi tidak akan dicapai
sekiranya konflik antara negara berterusan.
11. Berpegang kepada prinsip menghormati kepada semua negara demi kestabilan dan
kemakmuran bersama dan tidak campurtangan dalam urusan politik negara lain.
12. Kesimpulannya bahawa, peperangan antara negara bagi menyelesaikan konflik bukan
merupakan satu tindakan yang rasional. Justeru banyak lagi pendekatan lain yang lebih
pragmatik untuk mengekalkan kemanan global.

31
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

27. Cabaran/Isu/Masalah Malaysia dalam menghadapi konflik antarabangsa dan


mengekalkan keamanan dunia pada masa ini
1. Pandangan dan idea yang disuarakan di peringkat antarabangsa tidak dihargai oleh
negara-negara kuasa besar semasa persidangan PBB
2. Pembangunan Senjata nuklear dan kelonggaran elemen kawalan dan tekanan ke atas
program nuklear dan senjata pemusnah di kalangan negara memberi cabaran kepada
Malaysia
3. Kedudukan Malaysia yang mempunyai sempadan darat dengan negara jiran dan terletak
di laluan strategik maritim iaitu Selat Melaka dan Laut China Selatan menjadikan Malaysia
terdedah kepada ancaman bersifat rentas sempadan.
4. Malaysia juga terdedah kepada pelbagai krisis sama ada di dalam ataupun di luar negara
termasuklah ekonomi, sosial dan peperangan yang tidak berkesudahan sehingga kini.
5. Krisis yang berpanjangan antara negara berupaya memberi impak secara langsung
kepada rakyat sekaligus menjejaskan keamanan sejagat.
6. Perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah meningkatkan
membuka ruang kepada risiko ancaman keselamatan siber yang menggugat kemanan.
7. Isu keganasan antarabangsa terus menjadi ancaman global yang memberikan impak
langsung kepada keselamatan Malaysia dan kemanan dunia.
8. Elemen-elemen ekstremisme dan keganasan yang menyusup masuk ke dalam negara
menyukarkan untuk mengatasi konflik.
9. Kehadiran PATI dan „pelarian‟ memberi implikasi sosial, ekonomi, jenayah, politik dan
hubungan diplomasiakanmengancam ketenteraman dan keselamatan negara.
10. Malaysia masih berdepan isu tuntutan bertindih dan pertikaian wilayah darat, maritim dan
udara dengan negara-negara jiran dan kuasa-kuasa besar
11. Jelaslah bahawa, konflik antarabangsa memberi impak yang besar kepada kemanan
dunia sama ada dari aspek politik, ekonomi dan social.

32
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

28. Bagaimanakah/Langkah/Cara/Usaha Malaysia dalam mengekalkan keamanan


pada masa kini

1. Malaysia juga turut memelihara hubungan politik dan meningkatkan lagi hubungan
diplomatik. Malaysia juga merupakan negara yang seringkali mengadakan lawatan rasmi
ke negara lain.
2. Sentiasa mengekalkan persefahaman antara negara dan mengadakan kerjasama
pertahanan contohnya penguatkuasaan maritim negara telah berganding bahu dengan
Filipina.
3. Malaysia telah menjayakan Operasi Phillipine-Malaysia (PHIMAL) yang bermatlamat
untuk mencegah aktiviti-aktiviti pelanggaran undang-undang maritim di persempadanan
perairan
4. Bertukar-tukar pendapat dan pandangan dalam semua isu dan bertindak dengan sebulat
suara.Selain itu kita juga turut mengeratkan hubungan serantau dengan ASEAN serta
hubungan degan pertubuhan dunia seperti PBB, OIC, Komanwel.
5. Mahu mengekalkan hubungan baik ialah menghormati kedaulatan negara lain dengan
tidak mencampuri hal ehwal negara tersebut. Contoh di negara yang dilanda peperangan
seperti Syria.
6. Malaysia telah memberi bantuan kepada negara yang ditimpa bencana dam mengalami
kesusahan.
7. Berpendirian untuk mengekalkan hubungan baik dengan negara luar ialah dengan
menganjurkan persidangan / sukan bertaraf antarabangsa. Contoh Sukan Komanwel,
8. Malaysia juga menganjurkan persidangan menentang pengganas dan mengelakkan
persaingan senjata.Negara kita juga tidak mengeluarkan senjata nuklear.
9. Malaysia amat manyanjungi dan menghayati kedaulatan negara lain. Contohnya kita tidak
melanggar dan mencerobohi sempadan negara lain. Malahan Malaysia amat
mementingkan hak asasi manusia.
10. Malaysia sangat perihatin terhadap pelbagai isu dan konflik yang boleh menjejaskan
kemanan negara, serantau dan antarabangsa
11. Malaysia telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa strategi pengurusan konflik
secara aman telah berjaya membantunya menghapuskan ancaman yang boleh
menggugat kestabilan negara
12. sebagai penegasannya, banyak pendekatan yang diambil oleh negara kita seperti tolak
ansur, menghormati kedaulatan negara lain dalam menangani konflik antarabangsa.

33
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

29. Sumbangan/Peranan/Tanggungjawab masyarakat/generasi muda dalam


mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara kita
1. Sumbangan masyarakat dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan Malaysia
ialah rakyatnya hidup dalam suasana aman sentosa bersama-sama arus pembangunan
kemodenan yang pesat.
2. Keamanan inilah yang memberikan imej yang positif kepada negara lain. Oleh itu
masyarakat di sesebuah negara harus bersepakat untuk menjana kemajuan ekonomi
negara.
3. Tindakan prokatif amat penting yang telah dilakukan oleh semua pihak termasuk rakyat di
sesebuah negara untuk memastikan negara terus berada dalam keadaan yang harmoni.
4. Tindakan yang paling positif ialah setiap masyarakat perlu meningkatkan lagi tahap
pemikiran untuk menanamkan semnagat cintakan kemanan.
5. Bagi memastikan tahap kesejahteraan negara terjamin, masyarakat perlu menyokong
dasar kerajaan yang boleh memberi impak positif kepada perkembangan ekonomi apabila
negara stabil.
6. Negara menjadi aman apabila masyarakat memiliki sikap sedehana dan sentiasa
perihatin dalam semua aspek sama ada politik, ekonomi dan sosial demi menjaga
keamanan dunia.
7. Semua masyarakat mengetahui bahawa keamanan boleh menjejaskan perkembangan
ekonomi dan kestabilan politik. Oleh itu semua pihak perlu kerjasama dalam menangani
konflik.
8. Kerjasama yang erat antara masyarakat ini juga memastikan setiap negara tidak berlaku
perselisihan faham yang boleh membawa kepada permusuhan yang mengancam
keamanan yang sedia wujud.
9. Kerjasama erat antara masyarakat dengan di negara-negara jiran amat penting dalam
mengekalkan kemanan dan keharmonian.
10. Keamanan negara juga dikekalkan menerusi amalan demokrasimasyarakat perlu
menyokong dasar yang dilaksanakan di negara demi menjaga kerharmonian dan
kesejahteraan
11. Masyarakat harus mengambil tanggunjawab dalam pilihanraya dan proses pertukaran
pemimpin di setiap buah negara masih berjalan secara rasional dan mengikut lunas-lunas
perlembagaan negara yang mengutamakan hak asasi rakyat secara keseluruhannya.
12. Kesimpulannya bahawa, sebagai masyarakat yang cintakan kedamaian dan keamanan,
mestilah sentiasa mengelakkan daripada berlakunya rusuhan, keganasan demi
memelihara ketenteraman dalam negara, rantau ini dan dunia secara keseluruhanya.

34
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

30. Cabaran dunia masa kini yang boleh mencetuskan konflik antarabangsa
dan langkah –langkah untuk mengatasinya.

CabaranDunia Masa kini Mencetus Konflik Antarabangsa


1. Isu hangat yang diperkatakan itu ialah isu pengganas dan pelampau, isu Laut China
Selatan dan perang dagang ChinaAmerika Syarikat.
2. Fenomena isu pengganas menjadi semakin kompleks dan mencetuskan ancaman kepada
keselamatan antarabangsa.
3. Kemunculan kumpulan pengganas seperti Islamic State (IS) dan Boko Haram di persada
global amat membimbangkan seluruh dunia.
4. PBB didapati gagal berperanan sebagai badan pengaman dunia dalam aspek
keselamatan bagi menghindari peperangan.
5. Lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB iaitu Amerika Syarikat, Rusia, China,
Perancis dan Britain mempunyai kuasa veto dan sering menggunakan kuasa veto untuk
membatalkan sebarang usul demi kepentingan mereka.
6. Peristiwa serangan pengganas ke atas Pusat Perdagangan Dunia (WTC) di Amerika
Syarikat dan pengeboman Bali yang telah membunuh 202 orang awam terutamanya
pelancong luar negara.
7. Kumpulan pengganas sentiasa mengambil kesempatan ke atas situasi politik yang tidak
menentu dengan melancarkan keganasan dan kekacauan.
8. PBB menemui jalan buntu dan keamanan dunia tidak dapat dicapai dan dinikmati oleh
warga global selaku badan yang dipertanggungjawabkan mewujudkan keaman
Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Konflik Antarabangsa
9. Semua negara di seluruh dunia mestilah salin berkolaboratif dan bekerjasama untuk
memerangi pengganas dan pelampau yang bergiat aktif pada masa ini.
10. Kerjasama pihak berkuasa negara-negaramestilah berkongsi risikan bagi menyiasat dan
mencari saki baki pengganas.
11. Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu mengarahkan setiap negara di dunia ini
membekukan kewangan pengganas termasuk aset harta .
12. Menyekat rangkaian negara terlibat dan meghalang kemasukan dana dan kewangan
mereka ke dalam sistem kewangan antarabangsa.
13. Tindakan tegas perlu dikenakan ke atas pihak pengganas dan pelampau ini dapat
mengurangkan tekanan kepada negara-negara yang sering menjadi sasaran mereka.

35
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

14. Jelaslah bahawa, banyak cabaran yang dihadapi dalam mengahadapi konflik antara
negara, kerana melibatkan kuasa-kuasa besar dunia. Justeru kerjasama semua pihak
amat penting dalam mengambil langkah yang prokaktif dalam menangani konflik tersebut.

31.Berikan cadangan anda kepada pemimpin badan dunia (PBB) untuk


mengatasikonflik antarabangsa

1. Mengadakan forum tentang tatacara penggunaan senjata nuklear. Forum-forum yang utama
termasuk "Jawatankuasa Pertama Perhimpunan Agung" dan "Suruhanjaya Pelucutan Senjata
PBB".
2. Menperjuangkan hak-hak asasi manusiaperlu proaktif dan mengelakkan pencerobohan
negara atas kepentingan tertentu dan mencegah daripada menjadi mangsa peperangan.
3. Mempergiatkan pertubuhan seperti Persatuan Palang Merah supaya dapat memberi
perlindungan dan perkhidmatan kemanusian kepada penduduk-penduduk yang terjejas akibat
perang.
4. Menghantar Pengaman-pengaman PBB dihantar ke negara-negara pertikaian dan bergolak,
supaya dapat menguatkuasakan undang-undang yang dipertujuan secara majoriti dalam PBB.
5. Mahkamah Keadilan Antarabangsa perlu bertindak tegas kepada negara yang teribat perang
supaya dijatuhi hukuman setimpal dengan tindakan yang dilakukannya.
6. Memperkasakan Majlis Keselamatan (UN) untuk bertindak adil kepada semua negara tanpa
ada sikap pilih kasih.
7. Semua anggota dan Majlis Keselamatan PBB menerima pandangan dan idea yang diutarakan
oleh ahli berkaitan konflik antara negara dan membuat konsesus yang bijaksana.
8. Mengambil tindakan segera dan tegas kepada negara yang mengancam kedaulatan
negara lain di dunia.
9. Membuat keputusan yang tidak menyebelahi kepada kuasa-kuasa besar dunia semasa
membahaskan isu kemananan sesebuah negara.
10. Membantu negara-negara kecil dan miskin yang terjejas akibat daripada pencerobohan
dan serangan dari negara kuasa besar yang lain.
11. Kesimpulanya, badan dunia (PBB) merupakan badan yang bertangungjawab dalam
mengatasi konflik antarabangsa dan mengambil langkah yang bijaksana demi
keselamatan negara lain dan kemanan dunia.

36
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

32. Iktibar yang diperoleh daripada tajuk yang dikaji/ Perang Dunia pertama/konflik
antarabangsa

1. Pemimpin negara kita perlu mengamalkan sikap bertolak ansur dalam menjalinkan
hubungan dengan negara lain supaya segala masalah yang timbul dapat diselesaikan
dengan berkesan
2. Kita perlu mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara bagi menjamin
keamanan dan keselamatan negara melalui konsep ZOFAN.
3. Kita hendaklah bersikap proaktif dalam menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara
lain agar dapat terus bersaing dalam dunia yang sentiasa berubah terutama dalam bidang
politik, ekonomi dan sosial.
4. Kita hendaklah sentiasa meningkatkan kerjasama dalam bidang keselamatan negara bagi
membendung jenayah dan pencerobohan sempadan negara
5. Kerajaan kita mestilah bergiat aktif dalam menghantar misi bantuan misi kemanusiaan di
negara-negara yang bergolak sebagaimana yang telah berlaku di Somalia dan Sudan
demi menjaga kesejahteraan dunia.
6. Sebagai sebuah negara yang berdaulat kita mestilah bertanggungjawab dan sentiasa
mengamlkan sikap yang terbuka dalam menerima pandangan yang membina demi
kemanan dunia.
7. Kita mestilah sentiasa menghormati hak asasi manusia dan berkerjasama dengan
negara-negara lain dalam usaha mengekang keganasan agar mengekalkan kemananan
dunia.
8. Bagi mengekalkan kesejahteraan sejagat masa masa kini, kita mestilah mementingkan
rundingan antara pemimpin negara dan sentiasa bertolak ansur agar kita dapat bersama-
sama mengekalkan kemakmuran di rantau Asia Tenggara dan dunia
9. Kita mestilah sentiasa prihatin untuk membentu negara-negara yang dilanda krisis
kemiskinan dan kekurangan makanan
10. Sebagai sebuah negara yang berdaulat kita mestilah sentiasa mencari jalan penyelesaian
yang terbaik jika terdapatnya konflik antara negara agar dapat mengekalkan kemanan
dan kemakmuran serta kesejahteraan rakyat.
11. Sebagai pemimpin mestilah peka dengan situasi semasa yang berlaku dalam atau luar
negara. khususnya berkaitan dengan menjaga keselamatan negara
12. Sebagai rumusannya, semua pemimpin semua negara termasuklah masyarakat harus
komitmed memainkan peranan yang aktif dalam usaha mengekalkan kemananan negara
khususnya dan dunia secara umumnya.

37
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

33. Rumusan berdasarkan tajuk yang dikaji/Perang Dunia Pertama/


konflik antarabngsa

Perang dunia pertama membawa Jerman,Rusia, Austria-hungary, Perancis, Britain dan


lain-lain terlibat dengan perebutan kuasa politik dan kancah peperangan yang membawa
bukan sedikit kerugian kepada negara-negara terlibat.

Kita mestilah berbangga kerana mempunyai masyarakat yang cinta akan negara dan
sentiasa mempertahankan kedaulatan negara.Sebagai warganegara kita mestilah berani
dan sentiasa berkorban untuk meningkatkan kemajuan negara serta dapat bersaing
dengan negara-negara maju yang lain.

Pemimpin di setiap negara haruslah mempunyai sikap bertolak ansur supaya masalah
peperangan tidak akan berlaku. Selain itu juga, perjanjian harus dibuat oleh setiap negara
demi memastikan keamanan negara berkekalan dan negara tersebut akan menjadi
negara maju.

Semua pemimpin sesebuah negara harus sentiasa menjaga hubungan baik dengan
negara lain supaya kemanan yang dikecapi pada masa kini berkekalan sepanjang
masa.Sebagai harus menyokong hasrat kerajaan dalam menagani isu keganasan yang
boleh menggugat kestabilan sesebuah negara.

38
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

34. Mengapakah Perang Dunia Kedua dianggap lebih terkesan berbanding Perang
Dunia Pertama?

1- Perang Dunia Kedua meliputi kawasan yang lebih besar


2- Perang Dunia Kedua berlaku di Eropah dan juga Asia
3- Perang Dunia Pertama hanya berlaku di Eropah
4- Perang Dunia Kedua memperlihatkan penglibatan Jepun sebagai kuasa besar
di Asia
5- Perang Dunia Keduamelibatkan penggunaan bom atom yang membawa kemusnahan
yang sangat teruk terutamnya di Hiroshima dan Nagasaki.
6- Perang Dunia Kedua melibatkan kehilangan nyawa yang lebih besar
7- Perang Dunia Keduatelah membawa kepada perpecahan negara Jerman kepada Jerman
Barat dan Jerman Timur
8- Perang Dunia Kedua telah membawa idologi yang berlain bagi negara Jerman iaitu
ideologi demokrasi di Jerman Barat dan ideologi komunis di Jerman Timur.
9- Perang Dunia Kedua menyebab kemunculan dua kuasa utama dunia yang baru iaitu
Amerika Syarikat dan Rusia

10- Perang Dunia Kedua telah memperlihatkan kehilangan kuasa Jerman dan Jepun
11- Perang Dunia KeduaAmerika Syarikat menjadi model dalam pengamalan mideologi
demokrasi manakala Rusia pula adalah model bagi amalan fahaman komunisme.
12- Perang Dunia Kedua telah mewujudkan Perang Dingin telah wujud antara kedua-dua
kuasa besar iaitu Amerika Syarikat dan Rusia
13- Perang Dunia Kedua telahmembawa kepada penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) sebagai badan pendamai dunia yang masih kekal releven sehingga ke hari
ini.
14- Perang Dunia Kedua telah membaea kepada keruntuhan empayar imperialisme Barat:
kerana kehilangan banyak tanah jajahan
15- Kuasa British dan Perancis mengalami kemerosotan di seluruh dunia selepas Perang
Dunia Kedua
16- Status dan imej kuasa imperialis Barat jatuh apabila mereka dikalahkan oleh Jepun dalam
Perang Dunia Kedua.
17- Perang Dunia Kedua menyebabkan pejuang nasionalis tempatan mendapat inspirasi
untuk menentang kuasa imperialis.
18- British yang merupakan kuasa imperialis yang paling besar sebelum perang telah
memberi kemerdekaan kepada kebanyakan tanah jajahannya.

39
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

19- Perancis yang merupakan kuasa imperialis kedua terbesar terpaksa melepaskan
tanah jajahannya di Asia Tenggara dan Afrika.
20- Amerika Syarikat pula melepaskan Filipina pada tahun 1946.
21- Belanda melepaskan Indonesia pada tahun 1949.
22- Perang Dunia Kedua telah menyebab kesan ekonomi dan sosial yang buruk
23- Ekonomi Negara-negara Eropah dan Asia telah merosot.
24- Nilai mata wang jatuh dan inflasi nerleluasa.
25- Kemusnahan teruk berlaku dalam sektor pertanian, perlombongan dan perindustrian
26- Banyak orang kehilangan pekerjaan dan masalah pengangguran berleluasa.
27- Berjuta-juta paun dibelanjakan untuk kos peperangan
28- Berjuta-juta rakyat terkorban
29- Kesimpulannya, Perang Dunia Kedua terbukti lebih meninggalkan kesan yang
mendalam sehingga ke hari ini kepada pihak yang terlibat.

35. Mengapakah negara-negara di Asia Pasifik turut terlibat dalam


Perang Dunia Kedua?

1- Berpunca kerana kemunculan Jepun sebagai kuasa tentera di Asia


2- Jepun mempunyai angkatan tentera paling moden di Asia pada abad ke-20
3- Jepun menjalankan imperliasme di rantau Asia Pasifik
4- Jepun ingin menjadi kuasa yang menguasai negara-negara di Timur.
5- Jepun berasa bertanggungjawab membebaskan negara-negara di Timur daripada penjajahan
Barat.
6- Penyertaan Jepun dalam Kuasa Paksi berasam Jerman dan Itali.
7- Jepun melancarkan serangan mengejut terhadap Pearl Harbour di Hawai
8- Pada 7 Disember 1941, pangkalan tentera laut Amerika Syarikat di Pasifik
9- Jepun berjaya memusnahkan angkatan perang Amerika Syarikat di Lautan Pasifik
10- Amerika Syarikat bertindak balas terhadap tindakan Jepun.
11- Pada 6 Ogos 1945 , Presiden Amerika Syarikat iaitu Harry Truman mengarahkan bom atom
pertama digugurkan di Hiroshima
12- Bandar Hiroshima telah munsah dalam masa yang singkat
13- Kabinet Jepun bermesyuarat memutuskan untuk meneruskan peperangan
14- Pada 8 Ogos 1945 , bom atom kedua dijatuhkan
15- Pada 15 Ogos 1945, Jepun menyerah kalah yang menandakan tamatnya perang di Asia Pasifik

40
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

16- Kesimpulannya, Jepun merupakan negara yang bertanggungjawab memulakan perang di Asia
Pasifik dengan bertindak mengancam Amerika Syarikat. Tindakan ini telah mendedahkan Asia
kepada tindakan ketenteraan oleh kuasa-kuasa Barat

36. Bagaimanakah masyarakat dunia berperananmengelakkan berlakunya


peperangan?

1- Mengawal perlumbaan senjata dan ketenteraan yang menggalakan persaingan antara


negara bagi membuktikan kekuatan masing-masing.
2- Menghormati kedaulatan negara lain tanpa mencampuri urusan negara lain selagi
tidak berlakunya penindasan dan pencabulan hak asasi manusia.
3- Mematuhi resolusi PBB yang mampu menyelesaikan isu antarabangsa tanpa
menggunakan kekerasan dan ketenteraan
4- Mengurangkan pakatan kuasa politik antarabangsa secara langsung atau tidak
langsung kerana pakatan ini akan mewujudkan blok politik pada masa akan datang
5- Menghormati hak asasi manusia sebagaimana digariskan oleh PBB dalam melindungi
penduduk sesebuah negara
6- Menghindarkan konflik dengan negara lain dengan mengamalkan tolak ansur
terutamanya isu yang melibatkan negara berjiran.
7- Menyelesaikan konflik antara negara melalui perundingan. Penyelesaian juga boleh
dilakukan melalui pihak ketiga yang boleh menharmonikan hubungan negara
berkonflik.
8- Memperbanyakkan kempen kesedaran untuk mengekalkan keamanan dunia melalui
pertubuhan antarabangsa dan NGO seperti Aman Malaysia.
9- Menghindar masalah ekonomi dalam negara dengan memastikan agihan kekayaan
negara secara adil agar tiada pihak luar mengambil kesempatan mengapi-apikan
rakyat yang akhirnya membawa kepada konflik yang lebih besar.
10- Mengharmonikan hubungan antara blok kapitalis dengan blok komunis melalui
kegiatan sosial contohnya melalui Sukan Olimpik.
11- Memantapkan peranan pertubuhan serantau dan antarabangsa dalam usaha
meraptkan hubungan antara negara
12- Kesimpulannya, semua masyarakat dunia mesti berperanan mengelakkan
berlakunya peperangan dengan mengabill tindakan yang bijaksana demi kebaikkan
bersama.

41
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

37. Berdasarkan situasi dunia pada hari ini, Perang Dunia mungkin akan meletus
pada masa hadapan.
Berikan hujah anda.

1- Krisis ekonomi yang melibatkan kuasa ekonomi besar dunia seperti Amerika Syarikat dan
China. Krisis ini boleh menyebabkan tindakan ketenteraan.
2- Percaturan politik oleh kuasa-kuasa besar dunia yang cuba mempengaruhi negara-
negara kecil agar menyokong mereka. Pemimpin negara-negara kecil ini ditaja oleh
mereka. Contohnya pengaruh Amerika Syarikat di Asia Tenggara.
3- Persaingan ekonomi yang tidak adil antara negara terutamnya melibatkan negara maju
dengan negara-negara membangun. Kebergantungan negara-negara membangun
terhadap negara-negara maju telah menyebabkan mereka dikongkong dan dieksplotasi.
4- Pencabulan hak asasi manusia di sesetengah negara telah memberi peluang
campurtangan asing. Contohnya, penindasan terhadap etnik Rohingya di Myamnar telah
mendapat kencaman hebat masyarakat antarabangsa.
5- Kemunculan kerjasama ketenteraan antara negara makin bertambah. Dibimbangi
kerjasama ini akan membawa kepada munculnya pakatan kuasa yang akan menggugat
perimbangan kuasa dunia.
6- Sikap perkauman yang ekstrim di banyak negara telah menggugat keharmonian.
Contohnya isu orang berkulit hitam dengan berkulit putih sering berlaku di Britain.
7- Pergolakan agama yang semakin meningkat di seluruh dunia adalah ancaman yang
mampu mencetuskan perang. Tindakan ekstrim terhadap umat Islam di Xinjiang , China
mungkin menarik tindakbalas terhadap rakyat China di seluruh dunia oleh golongan yang
ekstrim
8- Isu pertikaian wilayah antara negara yang gagal ditangani akan menyebabkan tindakan
yang melampau. Askar-askar telah ditempatkan di kawasan yang dipertikaikan.
Contohnya isu perebutan wilayah Nagorono-Karabakh antara negara Armenia dengan
Azerbaijan
9- Tindakan pengganas antarabangsa yang menjadikan negara tentu sebagai pangkalan
mereka telah menyebabkan negara tersebut dikencam oleh masyarakat antarabangsa.
Contohnya penggganas DAESH telah dikaitkan dengan negara Iran dan Afghanistan.
10- Kesimpulannya, peperangan dunia mungkin tidak dapat dielakkan jika pelbagai isu di
atas tidak ditangani secara baik serta tidak mendapat kerjasama semua masyarakat
antarabangsa.

42
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

38. Malaysia berperanan menyelesaikan konflik di peringkat serantau dan


antarabangsa dalam usaha mengelak berlakunya perang dunia yang seterusnya
Jelaskan pernyataan tersebut

1- Malaysia telah menyertai misi pasukan pengaman PBB di Congo dan Bosnia
2- Malaysia telah berusaha menentang pengganas di kalangan negara Islam melalui
peranannya dalam OIC dengan menganjurkan persidangan menentang pengganas pada
tahun 2002
3- Malaysia telah membela hak rakyat Palestin yang diancam oleh Isreal melalui pelbagai
rundingan di peringkat antarabangsa termasuklah menganjurkan persidangan mengenai
Palestin di Kuala Lumpur
4- Malaysia telah terlibat menyelesaikan isu di Kampuchea apabila berjaya mewujudkan
kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodon Sihanok
dengan persetujuan Vieatnam
5- Malaysia telah memperjuangkan hak etnik Rohingya di Myanmar mengikut lunas
undang-undang antarabangsa
6- Malaysia telah terlibat dalam membela nasib Bangsamoro di Filipina secara berhemah.
7- Malaysia telah memperjuangkan penghapusan dasar Apartheid di Afrika Selatan yang
melibatkan isu perbezaan warna kulit.
8- Malaysia telah menyerahkan isu tuntutan Pulau Sipadang dan Ligitan kepada Mahkamah
Keadilan Antarabangsa (ICJ)
9- Malaysia menghormati keputusan ICJ berkaitan Pulau Batu Putih dan Terumbu Layang-
Layang yang kini menjadi milik Singapura
10- Malaysia telah bersama dengan anggota ASEAN mewujudkan konsep ZOPFAN bagi
mengekalkan keamanan di rantau Asia Tenggara
11- Malaysia telah berperanan aktif dalam Pergerakan Negara-Negara Berkecuali atau NAM
dalam usaha mengekalkan keamanan dunia
12- Kesimpulannya, Malaysia telah memainkan peranan yang aktif dalam mengekalkan
keamanan dunia kerana menyedari kesan buruk akan berlaku jika tiada usaha dilakukan
bersama dengan negara lain.

43
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

39. Kegagalan menyelesaikan konflik antarabangsa bakal mencetuskan perang dunia


pada masa hadapan.
Bincangkan

1- Konflik melibatkan pencabulan hak asasi manusia seperti tindakan ke atas entik:
Rohingya di Myanmar. Mereka diseksa secara terbuka terutamanya oleh pihak tentera
negara tersebut.
2- Konflik melibatkan isu agama seperti penindasan terhadap : umat Islam di Xinjiang ,
China boleh menimbulkan rasa tidak puas hati negara-negara Islam
3- Konflik melibatkan ekonomi terutamnya yang melibatkan kuasa utama ekonomi:
Persaingan China – Amerika Syarikat berlaku banyak syarikat China telah
disenaraihitamkan oleh Amerika Syarikat. Tindakan ini telah ditentang oleh China.
4- Konflik melibatkan pengganas antaarbangsa: seperti DAESH yang dikatakan telah
didalangi oleh negara-negara tertentu boleh mengundang kemarahan negara lain.
5- Konflik melibatkan antara negara: yang berjiran yang berlainan ideologi. Konflik antara
Korea Utara – Korea Selatan telah berlaku ekoran ujian peluru balistik jarak dekat oleh
Korea Utara.
6- Tindakan Amerika Syarikat yang telah mengenakan pelbagai tindakan terhadap Iran
kerana didakwa membina loji memproses nuklear yang boleh digunakan untuk
membangunkan senjata nuklear. Tindakan ini disangkal oleh Iran.
7- Konflik Isreal-Palestin yang telah lama berlarutan. Hak rakyat Palestin telah dinafikan.
Keadaan diburukkan lagi apabila Amerika Syarikat telah menuinjukkan sokongan kepada
Isreal.
8- Konflik teknologi dan komunikasi antara Syarikat Apple dengan Syarikat Samsung telah
mengeruhkan hubungan antara Amerika Syarikat dengan Korea Selatan.
9- Konflik melibatkan tembakan jatuh terhadap pesawat M17 milik Malaysia di Timur Ukraine
masih belum diselesaikan. Isu ini menimbulkan pertikaian banyak negara seperti
Malaysia, Rusia dan Ukraine.
10- Kofllik akibat isu pencabulan sempadan antara negaran mampu mencetuskan
permusuhan antara negara. Konflik ini melibatkan Indian dan Pakistan telah
menyebabkan kedua-dua negara menempatkan tentera di sempadan negara
masing-masing.
11- Kesimpulannya, konflik yang wujud pada hari ini boleh menjadi penyebab peperangan
pada masa akan datang apabila tiadanya usaha menyelesaikanya secara serius dan
berkesan.

44
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

40. Apakah harapananda kepada pemimpin dunia supaya keamanan


dankesejahteraan dunia berkekalan.

1- Pemimpin dunia diminta menghormati kedaulatan negara lain dengan tidak mencampuri
urusan negara lain.
2- Mereka diharapkan agar menghapuskan perlumbaan senjata terutamanya senjata
nuklear yang menjadi pertikaian banyak negara
3- Mereka diharapkan agar memelihara alam sekitar dengan mengawal pencemaran akibat
penggunaan pelbagai bahan kimia termasuklah aktiviti pengngurai uranium yang memberi
kesan radioaktif.
4- Mereka diharapkan agar meningkatkan hubungan diplomatik dengan semua negara
dengan lebih baik melalui pelbagai kerjasama yang lebuh erat demi kepentingan
bersama.
5- Mereka diharapkan agar mengutamakan semangat setia kawan antara negara.dengan ini
sebarang isu yang timbul akan mudah diselesaikan.
6- Mereka diharapkan tidak mengamalkan sebarang diskriminasi dan penindasan terhadap
mana-mana pihak agar hubungan baik dapat dikekalkan.
7- Mereka diharapkan agar menghormati hak asasi manusia sebagaimana digariskan oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya rakyat mendapat hak mereka dengan
sewajarnya
8- Mereka diharapkan agar menghindarkan persaingan melampau dalam ekonomi
terutamanya dengan menggunakan blok-blok ekonomi bagi mengelakkan sebarang
monopoli dn eksplotasi ekonomi.
9- Mereka diharapkan agar bersedia menghulurkan bantuan kepada negara yang ditimpa
bencana alam seperti tsunami atau kemarau agar penderitaan negara dan rakyat
mendapat pembelaan sewajarnya.
10- Mereka diharapkan agar mengutamakan perundingan dalam penyelesaikan konflik bagi
megelakkan berlakunya ketegangan antara negara. Penggunaan bantuan pihak ketiga
sebagai orang tengah juga mampu menyelesaikan masalah.
11- Mereka diharapkan agar bersatu menentang aktiviti keganasan tanpa mengira ideologi
agar kegiatan tersebut tidak menjadi ancaman kepada keamanan dunia
12- Kesimpulannya, setiap pemimpin dunia bertanggungjawab memastikan keamanan dunia
dalam semua aspek terjamin supaya dunia ini akan kekal sejahtera untuk dihuni.

45
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

41. Bagaimanakah Malaysia dapat mengelak daripada konflik antarabangsa.

1- Malaysia perlu memantapkan dasar luarnya melalui dasar luar yang lebih dinamik dalam
mengamalkan dasar berkecuali serta berbaik-baik dengan semua negara
2- Pemimpin Malaysia perlu bijak dalam menangani sebarang isu yang melibatkan
keselamatan negara contohnya isu pencerobohan sempadan negara.
3- Rakyat Malaysia perlu mengamalkan cara hidup yang baik contohnya tidak
membangkitkan isu-isu sentitif terutamanya yang melibatkan hal ehwal negara lain
4- Malaysia mesti lebih giat membenteras kegiatan jenayah terutamanya jenayah
antarabangsa seperti permerdagangan manusia dan pengedaran dadah
5- Malaysia mesti lebih tegas membenteras rasuah dan korapsi dalam pentadbiran agar
dipercayai oleh masyarakat antarabangsa
6- Malaysia mesti lebih mengukuhkan ekonomi agar mempunyai dana yang cukup untuk
mewujudkan pentadbiran yang lebih baik
7- Malaysia mesti memantapkan pertahanan negara dengan menambah aset-aset
ketenteraan yang moden bagi tujuan keselamatan negara.
8- Malaysia mesti meningkatkan hubungan diplomatik dengan semua negara agar dasar
Malaysia lebih difahami oleh banyak negara
9- Malaysia perlu lebih aktif dalam pertubuhan antarabangsa dan serantau agar dihormati
oleh negara luar
10- Malaysia perlu mengekalkan dasar terbuka dalam pelbagai aspek selagi tidak menjadi
ancaman kepada negara
11- Malaysia juga perlu mematuhi Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu agar tidak
disalah tanggap oleh pihak lain
12- Kesimpulannya, Malaysia mampu bebas daripada sebarang konflik antarabangsa jika
banyak negara melihat Malaysia sebagai sebuah negara yang perlu dihormati.

46
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

42. “Persaingan untuk menunjukkan kehebatan dan kekuasaan telah mencetuskan


peperangan “
Berikan ulasan anda.

1- Menyebabkan korban nyawa yang amat tinggi yang boleh mencecah ratusan ribu atau
jutaan orang.
2- Jutaan orang akan hilang tempat tinggal dan akan menjadi pelarian.
3- Masalah kebuluran akan berlaku dengan meluas ekoran dari pemusnahan kawasan
sumber makanan seperti tanaman dan binatang ternakan.
4- Wabak penyakit juga akan merebak kerana mayat yang tidak dapat diruruskan dengan
sempurna.
5- Kesihatan global akan terjejas teruk.
6- Ekonomi dunia akan merosok teruk.
7- Menyebabkan ramai akan hilang pekerjaan dan sumber pendapatan .
8- Kemiskinan global yang teruk akan berlaku.
9- Kadar pengangguran yang tinggi akan berlaku di setiap Negara
10- kemusnahan harta benda dan infrastruktur akan berlaku dengan teruk dan meluas akibat
dimusnahkan oleh senjata pemusnah moden berskala besar.
11- Penjajahan dan imperialisme akan berlaku ke atas negara – negara tertentu yang kalah
dalam peperangan tersebut.
12- Kesimpulannya, keselamatan dunia akan lebih terjamin jika pertimbangan sewajarnya
dibuat secara rasioal sebelum sesuatu tindakan dilakukan.

47
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

43. Peperangan merupakan suatu peristiwa yang memberikan kesan negatif


kepada sesebuah negara.
Bincangkan kesan yang dialami oleh negara yang terlibat dalam peperangan
tersebut.

1. Peperangan menyebabkan kemusnahan harta benda masyarakat setempat ekoran


daripada kekejaman tentera penceroboh.
2. Peperangan menyebabkan harta benda awam yang musnah seperti bangunan, sekolah,
jalan raya, pelabuhan, dan sebagainya.
3. Peperangan yang berlaku ini banyak mengorbankan nyawa manusia yang tidak bersalah di
serata tempat.
4. Orang awam yang tidak bersalah seperti kanak-kanak, wanita dan orang tua terkena
tempiasnya apabila mereka juga dibunuh tanpa rasa belas kasihan dan
berperikemanusiaan oleh tentera penceroboh.
5. Akibat daripada keganasan dan kezaliman yang dilakukan, mangsa perang mengalami
penderitaan akibat kehilangan orang yang tersayang.
6. Peperangan yang berlaku akan membawa kepada kehancuran keharmonian sejagat
manusia.
7. Penggunaan senjata kimia dan biologi dalam peperangan mengakibatkan kesan buruk
berterusan kepada kesihatan penduduk.
8. Sistem ekonomi bagi negara yang terlibat dalam peperangan turut mengalami gangguan
yang teruk sehingga menjejaskan pembangunan negara.
9. Aktiviti-aktiviti ekonomi seperti pertanian, perdagangan, pelancongan dan lain-lain tidak
dapat berjalan dengan lancar.
10. Pelabur asing tidak berani untuk melabur di negara tersebut dan mereka akan menarik
semula modal yang telah disuntik itu.
11. Kadar penggangguran dalam kalangan penduduk semakin tinggi dan pembangunan
negara tidak dapat berkembang dengan baik.
12. Peperangan menyebabkan gangguan emosi yang teruk dalam kalangan orang awam
terutamanya kepada kanak-kanak yang sedang meningkat remaja.
13. Memberi impak yang negatif terutamanya dari segi pembangunan negara dan keharmonian
sosial masyarakat sejagat.
14. Tuntasnya, kita harus mengelakkan negara kita daripada terjerumus ke kancah
peperangan. Ini kerana peperangan akan mengakibatkan negara dan rakyat hidup dalam
keadaan huru-hara.

48
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

44. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) banyak memberi sumbangan dalam


usaha menyelesaikan konflik antarabangsa.

(i) Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu


dalam usaha menyelesaikan konflik tersebut.

(ii) Cadangkanlangkah yang sesuai untuk PBB mengatasi cabaran tersebut

(i) Cabaran yang dihadapi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dalam usaha
menyelesaikan konflik tersebut
1. Kegagalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyelesaikan konflik Arab-Isreal.
walaupun PBB telah mengeluarkan beberapa resolusi, Israel masih mendudukiPalestin
sehingga hari ini.
2. Terdapat operasi pengaman yang telah gagal dan mengorbankan ramai nyawa tentera
pengaman PBB contohnya di Somalia dan Iraq.
3. PBB juga tidak bebas daripada menjadi medan percaturan politik kuasa-kuasa
besarterutamanya di kalangan Anggota Tetap Majlis Keselamatan iaitu Amerika Syarikat
(AS), Rusia, China, Perancis dan Britain
4. Anggota Tetap Majlis Keselamatan mempunyai kuasa veto atau membatal.
5. Malangnya sepanjang tempoh 75 tahun lalu, lima negara itu sering menggunakankuasa
veto untuk membatalkan sebarang usul demi kepentingan mereka.
6. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan telah menggesa PBB lebih bersifat demokratik
supaya masa depan organisasi antarabangsa yang dianggotai 193 buah negara tidak
ditentukan oleh lima negara sahaja.
7. PBB juga berhadapan dengan Isu kewangan.
8. Pada Oktober 2019, Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres merayu agar negara-negara
anggota menjelaskan yuran keahlian yang tertunggak.
9. Masalah semakin kritikal sehingga PBB berisiko tidak mampu membayar kakitangannya.
10. Pandemik koronavirus (Covid-19) telah mendedahkan kelemahan PBB, khasnya
peranan WHO.
11. WHO mempunyai peranan untuk menetapkan garis panduan tetapi tidak memiliki
kekuatan untuk menguatkuasakannya.
12. Ketika berusaha mengatasi Covid-19, Amerika Syarikat (AS) telah menuduh WHO
tidak bersikap tegas terhadap China, lambat bertindak dan mengeluarkan kenyatan
bertentangan.
13. Kesimpulannnya, kegagalan PBB menangani pelbagai krisis di seluruh dunia
menyebabkan timbulnya kesangsian terhadap peranan yang dimainkan oleh badan
dunia ini untuk mewujudkan keamanan dunia.

49
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

(ii) Cadangkanlangkah-langkah yang sesuai untuk PBB mengatasi cabaran tersebut

1- PBB perlu tegas dan berani melaksanakan sesuatu resolusi dengan mengenakan tindakan
kepada anggotanya yang tidak mengendahkan resolusi tersebut.
2- PBB perlu direformasikan dengan melakukan beberapa perubahan bagi memantapkan
peranannya contohnya menilai semula konsep kuasa veto dalam PBB
3- Menambahkan jumlah keanggotan dalam Majlis Keselamatan.
4- PBB perlu menjana sumber dana sendiri yang lebih besar agar tidak lagi bergantung
kepada ihsan negara besar dan yuran keahlian sahaja.
5- PBB sewajarnya memiliki pakar-pakar perubatan yang berkhidmat secara tetap serta
memiliki makmal sendiri bagi menangani sebarang isu kesihatan yang timbul.
6- PBB mesti berusaha meraih semula kepercayaan negara anggotanya dengan
memantapkan peranannya melalui perancangan yang lebih mantap
7- Tidak berpihak kepada mana-mana blok dunia agar keadilan PBB tidak dipertikaikan
8- Tuntasnya, PBB harus berperanan lebih proaktif dalam menangani apa sahaja masalah
yang dihadapi oleh negara anggota sekiranya mahu dilihat sebagai badan dunia yang
berwibawa.

45. Iktibar yang boleh diambil daripada tajuk ini ialah peperangan bukanlah
menguntungkan sesiapa malah membawa kemusnahan kepada dunia.
Huraikan pernyataan tersebut.
1- Peperangan menyebabkan rakyat akan diancam kematian.
2- Peperangan juga menyebabkan banyak nyawa orang awam melayang baik yang dewasa,
kanak-kanak, mahupun warga tua.
3- Peperangan juga menyebabkan kecacatan akibat kecedaraan semasa perang.
4- Peperangan juga menyebabkan kemusnahan besar harta benda
5- Peperangan juga menyebabkan peningkatan pelbagai masalah sosial seperti jenayah dan
kekejaman
6- Peperangan juga menyebabkan menjejaskan pembangunan sumber manusia pada masa
depan.
7- Peperangan juga menyebabkan rakyat sentiasa berada dalam ketakutan
8- Peperangan juga menyebabkan pembangunan sektor pendidikan terbantut
9- Peperangan juga menyebabkan menimbulkan krisis ekonomi untukl jangkmasa yang lama
10- Peperangan juga menyebabkan telah meingkatkan inflasi dan pengangguran yang tinggi.
11- Peperangan juga menyebabkan krisis makanan dan kesihatan akan dialami oleh rakyat
negara yang terlibat
12- Peperangan juga menyebabkan kebuluran dan penularan penyakit
13- Kesimpulannya, peperangan pasti akan memberi impak buruk yang besar dan berpanjangan
kepada negara-negara yang terlibat.

50
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

46. Iktibar yang boleh diambil ialah hubungan baik dengan semua negara dapat
menjamin keharmonian sejagat
Huraikan pernyataan tersebut.
1- Hubungan baik dengan semua negara akan memudahkan sesuatu isu diselesaikan
secara rundingan
2- Hubungan baik ini juga memudahkan sebarang masalah diatasi bersama dengan hati
terbuka.
3- Hubungan baik ini juga membolehkan bantuan dihulurkan jika sesebuah negara
berhadapan dengan bencana alam
4- Hubungan baik ini juga dapat mengurangkan rasa prajudis antara negara
5- Hubungan baik ini juga akan mengurangkan pengaruh luar terhadap kedua-dua negara
6- Hubungan baik ini juga mampu membuktikan sikap berkecuali tanpa menyokong mana-
mana pihak
7- Hubungan baik ini juga membolehkan perkongsian kepakaran dan teknologi dikongsi
demi kebaikkan bersama
8- Hubungan baik ini juga akan membuka peluang ekonomi dalam situasi menang-menang
9- Hubungan baik ini juga dapat mengukuhkan peranan pertubuhan sama ada di peringkat
serantau atau antarabangsa
10- Hubungan baik terbukti telah membolehkan setiap negara bersuara dalam nada yang
sama bagi menghadapi sesuatu isu
11- Kesimpulannya, hubungan baik dengan semua negara sangat penting kerana negara
yang saling memahami akan kekal aman dan sejahtera.

47. Buat rumusan terhadap Perang Dunia Kedua yang berlaku antara tahun
(1939-1945)

Perang Dunia Kedua telah melibatkan seluruh dunia akibat daripada munculnya kuasa-kuasa besar yang
mahu membuktikan kekuatan dan pengaruh mereka.Peperangan ini juga telah memperlihatkan
kemusnahan yang lebih serius ekoran penggunaan senjata yang lebih berkuasa termasuklah bom atom.
Seterusnya ia telah mengajar masyarakat dunia bahawa peperangan hanya meninggalkan kesan yang
buruk untuk satu jangkamasa yang panjang.

Selain itu , ia telah membangkitkan perasaan cinta kepada negara terutamanya kepada generasi
yang wujud pada masa tersebut. Perang Dunia Kedua juga telah menyedarkan bahawa keamanan sangat
mahal harganya kerana memulihkan keamanan jauh lebih sukar daripada memusnahkannya .

51
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

Seterusnya para pemimpin dunia perlu berwaspada jika tidak mahu Perang Dunia Ketiga meletus
pada masa hadapan dengan bijak dalam menguruskan sebarang konflik. Akhirnya masyarakat
antarabangsa mesti disemai dengan perasaan cintakan keamanan dengan menjadi warga dunia yang baik.

48. Walaupun Perang Dingin telah berakhir pada tahun 1990an masih berlaku
pencerobohan, peperangan, keganasan di peringkat global pada hari ini.
Berikan penjelasan anda

1. Peperangan, pencerobohan dan keganasan masih berleluasa dewasa ini.


2. Pergolakan dalaman negara akibat daripada perebutan kuasa mencetuskan rapat umum
dan revolusi hingga membawa kepada pertempuran bersenjata.
3. Pemberontak membantah Presiden Bashar Assad dan Parti Baath di Syria mulai tahun
2011 telah menyebabkan keganasan ketenteraan. Mengikut laporan hampir 17,925–
25,170 nyawa telah terkorban dan separuh darinya ialah orang awam.
4. Peristiwa ini juga telah berlangsung di Tunisia dan Mesir yang amarahnya masih lagi
tidak dapat dikekang hingga sekarang.
5. Ideologi radikal juga turut menyumbang kepada permasalahan antara negara.
6. Kumpulan Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) sebagai contoh, membawa ideologi untuk
membawa kembali kebangkitan Khilafah Islamiyah dan bergerak secara radikal.
7. Mereka merekrut anggota mereka melalui penyebaran dakyah secara militant daripada
segenap pelosok dunia. Kegiatan ini membawa kepada permasalahan perang,
perancangan sulit dan sebagainya.
8. Gerakan pembebasan wilayah juga merupakan faktor pencetus kepada kekacauan hari
ini.
9. Liberalisation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) sebagai contoh, merupakan suatu
pertubuhan yang bergerak di Sri Lanka dalam matlamat menubuhkan sebuah negara
bebas di utara dan timur kedudukan negara Sri Lanka. Gerakan ini merebak ke seluruh
dunia termasuk di Malaysia.
10. Gerakan pembebasan bangsa Moro di Filipina juga mencetuskan permasalahan kepada
negara kita apabila cubaan mereka membentuk kuasa di bumi Sabah.
11. Mereka mengancam kedudukan tentera di Lahad Datu yang menyebabkan kekacauan
dan tembak menembak antara pihak berkuasa dengan pihak pemberontak.
12. Akhir sekali, tuntutan untuk menjadi polis dunia juga dilihat dapat mencetuskan
ketegangan dan menimbulkan keadaan huru-hara dalam sesebuah negara.
13. Tuntutan Korea Utara dengan memiliki kuasa senjata yang ampuh menyebabkan banyak
negara gusar sekiranya, pihak Kim Jong Un menjalankan dasar menjajahnya ke negara-
negara sekitar Asia.

52
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

14. Akhir kalam, sepatutnya pihak berkuasa di setiap negara perlu memikirkan soal
keamanan dan keselamatan dunia dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh
menghancurkan kedamaian kita penduduk dunia semua.

49. Bagaimanakah Blok Kapitalis dan Blok Komunis mengukuhkan pengaruh


masing-masing.

1. Membuat persiapan ketenteraan termasuklah pembinaan logi nuklear dan


perlumbaan ciptaan senjata yang moden.
2. NATO dibentuk oleh Amerika Syarikat, yang disertai Britain, Perancis,Jerman Barat,
Kanada serta beberapa buah negara Eropah Barat untuk menghadapi Blok Komunis.
3. Pakatan WARSAW dibentuk oleh Russia sebagai reaksi kepada NATO
4. SEATO dibentuk yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Australia,
Filipina, New Zealand, Pakistan dan Thailand.
5. SEATO bertujuan menghalang pengaruh Russia dan China daripada merebak ke
Asia Tenggara.
6. Kedua dua pihak cuba menggelak daripada berperang. Contohnya John F. Kennedy,
Presiden Amerika Syarikat memberi kata dua kepada Russia supaya menarik balik
senjata nuklearnya dari negara Cuba. Akhirnya, Russia bersetuju dengan arahan itu.
7. Amerika Syarikat dan Russia juga cuba menggelakkan konfrontasi secara langsung.
Dengan ini terbentuknya COMECOM yang berkaitan dengan bantuan ekonomi
kepada negara yang memerlukan.
8. Kedua dua kuasa juga menjalankan kegitan subversive dan pengitipan serta
menyebarkan propaganda.
9. Berusaha mempengaruhi Negara-Negara Dunia Ketiga dengan menawarkan bantuan
ketenteraan pertahanan dan bantuan ekonomi.
10. Berperang secara tidak langsung dengan sekutu mereka seperti Amerika Syarikat,
membantu Korea Selatan dan Russia, membantu Korea Utara dalam Perang Korea.
11. Kesimpulannya, kedua dua Blok Dunia ini ingin memajukan ekonomi masing-masing
dengan mempengaruhi pegangan negara di Eropah dan Negara Dunia Ketiga.

53
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

50. Mengapakah Negara Negara Dunia Ketiga tidak bersengkokol dengan


mana-mana blok dunia ketika Perang Dingin.

1. Negara Dunia Ketiga ingin mengekalkan keamanan dunia tanpa menyokong blok
Barat atau blok Timur.
2. Selain itu, bertujuan menggelakkan campurtangan asing dalam hal-ehwal sesebuah
negara.
3. Seterusnya, bertujuan menghormati kedaulatan sesebuah negara.
4. Tujuan lain adalah untuk menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara
melalui perundingan dan persefahaman antara negara.
5. Selanjutnya bertujuan menghormati hak asasi manusia kepada semua negara yang
telah dijamin dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
6. Daripada sudut ekonomi pula, sikap berkecuali dapat menjamin pasaran yang luas
bagi produk hasilan negara Dunia Ketiga.
7. Hubungan perdagangan dua hala akan menjamin pertukaran teknologi antara
negara-negara maju dan negara sedang membangun.
8. Kemasukan pelabur asing (FDI) ke negara-negara Dunia Ketiga pastinya dapat
merancakkan kegiatan ekonomi negara-negara sedang membangun.
9. Kadar eksport negara pastinya meningkat melalui peranan teknologi dan modal serta
kepakaran daripada pihak investor luar terutamanya daripada negara-negara maju.
10. Pastinya, perhubungan yang erat dan baik antara semua negara dan berkecuali
dapat mengelak daripada kemusnahan serta kematian penduduk sesebuah negara
akibat daripada huru-hara kesan peperangan.
11. Kesimpulannya, pendirian berkecuali yang diambil oleh Negara Dunia Ketiga dengan
tidak menyokong mana-mana blok akan memberi banyak faedah dari segi politik,
ekonomi dan sosial.

51. Mengapakah Malaysia berpendirian tidak menyebelahi mana-mana blok


dunia ketika Perang Dingin?

1. Malaysia mengambil pendirian tidak menyebelahi mana-mana blok dunia semasa


Perang Dingin kerana pemimpin negara bersikap jujur terhadap keamanan sejagat
anjuran PBB.
2. Selain itu pemimpin dan rakyat negara kita sentiasa bertolak ansur dan tidak suka
untuk mencetuskan peperangan antara negara.

54
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

3. Pemimpin negara kita juga mempunyai integriti yang tinggi bagi memastikan tidak
berlakunya peperangan antara negara dengan cara tidak menyertai mana-mana blok
dunia.
4. Pemimpin negara kita mementingkan keamanan bagi semua negara untuk
membolehkan rakyat setiap negara hidup secara harmoni tanpa peperangan.
5. Pemimpin Malaysia mahu menjaga imej negara kita supaya negara kita tidak dikenali
sebagai negara yang suka menganjurkan permusuhan di dunia.
6. Pemimpin Malaysia juga mahu memajukan ekonomi negara kita melalui perdagangan
antarabangsa tanpa mengira ideologi politik sesebuah negara demi kemajuan
ekonomi bersama.
7. Pemimpin kita mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan berpandangan jauh
kerana jika menyokong mana-mana blok akan membawa permusuhan yang
berpanjangan antara negara.
8. Selain itu, pemimpin Malaysia mahu melihat seluruh manusia di dunia ini hidup
bersatupadu bagi menjayakan program bersama seperti sama-sama menjayakan
Sukan Olimpik dan Piala Dunia setiap empat tahun sekali.
9. Selain itu, membolehkan masyarakat mencipta pelbagai inovasi untuk kesejahteraan
seperti menghasilkan Vaksin COVID-19 untuk kesihatan rakyat seluruh dunia.
10. Akhir sekali, pemimpin negara kita merasa bertanggungjawab mewujudkan
keamanan bukan setakat dalam negara, malah berusaha juga mewujudkan
keamanan dunia dengan tidak menyertai mana-mana blok dunia yang boleh
membawa tercetusnya peperangan.

52. Terangkan faktor yang menyebabkan konflik antarabangsa masih berlaku


sehingga kini.

1. Kegiatan meluaskan kawasan pengaruh untuk membuktikan negaranya berkuasa


besar, kuat dan lambang kemegahan disamping untuk mewujudkan kerajaan boneka
seperti penaklukan Amerika Syarikat ke atas Iraq.
2. Keinginan untuk mengusai sumber ekonomi yang berterusan seperti minyak dan gas
bagi memenuhi keperluan industri berskala besar maka berlaku pencerobohan
Amerika Syarikat ke atas Kuwait.
3. Kemunculan pemimpin yang berjiwa besar tetapi angkuh dan sombong seperti
George W. Bush yang banyak menimbulkan konflik antara Iraq dan Iran serta
pencerohan ke atas Kuwait.

55
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

4. Masih wujud fahaman idelogi politik yang berbeza mengakibatkan pakatan politik
berlaku membawa kepada ketengangan dalam hubungan kerana masih ada
perasaan sangsi antara kedua belah pihak.
5. Kuasa besar dunia terus mempengaruhi Negara Dunia Ketiga serta negara sedang
membangun supaya menyokong atau berpihak kepada mereka dalam isu yang
berkaitan politik dan ekonomi.
6. Kedua dua kuasa juga menjalankan kegitan subversive dan pengitipan serta
menyebarkan propaganda untuk mempengaruhi Negara-Negara Dunia Ketiga
dengan menawarkan bantuan ketenteraan pertahanan dan bantuan ekonomi.
7. Perbezaan fahaman agama juga menjadi pencetus kepada konflik dunia yang
berterusan seperti perbalahan penganut agama Hindu Islam di India dan Pakistan
yang tidak berkesudahan.
8. Perbezaan persepsi agama juga menyebabkan timbulnya krisis Palestin–Israel yang
mana orang Islam dilabelkan sebagai pengganas menimbulkan Islam-o-fobia.
9. Keadaan ini diperburukkan lagi dengan munculnya pemimpin Israel yang anti Islam
seperti Benjamin Netanyahu dan Shimon Perez yang mendapat bantuan, sokongan
dan perlindungan daripada Amerika Syarikat
10. Berlakunya pencerobohan, keganasan dan pelbagai konflik antarabangsa
disebabkan kurang berjayanya PBB menangani isu berkaitan kerana tunduk kepada
kuasa besar seperti Amerika Syarikat yang ada kuasa Veto.
11. Perlumbaan senjata juga menyebabkan konfilik antarabangsa berterusan berlaku
kerana setiap negara ingin memperkukuhkan pertahanan negara serta ingin menguji
kekuatan keberkesanan senjata yang dicipta.
12. Hakikatnya untuk mengelakkan konflik antarabangsa berterusan berlaku, sewajarnya
dipupuk satu persefahaman yang kuat antara negara kuasa besar dunia demi
menjamin keamanan dan kesejahteraan masyakat global.

53. Apakah akan berlaku sekiranya blok dunia masih wujud sehingga
ke hari?
ini.
1. Keamanan dunia terancam kerana kedua-dua kuasa ini ingin menunjukkan blok
kuasa ini ingin menunjukkan kekuatan dan kehebatan masing-masing.
2. Negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat, Russia,Britain,China dan sebagainya
akan terus menjaga kepentingan diri masing-masing.
3. Kuasa besar ini akan terus mempengaruhi Negara Dunia Ketiga supaya menyokong
atau berpihak kepada mereka dalam isu yang berkaitan politik dan ekonomi.

56
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

4. Negara Dunia Ketiga berada dalam dilema kerana diminta supaya menyatakan
pendirian atau sokongan kepada mana-mana blok dunia.
5. Demi untuk menjaga kepentingan negara dan rakyat, Negara Dunia Ketiga terpaksa
menyokong sebab diugut dan diancam akan memutuskan bantuan dan sebagainya.
6. Perang Dunia Ketiga mungkin akan berlaku sekiranya kuasa bersar ini berterusan
untuk menjaga imej dan kepentingan diri.
7. Perlumbaan senjata akan mengancam keselamatan dunia kerana terdapat negara-
negara tententu yang telah dan sedang membina loji senjata nuklear seperti Korea
Utara dan Iran.
8. Berlakulah pencerobohan dan keganasan seperti serangan Amerika Syarikat ke atas
Iraq yang sukar untuk ditanggani oleh PBB kerana tunduk kepada kuasa-kuasa
besar.
9. Ekonomi dunia akan terus dimanupulasikan oleh negara kuasa besar memberi kesan
yang besar kepada negara yang sedang membangun untuk menentukan pasaran
modal yang adil.
10. Ekonomi negara membanggun akan terikat dengan syarat dagangan yang berat
sebelah yang menyukarkan mereka untuk menyaingi negara kuasa besar.
11. Pada dasarnya, hari ini blok dunia masih ada.Buktinya, konflik antarabangsa masih
berlaku seperti pertikaian di Laut China Selatan, perang ekonomi Amerika–China dan
isu senjata nuklear Korea Utara.

54. i) Jelaskan situasi politik dan ekonomi di Eropah pada penghujung awal
abad ke 19 dan awal abad ke 20 yang mencetuskan konflik antarabangsa
@
ii) Mengapakah berlakunya konfilik antarabangsa pada penghujung abad ke
19 dan awal abad ke 20?

1. Situasi politik yang terhasil daripada perkembangan nasionalisme di kalangan negara


Eropah membawa kepada tercetusnya konflik antarabangsa. (Perang Dunia
Pertama)
2. Konflik ini tercetus hasil daripada negara-negara Eropah cuba mempertahankan
kepentingan masing-masing.
3. Kepentingan yang pertama ialah persaingan kuasa-kuasa imperialis yang cuba untuk
mendapatkan tanah jajahan dan bahan mentah yang berterusan hasil daripada
perkembangan Revolusi Perindustrian.

57
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

4. Keperluan terhadap sumber arang batu, bijih timah dan petroleum membawa kepada
konflik antara kuasa imperialis seperti konflik Perancis dan Jerman, di mana Jerman
cuba untuk menguasai Lembah Sungai Rhine yang mempunyai banyak mineral
arang batu.
5. Pembentukan pakatan ketenteraan juga menjadi penyebab kepada konflik
antarabangsa.
6. Pengwujudan Pakatan Kuasa Tengah (Central Power) dan Pakatan Bertiga (Triple
Entente) menyebabkan ketidakstabilan politik berterusan di Eropah.
7. Sama telahan, negara-negara pakatan ini juga berlumba-lumba mewujudkan senjata
moden dan bersedia untuk berperang bagi mempertahankan kepentingan masing-
masing.
8. Krisis di rantau Balkan juga pencetus konflik antarabangsa hasil daripada
permusuhan antara Austria-Hungary dan Serbia.
9. Krisis ini muncul pabila Austria-Hungary menuduh Serbia menghasut rakyat Austria
berketurunan Serb memberontak membebaskan diri daripada pemerintahan Empayar
Austria-Hungary.
10. Pembunuhan Archduke Ferdinand, Putera Mahkota Austria-Hungary & isterinya,
Duchess Sophie menjadi sebab semerta kepada konflik Perang Dunia Pertama.
11. Kegagalan Perjanjian Versailles juga antara penyebab kepada krisis politik di Eropah.
(Perang Dunia Kedua)
12. Itali yang merupakan antara negara anggota Pakatan Bertiga (Triple Entente) tidak
berpuas hati kerana tidak diberikan tanah jajahan baharu sepertimana Perancis dan
Poland.
13. Perjanjian Versailles juga membentuk Liga Bangsa-Bangsa(League of
Nations)gagalmenguatkuasakan gencatan senjatadan krisis pencerobohan selepas
Perang Dunia Pertama membawa kepada konflik berterusan.
14. Jerman pula ingkar keputusan Perjanjian Versailles dengan membesarkan
ketenteraan dan mulai menyerang negara Eropah lain seperti Poland, Denmark,
Norway, Belanda, Belgium, Luxemberg.
15. Perubahan politik di Russia hasil daripada perang saudara menjatuhkan Tsar
Nicholas II telah membentuk negara fahaman sosialis republik pimpinan Vladimir
Lenin juga mencetuskan perubahan ideologi dan mencetuskan konflik antarabangsa.
16. Kemunculan gerakan berfahaman melampau berideologi fasisme (Itali) dan nazisme
(Jerman) juga merupakan pencetus kepada konflik Perang Dunia Kedua. Fasisme
pimpinan Benito Musolini dan Nazisme pimpinan Adolf Hitler.
17. Orde Baharu Asia di bawah pengaruh tentera mewujudkan dasar luar Jepun yang
bermatlamatkan pengembangan kuasa, kebebasan ekonomi dan penentangan

58
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

terhadap imperialisme Barat telah membawa Jepun ke dalam kancah konflik


antarabangsa.
18. Situasi Ekonomi yang meleset dan inflasi yang teruk akibatPerang Dunia Pertama,
dimana Jerman terpaksa membayar pampasan perang yang tinggi serta kehilangan
wilayah jajahan di Eropah serta menjejaskan penduduk seluruh dunia memunculkan
konflik antarabangsa Perang Dunia Kedua.
19. Gerakan pemulihan Meiji di Jepun hasil pimpinan Maharaja Mikado Meiji,
membentuk Jepun sebagai kuasa imperialis di Asia Pasifik.
20. Gerakan Pemulihan Meiji ini dilaksanakan untuk membawa pemodenan industri
kepada Jepun telah juga menjadikan Jepun sebuah kuasa ketenteraan yang kuat
hasil pimpinan Jeneral Hideki Tojo.
21. Keperluan sumber bahan mentah dan tanah jajahan hasil daripada keperluan
perindustrian ini telah membawa Jepun ke kancah Konflik Antarabangsa.

55. Terangkan peranan Malaysia dalam mengatasi konfik antarabangsa yang


masih berlaku sehingga kini.

1. Malaysia memainkan peranan melalui Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)


contohnya tahun 1960 menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB untuk
menamatkan perang saudara di Congo.
2. 1989 Malaysia mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia bagi membantu negara
itu mencapaii kemerdekaan.
3. Tahun 1990-an Malaysia menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq/
Kampuchea/ Bosnia.
4. Malaysia menentang dasar Apartheid di Afrika Selatan.
5. Malaysia menyarankan agar Benua Antartika menjadi warisan dunia.
6. Melalui Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Malaysia menjadi perantara dalam
menyelesaikan peperangan Iran-Iraq.
7. Malaysia memberikan sokongan kepada rakyat Palestin untuk mendapatkan semula
tanah air daripada Israel.
8. Malaysia menjadi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965/
1989-1990/ 1999-2000.
9. Malaysia berperanan dalam membuat keputusan di Majlis Keselamatan PBB seperti
campur tangan ketenteraan Iraq ke atas Kuwait tahun 1990 dan Perang Kosovo
tahun 1998-1999.

59
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

10. Malaysia menghantar pasukan MALBAT yang bertugas dengan UNPROFOR dalam
tahun 1993 untuk mengawasi pelucutan senjata dan pelucutan senjata puak-puak
bertelagah di Bosnia.
11. Malaysia konsisten dalam isu Rohingya iaitu pada 21 Oktober 2020 ketika mesyuarat
Menteri Luar Asean-PBB, Menteri Luar Malaysia menegaskan isu ini perlu
diselesaikan dalam kadar segera.
12. Kesimpulannya Malaysia memainkan peranan penting dan berterusan dalam
mengatasi konflik antarabangsa melalui pertubuhan antarabangsa seperti
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Pertubuhan Persidangan Islam.

56. Bagaimanakah Malaysia bertindak agar tidak terlibat dalam konflik


antarabangsa?

1. Bergiat aktif dalam pertubuhan Negara-Negara Berkecuali dengan mengimbangi konflik


Perang Dunia antara Blok Kapitalis dan blok Komunis.
2. Menggelakkan diri daripada tindakan menceroboh kedaulatan negara lain serta tidak
mencampuri urusan hal ehwal politik negara lain.
3. Malaysia menggunakan saluran yang sesuai untuk menyelesaikan sebarang isu yang
berbangkit seperti isu tuntutan bertindih Pulau Batu Putih antara Malaysia dengan Singapura
diselesaikan di Mahkamah Antarabangsa. Dengan ini perbalahan dapat dielakkan dan
keamanan negara kita tetap terpelihara.
4. Mengukuhkan hubungan diplomatik dengan semua negara seperti lawatan kerja Perdana
Menteri serta rombongannya bagi merapatkan kerjasama dan membentuk satu ikatan
persabahatan yang erat dan saling hormat menghormati.
5. Penyertaan dalam acara–acara sukan di peringkat antarabangsa seperti Sukan Komanwel
dan Sukan Olimpik boleh melahirkan rasa persefahaman dan saling mengerti budaya dan
agama masyakat dunia yang pelbagai.
6. Menggelakan diri daripada terlibat dengan persaingan senjata yang akan menimbulkan
kesangsian negara lain terhadap negara kita. Amerika Syarikat dilihat sebagai negara yang
mengukuhkan kekuatan tenteranya untuk menguasai negara yang lemah.
7. Malaysia juga tidak sekali-kali menyertai mana-mana Blok dunia dan pakatan bersenjata
kerana enggan terlibat dengan perlumbaan senjata yang boleh mencabar kedaulatan negara
serantau.
8. Malaysia juga mematuhi semua resolusi PBB dengan mendokong Piagam PBB untuk
menjaga keamanan dan kesejahteraan global dengan mengormati kedaulatan dan hak negara
lain.
9. Malaysia juga menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel atau CHOGM
untuk membincangkan hal-hal untuk kepentingan bersama. Banyak isu yang dibangkitkan

60
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

oleh Malaysia seperti dasar apartheid di Afrika Selatan dan penyalahgunaan hak asasi
manusia.
10. Dasar luar Malaysia yang dinamik dan berfokus dengan tidak membuat hubungan dengan
negara yang zalim seperti memutuskan hubungan diplomatk dengan Afrika Selatan dan
negara Israel menunjukkan Malaysia tegas dalam menentang keganasan dan kezaliman.
11. Kebijaksanaan pemimpin Malaysia yang berpandangan jauh telah meletakkan negara
Malaysia sebagai model negara Islam yang mengambil berat nasib bangsa di dunia ini tanpa
mengira warna kulit dan rumpun bangsa.
12. Dengan ini, Malaysia dapat menaikkan imejnya di mata dunia sebagai sebuah negara yang
amat mencintai kedamaian, keharhornian hidup.

57. Bagaimanakah usaha untuk mengatasi konflik antarabangsa yang masih \


berlakuhingga ke hari ini?

1. Pelbagai usaha boleh dilakukan oleh pemimpin-pemimpin dunia untuk mengatasi


konflik antara bangsa yang masih berlaku hingga ke hari ini seperti membentuk
Pasukan Pengaman anjuran PBB untuk memastikan peperangan dan konflik dapat
ditamatkan segera.
2. Pemimpin dunia seharusnya berusaha menyuarakan dan bersikap jujur dengan
menjadikan Perhimpunan Agung PBB sebagai tempat menyelesaikan konflik dunia.
3. Pemimpin dunia juga tidak perlu menyertai mana-mana blok dunia yang hanya
mementingkan negara yang sehaluan untuk memberi bantuan, sepatutnya bantuan
disalurkan kepada semua negara.
4. Pemimpin –pemimpin dunia juga tidak perlu berlumba-lumba memiliki senjata
pemusnah seperti senjata nuklear. Perlumbaan ini boleh menimbulkan kesangsian
negara jiran yang boleh membawa konlik lebih besar.
5. Antara usaha lain yang boleh dilakukan oleh pemimpin dunia seperti menganjurkan
persidangan untuk mencegah keganasan dunia seperti yang pernah dianjurkan di
Kuala Lumpur 2002.
6. Pemimpin juga boleh menganjurkan persidangan ke arah yang lebih erat antara
negara seperti persidangan ASEAN + 3 bagi menamatkan konflik perebutan pulau-
pulau di Laut China Selatan.
7. Penganjuran sukan dunia seperti Sukan Olimpik dan Sukan Komenwel juga
berperanan boleh menamatkan konflik antara negara supaya atlet-atlet dari semua
negara boleh menyertainya.

61
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

8. Pemberian bantuan kemanusiaan kepada negara yang terlibat dengan bencana


alam yang besar seperti letusan gunung berapi dan tsunami juga dapat mengeratkan
hubungan dan menyelesaikan konflik antara negara.
9. Setiap pemimpin negara juga perlu bertanggungjawab memulihkan hubungan
dengan semua negara melalui penghantaran duta-duta dan konsul ke semua negara
supaya tidak berlaku konflik yang berpanjangan.
10. Akhir sekali semua pemimpin negara yang berkonflik perlu meletakkan senjata dan
mengenepikan kepentingan diri untuk ke meja rundingan bagi menyelesaikan konflik
demi kesejahteraan rakyat di negara terbabit.

58. Sejauhmanakah konflik antarabangsa telah mempengaruhi


penggubalan dasar luar Malaysia?

1. Penggubalan dasar luar Malaysia adalah kompleks kerana berasaskan faktor sejarah, politik,
ekonomi, geografi dan demografi. Namun, terdapat juga faktor konflik antarabangsa yang
menjadi penyebab terbentuknya hubungan dua hala (bi-lateral) dan pelbagai hala (multi-
lateral) dalam hubungan diplomatik antara Malaysia dengan negara luar.
2. Daripada segi sejarah, Malaysia pada mulanya memutuskan hubungan dengan semua negara
fahaman komunis atas faktor keperitan dan keganasan yang diterima negara hasil daripada
ancaman komunisme dalam perisiwa Darurat Keselamatan tahun 1960-an.
3. Namun, sebagai sebuah negara anggota kepada Pertubuhan Negara-negara Berkecuali
(NAM), Malaysia kemudiannya bertindak berbaik-baik dengan semua negara dunia.
4. Daripada sudut ekonomi pula, Malaysia pada mulanya berada dalam blok pound sterling
kerana bergantung harap kepada Great Britain bagi pasaran bijih timah dan getah di pasaran
antarabangsa.
5. Namun, istilah orang putih “Don‟t put eggs into one basket”, Malaysia mula bertindak
membuka pasaran dengan lebih luas melalui perhubungan baik dengan semua negara dunia.
6. Penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau seperti ASEAN juga memperlihatkan
sumbangan dalam mengatasi masalah keselamatan melalui pengisytiharan ZOPFAN dalam
Deklarasi Kuala Lumpur 1971.
7. Negara-negara anggota ASEAN menandatangani dan mempersetujui dasar zon aman, bebas
dan berkecuali supaya tiada negara yang memihak kepada sesebuah kuasa besar yang dapat
mewujudkan ketegangan perhubungan antara negara.
8. Namun, Konflik Vietnam-Kampuchea telah menggoncang ASEAN apabila Vietnam
menyerang Kampuchea dan menjatuhkan pemerintahan Khmer Rouge. ASEAN bertindak dan
memulihkan konflik dengan menaikkan pemerintahan Demokratik Campuran pimpinan
Presiden Norodom Sihanouk menamatkan konflik di Utara wilayah Asia Tenggara.
62
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

9. Keterlibatan Malaysia sebagai pasukan pemerhati dan pasukan pengaman bagi Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu juga dilihat merupakan suatu kesan daripada penyertaan Malaysia
ke dalam Pertubuhan Negara-negara Berkecuali (NAM).
10. Malaysia menyertai pasukan pengaman semasa krisis keselamatan di Congo (1960), Namibia
(1989) dan Bosnia (1990). Selain itu, Malaysia bertindak sebagai pasukan pemerhati semasa
krisis Iran-Iraq dan Kampuchea.
11. Sumbangan-sumbangan ini menunjukkan Malaysia nekad bagi menjadi perantara yang dapat
mewujudkan keamanan sejagat sebagai realiti hasil daripada pembinaan dasar luar yang baik
dan mampan.

59. Jelaskan iktibar yang diperoleh daripda berlakunya konflik antarabangsa

1. Persefahaman yang kuat antara semua negara di dunia perlu dipupuk demi
menjamin keamanan dan kesejahteraan masyakat global.
2. Menjalinkan hubungan yang baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi
untuk menghilangkan rasa curiga antara satu sama lain.
3. Menghormati kedaulatan negara lain penting untuk memastikan tidak berlakunya
penjajahan baru.
4. Setiap negara perlu menggelakkan daripada mencampuri urusan dalaman negara
lain untuk memberi peluang kepada pemimpin negara tersebut menyelesaiakan
sendiri masalah yang dihadapi.
5. Semua negara sepatutnya mengadakan hubungan bilateral atau multilateral di
peringkat serantau dan antarabangsa agar kerjasama mudah dibentuk.
6. Perlumbaan senjata yang bertujuan untuk menunjukkan kehebatan dan kekuatan
boleh mengundang kepada berlakunya peperangan dan keganasan.
7. Menyokong usaha dan sebarang langkah untuk memelihara keamanan dan
kesejahteraan sejagat amat penting supaya tindakan itu berjaya dan berkesan.
8. Sikap berpihak dan berat sebelah serta prejudis kuasa besar terhadap negara yang
lemah menimbukan suasana yang tidak adil dan bersifat diskriminasi.
9. Semua pemimpin dunia sepatutnya mendidik rakyat agar mencintai keamanan,
kedamaian dan kesejahteraan supaya lahir perasaan untuk bersama-sama menetang
keganasan dan pengganas.
10. Pemimpin sesebuah negara juga perlu berusaha untuk meningkatkan kemajuan
negara supaya taraf hidup rakyat meningkat dan kestabilan politik serta perpaduan
antara kaum akan kukuh terbentuk.

63
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

11. Sebenarnya konflik antarabangsa tidak akan terjadi sekiranya semua pemimpin
menyelesaikan sebarang pertikaian secara diplomasi atau rundingan. Selagi ada
perasaan ego di kalangan pemimpin dunia selagi itulah konflik dunia akan berlaku.

60. Sediakan satu rumusan daripada berlakunya Perang Dingin

1. Antara iktibar yang dapat dipelajari dari tajuk yang dikaji, kita sebagai rakyat dan
pemimpin hendaklah bersikap jujur dalam membangunkan negara tanpa menyertai
mana-mana blok dunia.
2. Selain itu pemimpin perlulah sentiasa bertolak ansur antara negara bagi memajukan
negara demi kesejahteraan semua rakyat dari pelbagai negara.
3. Selain itu pemimpin hendaklah sentiasa mempunyai intergriti yang tinggi dengan
mementingkan kemajuan negara berbanding kepentingan peribadi.
4. Rakyat juga perlulah ada kesungguhan yang tinggi untuk mempertahankan negara
serta tidak meminta campurtangan asing dalam mempertahankan negara sendiri.
5. Rakyat dan pemimpin mestilah menghormati raja sebagai ketua negara dan patuh
kepada arahan baginda demi menjamin keselamatan negara dari ancaman pengaruh
blok luar.
6. Rakyat dan pemimpin mestilah berbangga kerana dapat meningkatkan imej negara
dipersada dunia sebagai negara yang tidak menyokong mana-mana blok demi
keamanan dunia.
7. Pemimpin hendaklah sentiasa mementingkan ekonomi negara melalui perdagangan
antara bangsa dengan semua negara tanpa menyertai mana-mana blok dunia.
8. Pemimpin hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi untuk membawa
negara ke mercu kejayaan tanpa mengharapkan belas ihsan dari mana-mana blok
dunia.
9. Semua rakyat mestilah hidup bersatupadu tanpa meminggirkan mana-mana pihak
supaya anasir luar tiada alasan untuk menganggu gugat keamanan negara.
10. Pemimpin dan rakyat mestilah mempunyai perasaan cinta akan negara yang tinggi
bagi melahirkan semangat patriotisme di kalangan rakyat agar negara mampu
bersaing dengan negara maju di dunia.

64
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

61. Sediakan satu rumusan tentang konflik antarabangsa

Konflik antara bangsa yang berlaku hari ini adalah berpunca dari perlumbaan senjata
pemusnah oleh kuasa-kuasa besar dalam usaha menyebarkan pengaruh mereka di kalangan
negara Dunia Ketiga. Konflik ini berlaku kerana kuasa-kuasa besar mengenepikan keharmonian
hidup manusia di negera-negara kecil yang tidak berupaya mempertahankan negara mereka.
Kuasa-kuasa besar mengambil sikap tidak peduli terhadap negara lain dan sentiasa menindas
mereka demi kepentingan politik dan ekonomi. Kuasa besar anggap mereka sebagai polis dunia
di mana semua kemahuan mereka perlu dipenuhi oleh negara kecil. Pemilikan kuasa veto di PBB
juga amat tidak adil kerana sentiasa menekan negara lemah dan mengutamakan kuasa besar
dunia. Jelas sekali PBB perlu memainkan peranan yang besar untuk keamanan dan
keseimbangan peradaban dan ketamadunan dunia untuk terus dikekalkan.

65
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

PANDUAN MENJAWAB SEJARAH KERTAS 3- 1249/3

Tema Umum : Malaysia dan Kerjasama Masyarakat Antarabangsa Perang Dunia


Pertama juga dikenali sebagai The Great War (Perang Besar) yang pernah diketahui
oleh manusia. (Sumber:www.bbc.co.uk). Perang tersebut juga menandakan
bermulanya konflik antarabangsa yang lain dan meninggalkan kesan yang besar
terhadap dunia.

TARIKH PEPERIKSAAN ; 25 FEB 2020 (KHAMIS) 2.00 HINGGA 5.00 PETANG ( 3 JAM)

PANDUAN GURU

1. Modul/BBM ini dibina untuk membantu pelajar dalam peperiksaan SPM menjawab
Sejarah Kertas 3 (1249/3) SPM 2020.
2. Modul ini mengandungi 61 skemayang terdiri daripada
2.1 Perang Dunia pertama(1914-1918)
2.2 Perang Dunia Kedua(1939-1945)
2.3 Perang Dingin(1945-1989)
3. Panel telah membekalkan soalan set lengkap dan borang latihan kertas 3 untuk guru
membuat simulasi dengan pelajar di sekolah masing-masing.

PANDUAN PELAJAR

1. Semasa menjawab soalan sejarah kertas 3, diharapkan calon SPM menggunakan


penanda wacana yang sesuai berdasar isi/fakta yang disediakan dalam skema.
2. Mulakan menjawab setiap soalan dengan mengambil pangkal soalan. Contohnya Faktor
berlakunya Perang Dunia Pertama ialah………………………………………………………
3. Antara cadangan penanda wacana menyambung antara ayat dan kata hubung untuk
menyambung antara isi yang diberikan dalam skema( Bahan Bantu Murid)

PENANDA WACANA KATA HUBUNG

a. Selain itu, a. Dan


b. Di samping itu, b. Lalu
c. Sementara itu, c. Kerana
d. Lebih-lebih lagi, d. Serta
e. Dalam pada itu, e. supaya
f. Lain daripada itu, f. Jika
g. Pada waktu yang sama, g. agar
h. Dalam pada itu,
i. Seterusnya, h. dengan
j. Akhir sekali

“SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2020


SEMOGA PEROLEH KEJAYAAN YANG CEMERLANG”
66
Bahan Bantu Murid Sejarah Kertas 3 SPM 2020

Perincian Markah Panduan Jawapan

Pengenalan 5 markah Jawapan pengenalan berdasarkan tajuk / tugasan spesifik ( Boleh


Soalan 1 ( Kefahaman ) rujuk buku teks)
Jawapan boleh juga berdasarkan gambar / Pengenalan umum
secara keseluruhan berdasarkan tugasan spesifik yang disoal.***

Soalan 2 20-25 markah Soalan kefahaman/ Berdasarkan buku teks


(Kefahaman) Jawapan boleh dirujuk daripada buku teks
Penulisan jawapan mesti mengandungi Fakta , Huraian dan Contoh
( Jika ada)
Soalan 3 15-20 Markah Jawapan boleh dirujuk dalam buku teks berkaitan tajuk/bab yang
(Kefahaman ditanya dalam soalan
/Analisis) Jawapan perlu mengandungi Fakta + Huraian + Contoh / Inferens
Panjang jawapan selaras dengan markah diperuntukkan
Soalan 4 15-20 markah Jawapan boleh dirujuk daripada buku teks ( bab berkaitan)
Analisis Boleh menggunakan sumber rujukan untuk mendapatkan maklumat
berkaitan

Soalan 5 Soalan berkaitan isu dan cabaran berkaitan tajuk spesifik / FAHAMI
10-15 Markah ISTILAH DALAM SOALAN/KONSEP SOALAN
Analisis/ Jawapan perlu berdasarkan pengetahuan semasa calon
Menjana Idea Jawapan MESTI ada kaitan dengan kehendak tugasan
Calon perlu membaca dan memahami kehendak tugasan
Jawapan perlu dalam bentuk huraian FAKTA + HURAIAN +
CONTOH/INFERENS yang sesuai
Markah diberi kepada fakta/huraian/contoh yang RELEVEN sahaja
Jangan jawab dalam bentuk sambung fakta tanpa huraian ( Markah
akan diberi separuh)

10 -15 markah Soalan berkaitan isu terkini/semasa yang ada kaitan dengan tugasan
Soalan 6 Aplikasi/Menja spesifik ( kenali isu /cabaran dan langkah penyelesaian)
na Idea Jawapan hendaklah berdasarkan pengetahuan umum pelajar
Jawapan diluar daripada buku teks/rumusan daripada buku teks
Jawapan perlu dalam bentuk huraian FAKTA + HURAIAN +
CONTOH/INFERENS yang sesuai

Soalan 7 10 -15 Markah Soalan berkaitan isu/cabaran/ cadangan penyelesaian


Menjana idea Mesti mengandungi dua bahagian ( Isu/ Cabaran dan Langkah
penyelesaian)

Soalan 8 10 Markah Soalan berkaitan iktibar yang diperoleh calon melalui penulisan
Nilai/Iktibar tugasan spesifik
Iktibar perlu ada kaitan dengan diri, bangsa dan Negara
Setiap fakta perlu dihuraikan denga contoh dan inferens yang releven

Soalan 9 5 Markah Rumusan keseluruhan tajuk tugasan spesifik
Rumusan Perlu mengandungi (Boleh Juga);
a. Pengetahuan ( Fakta, Huraian dan Contoh/Inferens)
b. Nilai murni/iktibar
c. Unsur Patriotisme
d. Harapan
Rumusan perlu mengambil kira semua perkara yang dibincangkan.
Perlu ada Isi (Fakta), Huraian, Huraian Lanjutan dan Inferens.(Mulai
2020)

67

You might also like